Friday, March 30, 2012

aku rasis? part 3 - citer dongeng rakyat mesia versi 2012


katalah start 31 mac 2012 nie, sumer indon, bangla, vietnam ngan mynmar yang dah lama sgt2 datang bekeja carik makan kat mesia ni dibulehkan membuat pilihan otomatis jadi rakyat mesia...alasannya? maybe kata lar dah lama sesangat dok mesia nie dan dah menjadi penyumbang utama tenaga sektor pembuatan bagi menjana ekonomi negara...tapi dengan syarat kena lar hormat hak orang2 melayu sediada serta orang2 cina ngan india yg dah lama otomatis jadi warga negara kat sini sejak 1950an lagi...sumer setuju maka beramai2 lah mamat indon, bangla, vietnam ngan mynmar ni tadi menjadi rakyat mesia versi 2012!

maka hidup lah sesemua yang ada dengan harmonis cuma seskali adalar sesikit tergeliat lidah gaduh2 sikit, biaser lar tu....dengan budaya pekat masing2 masih dibawa, mengekalkan identiti budaya memasing  menghadapi proses asimilasi dengan rakyat malaysia sedia ada.

nak dijadikan citer, lepas 40 tahun kemudian dalam tahun 2052, sebab indon2, bangla2, vietnam2 ngan mynmar2 ni tadi anak2 diaorang dah ada yg jadi lawyer, engineer, doktor, majistret  pendek kata keje pon dah best2...maka rakyat mesia versi 2012 yang  terdiri dari  indon, bangla, vietnam ngan myanmar ni tadi  lelama mula cuba mintak bende pelik2.

yang indon mesia ni minta gomen lebihkan kuota pemberian lesen kontraktor kat diaorang sebab takder diaorang payah sgt2 nak buat rumah ngan jalan kat seluruh mesia nie...yang bangla mesia ni pulak minta gomen pastikan kalau keje kilang, anak2 diaorang mesti diberi keutamaan serta kuota keistimewaan sebab dah bepuloh taon dalam industri pengilangan kat mesia nie, dah terer sesangat pasal kilang2 nie...yang  vietnam mesia ni plak minta gomen adakan radio sepesial bahasa vietnam sebab nak gak dengar berita atau lagu2 berkumandang lam bahasa vietnam untuk diaorang...last, yang myanmar mesia plak mintak gomen buatkan sekolah sepesial guna bahasa myanmar ngan kuil semayang seniri sebab bangsa lain pon ada sekolah seniri ngan tempat semayang seniri.

gomen kata buleh...nak lesen ker, nak konker kilang ker, nak radio sepesial ker, nak sekolah sepesial ker atau nak kuil seniri ker sumerr bulehhhh...sebab mesia ni boleh land!....TAPI,  kena la ambik sikit keistimewaan2 tadi tu dari hak org2 cina ngan india yang dah ada sekarang nie...sebab kita orang dah bagi kat diaorang sebijik macam korang tahun 50an dulu tu...diaorang ok, memahami sesangat....gerenti diaorang bagi punyer.
alarr cuma nak bagi sikit jer kat rakyat mesia versi 2012 tadi tu...ni tahun 2052 nie, dah lama diaorang jadi rakyat mesia..sian diaorang kan? kan? kan? 
alarrr, nanti TAR kolej tu bagi lar kuota sikit kat anak2 vietnam ngan myanmar mesia versi 2012 tu belajar...apasalahnya, anak2 cina tu maybe kene lar kurangkan intake say sacrifice 5%...alar sikit jer,  bagi lar kat vietnam ngan myanmar sama2 belaja kan? kan? kan?..alarr buleh larr.
TAFE kolej pon kena lar sama...kurangkan intake anak2 india dalam  5% jer...bagi lar kat bangla2 pulak..sikit jer tu...kan?kan?kan? alaarr buleh larr.

lesen kontraktor utk cina ngan india  5% kene lar kurang sikit...gomen kene lar belaku adil kat indon mesia nie....ehh diaorang leh buat rumah gak tu, buat jalan pon buleh..pandai tau...buleh lar kan?kan?kan?
korang rasa2 lar cina ngan india yang dikatakan dapat pelbagai keistimewaan sebab jadi rakyat mesia berdasarkan keturunan tahun 50an dulu2 tu setuju nak bagi ??
kalau melayu tahun 50an dulu buleh setuju bagi kat cina ngan india, takkan lar cina ngan india tak leh bagi sikit kat rakyat mesia versi tahun 2012 tu tadi...

lupa? masa tu kitaorang takder?
ha ha ha...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(betul ke lupa? meh aku ingatkan balik tahun 50an....)


Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luputsama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British. Pihak British telah memberikan syarat yang paling besar di mana untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, orang Melayu harus menerima dan bekerjasama dengan masyarakat Cina, India dan masyarakat lain sebagai warganegara. Pada mulanya agak sukar  bagi masyarakat Melayu menerima pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India. Namun dengan berlakunya keganasan Parti Komunis Malaya yang berleluasa yang menyebabkan hubungan etnik tegang di mana etnik Cina yang menyokong dan menyertai PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam semasa pemerintahan Jepun dahulu. Berpunca daripada keadaan ini, kerajaan telah mengistiharkan darurat pada tahun 1948 .
‘Semasa darurat, hubungan etnik bertambah baik mewujudkankerjasama menentang komunis. Keganasan PKM menyebabkan British menawarkan kerakyatan secara automatik kepada penduduk imigran Tanah Melayu yang akhirnya terpaksa dipersetujui oleh orang melayu sebagai salah satu kaedah membanteras keganasan PKM.’  

Pada tahun 1957, British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan Kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Darurat hanya dibubarkan pada tahun 1960. Kesan dari penjajahan British telah memberi impak positif dan negatif kepada pembangunan dan keamanan negara yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

waiting for a star to fall

1988 - boy meets girl
1988 - summer 89, inspiring and in uplifting mood...

the couple also did write few songs for whitney houston, this song originally meant for whitney, but she passed it on...then the couple decided to sing it themselves....






Thursday, March 29, 2012

combat - tv series


gi tanya kat bebudak yang membesar masa 70s, sapa tak kenal siri combat ni...tembak lar cemana pon, bom lar cemana pon, kene tangkap lar cemana pon...kalau yang kene tu lt henly, sgt sounders, lil john, caje, kirby or doc mmg konperm tak mati punyer...senang jer nak tau sapa yg mati, korang tengok sapa  guest star minggu tu, dah sure punyer dia yg mati.

jgn lar bagi bebudak zaman tu 'terrr'dengar lagu intro combat  nie...ditinggalnyer sumer bende...

then kalau nengok tu begitu menjiwai ...alarrr nak nolong jangan sampai kene tembak.....siap sound depan tv ' oiii !!!, pusinggggg ... belakang tuuuu ada german!!'

tapi kata  lar sgt saunders taim  tu leh dengar..rerasa korang dia terus react pusing cecepat tak?

aku rasa tak...dia mesti pause , telopong  dulu...sebab mana dia paham melayu.






Monday, March 26, 2012

ustaz kazim elias - islam, bangsa dan assobiah

'saya tidak bangga menjadi melayu'...'apa ada pada bangsa?'...'melayu itu bukan islam'

pernah dengar statement seperti di atas?

bangsa itu bukankah kejadian Allah? kejadian Allah pasti mempunyai hikmah yang nyata atau tersembunyi...

cuma asasnya ialah memartabatkan islam paling atas diikuti dengan sayang pada bangsanya.

...turun b.j. habibie, naik b.j. and the bear !!



Sunday, March 25, 2012

bila demo 'bedemo'...

bila aku kata orang mesia ni mula pelik, kang ade yang marah.

sesikit demo..tup tup demo.

demo nak gie bedemo tu hok mu lar... tapi ngan bebudak pon nak berebut padang?

kenal tak muka-muka yang dalam demo tu? kalau lom kenal rajin2 lar nengok youtube ker,  tubeyou ker, utiup ker or tiupyou ker...diaorang ni rajin bedemo...alarr muka2 yang sama.

agak2 lar nak bedemo nie...tak salah jika betul tujuan dan cara.


pada aku diaorang ni namanya orang2 'terrrr'pelajar'...'terrr' tu sebab tak sengaja dulu2 jadi pelajar...nak kata bangang  masing2 argue tuu diaaaa!! cakap omputih !! nak kata pandai tapi berebut padang dengan bebudak kecik yang nak main bola...kecoh, sebijik macam kat zoo.

tak caya? gi tanya kat jane...alarrr jane, kawan tarzan kat utan tu.

cer dengar dia jerit...ada  kan? kan? kan?




aku rasis? part 2 - nowwww...which is first? which is second?

bila cikgu dah  kurang, minta  tambah...tapi dengan syarat semua cikgu  kene tau bahasa cina...puak2 sekolah tamil bila plak nak buat macam diaorang ni? korang tak nak mintak ke semua cikgu sekolah tamil syaratnya kene tau bahasa tamil.

payah2 tutup jer..buat satu sekolah jer kat malaysia nie, semua budak2 belaja sesama...marah plak, dikata nye rasis...hak bangsa lain di anak tirikan la plak...asik2 argue apa istimewanya orang melayu...bila dibagitau hak pribumi, dihentamnya dek orang sendiri dikatakannya plak tu assobiah...pulark dahhh.

cuba tengok sapa2 yang datang? mak bapak ke datang? bila orang politik dah datang memang jadi isu politik lar...

orang mesia now ni mula pelik, pantang ada isu..jap jap bedemo..tup tup demo...klung klang demo.

masa demo tu selalu di war war kan hala tuju bahawa malaysian first, race second...

then isu DJZ ni sepatutnya malaysian first, chinese second...

yang aku nengok..dah jadi chinese first, malaysian second.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

7,000 attend Dong Zong rally

TheSunDaily - Posted on 25 March 2012 - 11:44am
Pauline Wong

KAJANG (March 25, 2012): Some 7,000 people today gathered at the United Chinese School Committees Association (Dong Zong) headquarters to protest the shortage of Chinese primary school teachers nationwide.
The crowd, mostly Chinese educationists and NGOs filled the nearby field as they held up banners demanding the government resolve the shortage.
The lack of teachers has been a sore point for Chinese educationist.
Many were unhappy also with the government for placing non-Chinese speaking teachers to temporarily alleviate the problem.
Several RELA personnel were seen and a small unit of about 20 police personnel were stationed inside the field and at the entrance of the neighbouring New Era College.
At 11am, the arrival of Deputy Education Minister Datuk Wee Ka Siong caused a stir as the crowd began to boo and heckle him loudly.

malaysia-today.net - Posted on 25 March 2012

(The Malaysian Insider) - Datuk Wee Ka Siong was chased away after a rally protesting a lack of Chinese school teachers where it was alleged someone tried to punch the deputy education minister.
The MCA Youth chief said he was “shocked” and “saddened” by the jeers, scuffles and alleged attempted punch from frustrated rally-goers who made up part of over 5,000 who had gathered here. 
After the rally organised by the United Chinese School Committees Association (Dong Zong) ended, an angry swarm of people chanted for him to resign and it was alleged someone attempted to land a punch on his body but was prevented by a large security detail. 
“I can’t say I felt threatened but it was a rude shock to me,” he said in a press conference at a nearby hotel half a kilometre away from the hostile crowd. 
“Suddenly people come and point at you and want to punch you. I am saddened. We are not hooligans. We are a civilised society.” 
The deputy minister from MCA also suggested that the crowd was instigated by unidentified parties. 
“I am saddened by manipulation by certain quarters,” he said. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



dong zong president yap sin tian,  in year 2009...




sekolah jenis kebangsaan (c) foon yew 4, in johor...do you think these students were 'acting' toward the guy who jovially taught them playing gasing?..dont you want to see more in this beloved country like how these students very fond of their teacher in yellow tudung? give me good reason why only chinese speaking teacher  is all you want?...opps..sorry, the demand is not racist, yeahh i forgot...it is all about high education quality ha ha....ha ha.....ha ha...



Saturday, March 24, 2012

aku rasis? part 1 - DJZ 325

esok 25 mac 2012, dong jiao zong (DJZ) akan mengadakan satu perhimpunan (aka DJZ 325) menuntut kerajaan memanggil balik guru-guru yang mengajar bahasa malaysia yang tidak fasih berbahasa cina..mereka menuntut kerajaan memastikan SEMUA guru-guru dan kaunselor yang mengajar di sekolah cina tak kira matapelajaran apa mesti fasih berbahasa cina.
dap terang2 akan menyokong perhimpunan tersebut, mca melalui chua soi lek dah jumpa menteri pelajaran bertanyakan tentang isu kekurangan guru yang tak memahami bahasa cina kat sekolah cina ni..korang tau tak bahawa pemimpin gerakan seperti dr koh tsu koon, kerk choo ting, ong tin kim dan dr kang chin seng adalah antara kelompok pemimpin DJZ yang telah memasuki arena politik?...belum lagi citer sokongan ngo2 chauvinis bangsa cina seperti dong zong, suqiu, dewan perniagaan cina etc…    
        

                                  
DAP all out to back Chinese education rights rally







agak2 kalau lah bangsa kita ni duduk lama kat beijing, kita ni membesar kat sana…..pastu pegi tuntut kat kerajaan china bahawa semua guru2 yang nak mengajar apa2 subjek kat sekolah melayu mesti fasih berbahasa melayu walaupon ini tanah besar china…korang agak2 lar kerajaan china sana tu layan?
nak dibaginya buat sekolah melayu pon lom tentu!!!
tak payah pegi jauh..meh aku bagi contoh kat negara jiran paling dekat dengan kita…

I.“ Sejumlah 1,100 sekolah Cina ditutup dan ditukar menjadi sekolah kebangsaan Indonesia. (Di Malaysia ada lebih kurang 1,300 SJK (C).) “

II. “Semua budak Cina diwajibkan menuntut di sekolah kebangsaan
Bahasa pengantar di sekolah ialah Bahasa Indonesia sementara Bahasa Cina boleh diajar sebagai satu matapelajaran. (Langkah ini sejajar dengan apa yang disyorkan oleh kempen Satu Sekolah Untuk Semua)”.


tak bertuahkah menjadi rakyat malaysia bagi bukan melayu? terlalu sukarkah mengaku rakyat malaysia bagi yang bukan melayu? terlalu payahkah menjadi rakyat malaysia untuk hidup bagi yang bukan melayu? mungkin ada segelintir masyarakat cina di negara ini yang faham, misalannya jolina tan melalui tulisannya ;

“… aren’t we the ones asking the nation to be Malaysian First, and race second? Naturally, as Malaysian, we must put our Bahasa Kebangsaan first and Mandarin second. But it never seem that way to me and no wonder the Malays are going berserk towards us.”


“… working towards bringing the races together. Prove that the Chinese too, can truly be Malaysian First and Chinese Second.”

-        jolina tan

lepas ni hindraf korang pulak pegi cecepat mintak semua guru-guru yang tidak fasih berbahasa tamil jangan mengajar di sekolah tamil? rugi korang kalau tak mintak sebab mca ngan dap tengah mendesak , tak heran mic ngan ppp pulak akan sesama desak kerajaan untuk sokong tang isu guru2 sekolah tamil nanti..kang aku tanya lagi pulak cemana ustaz/ustazah yang mengajar sekolah agama boleh ke mengajar sebab bukan fasih bahasa arab ? adakah pas, umno, jati dan perkasa akan buat benda yang sama?

rasis atau rasional?
apakah selepas pru12 ni suara-suara politik bukan melayu boleh begitu lantang? apa semuanya dah boleh dituntut? semua dah mula liberal? persetujuan kontrak sosial pribumi dan bukan pribumi sebelum merdeka adalah satu kesilapan? perkongsian dalam semua benda adalah hak bersama? atau aku yang ketinggalan zaman? kang dikatakan pulak sifat2 assobiah yang menebal...agak2 diakhirat kelak yang ditanya nanti adakah parti mana yang disokong atau akidah yang didukong?
atau adakah ketaksuban berpolitik menonong ikut parti dikalangan orang kita langsung dah tak nampak lagi yang mana hitam yang mana putih? nampak tak bila isu berkaitan hal kepentingan diaorang, diaorang akan bersatu!!..tapi kita??? berpolitk sampai tak hingat 'common ground' yang kita ada!

tak payah lah citer pasal tata negara atau semangat cintakan negara atau bangga kat badan  ada bendera…aku bagi contoh kecikk jerr, rasanya memadai kalau korang tengok tang bangsa yang selalu pakai jersi bola malaysia kat mana2, bangsa apa yang paling banyak korang jumpa?

insiden bukit putuih












acu suman  : ‘ bilo tibo eh tang klumpo jang? ’

ujang           : ‘ tongah malam tadi cu ’

acu suman  : ‘ lalu kek bukit putuih tu tongah2 malam sengsorang?..tompek tu kobar eh
                   koreh‘

ujang           : ‘ takdo plak apo2 dor..cumo kek simpang petronas tu, maso  daki bukit tu,
                        ese  tokan2 minyak ketor mengaum macam borek amek2….ketor macam   
                  tak  gorak..pucat la kojap ‘ 

acu suma    : ‘ haaaa !! kan den dah kobar…penunggu kek situ nyakat kau lar tu..comeh
                   tak? ‘

ujang           : ‘ comeh gak, alarr kluar simpang tu ese tesalah masuk gear…temasuk gear
                        ompek!‘

Friday, March 23, 2012

dalam kerinduan...

1982 - sweet charity, album - penunggu
1982 - what on earth is chemistry, physic and biology?

smark skikkk pade mu!

UAI - gurau jer tu...yang sebenarnya memang smark sungguh..ha ha


ader belen getah taya?

...kalau otak mmg dah kreatif, belen-belen getah taya pon leh buat seni.

Tuesday, March 20, 2012

uwan dan kentaki





tadi makan kentaki sebab budak2 teragak nak makan...teringat aku satu kisah kat kampung pasal ayam kentaki ni.

dalam zaman yang di katakan moden ni, rasa-rasa semua orang  tahu ke trend cara makanan terkini? kalau aku citer mungkin ada yang tak caya sebab tak sangka..tapi itu lah hakikatnya... ada sorang uwan di kampung aku, dia duduk sorang...sekali tu cucu dia balik tang klumpo, belanja uwan dia kat kampong...cucu dia cerita kat kita orang masa raya tu ari...

bantai golak etekau eh!

siang2 lagi dia dah bagitau uwan dia yang dia akan bawak makanan dari klumpo...saja nak belanja plus tak nak nyusahkan orang tua tu sibuk2 nak memasak nanti...sampai kampung diunjukkan lar bokeh makanan tu kek uwan tadi...disuruhnya uwan makan dulu, tak yah tunggu dia sebab dia nak mandi dulu.

dah mandi, siap2 nak makan tengok kat meja dapur uwan masih duduk, macam menunggu sesuatu..masih belum makan.

'larrr napo uwan tak makan dulu? sodap ni wan...ayam kentaki klumpo ni'

'ekau boli lauk jor...nasik eh takdo, kono lar nunggu...uwan  tongah tanak nasik tu!'

Sunday, March 18, 2012

'trick' nolong orang kenduri...

minggu ni jer ade tiga rumah kenduri kawin kene pegi tolong...buleh lar pegi 3 rumah sebab datang tolong makan je hehe...

dalam tengah sibuk2 makan, perasan gak tuan rumah dengan sedara mara tengah sibuk ngangkat barang,  ke sana ke sini, ngangkat lauk dan air...pendek kata semua nampak sibuk bekeje dengan hal masing2...maklum lar nak siap2kan apa yang patut sebelum pengantin sampai...

dalam tengah makan2, dalam tengah2 memerati orang tengah sibuk bekeje, aku nampak empat orang lalu depan meja aku baru balik bawak air batu...empat orang, air batu satu beg besar tu  jer...dalam ati nak tegelak pon ye gak...pandai korang.

kalau orang pompuan 'trick' ngelat maybe bagitau anak nak tido etc...advantage besar kalau bawak budak kecik kalau datang kenduri ni...yang lelaki? masa kenduri aku cukup suka bab-bab beli barang nie...beli riben ke, beli ketas pembalut ke , beli plastik buat isi gulai ke, beli paku tekan ke or beli air batu macam mamat2 tadi...tapi make sure barang yang kene beli tu bukan yang telampau penting yang orang tetunggu2 sampai lauk gulai tak masak plak.

yang pegi tak leh la ramai sangat..sebab pas tu balik lam 2 ke 3 jam dah gerenti hehe...curi tulang!

tetiba satu makcik maybe sedara tuan rumah kot gi nanya kat mamat2 tadi...

'ni kenapa lar lama sangat gi beli air batu nie? reramai sampai 4 orang beli air batu ?'
'tak tau tempat mak som'
'larrr kan kedai depan tu ada..gi kedai mana?'
'kat pekan tadi...lambar lar sikit' jawab sambil tesengih2 plak tu.
'dah dah..orang nak buat air tu...cepat-cepat air batu dah abis'

kan dah kantoi...ingat aku je yang buat 'trick' cenggini....hehe.

'babah, air bah..pedas'

...bila aku bangun nak capai jug jer, erkk..jug air sirap dah kosong...ingat nak rembat air meja sebelah, tengok pon dah kosong.

last2 belasah air mineral botol kecik lam beg orang rumah aku.

air batu..pangkah, bukan barang 'trick' makan angin.

haha..

dan sebenarnya

2008 - yuna - self titled 'yuna EP'...
2008 - nak keje ngan orang atau keje seniri...

2012 - carik chords untuk angah...hehe

to sir, with love

1967 - marie mcdonald mclaughlin lawrie aka lulu
1967 - cant't remember a thing, just love the melody...

Saturday, March 17, 2012

they...who sold their soul...

...for the sake of rich and famous?



tangan-tangan hitam 16

agama, politik, ekonomi, pendidikan, militari serta yang terakhir sosial termasuk tv, media dan hiburan...penguasaan 6 bidang ini bermakna penguasaan dunia!

mungkin kadang2 tidak terfikir ia menjelmakan diri melalui simbol dan logo...

mungkin kadang2 tidak terfikir orang yang bijak dan berpengaruh sanggup menyertai kelab-kelab elit yang mempunyai ritual pelik contoh seperti 'bohemian club'.

moore's way...

love it or hate it...it was in early year 2000, anyway he made a point that it can be done.

Wednesday, March 14, 2012

kepadaNya kita kembali - dirang


dirang tu cuma 5 tahun! apa jenis manusia yang tergamak buat dia macam ni...

satu word...binatang.

suggest ambik pool...dah confirm dapat yang besalah jangan dijelkan terus, invite sapa2 yang berminat amik bahagian boleh tunggu luar mahkamah..suruh  pesalah jumpa orang2 yang nunggu tu dulu...biar 'dikejekan' ramai2 kat situ gak.

confirm ramai yang datang.

al fatihah buat adik nurul nadirah abdullah.

terlalu ramai yang sedih atas pemergianmu...walaupun hadirmu cuma sebentar di dunia, doa syurga yang berkekalan di akhirat kelak.

amin.

A to Z....

ateh betanya kenapa bagi pangkal nama anak2 yang lelaki sumer sama dengan nama aku.
‘kenapa? tak best ke?’ aku ngusik.
‘apa2 hal selalu dapat paling last...mcm tu ari  cikgu panggil nak bagi buku pon dah ujung2’ tambahnya.
betul gak…masa aku amik exam dulu sebabkan nama so nombor  giliran pon ikut yang ujung2…jadi meja aku antara yang terkebelakang dewan….dari belakang memang dapat view hampir semua orang dalam dewan.

yang tak tahan masa amik kertas subjektif, rerasa baru je 15 minit macam tu kejap2 aku tengok ade jer mamat yg angkat tangan minta exam invigilator bagi kertas lagi.

mak aiii…tension aku beb.

ade 45 minit lagi nie!! amender diaorang tulis berkajang2 ni sampai tak cukup kertas?

tengah dok nulis perasan kelibat orang minta tambah kertas lagi sana sini.

saiko…tak tahan aku.

aku pon angkat lar tangan…tambah lagi kertas…nak nyedapkan ati…sajer, dengki…

‘kenapa bah?’ aku rasa ateh perasan aku senyum sengsorang.

‘banyak lebihnya nama urop yg last nie…..masa abis masa exam orang akan kutip ketas jawapan dari depan, kita yang dok kat belakang2 sempat la jugak menembak dua tiga das lagi  jawapan...masa2 kecederaan gitu.'

ha ha...

Saturday, March 10, 2012

my ride! - part 3

anak buah ada datang...datang sesajer...ermm, datang ade makna.

bagi hint, minat...nak melamar.

sori sgt2, besi buruk yg nie pak su tetap simpan.

samer model starlet EP70 dan specs EP71 ngan yg kaler silver tu...yg biru nie kena simpan, yg nie keter pak su 'cari makan'...

ha ha ...

Friday, March 9, 2012

ciplak? amekk kau...



tu ari aku ada tejumpa, 'poma'...yg kali ni lagi haru...ha ha.

Thursday, March 8, 2012

inilah kisah ku - ramli ms

betul la ngah, ramli ms pon kata yuna ni bagus...

Tuesday, March 6, 2012

kaber line...

angah pikap guitar setat awal tahun ni...untuk formal, dia blajar ngan cikgu gitar....yg tak formal ngan aku jer, now ni  lebih kepada introduction position basic chords major ngan minor plus prektis jari membiasakan tukar chords.

walaupun dia pompuan tapi sebab  dia minat aku ok jer...tapi dah warning cuma untuk suka2 bukan untuk career hehe... jari mula2 akan sakit...kadang2 leh develop colossus.

nak bagi org tengah minat blajar ni semangat lebih,  if dapat main lagu guna chords yg simple2 baru mariiii...


sebab babah dia ni dulu2 belajar cara yg tak formal, guna telinga...jadi kena tau melodi baru leh main lagu...kalau tau baca music note lain lar sebab through music note dah boleh tau tempo dan rentak lagu walaupon sebelum tu tak penah dengar lagu tu.

'ok ngah meh cuba prektis lagu yg kord simple2...tau lagu kupu-kupu kembara?'
'tak'
'ok, lagu tika seketika medicine tau?'
'tak'
'ermmm, kau pergi jua adam ahmad?'
'tak'

'bah , ajar lagu yuna lah bah'
'uhh..?'

puas aku mengkaber line aku yg tak terkaber...

mak aiii..yuna? cemaner bunyik lagu yuna ni....elo berader, zaman lu dah belalu...lu silap zaman lar berader...ader ker gi nanya kat budak umo 15 tahun pasal lagu adam ahmad...

ha ha ha...

Sunday, March 4, 2012

alien invasion part 3 - sts-75 NASA incident


the NASA STS-75 mission ran a trial experimental tether that was to be used for towing and placing satellites into orbit...during this experiment they had a problem and the 12 mile long tether snapped due to the synthetic material accumulating a critical charge.

the shuttles cameras monitored the tether and its 100 million dollar satellite it was towing just drift away...this was all video taped live, and what was captured on this video is absolutely incredible...NASA claims the objects in the footage are ice particles very close to the camera and area passing in front of the far away tether.

ice particles passing away? or swarmed by unidentified objects?...

alien invasion part 2 - where is MIR space station?


being surrounded by too many flashing lights..the astronauts were confused...unable to determine the MIR space station, they informed their findings to houston ;

astronaut : ' err...houston, we have identified the situation...'.
houston   : ' the flashing light? '
astronaut : ' indeed it is not flashing light..it s headlight '
houston   : ' this is mission control, double check for affirmative...headlight?? '
astronaut : ' yeaahh, this alien loh sold too many TRITONS up here !! '

alien invasion part 1 - no wonder jobless rate re high !







warning! they re here !

now they re car salesman...maybe it s hard to earn a living in mars nowdays...

Saturday, March 3, 2012

hilangnya koloni lebah

Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-Madu 

...ada teori menyatakan ianya berkemungkinan disebabkan oleh penggunaan bahan ccd dan ada teori menyatakan ianya berkemungkinan disebabkan elektromagnetik gelombang pemancar serta elektromagnetik gelombang telefon bimbit...tapi yang nyata koloni lebah mula hilang...ada yang menyatakan ianya juga petanda bahawa dunia kini akhir zaman...




Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan telefon bimbit sebagai penyebab utama. Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69)



Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahl : 69)

Thursday, March 1, 2012

diberenti, memberenti..terrrrrrr'berenti'...

pagi sabtu lepas sempat beborak dengan kawan, dia baru berenti kerja…buat masa ni dia takda plan apa2 dan masih rehat2 dok rumah je dulu.

hala tuju kehidupan berbeza…pandangan hidup masing2 tak sama, namanya pon manusia.
pada aku berenti keje ni ada 3 macam…samada diberhenti, memberhenti atau terberhenti.
terberhenti? ader ker?... aharkkk, ni teori koboi aku jer.
orang berenti keje ni kdg2 bermusim gak macam  jump into the ‘kereta pembawa pemain muzik’ hehe…
ok, berenti ada 3 macam ;
pertama diberhentikan, biasanyer orang tu ada masalah kronik yg kompeni tak leh nak layan lagi.

kedua memberhentikan, biasernyer orang tu memberhentikan diri sendiri sebab dia yg nak stop keje untuk gi kompeni yg dia rasakan lebih baik atau mmg dah plan nak keje seniri.
ketiga terberhenti,  yg ni plak kes geram amik keputusan berenti tapi takder plan apa2.

nak berenti keje ni kalau ngikut teori yg aku belajar siap dengan ‘risk analysis’ plus dengan ‘quadrant boxes’ yg berbelit2 kebarangkaliannya nak membantu decision making.

kalau kengkawan  tanya aku, selalunya aku bagi pandangan stail timbang buruk dan baik untuk tuan punya badan berfikir…kalau nak ngikut sgt teori 'the guru of management - peter drucker' kdg2 jadi lagi fening...nak mudah pikiaq yg asas dulu, misalan kalau di tempat sekarang ni byk buruk dari yg baik, mungkin ada eloknyer berenti..tapi kalau plan baru kita tu plak bertimbun2 buruk dari yg baik, maka elok pikir tiga empat ratus kali sebelum berenti…sempoi jer.

jgn sampai terberenti !

tapi mana ader yg 100% baik manjang…makan gaji mahupun keje seniri.

selebihnya usaha dan bertawakal, yakin rezeki adalah dari Allah...usaha memang kena ada tapi kalau bukan rezeki, tetap bukan kita punyer.

memang semua orang perlu duit, tapi wang ringgit bukan segala2nya ! tengok sekeliling kita, orang yg kita tengok berkepuk duit dan berharta konperm ker hati dia lebih senang dan tenang dari kita?

cuba pikir balik, penah tak makan sehari? yes ada, tapi cuma bulan posa jer...seumur idup bila dah usaha penah ker langsung putus rezeki tak makan tak minum 2 ke 3 ari?...ada?


tengok2 lah jiran kita atau keluarga yg nampak lebih rendah pendapatannya dari kita adakah mereka menderita? entah2 dia seisi keluarga hidup lebih bahagia dari kita! entah2 dia seisi keluarga orang lebih hormat mereka dari kita! mana tak nya, dia mungkin cuma ada motor tapi dengar jiran sakit cepat jengok datang ke rumah, kita berkereta sibuk bekeje tak hingat balik sampai jiran belakang umah meninggal dunia pon masih tak sempat jengah!

perspektif hidup masing2 mungkin tak sama...apa yang dicari dalam hidup sebelum, sekarang dan yang akan datang mungkin tak sama....

buat amende pon janji ati hepi...jiwa tenang..cukup makan pakai, duit ada lar  sikit2..sihat tubuh badan...keje kene lar keje, usaha lar sikit...orang mungkin nampak kita susah, tapi hakikatnya pada kita ianya mudah...bukan dok main dam bawah pokok ketapang isap okok pastu manjang mengeluh idup susah.

err, pada aku lar.....korang aku tak tau.

next, sapa2 yg nak berenti keje?