Saturday, October 29, 2011

ehh menang?...opss monang !! part 1

umangg aii....monang kor jang? osah lar handar eh...
comeh gark esse nengok kek tibi....aleh-aleh monang duo satu...

lopeh nie rerehat kek umah yo...tak yah terening laie,
minggu dopan nak pakai laie tenago tu...kan lam sminggu laie orang nak mantai lombu,

rayo aji jang..

' ek eleh...abah ni mengaku orang negeri sembilan ker? '
' errr.....iyor, masor monang esse ngaku '

haha...



perihal 'robot tempe'...

eh ehh aku terjumpa plak katun masa jaman aku kecik2...

teka? tempe asoka !!

citer robot tempe yang katebang dier tu leh masuk kat kepala robot then baru dier leh jadi power...padang leh jadi sunyi sepi jap sebab sumer bebudak melekat kat tibi haha!

hebat tak hebat penangan tempe ni dedulu.

lagu starting dier jangan buat main2 kerna ianya teramat menusuk jiwa...sebab bila tgh main2, ada plak kutu nyanyi lagu tu leh buat kita tetiba  rasa mcm kuat..mcm ada power masuk kat bodi jadi robot tempe...tapi cara nyanyi tu ikut senikata masing2 sebab pemahaman bahasa jepun kitaorang yang tak formal....bunyi senikata lagu kitaorang seakan-akan sama walaupon sebenarnya salah...takpa sebab yang penting janji melodinya sama...aharkk!

ingat tak lagu tempe ni?

takpa, buat yang dah tua2 tu jgn lar risau...aku tang bahasa jepun ni kire ok gak lar...meh aku 'teranselitkan' lagu bahasa jepun tu ikut pemahaman jepun aku yang tak formal ni...untuk sesetengah kita mengimbau kenangan...



video

tangan-tangan hitam 7


...dan akhirnya selepas mengikuti teori asal usul tangan-tangan hitam, bidang-bidang penguasaannya serta setelah melihat apa yang terjadi di luar negara, cuba renung-renungkan apa yang sedang berlaku di dalam negara kita.

tidak mengapa jika kita mahu menganggapnya hanya satu teori atau kebetulan..akan tetapi jika ianya benar, cuba fikirkan sejenak tentang pengaruh dan kedudukan mereka yang kini telah ada melalui pemimpin politik, ahli perniagaan dan pemimpin agama tanahair !

bukan bertujuan untuk memberi nama siapa-siapa pemimpin politik, ahli perniagaan dan pemimpin agama serta persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO tempatan yang mempunyai kaitan dengan mereka...ianya mudah untuk dikenali dan jika rajin mencari maka akan muncullah nama-nama mereka...sesetengahnya yang anda sendiri mungkin tidak sangka!!....baik yang berhaluan kiri mahupun yang berhaluan kanan, baik di pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang.

memadai untuk mengetahui bahawa melalui badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang ditaja, mereka ada dimana-mana di negara kita...kita tidak akan jumpa yang secara terangan seperti illuminati, skull and bones atau bohemian club di sini...hanya freemason memang nyata sudah lama bertapak secara terang-terangan dengan mempunyai lodge di beberapa negeri di sini.

di tanah air kita ianya berselindung....dari nama yang sehebat-hebatnya seperti world bank,  IMF, interreligion commision - IFC (dulu interreligous council), international foreign relation, trilateral commission, world business council,  council on foreign relations, council of foreign affairs hingga sampai lah yang sekecil-kecilnya seperti WWF dan rotary club dikatakan bertujuan bagi mencapai satu matlamat iaitu membentuk new world order (NWO)...jika rajin mencari, anda akan jumpa nama-nama masyarakat tempatan yang terlibat.

cuba fikirkan tentang isu-isu terkini...misalnya  laungan perlunya hak kebebasan bersuara, ciri-ciri kearah pluralism beragama, isu murtad, pro dan anti penggunaan akta ISA, yang menyokong dan menentang  hudud, pro komunis vs anti komunis, isu perlantikan bukan berdasarkan kaum tetapi merit, hak pribumi vs hak rakyat, tekanan kepada raja-raja melayu, cemuhan pada bangsa dan agama, polar politik tanahair berpaksikan kaum vs polar politik berlandaskan agama, pelaburan tempatan vs pelabur asing, isu pendatang, masalah kestabilan ekonomi, isu pengukuhan ringgit etc.

tekanan, perselisihan dan keberantakkan berpolitik semakin menjadi-jadi beberapa tahun kebelakangan ini.

kurangnya kearah penyatuan, lebih kearah perpecahan.

kaedah pecah dan perintah/divide and rule menampakkan diri.

atau sememangnya kita menuju perubahan minda atas nama kuasa rakyat seperti di mesir, tunisia dan libya?

atau adakah petanda-petanda tangan-tangan  hitam mula menampakkan diri?

atau adakah kita akan menjadi hamba di tanahair sendiri?

atau mungkinkah kita akhirnya akan bersatu dibawah panji hitam dengan kalimah Allah sebagai benteng terakhir menentang mereka ?

hanya masa yang akan menentukannya...





Friday, October 28, 2011

tangan-tangan hitam 6

seperti yang di tulis sebelum ini, bukan hanya bidang politik, ekonomi, hiburan dan agama malah melalui bidang sains pun tidak lepas dari penguasaan pengaruh mereka...

bukannya pandangan dari sudut agama kristian yang ada dalam sesetengah klip video ni yang nak diketengahkan, di sini hanya nak menengahkan kenyataan bahawa golongan terpelajar atau pemimpin besar pon terpengaruh dengan 'occult', pertubuhan rahsia dan dunia mistik.

...hanya teori tetapi tidak salah untuk kita renung sejenak apa yang terjadi disekeliling untuk kita fikirkan...mungkin ada yang terjadi secara kebetulan...tapi jika ianya sememangnya dirancang, sesuatu yang tidak mustahil !


video

john parsons...disebalik tabir kehidupan seorang 'genius' teknologi  roket NASA.




video


video

angkasawan dan pertalian mereka...sampai ke bulan?




video

teknologi HAARP mampu merubah cuaca dan mencipta bencana alam?...biar betol !




video

'anthrax', 'swine flu', 'nipah virus', H1N1 etc yang tak penah didengar zezaman dulu...

Thursday, October 27, 2011

banjir di thailand

...pada mulanya kerajaan thailand yakin limpahan air  mampu dielakkan dengan sistem penahan banjir sediaada dan tidak akan memasuki kota bangkok, tapi akhirnya gagal...terbukti manusia tidak mampu melawan alam semulajadi.. terkini banjir dianggarkan hanya akan surut mungkin 2 ke 4 minggu lagi. banjir telah pun masuk ke bahagian industri yang telah menjejaskan operasi kilang2...kerugian mungkin berbilion ringgit...fenomena hujan yang luar biasa  akhirnya thailand mengakui bahawa  banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah mereka.




gambar terkini limpahan air dari sungai chao praya
 


teringat yang aku penah baca kejadian 'moon halo' diawal bulan oktober baru2 ni..cahaya seakan cincin mengelilingi seluruh bulan disebabkan pembiasan 'moonlight', fenomena linkaran 22 darjah pada awan sirus. tak tau lah aku kot2 kejadian moon halo ni ada memberi kesan kat bumi...yang aku penah belajar memang tarikan graviti mampu berubah2 mengikut kedudukan bulan samada bulan dekat atau jauh dari bumi serta mempengaruhi  pasang surutnya air...tapi kalau fenomena SUPERMOON berlaku, masa tu kedudukan bumi ngan bulan memang paling dekat dan jarang terjadi sebab ianya hanya terjadi berpuluh-puluh tahun sekali.....tak pasti plak aku kot2 fenomena supermoon ni terjadi baru-baru ni....yang nyata keter aku dah 3 minggu tak basuh asik ujan lebat manjang....jika fenomena supermoon terjadi, dah tentu ada kesan kat bumi...wallahualam.


 


Sunday, October 23, 2011

tribute to marco simoncelli

not sure but if not mistaken this is the first casualty in the history of malaysian motogp...back in the 90s (it was 500cc series), i used to watch eddie lawson, wayne rainey and kevin schwantz in action here.

he died after horrific crash this afternoon...as he slid, he was hit by american rider edwards and fellow italian rossi.



video



video

tangan tangan hitam 5

akhirnya tangan putih yang terfemes pon tidak terlepas dari cengkaman tangan-tangan hitam, hanya satu teori liar?

sebenarnya dunia musik ini jika dikaji dan diselidiki memang banyak artis artis, pilem-pilem dan penggiat seni poplar yang terlibat atau terikat dengan perjanjian, amalan dan penyampaian mesej yang pelik-pelik semenjak dari dulu hingga kini.

logiknya ikon dan idola pujaan berkeupayaan mempengaruhi rang ramai.

kalau dianya ikon dan idola tersohor dan terhebat dunia...ianya bukan mustahil?

malah dewa19 yg kita (whopps, kita?) dok dengar hari2 tu pon ada dikaitkan.

tagline yang sinonim berkaitan perkara ini ialah 'they who sold their soul'.

unsur-unsur mereka ni mempengaruhi dari genre pop sampai ke rock dan dari pilem 'the matrix' sampai lar ke 'walt disney'...walt disney? hehe...

berbalik pada michael jakson? entah, nak kata teori 'koboi' tapi ada petanda-petanda menjurus kearah itu.

adakah kerana dia ni terlalu poplar dan terlalu berpengaruh?
adakah kerana dia lantang tentang industri musik yang banyak mengambil kesempatan keatas artist-artis?
adakah kerana dia mula sedar dan mahu melepaskan diri dari cengkaman yang dikatakan 'conspiracy' ?
adakah kerana dia menyelitkan banyak peringatan kepada dunia akan bahaya tangan-tangan hitam ini melalui lagu dan liriknya?
adakah kerana dia ingin memeluk islam?
atau adakah kerana sememangnya dia telah memeluk islam?

teori hanya cuma ramalan dan andaian....hakiki adalah yang sebenar-sebenarnya.

hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

ianya untuk kita renungkan...


video

Saturday, October 22, 2011

tangan putih

a'asik tangan hitam, a'asik tangan hitam...entah kebetul entah tak tu...aplod citer lain la plak.

kita ni dijadikan fitrahnya berlawanan...

pecaya lawannya tak pecaya,
benar lawannya bohong,
hitam lawannya putih.

..selanjutnya saksikan lah tangan putih yang terfemes diseantero dunnya.....!!


video

tangan-tangan hitam 4

sesebelum ni duit amarikana ni memang penah bersandar emas atau perak, berbeza dengan duit yang dikeluarkan oleh federal reserve. perati ayat-ayat yang dicetak kat contoh duit-duit ni kalau tak caya...


dulu-dulu penah dicetak ....' redeemable in gold on demand '




lar ni peratikan, perkataan 'gold' dah ilang..'this note is legal tender for all debts, public and private'


beberapa percubaan mengambil alih peranan federal resereve telah dilakukan oleh beberapa presiden amerika antaranya abraham lincoln dan john f kennedy...mengikut teori ini, jawaban yang diberikan oleh tangan-tangan hitam ini kepada sesapa yg nak memandai-mandai ngan federal reserve ni adalah....'peluru'!!

then kalau ada benarnya teori ni, sedangkan presiden dia seniri dia leh  'beng beng' , ni kan pulak orang luar...

...who is next?


video

Friday, October 21, 2011

tamatnya era ghadafi

bukan nak membicarakan macamana ghadafi terbunuh.

untuk difikiran bersama kenapa libya dan lain2 negara afrika utara dan timur tengah bermasalah bermula di tunisia kemudian ke mesir, bahrain dan yaman.

peralihan kuasa kerana teori penindasan rakyat? kerana teori diktaktor? teori penguasaan minyak? teori krisis matawang?

adakah hanya sebab-sebab ini manusia sanggup berbunuhan??

renungkan kembali adakah keadaan di iraq, tunisia dan mesir sekarang lebih baik dari pemerintahan dahulu?

adakah libya sekarang akan menjadi lebih baik dari era ghadafi?

fikir-fikirkan lah...


video





Thursday, October 20, 2011

tangan-tangan hitam 3

chip?? lam badan?? ker aku salah dengar..

mende RFID tu? sains fiksyen kot?
ishh takkan larr..
erk eler  mamat ni telebih tv nii..

'beep beep beep...lu mana mau lari??'

wait semenittt...biar betol !!

video

tangan-tangan hitam 2

psssttt citer ni seruis, tapi 'menerai' ngan jalan citer yg mudah...

semua orang tahu sapa banyak duit, dia raja..karya rejabhad femes masa aku kecik2 dulu dgn kartunnya dalam majalah gila-gila  'ada wang, semua jadi'...tapi  tu kartun layan masa aku kecik2 dulu lar......dah  tua2 ni (emm alahai..) cuba kita fikir cara sempoi, tak payah jadi chartered accountant, tgk sekeliling je cukup....cuba kita tgk kawan yg byk duit atau jiran yg byk duit atau sedara yg byk duit atau keluarga yang byk duit atau  pemimpin yg byk duit sampai lar ke negara yg byk duit akan menguasai byk perkara...cakap ape jer, org akan ikut beb !

lam dunia ni agak2 negara mana paling terror( ist)...sepuloh lam satu akan kata amerikana !

tau tak cara mereka keluarkan dan kawal duit? org guna emas atas perak sebagai sandaran nak keluarkan duit..diaorang cuma atas kertas jer keluar bilion2 dollar !!

paling menusuk kalbu ialah ianya bukan badan kerajaan tapi hanya sebuah syarikat !! kongress pon tak leh amik tau sapa lantik sapa, tak boleh di audit, tak leh tanya duit byk2 gi mana...even ada org amerika seniri pon tak tau cara cemana negara diaorang keluar duit!! ... wait, setop jap.. tau tak cara bank negara kita keluar duit cemana (ermm alahaii..hehe)? 

kalau syarikat mesti ada boss....boss kontrol syarikat...kalau bos syarikat kerepek ubi, dah tentu kontrol pasaran ubi, ladang, kilang ubi blah blah blah...

bos yg ni dia kontrol duit, pulak tu duit negara paling terror kat dunia...secara tak langsung dia yang kontrol dunia.

ciri2 duit, petanda2 simbol pelik pada duit amerika tu leh cari seniri lam internet...cuma nak bagi tau, ni lar punca utama presiden amerika tak der power...

org kita terbukti betul..kita tak panggil united states, kita panggil amerika syarikat...ah ah, napa erk kita panggil amerika syarikat??.....jawabannya mmg ianya umpama sebuah syarikat ! (gulp)

tak caya? cetrai layan bideo ni...ngan lagu black sabbath lagik !


video


tangan-tangan hitam 1

pengenalan : kabbalah, knight templars dan illuminati.

video

Wednesday, October 19, 2011

adakah kita sedang dicaturkan?

penah main catur? kalau permainan namanya catur, kalau pemainnya dinamakan pencatur, kat atas papan catur tu ada askar, raja, permaisuri etc dinamakan buah catur...yang kena main tu namanya sedang dicaturkan.

apakah kita sedang dicaturkan?

erghh...apa ni?? malas lar nak pikir pasal topik-topik  berat..

urkk alarr..cuma nak share apa yang aku faham setelah aku ‘menstudi’ dan ‘memberaous’ lam internet sekian lama...sebab mula-mulanya dedulu aku begitu teruja baca kisah ‘crusade’ ngan perang salib...asal ada jer artikel, citer, buku atau pilem-pilem pasal crusade/perang salib ni selalunya aku akan baca dan tengok….alih2 lain plak yang aku paham... topik ni mebe berat bagi sesetengah orang…takpa, sesekali topik berat untuk kita buat renungan…kalau ader point-point yang salah tu korang betulkan lar yek.

skull and bones, bohemian club,  freemasons, rosicrucians, ordo templis orientis, hermetic order of the golden dawn, illuminati, priority of sion, bildergerg group, council on foreign relations, trilateral commission…….ohh penah dengar? penah dengar tapi tak ingat? tak penah ambik tau pon (..chizz!) ?

apakah persamaan nama-nama tersebut?

nama- nama tersebut adalah pergerakan rahsia yang berselindung disebalik nama pertubuhan agama, pertubuhan ekonomi atau persatuan orang-orang elit yang bertujuan menakluk dunia bagi mencapai orde baru dunia.

ahlinya? kebanyakkan orang-orang femes lagi tersohor yang kita sendiri pon ‘terperanjat dog’ bila dengar!! ermm, tak caya…’beraous’ lar sendiri cari.

dikenali melalui kod atau simbol serta amalan ritual mistik yang telah ujud beribu tahun lamanya melalui pergerakan yang penuh rahsia lagi tersusun (yupss ayat cantik..utk ‘skor’ bm A1 camni haha!).

dikatakan amalan penggunaan simbol serta amalan ritual mistik kumpulan-kumpulan tersebut adalah dari kesinambungan pemujaan syaitan dan rahsia ilmu hitam purba hasil penemuan holy grail dan kabbalah (kabbalah ini adalah kitab ilmu hitam yahudi kuno yang merangkumi perihal amalan penyembahan syaitan purba dari era zaman sumeria, babylon, firaun, gnostic dan talmud)   oleh ‘knight templars’ di ‘ temple of solomon ‘, jurusalem sewaktu perang salib (seawal 1097). ada yang mengatakan antara tujuan utama para knight templars ini selain menawan jurusalem adalah untuk mencari khazanah rahsia tersebut yang paling berharga yang selama ini tersembunyi di temple of solomon bagi tujuan untuk menguasai dunia. pada tahun 1307 raja perancis dan persatuan gereja telah menghapuskan kumpulan knight templars dengan hukuman bunuh atas dasar mereka telah menjadi  sebuah pertubuhan rahsia yang amat berkuasa serta mengamalkan ilmu hitam. bagimanapun tidak semua ahli kumpulan knight templars yang ditangkap. saki baki kumpulan ini telah melarikan diri dan kemudian mendiamkan diri serta membina kekuatan dan rangkaian secara senyap. ianya didapati ujud semula di scotland beratus tahun kemudian dengan nama baru, freemason. kod, simbol serta amalan ritual mistik inilah yang diperturunkan oleh para knight templars yang kini diamalkan oleh kumpulan-kumpulan tangan hitam yang tersembunyi di zaman moden ini untuk menguasai dunia.

penjajahan inilah yang dihadapi oleh manusia zaman moden kini melalui penguasaan mereka dalam pelbagai bidang dan bentuk bagi mencatur kehidupan seharian manusia secara sedar atau tidak untuk mereka menguasai dunia.

knight templars ni mmg femes zezaman pertembungan dengan islam semasa menentang salahuddin al ayubi. aku penah gak pegi tempat orang-orang  templars ni...alar  aku gi sana pon sajer lelepak…tak jauh sangat dari rumah aku pon….namanya templer park…erkkk, templars ngan templer tak sama ker?...erkk soriii.


video





Tuesday, October 18, 2011

Monday, October 17, 2011

just not enough love in the world...


i dont have the heart to watch it...enough with a snapshot.

watching the news on tv last night, that poor lil gal in china got run over by 2 trucks and 18 cold blooded  so called homo sapiens just walked by???

what on earth is going on ?

i guess we have gone mad.

....&%$#@* !!!


video

umur dunia




pernah terfikir tak berapa kah umur dunia?


1.pengiraan mudah ( yang aku panggil cara 'koboi' haha..) ;

sebab aku entah kenapa terfikir la pulak..ok, kiraan mudah cara koboi aku rasa mungkin dua cara.

cara pertama dengan mengira mengikut perkiraan dari umur nabi-nabi bermula dari Nabi Adam A.S.  hingga Nabi Muhammad S.A.W kemudiaan dicampur 1,400 tahun. anggarannya adalah dalam 6,000  tahun.

cara kedua dengan mengambil kira tamadun mesopotamia sekita 4,000 BC dan dicampur dengan tahun sekarang 2011 AD. anggarannya dalam 6,011 tahun.

katalah umur dunia ni anggaran 6,000 tahun.

apa yang bestnya kalau kita sorot kembali peristiwa tentang sesuatu perkara, ianya akan berseuaian dengan waktu dan ketika pada masa itu jika dikira semula tahun dengan cara kebelakang. contoh usia piramid hampir 4,000 ke 5,000 tahun adakah bersesuaian dengan zaman nabi musa dan artifak sejarah perang salib yang  hampir 900 tahun yang lalu adakah bersesuaian dengan peristiwa tersebut yang berlaku sekitar 1095- 1297?

jika umur dunia ni cuma 6,000 tahun ...macamana pulak para saintis menyatakan adanya tulang manusia silam di ethiopia berusia 160,000 tahun atau peking man berusia 750,000 tahun malah java man dikatakan berusia 1.8 juta tahun !!





2. pengiraan matematik canggih (payah gak sbb dah lama aku tinggalkan add maths ni..perghh) ;

kemudian aku terjumpa dalam internet sesetengah orang kira cara lain sikit...meh kita cuba kaedah matematik yang canggih sikit..ok, jom ceterai test tengok...

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

        "Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu   naik  kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah                                           seribu  tahun menurut perhitunganmu."
                                                                           - surah as sajdah (32:5)


       "Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan  dalam     sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun."
                                                                          - surah al-ma'arij (70:4)


----------------------------------------------------------------------------------------------

(32:5) 1,000 x 365 hari                      : 365,000 hari bumi (bersamaan sehari langit)
          
(70:4) 365,000 x 50,000 x 1,000 x 1 : 18 billion tahun.

ini dikatakan usia alam semesta (universe)...pas tu cuba bandingkan dengan kenyataan dibawah;


    "That should tell us one thing: that the universe has been here within a finite period. And because that is so, it should be possible to measure how long it has been around. So far, there are 3 major methods by which we can determine the age of the universe. Although they do not directly match, their predictions lie within the same order of magnitude; all within a range of 10 billion to 20 billion years"
                                                                                                                   
                                                                sumber - universetoday.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

umur bumi seperti yang dinyatakan dalam al quran  bumi adalah sepertiga umur langit (universe). jadi satu pertiga dari 18 billion adalah dalam anggaran  6 billion tahun. jadi umur bumi kalau begitu adalah anggaran 6 billion tahun.

                     "Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada    diantara keduanya dalam enam masa, Kemudian dia bersemayam di atas `Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari padanya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?"
                                                                            - surah as sajdah (32:04)


                     "Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam"          
                                                                           - surah fush shilat (41:09)


                      "The age of the Earth is 4.54 billion years (4.54 × 109 years ± 1%).[1][2][3] This age is based on evidence from radiometric age dating of meteorite material and is consistent with the ages of the oldest-known terrestrial and lunar samples. Following the scientific revolution and the development of radiometric age dating, measurements of lead in uranium-rich minerals showed that some were in excess of a billion years old.[4]"


                                                                                                sumber - wikipedia
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jadi kemungkinan umur bumi melalui pengiraan kaedah matematik ni adalah dalam anggaran 4 ke 6 billion tahun. 



errr... fening ker??


tak kisah lar tu..apapun aku bukanlah tau sangat..cuma kekadang gatal otak  terfikir pasal umo dunia ni...samada cara kira-kira koboi atau cara kaedah matematik canggih, yang nyata umo dunia ni sebenarnya dah tua sesangat.

yang komperm, dah masuk akhir zaman....

Sunday, October 16, 2011

jack sparrow orang kita?



ni ada satu lagi  teori ganaz....mungkin ya, mungkin tidak...nak pecaya terpulang, tapi untuk makluman kot2 kalau terberaous lam internet terjumpa fakta2 lain maybe buat kita terfikir balik ada betulnya..sejarah melayu ni kan penuh dengan misteri.

ada kajian yang mengatakan jack sparrow ni berketurunan melayu. lagenda lanun melayu dalam 'the 19th regiment of british royal navy'. dikatakan the '19th regiment of malay navy' ni bekas bekas lanun ganas, hebat berperang, pelayar yg hebat dan terrer menyelam berejam lamanya yg berasal dari selat melaka yg diberi pengampunan hukuman gantung. mereka kemudian diambil bekerja dgn british royal navy. 19th regiment ni di ketuai oleh captain john davie ( davy jones ??)

mcm citer dongeng, tapikan  ada plak rekod dulu2 lam paper omputih pasal melayu keje dengan british navy.







sebab ganas, mereka telah memberontak dan merampas kapal british navy dan belayar ke lautan. saki baki 19th regiment of malay navy ni lah yang dikatakan bermaharajalela menjadi lanun di lautan, malah ada rekod mengatakan terdapat amukan lanun melayu di newgate, london.




kumpulan ini juga kemudiannya dikenali sebagai 'the curse regiment'. sesetengah ahli dari 'the curse regiment' ini juga di ambil napolean bonaparte utk berperang melawan british. ohh, maknanya melayu dulu2 pon dah ada sesama gi berperang dengan napolean!! kelas gitu!





cuba tengok citer 'pirates of the carribean', mungkin ada fakta atau perkara2 yg mungkin ada persamaan.  yang aku cam satu jer, lam citer tu jack sparrow tak lah putih sgt mcm omputih, mcm kulit aku gak itam sesikit. hebat kan teori ni? ahakk!!







Saturday, October 15, 2011

nak ucap apa kalau jumpa puak cherokee?



aku terjumpa satu artikel, orang pribumi amerika puak cherokee dah lama islam lebih 200 tahun dahulu..pecaya atau tak memang ada tercatat dalam 'library of congress' tentang satu perjanjian damai dan hak antara puak cherokee dan kerajaan amerika pada 1787 di delaware river. perjanjian itu telah ditandatangani oleh 'abdel-khak' dan 'muhamad ibn abdullah' dari puak cherokee!! puak cherokee dulu2 dah islam? ketua puak cherokee chief tahun 1866 pula bernama 'ramadhan ibn wati'. maknanya islam dah lama subur di benua amerika.

malah khabarnya islam telah lama bertapak melalui perhubungan puak cherokee dengan penjelajah islam yang sampai ke amerika sejak beribu tahun dahulu.

aku search kat google nama abdel-khak ngan muhamad ibn abdullah, ternyata memang banyak maklumat tentangnya...ada kajian tentang beberapa tulisan puak cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat tulisan yang sangat mirip dengan perkataan "Muhammad" dalam bahasa bahasa arab...malah dikatakan serban puak cherokee mungkin berasal dari timur tengah.




mungkin antaranya mereka dulu2 pernah bertemu ibn battuta atau mungkin laksamana zheng he....siapa tahu!

kalau camtu jika korang  ke amerika nanti kot2 terjumpa dengan orang2 puak cherokee i.e 'sitting bull', 'eagle sun' etc jangan terus memandai2 sapa  'what s up?'...jejaga, sesilap kena bagi salam geng!!

kenal haji mahmud shamsuddin ? - part 1



cheng ho atau zheng he atau haji mahmud shamsuddin adalah orang yang sama. beliau adalah ahli pelayaran yang unggul dan dikhabarkan beliau adalah orang yang pertama belayar hingga ke benua amerika antara 1405 hingga 1433 iaitu 70 tahun  sebelum columbus mahupun magellan. namun dalam sejarah nama christopher columbus tercatat sebagai orang pertama menemui benua amerika dan bukannya cheng ho.

ianya sama juga dengan kisah siapakah orang yang mula2 mengelilingi dunia. turut bersama ferdinand de magellan dalam misi pelayaran mengelilingi dunia adalah   henry the black akan tetapi magellan telah meninggal dunia di cebu sebelum sempat mengelilingi dunia. dikhabarkan juga henry the black atau enrique atau panglima awang (berketurunan melayu) adalah orang yang sama. malah henry the black bersama pengganti magellan yang bernama sebastian del cano kemudian telah mengambil alih bagi melengkapkan pelayaran sebenarnya mengelilingi dunia.


Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418

laksamana cheng ho  @ zheng he @ haji mahmud shamsuddin yang memimpin armada pelayaran dengan jumlah sebanyak 317 buah kapal dan 28,000 anak kapal telah mampu menghasilkan peta dunia pada 1418 melalui expedisi tersebut!

Friday, October 14, 2011

terang gelap, gelap terang

antara pioneer lam genre rock kat mesia dalam 70an....sweet charity ngan the unwanted.

to some antara ingat tak ingat...to some maybe ingat sesangat and  to some lagi plak lagu amende ni (tu lar rugi korang) ???

grup otai...even a. ali (kembara) penah jadi ahli sweet charity tahun 70an dulu...imagine a. ali stail rock!! arwah syed hassan bassist meninggal tahun 2003.

pada aku lagu ni best sebab mebe aku dah biasa dengar dari dulu2 lagi...zezaman rosli mohalim idola aku dedulu ngetop..even lar ni stail rambut dia tak berubah, aku tgk still panjang malah masih itam lagi...errr itam dye ke ori? haha!

hilang gelap timbul terang...


video