Monday, October 22, 2012

polis dan pestol-pestolan...


Baru-baru ini pada Oct 2012 , seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera akibat dirempuh sebuah kereta Toyota Camry yang disamun bagi mengelak sekatan polis di Batu 10, Lebuh Raya Cheras-Kajang . Dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi, Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di kepala, dahi, bahu dan rusuk kiri.

Nak dibedil kang dikatanya 'trigger happy'...

Ada beberapa kes sebegini misalannya Apr 2011 di Seremban seorang polis wanita cedera setelah dirempuh kereta pengedar dadah di Taman bukit Maspada jam kira-kira 10 malam.

Pada  Jan 2011, seorang lelaki ditahan selepas kereta jenis Proton Pesona yang dipandunya merempuh sekatan jalan raya hingga menyebabkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal parah dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, Penang. Kejadian pukul 12.30 malam itu menyebabkan anggota infantri Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak, Amirrul Fitri Norrizat, 25, cedera parah di paha kanan selepas tersepit di antara dua buah kenderaan pacuan empat roda milik polis yang dirempuh.

' Tu lar, cari makan malam-malam buta sebab tu di langgar !! '

' Malangnya itu tanggapan masyarakat...apakah semua kami macam itu...segelintir mungkin ada, tapi majoriti kami kerja untuk cari rezeki dengan cara halal dan jujur..menjalankan tugas kami '

' Sampai dilanggar...kenapa tidak bertindak awal? Acu pistol ke atau tembakan amaran ke atau tembak tayar ke? '

' Malam bang, tak nampak.....takut kang kalau ditembak, tengok-tengok terkena budak umur 14 tahun macam kat Shah Alam dulu....kita orang jugak yang susah nanti '..

' Kalau gitu acu jer pistol acah-acah .....tak boleh? '

'Tempat awam..berdepan dengan orang awam...polis kalau acah-acah macam tu kesalahan besar bang...mana boleh bang? Kena hentam kiri kanan nanti isu polis ngan KDN dipolitikkan dek orang bang '
 
' Sapa kata acu pistol salah besar? ..mamat kat bawah ni sampai lar ni takde tindakan mende pon??? '





No comments:

Post a Comment