Thursday, October 27, 2011

banjir di thailand

...pada mulanya kerajaan thailand yakin limpahan air  mampu dielakkan dengan sistem penahan banjir sediaada dan tidak akan memasuki kota bangkok, tapi akhirnya gagal...terbukti manusia tidak mampu melawan alam semulajadi.. terkini banjir dianggarkan hanya akan surut mungkin 2 ke 4 minggu lagi. banjir telah pun masuk ke bahagian industri yang telah menjejaskan operasi kilang2...kerugian mungkin berbilion ringgit...fenomena hujan yang luar biasa  akhirnya thailand mengakui bahawa  banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah mereka.




gambar terkini limpahan air dari sungai chao praya
 


teringat yang aku penah baca kejadian 'moon halo' diawal bulan oktober baru2 ni..cahaya seakan cincin mengelilingi seluruh bulan disebabkan pembiasan 'moonlight', fenomena linkaran 22 darjah pada awan sirus. tak tau lah aku kot2 kejadian moon halo ni ada memberi kesan kat bumi...yang aku penah belajar memang tarikan graviti mampu berubah2 mengikut kedudukan bulan samada bulan dekat atau jauh dari bumi serta mempengaruhi  pasang surutnya air...tapi kalau fenomena SUPERMOON berlaku, masa tu kedudukan bumi ngan bulan memang paling dekat dan jarang terjadi sebab ianya hanya terjadi berpuluh-puluh tahun sekali.....tak pasti plak aku kot2 fenomena supermoon ni terjadi baru-baru ni....yang nyata keter aku dah 3 minggu tak basuh asik ujan lebat manjang....jika fenomena supermoon terjadi, dah tentu ada kesan kat bumi...wallahualam.


 


No comments:

Post a Comment