Friday, January 20, 2012

wiki apedia?




hujan masih turun…jalan melaut dengan air…ohh, hujan rahmat subuh di pagi jumaat.
‘gug gerk… gug gerk… gug gerk ‘...
kedengaran bunyik wiper kereta aku menjalankan tugasan membilas cermin…untuk membantu aku menjalankan tugas menghantar anak2 ke sekolah.
keheningan pagi tersangatlah bestnyer...suasana mula sibuk kat jalan…motor, bas, kereta, lori dan yg paling aku tak paham ada gark terselit kereta bajak awal2 pagi ni…nak buat camner, dah gitu cara dan bahagian masing2 keluar cari rezeki…lam  sibuk2 tu ada yg bawak keter cara selow and steady…ada gark yg ‘ whossshhhhh’ zig zag lajunyer kau !!... mencelah2 umpama schumacer kat litar F1 tapi pada aku lebih pada pemandunya tu sakit perut yg memulas2 tak nyenyempat  nak cari toilet…kalau tak sakit perut pon aku gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi jumaat pastu nak kaber taim ngantar anak sekolah ngan nak kejar taim sampai opis…ha ha.
‘lip lap…lip lap’...
keter sebelah aku bagi signal ngimpit minta laluan nak masuk…lampu depan masih merah, so  dia kelihatan teramatlah desperadonyer sebab keter dia dah ngadang orang lain kat belakang…nasib lar meter iman aku pagi ni tahap ‘forgiving’…lam ati aku ni berkata ‘ ni sorang lagi derebar yg gerenti, komperm dan sohih nie laki bini lambat bangun pagi tadi ‘…takpa,  ya silakan mencelah masuk, sapa tak nak pahala pagi2 jumaat ni ye tak?...aharkkk!…tetiba ’poooonnn’ kedengaran keter belakang aku bunyikan hon mcm tak pueh ati sebab mamat tu potong queue tapi aku bagi plak cilok..woitt? org belakang ni pon temasuk lam kategori derebar yg tadi lambat bangun pagi juga ker?
hantarmmm sajar lah !
suasana masih gelap…bukan gelap pagi…gelap sebab awan hujan.
sama gelapnya dengan ‘blackout’ kat site wikipedia.

wikipedia telah menutup sitenya baru baru nie membantah akta SOPA dan PIPA perihal hakcipta dan cetak rompak…pengasas wikipedia, jimmy wales mengatakan akta ni diolah dengan begitu teruk sekali.

org macam aku yg dulu2 mak bapak tak mampu beli ‘encyclopedia britannica’ yg aku tengok dok berederet lam umah sesetengah kawan mmg bergantung sgt dengan wikipedia ni lam banyak hal.

agaknya perkataan asalnya ‘wiki apedia?’ sebab sumer benda dier leh jawab, tak der benda yg dier tak tau… sebab nak lebih komersil dan glamer  dipendekkan jadilar ‘wikipedia’..aharkk !

matahari pagi sikit2 dah kluar…petanda gelapnya pagi tidak akan berterusan lagi.

begitulah jua dengan harapan menggunung ku, agar gelapnya ‘wikipedia’ tidak berterusan lagi.

No comments:

Post a Comment