Thursday, October 25, 2012

salam aidil adha...menggamit kenangan wukuf di arafah



bas yang membawa aku dan isteri ke arafah bergerak perlahan kerana keadaan jalan yang amat sesak....manakan tidak, berjuta umat turut bersama-sama untuk menghadirkan diri di sana...untuk berwukuf di arafah bagi menunaikan salah satu rukun wajib haji.

merata-rata, di sana sini kedengaran umat manusia bertalbiah..

serba putih...sana sini manusia kesemuanya berkain ihram kelihatan sibuk bersimpang siur melintasi khemah-khemah yang disediakan.

penggunaan tandas yang kadangkala memerlukan sedikit kesabaran terutamanya semasa 'peak hours'..maklumlah terpaksa beratur disebabkan ramainya jemaah yang ada.

' maaf aji, saya ni 'three in one'  maklum jemaah yang berada didepan ku kepada ku sewaktu gilirannya..ahaa, sekurang-kurangnya 10 ke 20 minit tu (three in one - buang air kecil, air besar dan mandi sekali gus)...ha ha ha.

kesemuanya tertunggu-tunggu masuknya waktu wukuf yakni tergelincirnya matahari 9 zulhijjah...khutbah di arafah.

subuh di mudzalifah..


kemuncak waktu wukuf di sebelah petangnya aku dan isteri mengambil tempat redup antara celah-celah khemah di bawah pohon..berdua, bersama-sama membuat amalan ibadah serta berdoa kerana ianya waktu paling afdal beribadah...

arafah, bermulanya ibadah haji sebelum aku dan isteri ke mudzalifah dan seterusnya mina.



hujan sewaktu di mina...


ianya terasa seperti masih baru...masih segar dalam ingatan...akan tetap menggamit kenangan setiap kali musim haji tiba.

sebentar lagi akan masuk waktu wukuf di arafah bagi tahun 1433 hijrah.

waktu kemuncak haji...

'perjalanan sekali seumur hidup' yang amat bermakna...

salam aidil adha buat semua.





No comments:

Post a Comment