Sunday, April 15, 2012

apakah yang berlaku pada malam kejatuhan melaka? - part 1

satu persoalan menarik berdasarkan pada rekod yang dipercayai ditulis pada 1518, yakni 11 tahun selepas kejatuhan kerajaan melaka...alih bahasa oleh Royal Asiatic Society tahun 1902, reprinted 1911 ;
keratan 1 (atas) menceritakan ketegangan awal sebelum melaka diserang.




keratan 2 (atas), terdapat beberapa fakta menarik contohnya orang2 melayu melaka sebenarnya telah lama  menggunakan senjata api meriam dan senapang semasa berperang bukan seperti mitos yang mengatakan melayu melaka hanya  bersenjatakan tombak dan keris...pada hari pertama serangan, rekod menunjukkan tentangan sengit dengan kekalahan awal portugis dalam pertempuran-pertempuran dengan kehilangan nyawa yang banyak telah memaksa portugis berundur semula ke kapal pada hari pertama serangan ....dan rekod turut  menyatakan putera alaudin sendiri berada di barisan paling depan semasa berperang!

serangan kedua pada 24 julai 1511, melayu melaka diasak lagi memaksa mereka berundur seketika dan bertahan sebelum membuat serangan balas yang dipimpin oleh putera alaudin dan dibantu oleh hang nadim melalui serangan dari sungai  memaksa portugis sekali lagi berundur ke kapal mereka!

perghh!!.....terer tak terer orang melayu melaka dulu2 beperang.




keratan 3 (atas), amat menghairan tentang apa yang telah berlaku pada hari ketiga serangan?...cuba lihat fakta ;

' On the following day time Viceroy (d'Albuquerque) disembarked his men once more and proceeded with every precaution to assail the smoking ruins that had covered the resistance of the last two days. He found NO ONE TO OPPOSE him....prince alaedin retreated up to Pagoh...the prince of pahang left the battle as the fighting had lost all attraction for him..burning of the palace..the bendahara who had succeeded the murdered tun mutahir was borne off in a litter by his loving relatives while he invoked curses on the COWARDICE of a generation that was not as the warrior of his youth...the javanese, burmese and indian merchants helped the Viceroy to dislodge prince alaedin from his chosen lair at Pagoh..the malay power was broken...a few scattered bands of outlaws represented all that was left of the FAMOUS MALAY EMPIRE OF MALACCA '.

...setelah bertempur hebat pada hari pertama dan kedua yang mana askar portugis telah tewas dan terpaksa berundur semula ke kapal, secara tiba2 pada hari ke tiga pertempuran tidak terdapat sebarang penentangan? tiada langsung pahlawan2 melayu muncul pada hari ke tiga? secara tiba2 akhirnya portugis masuk dengan begitu mudah?

...adakah jatuhnya kerajaan melaka kerana orang melayu tidak hebat berperang? secara tiba2 hilang bunyi tembakan terakol, istinggar dan pemuras? mana hilangnya bedilan meriam lela rentaka? walhal rekod yang ada menunjukkan sebaliknya, orang2 melayu melaka tidak mundur..malah setiap kali diserang, maka tiap kali itu juga mereka menghambat orang2 portugis hingga kembali ke kapal kapal mereka semula

...portugis hanya mampu menyerang hanya sampai ke bandar dan pelabuhan pada hari pertama dan kedua tetapi mengapakah pemerintah melayu melaka secara tiba2 mengosongkan kawasan pertempuran malah telah berundur hingga ke pagoh sebelum bertempur pada hari ketiga?

..... atau jatuhnya kerajaan melaka kerana adanya pengkhianat melayu itu sendiri?

7 comments:

  1. tanya sikit boleh...saya keliru bukankah waktu tu 1511 sultan mahmud shah tapi catitan menunjukan sultan alaudin yg mengepalai perang...boleh beri penjelasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      sultan mahmud shah (1488 – 1528) adalah anak kepada sultan alauddin riayat shah…sultan Mahmud shah mempunyai 3 anak lelaki iaitu sultan ahmad shah, muzaffar I (berkedudukan di perak) dan alauddin riayat shah II (berkedudukan di johor)..sultan mahmud shah pada zamannya juga mempunyai beberapa pahlawan/panglima perang hebat seperti hang tuah, khoja hassan dan hang nadim.

      alauddin (prince alaedin) yang dimaksudkan adalah alauddin riayat shah II.

      mungkin ada baiknya dirujuk juga pada sumber yang lain sekiranya penjelasan saya ini ada khilafnya.

      wasalam.

      Delete
  2. Kenapa kali ke3 serangan Portugis x berbalas? nape jadi camtu horzepower?
    Potugis dah main hantu? guna ilmu hitam..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu itam? haha.....ada orang melayu kita yang belot...tu jer

      Delete
  3. Kenapa Mat Halim nii pekak betoi.Pi tanya soalan yang pekak. Sultan Alaudin tuu adik Sultan Mahmud. Hang jadi Melayu macam mana. Dah 50 tahun merdeka , pekak lagi. Baik tak payah jadi Melayu...

    ReplyDelete
  4. Tanye soalan-soalan yang tidak menunjukkan kematangan .Bacalah banyak.Nak jadi bangsa Melayu tapi kajian sikit. Harapkan pagar, pagar makan padi.Jadilah bangsa Melayu yang tinggi dan dihormati. Jangan tanya soalan yang bodoh....

    ReplyDelete
  5. Kita sepatutnya banyak membaca.Pergi ke perpustakaan.Baca,baca,baca.Jangan nak makan saja tau.Habis-habis cari duit jual bangsa.Nak buka kilang motor.Otak tuu dah tak pandai usaha. Jadi polis, tak buat kajian apa pun.Patutnya hantar anak-anak polis,terutama anak-anak polis dekat MRSM kulim ,kedah tuu belajar buat senjata. Mana yang belajar tinggi hantar anak ke Republik Czesh buat senjata.Tingkatkan teknologi senjata.Dah ada Universiti Pertahanan.Buat apa simpan ilmu.Kaji,kaji,baca,baca.....Ini komen bende-bende yang tak menafaat. Tuu yang Allah bagi banjir negeri Johor,Pahang,nasib nogori tak banjir.Lu fikir lah.Jadi bangsa Melayu yang maju.

    ReplyDelete