Sunday, February 27, 2011

kiwi kasut...part 2

' ehh babah ada lar...tuuuuu ! ' dgn penuh excited ateh meng'alert'kan aku...kedai yg dia tunjuk tu nun kat seberang jalan.

' oh.. ' tajam jer mata dia getus ku lam ati, lain kita cari lain pulak yg dia nampak.

uhh alarr , problemo.....semua nak nombor yg sama, tak nak beralah...ermm ikutkan jer larrrr.


ceterai posing skittt...'alaa babah,  tak main la kiwi kasut.....ahak !'

Tuesday, February 22, 2011

Monday, February 21, 2011

one helluva bloke!

first i saw azizul in action when he was riding against 'the legend'  chris hoy  in previous 2008 olympic. beaten by hoy, but he lost it in style.

again, showing his fortitude and determination in the recent track world cup keirin event in manchester....winning a bronze with wood splinter still sticking out of his leg !

wa salut sama lu...

errrr..tapi kak chik, ermm...kayuh jgn lelaju ye.

video


ouchh !


Saturday, February 19, 2011

her dream ride

                                      picture paints a thousand words..

happy birthday kak chik !

Thursday, February 17, 2011

kak chik, beskal and the p-- p-- boys

 
 'leh bawak dah ke?' yg aku tau kak chik cuma main beskal yg ada roda 4.

'iyeee..' kak chik jawab pendek nak menyakinkan aku.

dah few times dia bagi tau kat aku...ngan ibu pon dah galak kali dia suarakan.

' ye ke ni ? babah nak tgk lah dulu..ptg nanti ya kat umah nenek ' kata ku pada kak chik.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ptg tu kat umah nenek dia, berhadapan padang bola siap dengan jogging track keliling padang...tempat kak chik dan anak2 ku bersantai petang2 bila lepak kat rumah mertua ku...to a nearly 4 years old gal kira beskal yg dia nak tunjuk kat aku  tu agak besar gak lar.. beskal sepupu dia.

ngan penuh semangat..nak tunjuk kat aku...malu2, tapi ngan muka serius...dia sorong jer dulu beskal tu sampai kat jogging track...aku jalan  ikut sebelah...sampai kat  jogging track dia berenti..aku pon ikut stop gak lar....

nampak agak payah utk kak chik nak ambik position...kaki jengket2....ermm seat agak tinggi ni, maklum lar org punya.....aku saja buat2 tak nampak sbb tgk dia begitu bersemangat nak tunjuk kat aku, kot2 tak jadi kang test ride dia depan aku...kak chik slowly ngangkat kaki celah palang beskal...bediri, still beskal tak gerak..malu2...

' whooaaaaaaaa!...wooooooo!! ' kat tepi padang  tu kedengaran tukang sorak tak diundang...bunyinyer lebih pada ngejek dari galakan....... larrr ! pom pom boys aku rupanya, alang ngan ateh dia...aku bagi isyarat tgn kat bibir utk senyap..jgn dikacau.

then dia mula kayuh, kayuh sebelah kaki...beskal mula gerak..wobbling...

' wooo...woaaa!! ' pom pom boys tak diundang bersorak  lagi...biaser lar, seboleh bolehnya nak tgk org tu jatuh...

kedua2 tgn comel tu terkial2 control handle, masih slow, coz momentum tak de lagi...then tgk kak chik  mula kayuh dua2 kaki...nampak lancar.

ohh! she can ride..i said to myself.

lepas tu dia dah tak toleh2 langsung kat aku..maybe tgh konsentret kot or maybe kak chik  tgh menikmati keseronokan berbasikal. ptg tu ada lar dalam 3 or 4 kali dia round padang bola...aku memerhatikan kak chik hanya dari jauh.

lepas 1st round pom pom boys aku tak bebunyi dah...maybe penat besorak kak chik tak jatuh2 or maybe sbb aku dah duduk sebelah diaorang.

out there...she s riding it as if to get my attention..to get my approval.

coz she s asking it for her birthday this coming saturday.

Wednesday, February 16, 2011

turning point

' kira betul2 ' kedengaran wife ku ngajar alang.
' cuba baca betul2 pas tu jawab ' tambah wife ku lagi kali ni agak keras suaranya...ngajar matematik anak darjah lima...mesti dia penat dan boring pikir ku.

aku just tgk dari jauh...tgk dagu alang dah kat meja..mata mcm dah berair...sambil mcm menulis sesuatu kat buku...gaya lesu.....rasa2nya lebih menconteng dari menulis sesuatu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

cikgu panggil nama sorang2 sambil ulur kertas jawapan periksa add maths..pas tu dia siap komen pencapaian masing2 lagi....mcm biasa lar the 'ohh and ahh' sounded, ada yg bertepuk, ada yg ketawa..

' "geography!" (sebenarnya cikgu tu nyebut nama aku tapi lidah dia mmg tak leh adjust).

(aku punya lar tu)..aku cakap lam ati.

' u ahh.. like this ahh..  itm pon tak mau lorrr ' katanya ..

' kih kih kih 'kali ni giliran aku utk the whole class berderai ketawa.

chizzzzzzz....

he s a good maths teacher, honest in teaching...he s not racist tapi sarcastic brader...stail cikgu dulu2 biasa lar..

but that s my turning point....kata2nya itu terus membakar semangat utk membuatkan aku seriously study paper add maths and other subjects sampai la ambik spm.

thanks mr goh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

' tu la dah tau ada homework buat la awal2..ni dah lewat malam baru nak bagitau ' tambah leteran isteri ku.

aku akui, alang ni malas sikit tang homework...even ulangkaji or gi ngaji ciri2 curi tulangnya ada...taim study mata cepat kuyu...body melintok2.....tapi tang ps2, dia senantiasa segar dan cargasss !

...wonder what will be his turning point?

Sunday, February 13, 2011

the man who sold the world - nirvana

nirvana in one of  their classic unplugged jamming session. eventhough this song originally was written by david bowie back in the 70s, but i guess kurt cobain rendered it best...noticed his 'expression' during the first take ( sigh ! ).


video


Saturday, February 12, 2011

Wednesday, February 9, 2011

mady - broery


very nice, very meaningful, very true..

video

Tuesday, February 8, 2011

my dream ride


 
ain't shining nor bling bling,
ain't a beemer nor a silver arrow,
ain't smooth nor quiet....

more to bone shaker,
hell ride to others but heaven to some...
my dream ride...a toyota BJ40/45 series.
really wish i have one of these..

  pelik? taste yg entahapahapa ke?
 ..citarasa manusia tu kan berbeda.

Sunday, February 6, 2011

' mr presiden...cuti raya cina ni gi mana? '

terasa gak angan2 nak beburak, tuka2 pendapat atau tanya2 soklan dgn presiden amerika yg hebat2 ni....

korang imagine kalau lah aku dpt beburak antaranya dengan george washington ,thomas jefferson,  abraham lincoln, JF kennedy, jimmy carter atau ronald reagan.

mmg komperm....gerenti diaorang tak jawab soalan aku.

tapi yang sorang ni kalau aku tanya dia tgh2 depan orang ramai .....errr rasa2 dia jawab tak?.....

video

kasih sayang kat radio kaset

still simpan kaset tape tak?


video

Saturday, February 5, 2011

just as i am - the strollers

they said one of the best 'psychedelic' band from asia at that time...apa makna 'psychedelic' tu? entah, aku pon tak tau korang pandai2 la cari....kan masa tu zaman pelawa power (flower power), woodstock, acid etc...
aku cuma minat tang lagu jer..

heard it first time tru an LP (vinyl) bought by my late uncle...one of my favourite.

video
                                          (original clip by omarque7781)

Friday, February 4, 2011

iklan dulu2 - Baik Untuk Anda !

ohh when i said rtm used to have toto draw as tv opening maybe ramai yang tak ingat kot...(erkkk.. tua sgt ke aku ni?) 

ok nak share, ada satu iklan tv dulu2....yg tak tahannyer cuba dgr bahasa dan lagu iklan tu...

alhamdulillah, now dah berubah.

kalau lar still ada lagi iklan camni kat tv.....bungkusssss  !!

video

battle of remote control

'zapppp...'

'alaaaa..apa ni? org nak tgk citer tadi' anak aku along marah2.

'bak sini, cepat la...' along bersuara geram.

aku gi jengok... nampak dia dgn adik2 dia berebut2kan sesuatu.......ohh battle of remote control, sah berebut tgk channel astro.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

weekdays cuma mula kul 5 ptg except khamis, jumaat, sabtu dan ahad tv mula kul 3 ptg.

tv rtm setat dgn org tgh buat cabutan toto ( yups, cabutan toto !!! can u imagine? haha! )
cuma hitam putih...some buboh mcm gadget screen biru depan tv...ada yang kata mata tak rosak kalau ada benda tu..entah, aku budak lagi tak tau mende masa tu.

remote control takde, hand kontrol jer...pulas channel kat tv...' ktakk..ktakk 'siap berbunyi2 if nak tukar channel..

masa tu ada 2 saluran jer, tuka channel memandai2?..biar betul sbb only my old man mempunyai kuasa veto channel mana nak tgk.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...' tetiba gambar astro hilang.

do you know other good thing about having astro? mengingatkan kita bila nak angkat kain baju yg sidai kat luar.

'dah2, gi tolong angkat kain kat luar...dah nak ujan kot?' kata ku pada anak2 ku.

this time battle of remote control stopped by mother nature...plus with no casualty (nobody cried).


in this house, it will happen again.....

Thursday, February 3, 2011

tahun arnab

masa tgh tulis posting ni tgh berdentum2 bunyi mercun. yups, chinese re celebrating new year. kali ni tahun arnab. wish them all gong xi fa cai.

teringat when i was staying in jalan ipoh dulu2. kat housing area tu mostly chinese. tu my first time tgk kawan2 cina main mercun merah. masa tu susah nak dpt plus the govt was so strict then bab main mercun ni unlike nowdays.

anyway, tgk member tu bakar sebiji and to me it was so big. saiz dia mcm apa ya, rasa2nya mcm btg paip gitu. bila bakar..nampak flash mcm kilat dgn bunyi mcm bom, disertai mcm rasa effek angin beralih tempat..powerrr giler. pastu semua cecepat cabut masuk umah takut polis tangkap hehe...tapi nak ikut logik mmg tak leh lari mana sbb bahan bukti mmg nyata. mana tak nya dah kertas merah tu bersepai merata2.....then rasa2 line clear kumpul balik then mula la sumer berbunyi 'cheng chong cheng chong' (alahh menceritakan perihal betapa hebatnya mercun tadi).

now ni bila melayu raya, aku tgk ada yg main mercun bola...org dah moden, buat mercun pon dah pakai pelestik jer...or maybe nanti tak sepah...so takde bukti haha!

Wednesday, February 2, 2011

makan 'koboi'

                                           masa tu kat kampung, balik cuti.
lalu kat dapur tgk anak2 buah aku mengerumuni  kakak aku (yg paling tua dia ni duduk kampung) tgh buka beg plastik berisi buah epal yg aku beli masa datang.. sambil lalu aku capai sebiji epal dlm beg tu.

'fuhh, pak su makan koboi !!' ajuk salah sorang anak buah ku.

'makan koboi?' tanya ku.

'alahh diaorang ni tengok lam tibi citer koboi tu kan kalau makan epal tu sorang sebiji' kata akak ku pada ku.

                                           'ermm' aku berdehem pelan.

ku lihat akak membelah empat dan pantas tgn anak2 buah ku mengambil belahan epal tadi sorang satu.

high chaparral? rifle man? have gun will travel? magnificent seven? billy the kid?

citer koboi yg mana satu tak penting, ku letakkan semula epal tadi.

tak sampai ati aku makan stail 'koboi'.

Tuesday, February 1, 2011

kasut pahlawan !

yup, masih pasal kasut..kasut warrior, paling top pada budak2 sekolah time tu..ada mamat cekau yang low cut being produced under panda. satu lagi high cut mcm warrior tapi nama dia butterfly.

sekali tu perasan member aku punya warrior lubang tali kasut dia leper mcm stail kasut kickers..

' wushhhhh, mana kau dapat warrior lubang kasut cenggini ?'
' ketuk ngan hammer....' jawab member.

creative sungguh..always wanna be different...balik terus cari hammer.

warrior with a bit of kickers feature..haha!!