Sunday, September 30, 2012

sekolah islam terpadu 'el yasin'...batam, indonesia






tidak ada direct flight ke batam, indonesia pada hari semalamnya, jadi turun di changi, singapura terlebih dahulu dan kemudian melalui ferry ke batam...bersama beberapa yang lain meluangkan masa membantu sedikit sebanyak yang termampu dalam memastikan pembinaan berjalan lancar.

harbour front, singapura...menaiki ferry ke batam.
mengambil masa sejam lebih ke batam melalui ferry...hari sabtu jadi terminal agak sesak disebabkan orang2 singapura masa weekend ramai ke sana bercuti hujung minggu.



 blok 2 sedang dalam pembinaan...memastikan penyiapan dalam tempoh enam bulan disebabkan jadual    pengambilan pelajar2 baru awal tahun depan..buat masa ini pelajar2 ditempatkan di blok 1 yang baru siap.
 

blok sekolah/asrama 2 dan dewan yang dalam pembinaan
  
blok sekolah/asrama 1 yang telah siap






 





kantin/dapur sekolah sedia ada 



keseluruhan tapak kompleks yang disumbangkan oleh seorang hamba Allah adalah hampir dua ekar...pasti memakan masa beberapa tahun bagi menyiapkannya sedikit demi sedikit, insyaAllah.
























Friday, September 28, 2012

along geng ngan babah....






sebab bulan yang sama so share kek birthday jer ngan along...

along geng ngan babah kan?

along yg keberapa?....along sweet seventeen,

babah along?....ahakk!!

Tuesday, September 25, 2012

tesla ; genius or a mad scientist?

thomas edison, written in history as one of the greatest inventors the world has ever know.

nikola tesla?...strange, remembered only by a few.

two prominent figures during 'war of current' era in 1880s....

tesla, inventor of ac current that we re using nowdays, plus some weird gadgets and suprisingly of all (incomplete work) was his idea to give the world free energy!

some claimed that edison was a thief and that he died a rich and powerful man surrounded by friends because he robbed tesla's ideas and others like him...meanwhile, tesla died broke and miserable and lonely with his closest friends being wild pigeons he had enticed into his room at the Hotel New Yorker.

had posted about him in my blog previously...sharing here documentary clips as a tribute to an unsung hero...i guess a man who was ahead of his time.

it was said that his paper documents mysteriously went missing after his death....




video


video


video


video

Sunday, September 23, 2012

FEMA - a conspiracy myth or a modern days dungeon?

"FEMA concentration camps exist in the mind of a particularly loopy bunch of conspiracy theorists (or Deus Ex players who really need to put down the mouse and keyboard...), who believe that mass internment facilities have been built across the continental United States by the Federal Emergency Management Agency, in preparation for a future declaration of martial law."

is it just a conspiracy myth in relation to NWO (new world order) or an internment camps meant for emergency under presidential executive order?

if part of the NWO plan,  then that's explained on growing numbers of 'preppers' nowdays.

if meant for internment camps, then their 'preventive detention plan' (detainees who re threat to national security under prolonged detention but cannot be tried) is very similar to our very own ISA which was being lambasted previously !

similar to guantanamo?

hello, this ain't just one guantanamo....with FEMA, they ve got hundreds....

a small stupid question from me to all our NGOs',  now who is uncivilise and inhumane?

mind if i see yr banners and placards again?


video


video


video

Friday, September 21, 2012

ngeh, kau tak payah minta maap



terasa sejuk hati bila tgk pic umno pas sama2 turun  mempertahankan 'common ground' yang ada bila bab2 agama dan bangsa kita diperlekehkan oleh 'mereka'.....

hanya cuma one off incident? mula berubah? tak sengaja snap pic macam ni? tidak mencerminkan dasar prinsip pucuk pimpinan parti masing2?



tolak tepi kalau ada pegangan bos2 parti masing2 jika tak suka tgk umno dan pas sama2 bergandingan  mempertahankan 'common ground' kita. inilah yang diharap agar lebih banyak terjadi di masa2 akan datang nanti. tanpa mengira kelompok politik masing,  melayu islam sama2 berganding menunjukkan kita ada tahap kesabaran kita bila 'mereka-mereka' semakin biadap.

bagus ngeh, kau sergah lah banyak2...kau main2kan lah statement pasal agama dan bangsa banyak2 masa akan datang. semalam ngeh kata dia tak perlu minta maaf. elok sangat2 lar tu. nak tengok lebih banyak protes melayu islam datang ramai2 bersama2 semacam ini maka kau amalkan lah perangai tak sedar diri tahap tertinggi ni. perkara2 semacam ini lah yang membuatkan' mereka-mereka' menggelupur kepanasan bila nengok tanda2 orang kita mula bersatu hati.

teringin sgt2 aku nak dengar komen2 mana-mana org2 melayu islam yang masih menyokong dan mempertahankan ngeh ni....

oppsss, dan aku tak nampak pulak geng melayu islam pkr masa ramai2 protes kat masjid kampong baru tadi.

atau dalam parti pkr memang dah tak ada ahli melayu islam?

Monday, September 17, 2012

16 sept - kita semakin matang atau leka?

16 sept 1963, tarikh pembentukan Malaysia..barangkali sesebelum ini tidak banyak yang mengingatinya berbanding 31 ogos 1957..kurang diberi perhatian didalam buku2 teks sekolah terutamanya pada 80an dan 90an cuma hanya beberapa tahun kebelakangan ini ianya disebut2 antara tarikh penting dalam sejarah negara seterusnya kerajaan menjadikannya sebagai cuti umum.
kini, 55 tahun kita merdeka…kini, 49 tahun pembentukan Malaysia.
proses yang sepatutnya mematangkan negara rupanya menjadikan kita lebih kalut dan kelam kabut.
mungkin teks sejarah tanah melayu yang ada di sekolah2 cuma banyak menceritakan kisah2 yang berkisar sebelum perang jepun..paling jauh pun buku2 teks tersebut merujuk tentang kerajaan melayu melaka, tentang kedatangan portugis, tentang kedatangan belanda dan kemudiannya diikuti pengaruh inggeris di tanah melayu.
bagi yang ingin mengetahui lebih jauh, akan berusaha sendiri untuk mengetahui akan sejarah sebenar tanah melayu, tentang kehebatan kerajaan melayu lama sebelum kedatangan islam lagi yang bertebaran di nusantara,    kepulauan Filipina hingga ke indo china.
sebilangan besar kita masih kabur dan tercari2 akan sejarahnya,  sedangkan ptolemy telah lama menamakan tanah ini semenanjung emas (golden chersonese), bangsa yang penuh dengan tandatanya,hebat tamadunnya serta tinggi adatnya.
cuma kita tidak di dedahkan tentang kehebatan kerajaan melayu lama ini.
cuma kita tidak dimaklumkan akan teknologi peleburan besi di kerajaan melayu lama kedah atau terjumpanya manik2 era hittite di johor yang berusia ratusan tahun sebelum masihi.
amat mengujakan bagi yang mengetahuinya...tapi kini, sesekali bila dijerkah ‘mereka’ bahawa bangsa melayu juga adalah pendatang, kita menikus…mungkin kerana kita tiada ilmu tentang sejarah bangsa melayu atau sememangnya kita bersetuju? malahan timbul pula satu golongan melayu yang sama2 mempertikaikan hak pribumi atas dasar meritrokasi…pelik.
sejarah tanah melayu ini amat unik dan penuh liku.

mungkin ada yang mengatakan ianya hanya kisah2 dongeng yang melekakan…jika dulunya kita hebat, kenapa kini kita pula merendah diri dan terpaksa mempelajari tamadun dari bangsa lain?
carilah…kajilah dan fikirkanlah sendiri tentang sejarah melayu lama...bukan hanya setakat kerajaan melayu melaka.
carilah sejarah melayu lama dari sebelum kedatangan islam, selepas kedatangan islam, selepas kerajaan melayu melaka, sebelum perang dunia kedua, selepas perang dunia kedua, sebelum merdeka dan hingga selepas merdeka…

kita masih diizinkan Allah antara kerajaan beraja yang beragama islam yang masih ujud di dunia hingga kini..ya, mungkin ada sedikit sebanyak peristiwa yang menyebabkan kita sebagai rakyat muskyil dengan beberapa tindakan raja2 melayu tersebut yang ada akan tetapi secara keseluruhan ia tetap menjadi tonggak dalam pemerintahan kerajaan Malaysia yang ada sekarang dengan peranan eksekutif menteri besar dan mufti negeri dalam menasihati dan menanangi raja…tetapi kadang2 terlihat serangan terhadap sistem beraja secara sistematik  oleh ‘mereka’ seperti ingin menguji tahap mentaliti, kesabaran dan ketaatan orang2 melayu terhadap raja2 dan agama mereka..maka kini sudah mula terlihat oleh kita bahawa  orang melayu itu sendiri yang mempertikaian raja2 melayu sambil diperhatikan oleh ‘mereka’ dari jauh dengan senyum.
sejak 2008, terlalu banyak yang berubah…pemikiran dan tanggapan banyak berbeza..tindakan dan desakan begitu ketara.
senario politik sentiasa panas… ‘mereka’ menjadi begitu berani…beberapa isu panas dan sensitif satu persatu seolah2 sengaja diketengahkan umpama untuk menguji bagi melihat tahap persaudaraan dan gandingan sesama melayu islam yang ada kini…jika dulu hanya retak, kini retak menjadi belah…maka tersenyumlah lagi ‘mereka’  dari jauh.
orang kita sendiri yang berkedudukan tinggi dan berpelajaran turut sama memperkatakan tentang kesamarataan dalam bangsa dan agama.
sesama kita masih berbeza pendapat dalam membenarkan penggunaan kalimah Allah.
kita diuji oleh golongan ultra kiasu yang biadap ini dalam memperjuangkan isu bahasa di sekolah2 cina seolah2 tidak ada bangsa lain di bumi Malaysia ini.
‘mereka’ menyerang sistem perundangan yang ada dan peranan dan pendekatan bar council lebih cenderung kepada politik dan agama…kes lina joy ‘mereka’ tatang untuk diketengahkan seolah2 mencabar perundangan yang ada…apakah anda begitu hairan jika ada peguam melayu sendiri antara yang membela kes lina joy?
orang2  kita sama terikut2 menyerang pihak polis kerana keganasan dalam tugasan…kalau org2 ‘mereka’ seperti kugan dan beng hock dijentik sikit pun tak boleh….kalau yang dibunuh dan dibakar itu orang kita, ada ‘mereka’ kesah? ada orang kita  berarak protes sebab 3 orang melayu dibakar semasa dibulan puasa beberapa tahun dulu? yang dah sahih gangster ditembak mati lagi dipuja?..gila.
mendapat dana asing dalam media dan pertubuhan yang ‘mereka’ gerakkan…begitu aktif memburuk burukkan negara dalam dan luar negeri…bila ditanya tentang dana asing yg membiayai mereka malaysiakini dan suaram hanya diam membisu? itu yang dapat tahu, berapa banyak lagi yang mendapat dana asing untuk aktiviti2 sebegini? tak hairan jika parti2 politik lain juga menerima dana asing yang sama. apakah kita sanggup menjemput orang luar mencampuri urusan Negara kita? sedih dan malangnya orang kita sendiri yang sama2 menatang anasir2 luar untuk menyusup ke tanah melayu ini.

orang Malaysia begitu malas mengibarkan bendera, tidak patriotik? atau mungkin perjuangan kemerdekaan yang di kecapi hingga kini tidak begitu terasa berkesan dihati…manakan tidak, bendera yang ada kini sewenang-wenangnya dipertikaikan…zaman serba boleh, desak dan luahkan apa yang mahu? sang saka menjadi pujaan? aktivis hishamuddin rais siap  buat promosi di blognya untuk sesiapa yang mahu membelinya..apa sahaja yang boleh menjadi alat protes akan dijadikannya ikon. kita akur dan menerima sejarah tentang adanya bendera sang saka di nusantara ini tetapi kita juga harus akur dengan apa yang dipersetujui dan diguna pakai hingga kini. seperti juga di amerika, bendera perang konfederat yang dikenali sebagai Dixie menjadi ikon bagi redneck yang tegar. presiden obama pernah ditanya dimanakah sepatutnya bendera ini dikibarkan? obama menjawab, ‘ di muzium’.
silap besar jika kita mengatakan apalah sangat yg ada di tanah melayu ini…teramat salah perkiraan jika kita kata siapalah yang begitu berkehendakkan sgt2 tanah melayu yang cuma berbentuk pipih lada ini.
bacalah sejarah..sejak berzaman, sejak sekian lama betapa ‘mereka tangan-tangan hitam’ begitu mengidamkan untuk menakluk tanah melayu ini sebelum zaman kerajaan melayu melaka lagi, bertapak dan menjajah bumi Malaysia ini…apa istimewanya tanah melayu ini? cari dan bacalah sejarah melayu lama…anda akan mendapat jawapannya nanti!
kini kita telah diresapi cara berpolitik yang tiada sempadan budi dan perasaan.
lihatlah sejarah tanah melayu sesebelumnya…tidak pernah terjadi sesebelum ini..tapi segala2nya berubah sejak 2008.
tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kita dilagakan sesama kita tanpa perlu ‘mereka’ melakukan kerja-kerja kotor tersebut…selama ini mereka silap, makin diasak makin kuat jadinya bangsa ini…makin ditekan makin hebat jadinya bangsa ini…tidak mampu untuk menewaskannya secara berhadapan…’mereka’ tahu hanya dengan adanya peranan si kitul, bangsa ini akan rebah dengan sendirinya…akibat berantakan sesama sendiri..sejarah sudah membuktikannya!
‘mereka’ makin yakin dan hampir?
tidak percaya?
bangsa apa yang sanggup terbaring tengah jalan menghalang kereta sultan? bangsa apa yang begitu berani  terajang motor polis semasa perhimpunan ramai2?..bangsa apa yg beria2 menterbalikkan kereta polis? bangsa apa yg paling dulu sanggup berlari kedepan di dataran merdeka untuk berhadapan dengan polis? bangsa apa yang duduk ramai2 dari awal pagi mengepung bangunan SUK bila menang pilihanraya? bangsa apa yg mengacukan pistol pada bangsa sendiri sebab parti? bangsa apa yg org lain cuma pijak2 gambar tapi dia sanggup menunjukkan bontot?
cuba bayangkan jika kesemua di atas dibuat oleh bangsa ‘ mereka’?
bayangkan…
nampak?
kalaulah kita dapat lihat dengan mata dan kepala kita sendiri sekiranya cuma bangsa ‘mereka’ yang datang menyepak terajang polis sampai jatuh motor..atau bangsa ‘mereka’ ramai2 menterbalikkan kereta polis….senario pasti berbeza.
kalaulah kita tengok cuma bangsa ‘mereka’ yang datang beramai2 kepung bangunan SUK selepas pembangkan menang  pilihanraya, apa agaknya perasaan orang kita? ada orang2 ‘mereka’ mengibarkan bendera lain ditempat2 awam lakukan oleh anak2 muda kita?

‘mereka’ dah belajar dari kesilapan besar ‘mereka’ pada tahun 1969 yang lalu…’mereka’ tidak akan kedepan..’mereka’ tidak akan   terang-terangan melakukan sendiri aksi2 provokasi dan aksi2 fizikal jika berdepan dengan organisasi keselamatan yang majoritinya bangsa melayu atau terang terangan mencabar institusi raja2 melayu…’mereka’ tidak lagi berarak menghambur kata2 nista disebabkan politik…sebab ianya akan nampak terlalu sensitif yg melukakan hati org2 melayu sendiri…ianya akan membuat melayu itu akan bersatu dan melawan semula ‘tangan tangan hitam ini’ seperti yang terjadi pada tahun 1969 yang lalu.
kini ‘mereka’ tersenyum melihat orang2 kita sendiri sanggup melakukan kerja2 kotor untuk ‘mereka’...kita sendiri yang beramai2 terpekik terlolong dijalanan…kita sendiri yang berdepan melakukan  provokasi dan aksi2 fizikal terhadap organisasi keselamatan…kini ada golongan org2 melayu sendiri yang mempertikaikan institusi raja2 yang ada.
kita menghujat sesama kita, ternyata yang menghancurkan bumi malaysia ini adalah kita yang berantakan sesama kita.
titik pertemuan kita telah ‘mereka’ berikan ilmu pelalau, kini tiada lagi yang nampak baik…dendam dan geram serta buruk sangka sesama kita begitu menebal…keadaan kini yang amat payah..bercakaranlah sesama kita hingga kini…yang diunjurkan agama tolak tepi…mengguna pakai cara berpolitik yang membolehkan apa saja.

aku bukan lah pencacai  umno, tetapi hanya silap umno yang dicanang oleh ‘mereka’ dalam sebutan2 dipentas ceramah dan media..kadang2 hingga membuat kita lupa kepada komponen2 lain parti pemerintah iaitu mca, gerakan dan mic…seolah2 cuma umno yang ada dalam kerajaan sekarang…umno dijadikan kambing hitam akan segala kesalahan yang lalu…proses conditioning melalui media supaya rakyat hanya akan menganggap umpama hanya umno yang memerintah negara.
memang ada cacat celanya, tetapi jika yang baik dan betul harus diakui…’call a spade a spade’, bukan disebabkan ketaksuban terhadap parti masing membuatkan kita mengambil pendekatan membujur lalu melintang patah.
apa yang pasti sebarang perubahan yang menguntungkan kaum tertentu   akan turut diraikan oleh mca mahupun mic…apakah mca, gerakan dan dap taksub berpolitik macam kita? adakah hindraf, ppp dan mic taksub berpolitk macam kita?...adakah mca dan gerakan menurunkan nama2 jalan dalam bahasa cina yang dinaikkan oleh dap di penang?  fikir2kan lah.
 silap percaturan kita akan terlopong diakhir nanti...jangan nanti bila sudah hilang segala2nya kita akan digelakkan oleh ‘mereka’…apa pun boleh berlaku dalam masa terdekat ini… tidak nampakkah kita seolah2  kini apa pun boleh didesak dan dituntut oleh ‘mereka’..sementelah pula kita mempunyai seorang menteri dalam negeri yang lembik segala2nya…apa pilihan yg kita ada?
memperkatakan tentang penyatuan bangsa melayu amat payah…seolah2 satu taboo…seolah2 ianya semacam satu dosa besar? baik umno, baik pas apatah lagi melayu yang dalam pkr…apa yang kita mahukan ialah berpolitik dengan ada batasnnya , mempertahankan bersama ‘common ground’ yang ada demi agama dan bangsa..malangnya ia tidak berlaku!
masih tetap dengan sikap aku, aku….kau, kau, berpatah arang berkerat rotan.
jika dulu ‘mereka’ tidak berani walaupun untuk membuka mulut dalam menyatakan sesuatu yg boleh menghiris hati kita tetapi kini mereka acap kali begitu berani  menyergah kita… dan yang amat menghairankan, kita sesama kita pula yang bertelagah akibat sergahan ‘mereka’…pelik.
16 sept, rasa2 kini sudah mula kedengaran suara2 ketidakpuasan hati dari sabah dan sarawak selama bergabung dengan kerajaan semenanjung?..ada mata lihat, ada telinga dengar…singapura telah melakukannya pada tahun 1965.
pernah terfikirkah anda dengan hilangnya sabah dan sarawak, 'golden chersonese' ini tadi hanya menunggu untuk dibaham. 
apakah kita kini sudah dianggap termasuk dalam senarai pendek penyusunan mereka?
’mereka’ sudah lama tersenyum lebar…kini hanya menunggu waktu dan ketika?


Monday, September 3, 2012

erti kemerdekaan 2 ; sentuhan belacan


hayati dan fikirkan sedalam-dalamnya erti kemerdekaan ini....masih tidak menghargainya?

video

source ; sentuhan belacan