Monday, January 30, 2012

is it so difficult to understand?

do we have to take up rocket science to understand what is going on?

video

Sunday, January 29, 2012

saat perginya kekasih Allah

ketibaan Maulidur Rasul semakin terasa…meskipun bukanlah hanya ketika tibanya hari keputeraan Rasulullah SAW kita wajib mengingati baginda, tetapi kehadirannya semakin meningkatkan ingatan dan cinta yang sentiasa tersemat di hati…sebuah video yang sering membuatkan hati ini tersentuh  setiap kali menghayatinya....


“Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit”

Kemudian tamu itu memberi salam lagi “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”

Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara tamu itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah “Siapakah yang ada di muka pintu itu?”.

Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma”

Rasulullah SAW bersabda “Tahukah kamu siapakah dia?”

Fatimah menjawab “Tidak wahai baginda”

Lalu Rasulullah SAW menjelaskan “Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda  " Masuklah, wahai Malaikat Maut...."



video

Saturday, January 28, 2012

pabila tenet ku berkata-kata...


aduhh..slow giler line internet ni…
dah seminit…lom kluar gak webpage yg aku klik.
teknologi mana larrr  telekom mesia pasang kat area umah aku nie….

terkebil2 mata menahan ngantuk sambil nunggu webpage yg macam tak kunjung tiba nie..ehh lebih seminit dah nie !

lembab lar kau tenet…

zzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


tenet     : ngumpat org lembab ker? ooii, org penat lar…

aku        : ehh, tenet kau leh dengar ker aku ngomel ?

tenet     : kau ingat senang ker keje aku? mcm2 page kau klik serentak…aku gak yg tepaksa ping sana   ping sini…server simpan data yg kau nak ni bukan macam sebelah kepuk padi umah kau tu..nun kat san diego , pas tu kat jepun, alih2 kat frankfurt…lain lar kau bukak page kat mesia nie..kalau server kat kl ni bedesup aku leh gi…

aku        : erkk?

tenet     : sesekali mesti lar ada masalah..kereta pon leh rosak..orang pon leh sakit..kau marah ker aku slow kali nie?

aku        : dah seminit lebih tak kuar aper aper pon?

tenet     : agak2  kalau kau seniri gi ambik info yg kau nak ni kat san diego sampai tak 5 minit? buka pintu pagar ngan setat enjin nak gi airport pon komperm dah lebih 5 minit..

aku        : gulp !

tenet     : pastu banyak cantik kau klik sana, klik sini serentak bebanyak….berpinar2 aku gi sana sini nak retrieve info yg kau nak….sesekali seminit lebih pon kau dah bising lambat…

aku        : huh?

tenet     : kau tau nak laju jer…cooling fan yg bertaun dok kipas aku ari2 ni dah rosak kau tak nak repair, panas ohh dok lam engine motherboard nie, yang  hang buat derkk jer...abuk naik tebal lam CPU ni ader kau kesah?....betaun dah aku keje untuk kau nak minta increment tambah speed RAM pon tak penah dapat….yg kau tau aku lembab….yg kau tiap2 bulan ader duit lebih sesedap makan kentaki buleh plak.

aku        : gulp ..!

tenet     : aku nak rehat seminggu buleh? kau jangan sesuruh aku ping sana ping sini cari info utk kau seminggu ni..buleh?

aku        : alarr sori lar tenet…telepas pandang…kau merajuk ke tenet?

tenet     : biler nak cuci abuk merata lam CPU nie yg dah betahun menyesakkan napas aku?...biler nak gi ganti cooling fan yg dah kiok tu?, panas lar lam nie...biler panas  cepat lar org penat…biler nak tambah speed RAM sebab betahun dah kau perah tenaga aku tapi asik2 dok membebel slow lar, kaler tak lawa lar, tgk youtube tesangkut2 lar, lembab lar..

aku        : tenet, kau ada union ker? demand semacam jer?

tenet     : ader ! kalau seminggu aku mogok kau ok kan?

aku        : kau mogok dua minggu pon ok…haha!

tenet     : ohhhh eksyen yer...tau tak lam dua minggu tu nanti kau tak leh cari info, kau tak leh retrieve document, kau tak leh save gamba keje kau, kau tak leh chat, kau tak leh webcam ngan kengkawan, kau tak leh akses cctv rumah kau, kau tak leh akses alarm system umah kau, kau tak leh call free pakai net…kat tak leh akses mail, kau tak leh print…..belaja-belaja lar pakai typewriter ngan fax seminggu dua nie, rasa2 kau buleh tahan?

aku        : ahhhhhhhhhhhhhhh……tenet, aku serender lar kat kau….




wuishhhh…rupernyer aku tertidur depan pc…tensyen sebab menunggu langsung aku terlelap sejenak…..bangun dari sandar ku , mata ku tertumpu semula ke screen pc…tercarik2 webpage yg aku klik sebelum terlelap tadi…ada tak kuar??

kat screen…..’ error 404 : page not found ‘

‘ tak pa, tak pa…..kau lambat sejam pon tak pa tenet’ kata ku lam ati sambil mengusap2 body CPU.

mata ku melilau mandang sekeliling….aahhh, nasib orang rumah ngan anak2 aku tak nampak aku usap2 body CPU  sambil cakap2 sengsorang….

ku ambil pena, lantas aku cecepat menulis sesuatu sebelum terlupa;

1.      cooling fan
2.      cuci abuk
3.      speed RAM.

giler..tenet leh gertak aku.

haha…

happy birthday angah...happy 'everlast' angah.

18 februari ....

menginjak alam gadis remaja...seperti remaja-remaja lain yg berusia 15 tahun angah tak lekang dengan 'muka buku' dan henpon. 

baru -baru ni dia menyuarakan pada ku nak kasut sekolah.

'kan dah beli sebelum ni? ' tanya ku hairan.
'angah nak sgt yg satu ni...buat spare ke sekolah' tutur angah.

dia cuba menyakinkan aku...dia tau agaknyer alasan kali ni bukan senang dia nak gorma aku...takkan 3 minggu sekolah tapak kasut dah haus?

mungkin kebetulan timing dier kener atau mungkin mewarisi stail bapak dier yg strategik dalam mendapatkan sesuatu (achewahh!)  membuatkan aku lentok bila dia ajak gark gi kedai tengok kasut .

' kasut yg mana satu ngah? '
' yg ni... ' dengan muka seribu harapan dia menjawab seraya memegang dan membelek2 kasut yg diidam-idamkan oleh nya.

ermm, body glove...ni bukan nak kasut spare, ni nak kasut stailo gi sekolah...mata aku nengok kasut tu tak lar lawa maner...trend zaman dia, dia jer yg tau .

' itu putih sulah abis lorr..sekolah jam manyak juai lorr..lain minggu ala mali..' nyonya kedai bagitau kat aku ngan angah...lam ati aku ' selamat aku kali nie'.

muka angah punyer lar 'perasttt'...aku memahami betapa kecewanya dia...alarrr sama macam taim aku dulu2 tak leh dapat kasut warrior nak diperagakan kesekolah...memang menyayatkan ati perasstt yg cenggini.

lam keter masa balik monyok plus muncung angah semacam...lam ati aku nak gelak pon ada...ha ha ha !

semalam dia, kak chik ngan ajim  keluar dengan mak lang dia kat sunway pyramid...balik mak lang dia hantar sampai ke rumah.......angah terus tayang kat aku..fuhhh kasut baru !



' woittt, kasut sekolah mendernyer ni ngah....everlast..main boxing ker aper?? ' tanya ku.

' babah tak nak beli body glove...mak lang belikan everlast...lagi poyo bahhhh ! '

perghh ilang muncung angah tu ari...

' berapa inggit? ' aku ngorek rahsia dia ngan mak lang dier.
' ader lar sikit..takpa ' kata kakak ku.
' mak lang belikan....lapan puloh lebih lar bah..cantik kan? ' angah beriya-iya explain.

makk aiii..kasut sekolah kau jer lapan puloh lebih...kalau warrior aku dedulu baru 15 inggit leh dapat 5 pasang !... 'apa lar  agaknya strategi mengayat oleh angah melentokkan mak lang dier tadi ' pikir ku lam ati.

'ngah, kalau kasut sekolah camni bangun pagi gi sekolah kena la 5.30 pagi...bukan bangun 6.30 pagi !' aku sesajer jer hint buat dia tensyen...angah bab bangun pagi ya rabbi liatnyerr, antara semua adik beradik, dier lar selalu paling last bangun....angah muncung, muncung yg sejibik macam tu ari...masa 'perasttt' yg memula tak dapat kasut.

tu lar stail angah, bila 'perassttt', marah lam diam, tensyen akan muncung...sejak dari kecik.

muncung yg 'everlast'.

haha.

Thursday, January 26, 2012

raya kau...raya aku.


kebetulan malam raya cina baru ni aku dengan anak2 ada kat laman depan rumah...agak lewat malam...kebetulan malam tu sambut birthday angah...so ada sedara mara yg lewat balik sebab alang2  tunggu habiskan citer kungfu 'ip man' kat tv3...movie habis tepat pukul 12 tgh malam.

masa reramai kat depan pagar tu taim sesedara nak balik tiba2 ...

BOOMMM ! DUMMM !..BOOMMMMM !....DUUMMM !

SHRIEKK !..KHRIEEKK ! (alarr, tu bunyi masa korang nampak bunga api tu kuar...korang imagine je lar..payah lar nak eja sound effect yg cenggini beb...aharkk!).

whooaaaaa..!!! anak2 aku yg lom tidur teruja tgk bunga api bertebaran di angkasa.

tanglung pula di sana -sini kelihatan naik berbunyut-bunyutan, terawang-awang di udara seolah-olah membentuk latar belakang persembahan yang menambahkan lagi senario dramatik terutamanya  bila jurai api memecut laju ke atas, diikuti dentuman-dentuman  kuat menggegar yang disertai percikan bunga api berwarna -warni bertebar membelah malam.

...ohhhh cantik...!!

memang penempatan komuniti cina padat dibahagian belakang depan rumah ku...ianya seolah olah pesta...dan buat seketika kegelapan langit  malam menjadi terang benderang.

'babah, raya cina ni bestkan diaorang main mercun banyakkkk' kak chik bersuara.

aku cuma senyum, satu sebab penat melayan org yang datang, kedua sebab dah lewat malam power dah abis dan yg ketiga sebab mungkin pada kak chik anak yg berusia enam tahun benda2 yg dizahirkan secara nyata memang buat dia mudah teruja agaknya kata hati ku.

'kita dengan diaorang cara raya tak sama kak chik' nak tak nak akhirnya aku bersuara gak.

dengan harapan kak chik memahami maksud ku...mungkin bukan sekarang akan tetapi bila dia dewasa kelak.

merayakan bersama dengan batasan dan cara yg dituntut agama? merayakan bersama atas dasar kesamarataan dan kebebasan bersuara? merayakan bersama atas dasar logik akal dan perkongsian bersama?

kak chik, dewasa bukan semestinya matang,
kak chik, dewasa bukan semestinya betul semua,
kak chik, dewasa bukan semestinya tahu semua.
teringat aku satu posting oleh 'hishamuddin rais' dalam blognya 'tukar tiub' dengan cara ucapan hari natalnya kepada mereka2 yg beragama kristian baru2 ini... 

just one word, bengong...




_______________________________________________________________






Sabtu, 24 Disember 2011


SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA





SELAMAT BERPESTA SESAMA MANUSIA

















NOTA:
kita selalu mendabik dada
bahawa kita sahaja yang betul
ajaran yang lain semua salah

kalau kita mencampuri mereka
ada juga dikalangan mereka
yang mengatakan kita juga salah

tidak ada sesiapa yang memonopoli kebenaran
kebenaran bukan milik agama
kebenaran wujud tanpa agama
kebenran wujud kerana kebenaran

agama ialah kepercayaan
ada yang percaya
ada yang tidak percaya
inilah keindahan kehidupan
terpencar pencar
dan berbagai bagai

seharusnya kita merayakan kepelbagian
seharuanya kita merayakan perbezaan
seharusnya kita merayakan rencan ratus budaya

dunia akan menjadi bosan
jika semua jalan di penuhi dengan mek dogal
dunia akan menjadi bosan
jika semua kota diselirati oleh 7/11
dunia akan jadi bosan
jika dimana mata memandang ternampak kentuki fried fuck

rayakan kehidupan ini
hidup hanya sekali
hidup ini bukan bikin filem
hidup tidak ada reshoot
hidup ini tidak ada ulang tayang

untuk sambut perayaan maulud dul rasul nabi isa ini
tukar tiub hadiahkan rubaiyat omar khayyam:

DALAM PARSI



terjemahan inggeris
:
Khayam, if you are intoxicated with wine, enjoy!
If you are seated with a lover of thine, enjoy!
In the end, the Void the whole world employ
Imagine thou art not, while waiting in line, enjoy!

terjemahan makna:
In life devote yourself to joy and love
Behold the beauty of the peaceful dove
Those who live, in the end must all perish
Live as if you are already in heavens above.

terjemahan melayu:
khayam jika air anggur itu menyoronokan kamu, nikmatilah
jika kamu bersama kekasih, nikmatilah
akhirnya dunia ini berakhir jua
nikmatilah hidup ini seolah kamu dalam syurga

rubaiyyat dari tukar tiub:
tuangkan ke cangkir itu si anggur merah
gesekan kecapi itu sampai ke pagi
aduh ! hidup ini
betapa indahnya
ianya hanya sekali




SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


kecoh sangat tentang tarikh lair nabi Isa(dalam bhasa yahudi disebut Yeshua atau Yesha, dlm bahasa bible disebut Yesus). mazhab2 dlam kristian pun berbeza pendapat tentang tarikh lahir Isa. sama macam Islam Syiah berbeza pendapat dgn Islam Sunnah tentang sunnah(perbuatan) nabi muhamad, sama macam Islam mazhab hanafi dan mazhab shafie berbeza pendapat tentang hukum hudud. memang Santa Claus takde dalam Al-quran, dalam Bible pun tak ada.

Santa Claus adalah budaya mat salleh. sama macam amalan memberi duit raya masa hari raya aidilfitri, beri duit raya tak ada dalam Al-Quran. Isa adalah nabi semua agama Samawi (Islam, Kristian, dan yahudi). Maka, kita kena iktiraf. soal tarikh lahir itu remeh temeh. takkan ucap merry krismas pd kristian pun boleh murtad??
By Non-Governmental Individual on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/24/11





Nuffnang Ads

amanda

1986 - album third stage, boston
1986 - from new york to iowa...from the bustling city to the heartland of america...seeking for paper scroll, seeking for future.  


video

Monday, January 23, 2012

sakinah dan kehidupan...

dalam kesedihan tanpa diduga...menyusul kegembiraan,
dalam kepayahan tanpa disangka...terbentuk kesenangan,
dalam kekalutan tanpa dijangka...menjelma ketenangan,
dan dalam kegagalan tanpa disedari...terukir kejayaan.

suratan atau kebetulan...

kehidupan itu sendiri....suatu keajaiban...dalam mencari sakinah.


video

suara dari langit


KOTA SAMARAHAN:

Unexplained chilling sounds, which filled the air of Samarahan in the wee hours of Jan 11 and 12, have residents there puzzled and perturbed until today.

One of the theories being thrown into the pan is that it could be a by-product of the High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) undertaken by the United States, while others believed it were from processing machines hard at work at an oil palm factory owned by Felcra in Kampung Endap.

But the fact remains that until today the mysterious sounds, which some say resembled loud snoring sounds, remain veiled.

“Frightened, I quickly dashed inside, but stayed awake till daylight as I would not sleep any longer. If I am not mistaken, the sound persisted until about 5am.”

To prove that he was not spinning a tale, Ferdauz said he had recorded the phenomenon on his mobile phone, and he played it for thesundaypost reporter yesterday. 

Ferdauz claimed that he also saw strange pattern in the skies in the early morning of Jan 12. “The clouds appeared to be in straight lines, and well formed. I have never seen anything like it, but whatever it is, I am sure there must be a scientific explanation for it.

“But later that day, an earthquake hit Sumatera in neighbouring Indonesia with a magnitude of 7.3 on the Richter scale. I am not sure whether both incidents are related in some ways.”

The incidents only occurred for two nights – Jan 11 and 12.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/#ixzz1kG0uN3Ku

video
...kota samarahan, sarawak.

video
...beberapa tempat di dunia.




baru-baru ini dikejutkan dengan berita tentang kedengaran bunyi yang aneh datang dari langit pada 11 dn 12 januari 2012 di kota samarahan, sarawak…diberitakan ramai penduduk sekitar yang mendengarnya...ada saksi mengatakan pada siang harinya bentuk awan agak pelik dengan awan berbentuk garisan-garisan  lurus…kebetulan keesokan harinya diikuti dengan kejadian gempa bumi  di sumatera dengan magnitude  7.3 skala  richter.

apa yang menarik perhatian ku ialah bunyi aneh yang seakan sama di kota samarahan juga pernah kedengaran di beberapa tempat lain di dunia.

ianya menjadi misteri…sehingga kini tiada siapa yang mampu memberikan jawapan yang kukuh dan konrit bagi merungkaikan tandatanya tentangnya.

ianya tentulah pengalaman yang menyeramkan…bayangkan jika kita tiba-tiba terjaga di tengah-tengah malam dikejutkan dengan bunyi gema suara aneh kedengaran di langit…bayangkan kalau kita lar kena, agak-agak berani tak terus keluar rumah gi kat porch keter? agak-agaknya kita suluh tak langit tu  ngan torch light pastu tetinjau mandang kat langit tengah-tengah malam buta sebab nakkan kepastian? atau terus  menggigil, tarik selimut selubung kepala?

dan aku pon seperti biasa tidak terkecuali menjadi antara mereka-mereka yang jump into the ‘ kereta pembawa pemain muzik’ (maap, ayat tu bukan aku sesajer goreng…my feberet internet  teranselesyen nie ha ha) ) untuk membicarakannya…ahrkk.

jadi agak-agaknya  kenapa, apa dan mengapa langit  berbunyi? tahun 60an zezaman a romzi and the hook tgh top , tahun 70an zezaman uji rashid dan hail amir tgh top, tahun 80an zezaman kembara tgh top  dan tahun 90an zezaman 4U2C tgh top tak plark kita dengar bebender mcm ni  kan? kan? kan?

di zaman-zaman lady gaga tgh top ni macam-macam plak yg kluar.

mungkin ianya dari aktiviti HAARP amarikana yang dihalakan ke sini macam yang dah kena kat tempat-tempat lain sebab tetandanya ada (sila rujuk posting yang terdahulu)….pada siang hari kejadian, ada saksi di kota samarahan melihat bentuk awan yang kelihatan pelik dan esoknya diikuti kejadian gempabumi  di sumatera.

atau mungkin ada mamat-mamat  yang sesajer buat ‘prank’ nak raya cina nie…kan tahun naga?  ceterai dengar bebetul kan ader sesikit cam bunyik napas naga mengombuih-ngombuih.

tapi kalau kita dengar bebetul dua  tiga kali, pada aku dah mcm bunyi napas darth vader pon ya gark.

atau mungkin ianya satu peringatan dari Allah SWT kepada kita semua kat sini yang tengah seronok sesangat menjahanamkan negara seniri ni bahawa kita kini berada di akhir zaman.

tapi kan kat rumah aku pon ada kalanya  kedengaran jugak suara-suara aneh nie…bunyik dier sebijik mcm bunyik lam bideo nie... ya, selalunya waktu malam…dan ianya menjadi amat jelas ketara kedengaran terutamanya waktu hening tengah-tengah malam…kadangkala ianya kuat dan kadangkala bunyinya halus panjang…cuma suara aneh yang kat rumah aku  nie ianya datang dari langit-langit, bukan dari langit.

ha’ah, bunyik aku tidor berdengkor.

Saturday, January 21, 2012

escapism part 2

it was 10am...kindda sunny day.

' quick, pack your stuff  ' i told my kids.

' where to dad? ' sarah was asking me with cheeky smile on her face.

winking my eye i replied ' ...a place to unwind '


video

Friday, January 20, 2012

(just like) starting over

1981 - john lennon
1981 - eyesight need glasses, typical teenager taste, got an algha frame...oval...gold...anyway, still i didnt look like john lennon.



video




wiki apedia?




hujan masih turun…jalan melaut dengan air…ohh, hujan rahmat subuh di pagi jumaat.
‘gug gerk… gug gerk… gug gerk ‘...
kedengaran bunyik wiper kereta aku menjalankan tugasan membilas cermin…untuk membantu aku menjalankan tugas menghantar anak2 ke sekolah.
keheningan pagi tersangatlah bestnyer...suasana mula sibuk kat jalan…motor, bas, kereta, lori dan yg paling aku tak paham ada gark terselit kereta bajak awal2 pagi ni…nak buat camner, dah gitu cara dan bahagian masing2 keluar cari rezeki…lam  sibuk2 tu ada yg bawak keter cara selow and steady…ada gark yg ‘ whossshhhhh’ zig zag lajunyer kau !!... mencelah2 umpama schumacer kat litar F1 tapi pada aku lebih pada pemandunya tu sakit perut yg memulas2 tak nyenyempat  nak cari toilet…kalau tak sakit perut pon aku gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi jumaat pastu nak kaber taim ngantar anak sekolah ngan nak kejar taim sampai opis…ha ha.
‘lip lap…lip lap’...
keter sebelah aku bagi signal ngimpit minta laluan nak masuk…lampu depan masih merah, so  dia kelihatan teramatlah desperadonyer sebab keter dia dah ngadang orang lain kat belakang…nasib lar meter iman aku pagi ni tahap ‘forgiving’…lam ati aku ni berkata ‘ ni sorang lagi derebar yg gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi tadi ‘…takpa,  ya silakan mencelah masuk, sapa tak nak pahala pagi2 jumaat ni ye tak?...aharkkk!…tetiba ’poooonnn’ kedengaran keter belakang aku bunyikan hon mcm tak pueh ati sebab mamat tu potong queue tapi aku bagi plak cilok..woitt? org belakang ni pon temasuk lam kategori derebar yg tadi lambat bangun pagi juga ker?
hantarmmm sajar lah !
suasana masih gelap…bukan gelap pagi…gelap sebab awan hujan.
sama gelapnya dengan ‘blackout’ kat site wikipedia.

wikipedia telah menutup sitenya baru baru nie membantah akta SOPA dan PIPA perihal hakcipta dan cetak rompak…pengasas wikipedia, jimmy wales mengatakan akta ni diolah dengan begitu teruk sekali.

org macam aku yg dulu2 mak bapak tak mampu beli ‘encyclopedia britannica’ yg aku tengok dok berederet lam umah sesetengah kawan mmg bergantung sgt dengan wikipedia ni lam banyak hal.

agaknya perkataan asalnya ‘wiki apedia?’ sebab sumer benda dier leh jawab, tak der benda yg dier tak tau… sebab nak lebih komersil dan glamer  dipendekkan jadilar ‘wikipedia’..aharkk !

matahari pagi sikit2 dah kluar…petanda gelapnya pagi tidak akan berterusan lagi.

begitulah jua dengan harapan menggunung ku, agar gelapnya ‘wikipedia’ tidak berterusan lagi.

Wednesday, January 18, 2012

strategi 'pow wow' kat tanjung malim.

‘area ni ke? ‘  tanya wanita yg duduk disebelahku dalam bas.
‘ya,…area ni keseluruhannya masih belum dibangunkan sepenuhnya’ jawabku sambil mata ku menyorot luar tingkap bas melihat keadaan sekeliling sambil aku membuat catatan.

wanita tersebut tidak mencatat apa-apa pun malah tidak membawa apa-apa buku nota pun.

‘ ohh..ni luasnya agak-agak berapa?’ tanyanya lagi.
‘ dalam 200 ekar ‘ tambahku lagi.
‘ mana tahu? ’ dia bertanya semacam hairan sebab jawaban ku agak cepat.
‘ tadi pegawai taklimat tu yg bagitu’ jawabku senyum.

‘ first time ikut mmg mcm tu…ni mesti tak dengar kan?’ tambah ku lagi.
‘ ha ha’ dia tertawa.

bas bergerak perlahan sambil diselang seli dengan taklimat pegawai menerangkan keperluan skop kerja. aku perhatikan wanita yg duduk disebelah ku itu seakan-akan tidak acuh dengan apa yg disampaikan oleh pegawai taklimat, dia kelihatan asyik dan leka memandang pemandangan luar tingkap bas...mungkin dia sedang leka melihat kepulan-kepulan awan yang masih berada di jajaran banjaran titiwangsa bisikku dalam hati.

'cantik kampus ni...kampus baru...hijau dengan pemandangan bukit' dia menoleh sejenak sambil menyuarakan kekagumannya pada ku....aku cuma memandangnya dengan mengangguk sambil senyum tanpa berkata apa-apa padanya.

akhirnya ‘tour’ tersebut tamat dan kami sampai semula ditempat mula-mula kami menaiki bas tadi…kami berdua turun bersama-sama dengan yang lain..menuju ke kereta masing-masing untuk pulang.

aku berjalan ke parking lot, seiring dengan wanita yang duduk bersebelahan ku di dalam bas tadi.

‘nak terus balik ke?’ tanya ku padanya.
‘tak tau lar, budak-budak nak balik sekolah tengahari nanti…nak kena jemput budak-budak tu nanti….tapi baru sebelas setengah pagi’ katanya pada ku.

‘kalau gitu jom lah singgah makan kat restoran kuih pau tanjung malim yg ‘famous’ tu…alang-alang dah sampai sini rugi tak singgah’ aku mengajak.

‘ sempat ke?’ tanyanya sambil memandang pada ku.

‘alahh, sempat’ jawab ku pendek sambil tersenyum.



selesai kami membuat pesanan, keadaan senyap seketika…kelihatan dia membelek handphonenya yang dimatikan masa dalam bas tadi kemungkinan tak mahu diganggu...aku memandang tepat pada wajah wanita tersebut…dia adalah isteriku.

kesian kat dia, tak pasai-pasai  aku angkut dengan dia dia sekali ke sana.

aku lar yg 'kidnap' dia...lawatan tapak ni wajib kalau nak participate dalam tender...so  ngajak dia ke ‘tender site visit’…’tour’ ke tapak tadi dengan bas yang disediakan oleh klien…biasalah, strategi nak amik 2 document tender...jadi aku ajak wife aku join sebab setiap sorang mewakili satu syarikat dan cuma boleh beli satu document tender sahaja…sebab nak masuk tender guna dua syarikat terpaksalah aku bawak ‘sleeping partner’ aku...aharkk.

biasalah kan…strategi nak cepat kaya.

yer ker? ontah…

ha ha.

Monday, January 16, 2012

bahasa jiwa bangsa 5 - kementerian pertahanan



ada ' berbutang three, berbutang five, hidden berbutang'...paling best 'clothes that poke eye' ! alasan kementerian pertahanan adalah kakitangannya menggunakan 'google translate'.

jangan sampai esok2 bila perang ...orang suruh tembak, kita pegang lengan bagi api.

mana tak nya ;

hold you arm...fire!
pegang lengan anda...api!

aharrkk!

Sunday, January 15, 2012

escapism part 1

satu perkataan yg sesuai untuk posting kali ini...'escapism'.

sebulan dua ni aku rajin ke kebun tak jauh dari rumah...dulu2 tak berkesempatan, lately bila dah kerap kesana baru lar sedar rupa2nya selama ini aku yg leka tentang banyak hal.

dah rajin gi kebun? maklum lah, tambahan skrang musim buah...ha ha.


hujung minggu kdg2 bawak keluarga plus diikuti oleh ipar duai ngan biras2 aku gi kebun.

luckily ada sorang biras tu terror bab kebun2 ni, so aku ikut menebas sesikit yg aku termampu...tapi dia yg byk buat keje2 mesin rumput, meracun, membaja etc .

aku? byk lelepak minum ngan menghembuskan asap rokok kat pundung...aku tang menyapu ngan tukang bakar2 daun boleh lar ha ha.

tu ari musim dian, dah abih...rambutan ngan manggis plark ada tinggal sikit lagi...cempedak pon ada...buah duku langsat kali ni tak menjadi...dibawah bukit ada kolam kepunyaan bapak sedara , dia bela ikan.

now ni tgh banyak buah pulasan...merah2 , pokok2nya pon rendang jer...terasa mcm petik epal masa 'picking season' jer.





















yg bestnya ada sungai kat sebelah kebun...aku jenis mata melilau, aku redah...ermm, under utilize ni... tup tup dapat ide rasa nak buat port mandi...suggest kat diaorang kita rasmikan masa cuti raya cina nanti.

so now tgh projek ngan ipar dan biras buat tempat 'port' mandi...air situ best , sejukkkk...segarrr.

sesuai untuk tarjun bila dah ponek-ponek kek kobun.

sesuai untuk lelepak bila boring tak der tempat nak dituju.



video
sebagai 'escapism'...

Saturday, January 14, 2012