Thursday, March 7, 2013

Sabah Invasion ; Arwah adik saya bukan anjing!!!



Sumber ; peraktoday.com


Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan sampai keterlaluan dalam meluahkan kata-kata.
 
Pergilah anda berdepan dengan keluarga pasukan keselamatan yang terkorban, Tian Chua, Jonathan Lin dan yang bersependapat dengannya. Sila pergi cara berdepan dan  ulang kata-kata anda pada keluarga mangsa.
 
Tidak setuju sekalipun tetapi terlalu hinakah anggota-anggota pasukan keselamatan  yang dikerah bertugas di pantai timur Sabah? Terlalu hinakah mereka untuk anda mengakui akan peranan serta pengorbanan mereka-mereka ini yang berdepan dengan musuh?
 
 
Menggelar pasukan keselamatan sebagai anjing, terserlah betapa dangkalnya tahap pemikiran ahli-ahli politik sebegini yang tidak tahu betapa untungnya 'babi-babi' ini hidup dibumi Malaysia.
 
Tian Chua, Jonathan Lin dan yang bersependapat dengannya, mungkin kehidupan anda dan keluarga anda terlalu selesa, tidak pernah merasai kepayahan, kekangan, tekanan dan kepahitan mereka-mereka yang hidup mencari rezeki sebagai anggota pasukan keselamatan.
 
Buat Tian Chua, Jonathan Lin dan yang bersependapat dengannya, tinggalkan sementara pentas ceramah dan mikrofon, tinggalkan kerjaya politik anda buat sementara. Anda ikutlah  bersama-sama 'anjing-anjing' ini di barisan hadapan dalam operasi mengekang pencerobohan kaum Tausug Suluk di Sabah. Setelah anda melihat dengan mata dan kepala anda sendiri bagaimana hancurnya muka dan badan lawan dan kawan dimamah peluru, mungkin ianya dapat membantu mengubah persepsi anda semua.


Belum kena batang hidung, belum tahu tinggi rendahnya langit.
 
Talk the talk, do you walk the walk?


No comments:

Post a Comment