Friday, March 30, 2012

aku rasis? part 3 - citer dongeng rakyat mesia versi 2012


katalah start 31 mac 2012 nie, sumer indon, bangla, vietnam ngan mynmar yang dah lama sgt2 datang bekeja carik makan kat mesia ni dibulehkan membuat pilihan otomatis jadi rakyat mesia...alasannya? maybe kata lar dah lama sesangat dok mesia nie dan dah menjadi penyumbang utama tenaga sektor pembuatan bagi menjana ekonomi negara...tapi dengan syarat kena lar hormat hak orang2 melayu sediada serta orang2 cina ngan india yg dah lama otomatis jadi warga negara kat sini sejak 1950an lagi...sumer setuju maka beramai2 lah mamat indon, bangla, vietnam ngan mynmar ni tadi menjadi rakyat mesia versi 2012!

maka hidup lah sesemua yang ada dengan harmonis cuma seskali adalar sesikit tergeliat lidah gaduh2 sikit, biaser lar tu....dengan budaya pekat masing2 masih dibawa, mengekalkan identiti budaya memasing  menghadapi proses asimilasi dengan rakyat malaysia sedia ada.

nak dijadikan citer, lepas 40 tahun kemudian dalam tahun 2052, sebab indon2, bangla2, vietnam2 ngan mynmar2 ni tadi anak2 diaorang dah ada yg jadi lawyer, engineer, doktor, majistret  pendek kata keje pon dah best2...maka rakyat mesia versi 2012 yang  terdiri dari  indon, bangla, vietnam ngan myanmar ni tadi  lelama mula cuba mintak bende pelik2.

yang indon mesia ni minta gomen lebihkan kuota pemberian lesen kontraktor kat diaorang sebab takder diaorang payah sgt2 nak buat rumah ngan jalan kat seluruh mesia nie...yang bangla mesia ni pulak minta gomen pastikan kalau keje kilang, anak2 diaorang mesti diberi keutamaan serta kuota keistimewaan sebab dah bepuloh taon dalam industri pengilangan kat mesia nie, dah terer sesangat pasal kilang2 nie...yang  vietnam mesia ni plak minta gomen adakan radio sepesial bahasa vietnam sebab nak gak dengar berita atau lagu2 berkumandang lam bahasa vietnam untuk diaorang...last, yang myanmar mesia plak mintak gomen buatkan sekolah sepesial guna bahasa myanmar ngan kuil semayang seniri sebab bangsa lain pon ada sekolah seniri ngan tempat semayang seniri.

gomen kata buleh...nak lesen ker, nak konker kilang ker, nak radio sepesial ker, nak sekolah sepesial ker atau nak kuil seniri ker sumerr bulehhhh...sebab mesia ni boleh land!....TAPI,  kena la ambik sikit keistimewaan2 tadi tu dari hak org2 cina ngan india yang dah ada sekarang nie...sebab kita orang dah bagi kat diaorang sebijik macam korang tahun 50an dulu tu...diaorang ok, memahami sesangat....gerenti diaorang bagi punyer.
alarr cuma nak bagi sikit jer kat rakyat mesia versi 2012 tadi tu...ni tahun 2052 nie, dah lama diaorang jadi rakyat mesia..sian diaorang kan? kan? kan? 
alarrr, nanti TAR kolej tu bagi lar kuota sikit kat anak2 vietnam ngan myanmar mesia versi 2012 tu belajar...apasalahnya, anak2 cina tu maybe kene lar kurangkan intake say sacrifice 5%...alar sikit jer,  bagi lar kat vietnam ngan myanmar sama2 belaja kan? kan? kan?..alarr buleh larr.
TAFE kolej pon kena lar sama...kurangkan intake anak2 india dalam  5% jer...bagi lar kat bangla2 pulak..sikit jer tu...kan?kan?kan? alaarr buleh larr.

lesen kontraktor utk cina ngan india  5% kene lar kurang sikit...gomen kene lar belaku adil kat indon mesia nie....ehh diaorang leh buat rumah gak tu, buat jalan pon buleh..pandai tau...buleh lar kan?kan?kan?
korang rasa2 lar cina ngan india yang dikatakan dapat pelbagai keistimewaan sebab jadi rakyat mesia berdasarkan keturunan tahun 50an dulu2 tu setuju nak bagi ??
kalau melayu tahun 50an dulu buleh setuju bagi kat cina ngan india, takkan lar cina ngan india tak leh bagi sikit kat rakyat mesia versi tahun 2012 tu tadi...

lupa? masa tu kitaorang takder?
ha ha ha...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(betul ke lupa? meh aku ingatkan balik tahun 50an....)


Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luputsama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British. Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Pada mulanya agak sukar  bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu. Berpunca daripada keadaan ini, kerajaan telah mengistiharkan darurat pada tahun 1948 .
‘Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkankerjasama menentang komunis. Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM.’  

Pada tahun 1957, British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan Kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960. Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment