...dan akhirnya selepas mengikuti teori asal usul tangan-tangan hitam, bidang-bidang penguasaannya serta setelah melihat apa yang terjadi di luar negara, cuba renung-renungkan apa yang sedang berlaku di dalam negara kita.
tidak mengapa jika kita mahu menganggapnya hanya satu teori atau kebetulan..akan tetapi jika ianya benar, cuba fikirkan sejenak tentang pengaruh dan kedudukan mereka yang kini telah ada melalui pemimpin politik, ahli perniagaan dan pemimpin agama tanahair !
bukan bertujuan untuk memberi nama siapa-siapa pemimpin politik, ahli perniagaan dan pemimpin agama serta persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO tempatan yang mempunyai kaitan dengan mereka...ianya mudah untuk dikenali dan jika rajin mencari maka akan muncullah nama-nama mereka...sesetengahnya yang anda sendiri mungkin tidak sangka!!....baik yang berhaluan kiri mahupun yang berhaluan kanan, baik di pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang.
memadai untuk mengetahui bahawa melalui badan-badan atau pertubuhan-pertubuhan yang ditaja, mereka ada dimana-mana di negara kita...kita tidak akan jumpa yang secara terangan seperti illuminati, skull and bones atau bohemian club di sini...hanya freemason memang nyata sudah lama bertapak secara terang-terangan dengan mempunyai lodge di beberapa negeri di sini.
di tanah air kita ianya berselindung....dari nama yang sehebat-hebatnya seperti world bank, IMF, interreligion commision - IFC (dulu interreligous council), international foreign relation, trilateral commission, world business council, council on foreign relations, council of foreign affairs hingga sampai lah yang sekecil-kecilnya seperti WWF dan rotary club dikatakan bertujuan bagi mencapai satu matlamat iaitu membentuk new world order (NWO)...jika rajin mencari, anda akan jumpa nama-nama masyarakat tempatan yang terlibat.
cuba fikirkan tentang isu-isu terkini...misalnya laungan perlunya hak kebebasan bersuara, ciri-ciri kearah pluralism beragama, isu murtad, pro dan anti penggunaan akta ISA, yang menyokong dan menentang hudud, pro komunis vs anti komunis, isu perlantikan bukan berdasarkan kaum tetapi merit, hak pribumi vs hak rakyat, tekanan kepada raja-raja melayu, cemuhan pada bangsa dan agama, polar politik tanahair berpaksikan kaum vs polar politik berlandaskan agama, pelaburan tempatan vs pelabur asing, isu pendatang, masalah kestabilan ekonomi, isu pengukuhan ringgit etc.
tekanan, perselisihan dan keberantakkan berpolitik semakin menjadi-jadi beberapa tahun kebelakangan ini.
kurangnya kearah penyatuan, lebih kearah perpecahan.
kaedah pecah dan perintah/divide and rule menampakkan diri.
atau sememangnya kita menuju perubahan minda atas nama kuasa rakyat seperti di mesir, tunisia dan libya?
atau adakah petanda-petanda tangan-tangan hitam mula menampakkan diri?
atau adakah kita akan menjadi hamba di tanahair sendiri?
atau mungkinkah kita akhirnya akan bersatu dibawah panji hitam dengan kalimah Allah sebagai benteng terakhir menentang mereka ?
hanya masa yang akan menentukannya...