Saturday, October 15, 2011

kenal haji mahmud shamsuddin ? - part 1



cheng ho atau zheng he atau haji mahmud shamsuddin adalah orang yang sama. beliau adalah ahli pelayaran yang unggul dan dikhabarkan beliau adalah orang yang pertama belayar hingga ke benua amerika antara 1405 hingga 1433 iaitu 70 tahun  sebelum columbus mahupun magellan. namun dalam sejarah nama christopher columbus tercatat sebagai orang pertama menemui benua amerika dan bukannya cheng ho.

ianya sama juga dengan kisah siapakah orang yang mula2 mengelilingi dunia. turut bersama ferdinand de magellan dalam misi pelayaran mengelilingi dunia adalah   henry the black akan tetapi magellan telah meninggal dunia di cebu sebelum sempat mengelilingi dunia. dikhabarkan juga henry the black atau enrique atau panglima awang (berketurunan melayu) adalah orang yang sama. malah henry the black bersama pengganti magellan yang bernama sebastian del cano kemudian telah mengambil alih bagi melengkapkan pelayaran sebenarnya mengelilingi dunia.


Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418

laksamana cheng ho  @ zheng he @ haji mahmud shamsuddin yang memimpin armada pelayaran dengan jumlah sebanyak 317 buah kapal dan 28,000 anak kapal telah mampu menghasilkan peta dunia pada 1418 melalui expedisi tersebut!

No comments:

Post a Comment