Sunday, October 28, 2012

tumbang dan menumbangkan...



                                   



raya korban...bummmmm!! tumbangnya lembu untuk disembelih...ramai-ramai pakat menolong...sistematik, terancang, tersusun dari sembelih, melapah dan sampai lar membahagikan daging korban...

itu baru korban lembu, sangat lar bersepakat...muafakat tumbangkan benda-benda lain?


ada!! bab2 menumbangkan menjahanamkan harta awam...mungkin kualiti kerja kontraktor AES tak bagus sampai tumbang, itu kalau nak bersangka baik..tapi tengok cara macam kena langgar atau lebih kepada 'vandalism'...ello, ada akaii ka?
bukan tujuan mengatakan kaedah sistem AES ni bagus sangat-sangat tapi amat memalukan ialah cara kita meluahkan ketidakpuasan hati terhadap AES?? cuba lar tengok ke arah tujuan yang positif, tetap ada kebaikannya..tapi masih tak puas hati jugak?? apakah semangat pakat tolong  menolong, sistematik, terancang dan tersusun macam korban lembu tadi digunapakai menjahanamkan harta awam?

budaya trend terkini orang2 malaysia?
tak puas hati pakat ramai-ramai jahanamkan?
ramai-ramai keluar kejalanan jadi bengis?





taman kaya di ipoh....kes sempoi jer sebenarnya, cuma nak buat gated community tapi disebabkan budaya trend terkini dah diterima ramai..macam biasa pakat ramai-ramai jadi bengis turun ke jalan menumbangkan arahan majlis bandaraya ipoh.
macam samseng? woitt, mana belajar benda-benda macam ni?? tak percaya? tanya cikgu simon thong..  tapi bila tengok nama-nama dan latar belakang majoriti  penduduk, kita tidak hairan kenapa style turun kejalanan dengan bengis-bengis ni jadi biasa...  nak cerita lelebih dikata nanti aku rasis tegar!!




naik tapi ditumbangkan? pon ada...februari 2008 diaorang nak tulisan nama jalan  jawi   turut disertakan dengan tulisan  cina dan india..last2 bukan share ..yang jawi terus hilang, yang india dah lama pochieeee....tak percaya? tengok nama-nama jalan di penang..









naik tapi tak ditumbangkan....6 bulan lepas pru12, papan tanda nama jalan terus di tukar...nama-nama jalan kat penang dinaikkan bahasa cina tapi ada tak protes jalanan yang agressive untuk suruh diturunkan?...gerakan ngan mca pon tak bising...ermm, mana geng-geng kaki turun kejalanan bengis-bengis macam kat taman kaya tadi?  
                                                        
                 
hakikat sebenar yang nak ditumbangkan bukan BN...'conditioning' yang dilakukan sejak sekian lama nampak macam BN tapi sebenarnya lebih kepada bangsa...umno dibelasah cukup-cukup, mca dan mic atau lain2 parti komponen tidak  'mereka' halakan senapang gajah tersebut...arus media, ceramah etc disusun membantai umno...sampaikan kita sendiri terbiasa dengan lelucon membahasakan umnongok, umnopig etc...terus disusuli usaha dendam kesumat tumbang menumbangkan sesama kita umno, pas dan melayu pkr.



muafakat yang ada di sinergikan tapi untuk kemusnahan sesama kita..pantang jika ada antara kita yang tumbang umpama tumbangnya lembu tidak sabar-sabar untuk disembelih beramai-ramai...cuma takut tersedarnya hanya selepas disembelih bahawa rupanya bertuankan yang sama!! 



 

                                                       
                                                      
apakah kita umpama papantanda senget menanti rebah? tidak termasuk dalam trend terkini yang mana tiada muka-muka bengis yang sanggup kejalananan menaikkan papan tanda kita yang senget ini?......atau sedar dengan tidak apakah kita sendiri sebenarnya yang  beria-ria mahu menumbangkan papantanda kita yang nazak ini?


2 comments:

  1. Generasi muda sedang mengalami sindrom 'anakku sazali' yang teramat kronik. Akibat terlalu dimanjakan dan diberi kesenangan maka menjadi kurang ajar dan menjahanamkan. Hari ni bila mereka tumbangkan papan tanda tepi jalan mereka expect kerajaan akan repair berdirikan semula. Besok-besok bila kerajaan pula dah tumbang baru mereka menyesal. Jadilah kita nanti macam Iraq, Libya dan Syria yang mana sekarang mengalami sindrom 'longing'. Pemudanya yang dah tak ada masa depan kini duduk setiap petang di tepi jalan mengenang keadaan sebelum perang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi afterdark

      sealiran dengan pendapat anda bahawa apa pilihan yang kita ada? sekurang-kurangnya memilih opsyen memperlahankan kemaraan yang memusnahan untuk beberapa tahun lagi...dengan harapan dalam tempoh itu kita semua akan 'celik mata dan hati' untuk mengenali yang mana intan, yang mana kaca...

      Delete