Saturday, May 25, 2013

Pabila Cina mula turun kejalanan...

Jika sesebelum ini majoritinya adalah  orang-orang  Melayu bila diajak untuk turun demo dan protest kejalanan. Lihat saja siri Perhimpunan Bersih terdahulu, antara yang ramai datang adalah terdiri dari ahli dan penyokong PAS. Sikap 'walaq' pada pemimpin membuatkan para penyokong PAS beramai-ramai  akan turun padang bila saja diminta berbuat demikian.
 
Pasca PRU13, keadaan agak berbeza....agak ketara. Kali ini Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS menegah ahli PAS menyertai mana-mana perhimpunan haram berkaitan membantah keputusan PRU13 yang lalu. Pasti ianya juga secara tidak langsung akan mengurangkan pembabitan ahli-ahli PAS bagi perhimpunan atau protes yang lain.
 
Mungkin ianya berita yang amat-amat tidak digemari oleh Anwar Ibrahim.
 
Dalam diam, rakyat Malaysia kini mula melihat akan satu arus baru pasca PRU13 yang mana kaum Cina kini mula mendominasi protest dan demo jalanan. Penglibatan kaum Cina mula dilihat ketara bermula dengan Perhimpunan 505 di Stadium Kelana Jaya dan diikuti beberapa perhimpunan yang sama di peringkat negeri. Jika sesebelumnya acap kali kita meilhat kaum Melayu yang bertempur dengan polis. Kaum Melayu juga terbabit insiden menerajang motor polis sewaktu Perhimpunan Bersih yang lalu. Apakah mungkin kali ini kita akan berpeluang melihat kaum Cina pula menterbalikkan kereta polis?
 
Pasti menarik jika ianya berlaku.....apa agaknya pandangan kita kali ini jika ada polis yang dipanggil anjing secara berdepan oleh kaum Cina yang turun ke jalanan? Apa agaknya persepsi kita jika kali ini kaum Cina pula yang merempuh sekatan polis?
 
Mungkin kita sepanjang 5 tahun yang sudah  telah agak  lama dihidangkan dengan berita dan klip pertembungan protes dan demo jalanan hanya kaum Melayu dan polis.
 
Tunggu dan lihat rentetan selanjutnya...ianya belum pasti.
 
Yang pasti, Anwar kini mula kekurangan pilihan apabila PAS mula menjarakkan dirinya.
 
Yang pasti, Anwar kini mula melutut kepada kaum lain demi mendapatkan penawar bagi mengubati penyakit gilanya untuk menjadi Perdana Menteri....



 

Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan

Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS
Ketua Dewan Ulama dakwa tindakan tak bawa faedahJumaat,
 
24 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.      

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.      
Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.

“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.
 
 
 
 
 
Kenapa orang Cina sokong Adam Adli?
 

'Tsunami Cina' di Jinjang
NONE
Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.

Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.
Adanya Ah Soh bersama tiga anak perempuanya yang masih dalam umur persekolahan. Adanya Ah Seng rambut perang membawa motorsikal Suzuki RG.

Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.
 
 

Saturday, May 18, 2013

i ken...u kennot !!- Part 2



As expected..DAP surely will react to Zahid Hamidi statement.....dah makan cili memang lar terasa pedasnya.





Roketkini.com
 
“Hijrah ke negara lain”: DAP selar kenyataan angkuh Zahid Hamidi



KUALA LUMPUR, 17 MEI:

Rakyat Malaysia berhak mempunyai sebuah sistem pilihan raya yang baik dan adil dengan pembahagian persempadanan pilihan raya yang wajar.

Malangnya, kenyataan angkuh Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tulisannya semalam di Utusan Malaysia amat mendukacitakan ramai pihak apabila beliau gagal memahami situasi sebenar keadaan sistem pilihan raya negara ini balas Tony Pua.












Guan Eng Mahu Zahid Tarik Balik Kenyataan
         

Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.

"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya pada sidang media di Jalan Air Itam pad Sabtu.

Friday, May 17, 2013

i ken..u kennot !!

 

      

Ngeh KMU

MCA now subservient to Sultan?

subservient - abjectly submissive; characteristic of a slave or servant; "slavish devotion to her job ruled her life"; "a slavish yes-man to the party bosses"- S.H.Adams; "she has become submissive and subservient"

Ahaaa!! Becoming common and usual openly tweeting distasteful remarks by any DAP leaders, members and  supporters nowdays. This Ngeh was commenting on Sultan Johore request for Chinese rep in State Exco.

No larr...that is nothing  lar...come on larrr, so sensitive ahh? Ngeh not racist  larr.....










Atan Chenglim :

My friend daughter told me that, during her school assemble they will not sing "Negara Ku" because our national anthem is "under BN….. but they will only sign (sing) state anthem "Negeri Pulau Pinang" …. because their teacher told them to do so and must support UBAH…. What the FXXX… these students are from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.. CRAZY teacher!!!!

Not racist la fren...freedom of choice what?  So noisy one lar u, quiet-quiet lar..no big issue mahh !












Zahid Hamidi, the new Home Ministers has  dropped a bombshell to 'unhappy' and 'ungrateful' Malaysians:

“If these people wish to adopt the list system or the single transferable vote used by countires with the republic form of government, then they should migrate to these countries to practise their political beliefs."

 "If you are not happy, you may migrate!"


Whoaaaaa !! So racist ahh? Newly appointed Home Ministers very very langsi one lorr...You think Chinese cannot comment ahh? Tape our mouth ahh? Very racist minister oso got ahh?





Ermmmm..I tend to like him more now....I guess I prefer the langsi one better.....unlike the previous MR WARNING....


Monday, May 13, 2013

POPP KUIZZ !! ...LEVEL 101 - Sama atau beza?






1. Dapat agak tak sapakah antara mereka setakat ni lom lagi mengucap syahadat?
                          

(C)
(A)
 


     
(B)                 

 


2. Teka, sapakah antara mereka yang confirm tak pernah ke mesjid walaupon semayang raya?


(C)
(A)
             

       
(B)                 

 


3. Sapakah antara mereka yang tak malu-malu minum coke depan orang masa bulan posa?



(C)


(A)



        
(B)                 

 
          
  
 4. Salah sorang ni takkan gi haji walaupon duit banyak berkepok ....Ahaaa !!Sapakah gerangannya?



                
(A)
                                       

(C)

          (B)                 
 
                                                          



5. Rasa-rasanya lah kan.....yang mana satu kah memang tak reti nak bayar zakat?
                                                                                                                 
 


(C)
(A)




 
                 (B)                 







Sila rujuk jawapan anda mengikut 'Kategori' berikut ;
 
Kategori 1 ;
 
Jika jawapannya bercampur-campur -
 
Sohih..yang ni grup pengidap 'Penyakit Multiple Personality Disorder' bang Non...
 
 
 
Kategori 2 ;
 
Jika jawapan kesemuanya  (A) - 
 
Grup hardcore giler yang tetap 'menyemesh' UMNO walaupon shuttle tu cuma meniti depan net...
 
 
Kategori 3 ;
 
Jika jawapan kesemuanya  (B) - 
 
Grup hardcore giler yang tetap 'menyemesh' PAS walaupon shuttle tu cuma meniti depan net...
 
 
Kategori 4 ;
 
Jika jawapan kesemuanya  (C)
 
Ahaaaa!!! Ada peluang lar orang 'Kita' nak duduk semeja !!





  







Saturday, May 11, 2013

Ada 1,800 hari lagi !


Seminggu selepas PRU13, pelbagai penulisan dan pandangan terutamanya  tentang terjemahan secara tersirat maksud pungutan undi yang telah diperolehi  disertai pula timbulnya beberapa isu menarik walaupun hanya baru 7 hari seluruh warga Malaysia yang layak telah keluar mengundi.

Rata-rata akhbar serta laman blog tanahair menjurus kepada polar undian kaum Cina secara keseluruhannya memberikan sokongan padu kepada pembangkang terutamanya DAP. Bagaimanapun ianya dinafikan oleh orang kuat DAP, Lim Kit Siang yang mengatakan ianya bukan tsunami Cina tetapi tsunami Malaysia!

Apapun, setelah melihat keputusan PRU13 rata-rata kaum Melayu dapat membaca isyarat yang kaum Cina berikan dan mula memperkatakan perlunya kini penyatuan orang Melayu untuk memberi isyarat balas kepada kaum Cina bahawa niat sebenar mereka berpolitik serta matlamat utama mereka menjadikan DAP kuasa dominan politik kaum Cina seterusnya menumbangkan Kerjaan sediada tidak dapat disembunyikan lagi, Umpama jiran tetangga yang ditangkap mencuri setelah topengnya ditanggalkan. Ianya mencelikkan semula mata sebahagian besar orang-orang Melayu.

Blackout 505 - Kini kaum Cina pula mula turun demo jalanan..
 

Anwar pula masih bertekad untuk mempertikaikan keputusan PRU13 dengan mengajak rakyat bangkit menentang Kerajaan dengan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya. Ianya satu perkembangan menarik kerana jika dulu orang Melayulah yang akan ghairah bebondong-bondong datang setiapkali diajak untuk berhimpun seperti Perhimpunan Bersih dan sebagainya tetapi perhimpunan kali ini majoritinya 80% adalah kaum Cina !! Apakah kali ini kita akan berpeluang melihat 'trend' yang tidak pernah kita lihat sesebelum ini dimana anak-anak Cina pula mengambil tugas  menterbalikkan kereta polis serta bertempur dengan  anggota polis? Tentu kali ini impak sensitiviti  pada kaum Melayu pasti berbeza bila melihat kaum Cina pula  yang mula  dominan tiap kali protes jalanan  diadakan.
 

Mahfuz dan Mukhriz semasa melawat bekas MB Kedah - Permulaan yang baik.

 
Dalam pada itu, satu perkembangan menarik juga terjadi bilamana Mukhriz datang melawat bekas MB Kedah yang turut jua dilawati oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong. Ianya memberi petanda bahawa silaturrahim sesama Islam tetap dijaga walau berbeza dokongan  parti politiknya dan kunjungan DYMM melawat Azizan dari parti pembangkang juga membawa banyak erti  sebagai 'Raja Berperlembagaan'. 

Nik Azizi di Kelantan pula telah diganti dengan MB yang baru. Sesetengah pula berpendapat  jalan penyatuan dilihat agak lebih mudah kali ini setelah Nik Aziz tidak lagi menjadi MB Kelantan.
 
Azmin Ali - Rakyat letih....

Terkini, Azmin Ali pula terang-terangan berlaga angin dengan peneraju PR, Anwar Ibrahim bilamana Azmin menyanggah keras politik jalanan  serta suburnya amalan ketara nepotisme dan kronisme dalam PKR sendiri. Pernahkah terfikir oleh kita bahawa Azmin orang paling kanan dalam PKR akan berlaga angin dengan Anwar?



 
 
Ketua Pembangkang masih diberikan kepada Anwar walaupun kerusi parlimen PKR jauh lebih rendah dari DAP.

Banyak tanda dan respon mengatakan rakyat telah muak dan bosan dengan isu politik yang tidak berkesudahan. Malah selepas PRU13, ramai rakyat biasa kini lebih fokus kepada kerja serta mencari rezeki dalam memastikan  kelangsungan hidup.
 
Anwar pula bagaimana ?
 
Dia bertekad akan tetap menggerakan perkumpulan dan perhimpunan awam dengan alasan  penipuan Kerajaan dan SPRM semasa PRU13 yang lepas sehingga cita-citanya untuk menjadi PM tercapai dengan apa jua cara sekalipun. Anwar tahu sokongan Melayu terhadapnya semakin menipis. Pasti kita akan melihat lebih banyak penyertaan dan lebih ramai penglibatan kaum Cina dalam gerakan demo jalanan/perhimpunan awam. Anwar kini  tidak mempunyai banyak pilihan, terlalu jauh untuk dia berundur...Anwar kini dalam keadaan kecewa, marah, dendam. Orang sebegini berkemungkinan tinggi  akan bertindak 'gila' dimasa akan datang. Kita perhatikan tindak-tanduk selanjutnya nya nanti.

Kit Siang bagaimana?

Sudah pasti akan memastikan kewujudan PR  serta mempergunakan sepenuh-penuhnya Anwar yang kini umpama menagih simpati DAP dan kaum Cina dan menjaga sokongan  kaum Melayu dalam pakatan umpama menatang minyak yang penuh kerana ini akan terus menguntungkan halatuju politik DAP.  Apapun Kit Siang kini risau kerana pandangan sinis dan kesedaran kaum Melayu terhadap kesepakatan undi kaum Cina kepada DAP. Kit Siang juga risau akan sebarang gerakan-gerakan kearah penyatuan Melayu.






Hadi Awang bagaimana?

......Sudah pasti dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat. Bukankah semasa 2008 Hadi Awang yang mengirimkan Nasharrudin untuk berbincang sebaik saja selepas PRU12?

Baru 7 hari.....kita ada 1,800 hari lagi sebelum PRU14.

Sepak terajang perjalanan politik Malaysia  pasca PRU13 hanya baru bermula.........

Memenatkan?

Ya.....

Strap yourselves in,  it's  gonna be one helluva long, rough and bumpy ride !!
 

Thursday, May 9, 2013

Tuesday, May 7, 2013

Post PRU13 - Bangla bila hangin leh cakap kantonis?

video

alkisah....tengah ramai-ramai beratur kat smk tropicana nak ngundi tetiba sorang mamat ah beng ni saspek grup mamat-mamat bangla ni pengundi hantu impot...entah apekemender punyer langsi ayat si ah beng dah diguna kat grup mamat-mamat bangla ni  tetiba...
 
KABOOMMMMMMM!!! ...the so called banglas unleashed with anger in cantonese, english and malay to this hardcore chauvinist...rupanya yang si ah beng nak taji tu pakistanis descendant..dimakinya si ah beng tu siap cakap kantonis, amek kaww!
 
'...tell him to come here larr and say sorry!!!!'
 
' solli ahh..sollii ahh...solliii ahh...'
 
 
kan dah dapat sebijan solid molid kaw kaw punyer!!
 
punya lar dasat giler babas to the highest order  rupanya penyakit phobia pengundi hantu ni pada puak-puak  DAP kat luar sana..
 
ha ha ha...

cuma menganggap orang yg duduk Malaysia atau menghargai sebagai rakyat Malaysia?
 
 
rupanya ada banyak rahmat selepas PRU13 yang nak ditunjukkan oleh Allah pada kita...setidak-tidaknya ditunjukkan pada kita pada tahun 2013 betapa sikap talam dua muka puak-puak chauvinist kiasu ni manis diluar tetapi membusuk didalam.
 
aku dah mula buy chinese last...
 
racistkah aku?
 
takpa aku tak kisah dah.......
 

Post PRU13 - Jerat Anwar vs Kearah Penyatuan Melayu...



 
 
Bukan menjadi rahsia lagi bahawa polar keputusan undi berdasarkan kaum pada PRU13 kali ini menunjukkan undi kaum Cina sememangnya padu menjurus kearah DAP. Kerusi di kawasan bandar rata-rata dikuasai oleh DAP melalui undian padu kaum Cina serta dibantu oleh palitan undi kaum Melayu dari PKR dan juga PAS. Sebagai balasan, undi kaum Cina pula diberikan kepada PKR atau PAS semata-mata tujuan untuk menyingkirkan UMNO/BN.
 
 
Kita ditipu oleh puak-puak Kiasu ;

Ianya bukan tuduhan, ianya kenyataan.
 
Rata-rata blogger politik melayu tanahair kini memperkatakan sikap kaum Cina yang ada di Malaysia sejak 2008 dan akhirnya mensahihkan lagi melalui terjemahan keputusan PRU13.
 
Bukan jasa, bukan pembangunan, bukan manifesto, bukan janji yang mereka mahu....

Ghani Othman tewas di Gelang Patah kerana majoritinya pengundi Cina...huh, apa ada pada rekod perkhidmatan berbelas tahun?

Ali Rustam tewas di Bukit Katil juga kerana majoriti pengundi Cina...huh, apa ada pada jasa berbelas tahun?

MCA mahupun GERAKAN hanya nama....sudah tidak ujud lagi secara realiti sejak 2008 lagi.
 
Jawapan yang amat mudah.....rata-rata golongan kiasu ini menginginkan  KUASA POLITIK MUTLAK!

Setiap golongan Cina yang terbabit dengan MCA/GERAKAN akan 'dikerjakan' secukup-cukupnya secara tersusun baik di alam siber mahupun di alam nyata.
 
Apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO akan mereka  momok-momokan sehingga kaum Melayu sendiri terikut-ikut.

Agak pelik, tiada seorang pun pemimpin MCA/GERAKAN bersama-sama Najib sewaktu pengumuman BN berjaya menubuhkan Kerajaan awal pagi 1am  6 Mei 2013 yang lalu. Atau mereka sememangnya  merasakan PRU13 ini BN akan tumbang ?

Lihat kembali, sewaktu peralihan kuasa di Penang pada tahun 2008 dimana mereka-mereka ini melakukannya secara baik dan begitu mudah akan tetapi amat berbeza dibandingkan dengan Khir Toyo di Selangor yang mana bangunan SUK Shah Alam dikepung hingga pagi. Siapa yang mengepung? Ya, , bangsa Melayu dari PKR dan PAS !  Adakah anda melihat turut adanya kaum Cina dari DAP terkinja-kinja menjerit diluar pagar bangunan SUK pada waktu itu?

Bangsa apakah yang beriya-riya beramai-ramai turun kejalanan untuk berdemo jika dipinta?

Bangsa apakah yang menggila menterbalikkan kereta polis?

Bangsa apakah yang sanggup bertumbuk ditepi-tepi jalan bila berkempen demi parti?

Ya, bangsa Melayu.

Apa agaknya terjadi jika kita sendiri yang melihat orang Cina beramai-ramai menterbalikkan dan menghentam polis hingga berdarah?

Apa agaknya terjadi  jika kita sendiri yang melihat pertembungan dua kelompok DAP dan kaum Melayu bertumbuk, menghayun kayu kearah kepala lawan bila berkempen?

Pernah tengok? Tentu tidak.
 
 
Pengkhianat  Agama dan Bangsa bernama Anwar Ibrahim ;
 
Malaysia telah dikurniakan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Tolak lah kes liwat dan seks jika ianya keterlaluan memfitnah beliau. Akan tetapi belum pernah dalam sejarah adanya manusia seagama dan sebangsa yang akan berbuat dan berjanji apa saja DEMI UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI !! Kerosakan teramat besar pada asas penubuhan Negara telah dilakukan oleh beliau. Yakin mampu menjerat dalam berpolitik, tetapi akhirnya kini begitu nyata oleh kerana tindak tanduk beliau sejak 2008 telah mengakibatkan bangsa sendiri yang terjerat.
 
Anwar Ibrahim akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat agama dan bangsanya sendiri demi cita-cita politik peribadi.
 
PKR seperti yang semua sedia maklum bukanlah parti berteraskan agama dan bangsa dipergunakan oleh Anwar sepenuh-penuhnya. Amat menyedihkan, PAS turut terbabit melalui mainan politik Anwar Ibrahim  yang akhirnya dperkuda oleh DAP untuk segala kerja kotor ini. Akibatnya kini jelas, pertembungan UMNO dan PAS dipergunakan oleh DAP yang mengakibatkan kedua-dua parti Islam dan bangsa Melayu tadi hilang lagi beberapa kerusi pada PRU13 ini.



UMNO sebagai sasaran ;

Serangan tersusun mereka dari dulu lagi hanya fokus ke atas UMNO. Amat kurang ditujukan kepada MCA/GERAKAN atau MIC. Akhirnya 'conditioning process' tersebut berjaya membuatkan orang ramai bila disebut sahaja nama UMNO, akan dikaitkan dengan segala macam keburukan. 
 
Bukanlah UMNO ini yang terbaik dalam segalanya, memang ada kurangnya dan masih banyak perlu diperbaiki. Akan tetapi segala macam serangan sememangnya dihalakan ke arah UMNO dan akhirnya menjadi ikutan oleh semua. Kerana apa? Kerana mereka tahu tulang belakang Kerajaan yang ada adalah UMNO. Roboh UMNO, robohlah segala-galanya.
 
Najib amat bernasib baik kerana 133 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU13 kali ini sebenarnya  hanya kerana sokongan Melayu yang turut dibantu oleh kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak membolehkan BN (lebih tepat sekarang ini UMNO) menubuhkan Kerajaan. Bayangkan betapa hampirnya mereka!




MCA hanya menang 7 dari 37 kerusi parlimen dan 11 dari 90 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan. Lebih parah dari PRU12 yang lalu.

GERAKAN hanya menang 1 dari 11 kerusi parlimen dan hanya 3 dari 31 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan.

MIC pula hanya menang 4 dari 9 kerusi parlimen dan 5 pula dari 19 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan.
 
Sememangnya pencapaian UMNO merosot akan tetapi untuk berlaku adil,  hanya UMNO yang gigih menentang parti lawan berseorangan pada PRU13 ini.
 
Pencapaian PAS kali ini merosot, ianya hakikat. Memeranjatkan panglima-panglima besar mereka turut tumpas kali ini. Sebenarnya pucuk pimpinan PAS sedar apa yang telah terjadi.

Manakala pencapaian DAP pula begitu hebat yakni pencapaian lebih 90% kemenangan bagi setiap kerusi Parlimen dan DUN Negeri yang dpertandingkan. Malah pencapaian yang melebihi peratusan 90% !!
 
Anwar Ibrahim yang mempunyai sejenis penyakit kronik iaitu penyakit gila untuk menjadi Perdana Menteri telah menyatukan ketiga-tiga parti ini dan menggunapakai apa jua cara yang membolehkan BN bungkam akan digunakannya.Sehinnga Anwar sendiri hilang pertimbangan mana-mana isu yang sememangnya sensitif terutamanya berkaitan agama dan bangsa Melayu seeolah-olah diperbolehkan demi undi....saya ulangi, hanya demi undi.
 
Kerajaan yang ada ini sebenarnya telah diserang secara tersusun, dihentam serata
aspek dalam dan luar negara. Malah kalau dilihat 'Yahoo atau MSN Malaysia Page'sebagai contoh, banyak hebahan serta berita-berita yang membantu parti lawan serta forum/komen pengunjung yang hampir kesemuanya mencela Kerajaan yang ada.
 
Peluang inilah yang digunakan oleh DAP dalam merangka strategi mereka. Sementelah kepimpinan tertinggi PAS pula kelihatan redha bersama-sama dengan cara budaya berpolitik dalam Pakatan Rakyat  sehingga terlupa bahawa ramai yang berada didalam mahupun diluar PAS yang terluka dan kecewa. Ini termasuklah mereka-mereka dari kalangan Majlis Syura PAS, penyokong akar umbi PAS serta seluruh bangsa Melayu amnya.




Politik Kepentingan Kaum Melampau DAP ;
 
Calun PKR bukan Melayu ramai yang tidak terperanjat diberikan kemenangan kerana persefahaman sesama bukan Melayu. Oleh itu, kemenangan calun-calun PAS di Kelantan dan Terrengganu tidak menghairankan kerana sememangnya dari undi orang Melayu sendiri. Cuma calun PAS di Selangor dan bandar-bandar kebanyakkannya dibantu oleh pengundi DAP. Nah sekarang, hasilnya DAP adalah parti yang mempunyai kerusi yang paling banyak di Parlimen dan DUN Negeri.

Secara teknikalnya DAP adalah ketua pembangkang. Akan tetapi DAP masih memberikan tugas tersebut kepada Anwar Ibrahim sebagai gula-gula kerana mereka mahu mempergunakan Anwar untuk 5 tahun lagi disebakan Anwar tidak ada pilihan lagi. Bak kata orang, permata digunakan untuk memotong permata. Maka Melayu juga yang sesuai untuk menghancurkan Melayu. Kenyataannya Anwar kini terjerat oleh jerat yang diciptanya sendiri. Lebih malang jerat Anwar tadi bukan hanya dirinya malah mengakibatkan bangsa Melayu juga hampir tergadai dibumi sendiri.
 
Tindak tanduk DAP kelihatan lebih berani dan nyata selepas merasai kemenangan besar PRU13 ini dengan pelbagai kaedah, perancangan, protes dan tekanan keatas Kerajaan sedang dilakukan. Mereka dan penyokong-penyokong mereka  menjadi begitu vocal dan kini makin kerap kelihatan amat kurang ajar.
 
 
Kearah Penyatuan ;
 
Rata-rata blogger kini memperkatakan tentang sudah sampai masanya diikhtiarkan secara serius kearah penyatuan UMNO dan PAS bagi mengajar bangsa kiasu tadi agar jangan menjadi terlalu biadap.
 
Lupakan Anwar Ibrahim. Tinggalkan dia bersama-sama dengan sekutunya dengan cara berpolitik liberalnya hanya untuk memenangi hati bukan Melayu.
 
Mungkin proses penyatuan ini akan mengambil sedikit masa serta peringkat.
 
Peringkat pertama adalah menyedarkan dari lamunan untuk meninggalkan cara berpolitik taksub kepada parti semata-mata bahawa kita semua adalah seagama dan sebangsa.
 
Peringkat kedua adalah mencari titik pertemuan walaupun masih parti yang berbeza yang membolehkan kita bersatu hati dalam perkara-perkara yang melibatkan hal-hal kepentingan agama dan bangsa.
 
Peringkat ketiga, perkongsian kuasa/pemimpin antara UMNO dan PAS. Secara terang-terangan memberi isyarat Kerajaan yang ada sekarang bersedia untuk menjemput pemimpin PAS atau ex PAS atau turut bersama pemimpin-pemimpin  NGO yang ultra semangat Melayunya untuk bersama-sama menerajui pentadbiran negara. Mungkin itu caranya untuk mengajar puak-puak kiasu tadi erti berterima kasih untuk mereka-mereka ini hidup di Tanah Melayu.
 
Kit Siang, anda yang memulakan...then  we will play according to your game!
 
Don't you ever regret it 'angkerl' kit...

Monday, May 6, 2013

Post PRU13 - Pengajaran untuk Umat Islam di Malaysia...Bertauplah Kembali !!

 
 


Alhamdulillah, sehingga 1am tadi BN telah mendapat simple majority 112 kerusi Parlimen untuk menubuhkan Kerajaan.
 
Apakah maknanya ?
 
Maknanya confirm yang kita tidak akan ber 'Perdana Menteri' kan Anwar Ibrahim !
 
Kedudukan negeri-negeri panas pula setakat 1am ini adalah ;
 
- P. Pinang masih kental dikuasai DAP.
- Kelantan tetap dibawah pentadbiran PAS.
- Kedah, kembali kepangkuan BN.
- Terengganu, Perak dan Selangor masih tidak menentu.
 
Apa pengajaran awal PRU13 kali ini?
 
Seperti yang sering disebutkan terdahulu....'The Chinese, at the end they will always close rank'. Mereka akan tetap satu hati dan satu suara dalam mengejar cita-cita penguasaan kuasa politik di Malaysia. PRU13 kali ini, DAP telah mendapat undi yang begitu solid dan mantap dari kaum Cina dan kaum Cina jua turut mendapat laba hasil perpecahan orang Melayu. Lihatlah jumlah keseluruhan kerusi Parlimen dan DUN Negeri yang DAP menangi. Kini PKR dan PAS pula menjadi orang suruhan dibawah telunjuk DAP yang menguasai pembangkang.
 
video
Melayu vs Melayu = DAP tengok senyum sampai ketelinga!
 
 
UMNO....bangkitlah dari mimpi!
 
PAS.........bangunlah dari lamunan!
 
Kita disihir oleh mereka terlalu lama.....terlalu leka.
 
Bertauplah kita sebelum terlewat.
 
Sepatutnya PRU13 kali ini telah banyak mengajar kita......
 
Perancangan mereka kali ini adalah untuk melihat kita yang seagama dan sebangsa berbunuhan sesama kita tidak seperti yang mereka harapkan.
 
Allah masih menyayangi bumi Malaysia ini.
 
Insaflah, tidak akan ada peluang kedua untuk kita selepas ini.
 
Bukan untuk kita....tetapi ianya untuk kesinambungan dari kita untuk anak-anak cucu kita yang akan datang....




 

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 - D'Day ; 'Ubah' Aku...'Ubah' Kau


 
 
 
Esok, 5 Mei 2013...hari yang amat bermakna bagi seluruh rakyat Malaysia.
 
Sejak 8 Mac 2008, lanskap politik Malaysia terlalu banyak berubah...kenyataan yang tidak dapat dinafikan.
 
Arus pemikiran terutamanya golongan muda yang kerap dilihat dipengaruhi oleh gaya kelantangan Anwar Ibrahim untuk bersuara melalui perhimpunan serta turun kejalanan seperti era 70an dahulu, kesepakatan dan bersatunya bangsa-bangsa lain berpolitik semakin jelas kelihatan secara tersurat mahupun tersirat, bergabung kini atas nama tahaluf siyasi dengan parti komponen beragama Islam dan bukan Islam samada dalam Pakatan mahupun Barisan dengan masing-masing berbeza pandangan yang mana kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi serta kaedah serangan bertali arus dimedia cetak dan alam siber melalui perang saraf terancang yang disusun rapi oleh 'cybertroopers' berbayar yang diluar capaian pemikiran kita.
 
Manifesto masing-masing disebar......slogan kempen sebagai akujanji manakala pihak yang satu lagi mengakui bahawa manifesto mereka  pula bukan janji !
 
Satu pihak menuduh memperagakan sekular, satu pihak lagi menuduh petualang yang hanya memperjudikan agama !
 
Satu pihak menuduh amalan hina Assobiah, satu pihak lagi menuduh buta tentang susur galur bangsa !

Skandal dan fitnah...berleluasa, bermaharjalela.

Akhirnya kita dihidangkan politik tahap jijik yang tidak pernh disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum ini.
 
Segalanya akan ditentukan pada 5 Mei nanti....
 
Pejamkan mata.....kemudian bayangkanlah muka suami, isteri, ibu bapa, mertua, adik beradik, kaum keluarga, jiran serta sahabat handai jika mereka-mereka ini sememangnya berbeza parti serta berbeza pendekatan pemahaman politik dengan anda....
 
Tanya pada diri anda....apakah pandangan anda kepada ibu, bapa, keluarga  etc tadi yang kebetulan berbeza pendapat serta berlainan aliran politik dengan anda?
 
Jadi selama ini apakah ;
 
Kafirkah ayah?
 
Assobiah tegarkah ibu?
 
Sesatkah Islam kakak?
 
Menjual agamakah abang?

Sia-siakah ibadah adik?
 
Petualang yang menggadaikan agama dan bangsakah si jiran?
 
Penyokong tegar kaki rasuahkah si sahabat?
 
Bangsa-bangsa  lain sejak 8 Mac 2008 telah memperlihatkan hala tuju yang jelas dalam berpolitik...berbeza parti tetapi, matlamat yang tetap sama iaitu setelah lama menguasai ekonomi kini tahap terakhir dalam penguasaan kuasa politik pula.
 
Slogan dijaja.....Ubah !! Gesaan serta kempen kepada orang ramai untuk ubah Kerajaan sedia ada...
 
Bagi aku, slogan ' Ubah '  bermaksud ubah lah perangai orang kita dalam berpolitik...masakan tidak, hanya disebabkan bukan parti yang sama  terus dihukum kafir!
 
Esok, jalankanlah tanggungjawab bersama serta terjemahkan lah 'ubah' anda kepada intrepetasi masing-masing. Pastinya semua umat Islam di negara ini mahukan yang terbaik.
 
Harap-harap jangan pula selepas 5 tahun akan datang nanti kita akan ditanya oleh anak-anak kita mengapa kita kehilangan segala-galanya sejak bermula tahun 2013?
 
Waktu itu perkataan 'Ubah' menjelma semula.
 
Waktu itu... menjawab dengan air muka yang ber'Ubah'........
 
Selamat mengundi buat semua.