Sunday, January 30, 2011

realiti dan fantasi

'ohh sulah abis woo...sulah oder lain hali mali...manyak hott ohh...lu mali lagi lua tiga hali kasi simpan sama u...ohh mau itu stripe merah punya? ok ok kasi simpan sama u'

arghh..penat2 datang takde stock la plak. yang ada tu stripe itam tapi aku tak nak..

'nanti mali simpan sama saya..' mengingatkan lagi kat tokeh kedai tu.

' em sai kenggg..ya ya simpan sama u ' tolehnya laju sambil sibuk layan mamat-mamat yang tgh ramai kat kedai.

takpe...kata tokeh kedai tu lagi dua tiga ari stock baru akan sampai....

punyalah excited!!
.....................................................................................................................................

if ada yg perasan benda tu ada lam video ni korang jgn la gelak..those days tu  kira antara  ' must have things' kalau nak gaya rockers...entah la, now ni orang refer stail tu as rock kapak...

rock kapak pon rock kapak larrr.....

video

Friday, January 28, 2011

kiwi kasut

' dah abis? wow laku yek? ' i said to the shop asisstant. ' biasalah bang, dah menang...ramai yang gila nak beli. ' kalau ada pon saiz bebudak baya ni payah sikit ' tambahnya lagi.

next to me, my two sons dengar je mcm orang patah hati...one dengar dengan muka senyum2 tawar with body language as if protesting tru badan movement macam twisting kiri kanan..yang sorang lagi pulak muka macam blank...kecewa kot...



 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'...tekan lagi, ratakan...elok2 tau..sapu pelan2..sapu lagi sikit...tambah kat ujung tu ..kau tekan la kadbod tu...kang tak cantik'..riuh, me with few buddies busy applying the black color kiwi to create number behind our t-shirt..using cardboard, yang dah potong as template buat nombor kat baju masing2 utk team bola kita orang.

' apasal kau  punya kau buat nombor 11? '
' sebab nombor tu senang potong ' jawabku...memang..macam shape tiang 2 batang  je..

bila dah siap pakai, fuhhh rasa macam power jerr sebab masing2 ada nombor kat belakang t-shirt..tengok dari belakang, yups teramatlah mengujakan.

..tapi bila sekarang ni, part mengingatkan tgk tang depan t-shirt, mana aku tak senyum.....ada yang gambar six million dollar man, ada yang gamba king kong.. ada yg gambar wayang citer star wars haha! .....alaa dulu2, mana nak cekau  jersey murah2 sploh inggit macam sekarang ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'abah, takde la jersey malaysia kat kedai tu' dalam keter anak aku masih menyuarakan rasa tak puas ati pasal tak dapat jersey harimau malaya kat al ikhsan tadi.

'takpa la, nanti2 kita cari ya' jawab ku pendek..toleh ku pada mereka, masa tu yang alang pakai baju chelsea dan ateh plak baju man u...haah jersey beli pasar malam, siap dgn sluar lagi..

emmmm, i wish they knew how kiwi shoe polish can do wonders those days...