Wednesday, January 18, 2012

strategi 'pow wow' kat tanjung malim.

‘area ni ke? ‘  tanya wanita yg duduk disebelahku dalam bas.
‘ya,…area ni keseluruhannya masih belum dibangunkan sepenuhnya’ jawabku sambil mata ku menyorot luar tingkap bas melihat keadaan sekeliling sambil aku membuat catatan.

wanita tersebut tidak mencatat apa-apa pun malah tidak membawa apa-apa buku nota pun.

‘ ohh..ni luasnya agak-agak berapa?’ tanyanya lagi.
‘ dalam 200 ekar ‘ tambahku lagi.
‘ mana tahu? ’ dia bertanya semacam hairan sebab jawaban ku agak cepat.
‘ tadi pegawai taklimat tu yg bagitu’ jawabku senyum.

‘ first time ikut mmg mcm tu…ni mesti tak dengar kan?’ tambah ku lagi.
‘ ha ha’ dia tertawa.

bas bergerak perlahan sambil diselang seli dengan taklimat pegawai menerangkan keperluan skop kerja. aku perhatikan wanita yg duduk disebelah ku itu seakan-akan tidak acuh dengan apa yg disampaikan oleh pegawai taklimat, dia kelihatan asyik dan leka memandang pemandangan luar tingkap bas...mungkin dia sedang leka melihat kepulan-kepulan awan yang masih berada di jajaran banjaran titiwangsa bisikku dalam hati.

'cantik kampus ni...kampus baru...hijau dengan pemandangan bukit' dia menoleh sejenak sambil menyuarakan kekagumannya pada ku....aku cuma memandangnya dengan mengangguk sambil senyum tanpa berkata apa-apa padanya.

akhirnya ‘tour’ tersebut tamat dan kami sampai semula ditempat mula-mula kami menaiki bas tadi…kami berdua turun bersama-sama dengan yang lain..menuju ke kereta masing-masing untuk pulang.

aku berjalan ke parking lot, seiring dengan wanita yang duduk bersebelahan ku di dalam bas tadi.

‘nak terus balik ke?’ tanya ku padanya.
‘tak tau lar, budak-budak nak balik sekolah tengahari nanti…nak kena jemput budak-budak tu nanti….tapi baru sebelas setengah pagi’ katanya pada ku.

‘kalau gitu jom lah singgah makan kat restoran kuih pau tanjung malim yg ‘famous’ tu…alang-alang dah sampai sini rugi tak singgah’ aku mengajak.

‘ sempat ke?’ tanyanya sambil memandang pada ku.

‘alahh, sempat’ jawab ku pendek sambil tersenyum.



selesai kami membuat pesanan, keadaan senyap seketika…kelihatan dia membelek handphonenya yang dimatikan masa dalam bas tadi kemungkinan tak mahu diganggu...aku memandang tepat pada wajah wanita tersebut…dia adalah isteriku.

kesian kat dia, tak pasai-pasai  aku angkut dengan dia dia sekali ke sana.

aku lar yg 'kidnap' dia...lawatan tapak ni wajib kalau nak participate dalam tender...so  ngajak dia ke ‘tender site visit’…’tour’ ke tapak tadi dengan bas yang disediakan oleh klien…biasalah, strategi nak amik 2 document tender...jadi aku ajak wife aku join sebab setiap sorang mewakili satu syarikat dan cuma boleh beli satu document tender sahaja…sebab nak masuk tender guna dua syarikat terpaksalah aku bawak ‘sleeping partner’ aku...aharkk.

biasalah kan…strategi nak cepat kaya.

yer ker? ontah…

ha ha.

No comments:

Post a Comment