Saturday, March 2, 2013

Pencerobohan Lahad Datu ; Anda pilih 'Anjing' atau 'Babi' ?

 
 
Mungkin keinginan rakyat Malaysia melihat tumpahnya darah kini dimakbulkan, setelah selama 3 minggu mendesak mengapa pasukan keselamatan masih belum bertindak...akhirnya pertumpahan darah berlaku jua.

Sehingga catatan ini ditulis, diberitakan 2 anggota komando polis VAT69 terbunuh dan 3 lagi cedera. Manakala sekurang-kurangnya 12 anggota bersenjata Suluk terbunuh dan dikhuatiri ramai lagi yang turut cedera.

Yang amat mendukacitakan ialah perihal mereka-mereka yang melontarkan komen dan pendapat yang saya kira amat keterlaluan dalam pendekatan pasukan keselamatan menghadapi kemelut tersebut.

Mungkin kita di Malaysia kini menjadi tabiat semua benda hendak dipolitikkan. Agaknya bagi sesetengah kita, celik mata pagi hingga lelap malam nanti tiada benda yang tidak lepas dari politik. Mempolitikkan setiap benda yang lalu didepan mata!

Mungkin ada diantara kita yang  tidak bersetuju dengan cara Menteri Dalam Negeri menanangi krisis tersebut termasuk saya.  Itu tidak mengapa. Seperti yang saya selalu sebutkan bahawa kita boleh setuju untuk tidak bersetuju akan tetapi bukan melalui komen atau pendapat yang keterlaluan seolah-olah memperbodohkan kewibawaan pasukan keselamatan yang terlibat. Mereka cuma pihak yang menjalankan tugas, dipertanggungjawabkan memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Bila negara menghadapi krisis seperti pencerobohan Lahad Datu, sepatutnya kita sama-sama berdiri teguh  dibelakang kerajaan dan pasukan keselamatan yang ada dengan mengetepikan sementara perbezaan politik yang ada. Ia lazim berlaku di negara luar tetapi saya amat pasti ini memang ajaib jika berlaku di Malaysia!

Lewat dalam bertindak mungkin kerana ada faktor-faktor tertentu yang perlu  diambilkira oleh mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan  menyelesaikan krisis tersebut. Tidak dinafikan di mata ramai samada dalam atau luar negara, sedikit sebanyak imej pihak keselamatan kita dilihat sedikit tercalar sehingga anggaran 200 anggota bersenjata Suluk bolos menduduki bumi Sabah.

Untuk berlaku adil terutama kepada mereka-mereka  yang bukan dari penduduk setempat atau yang tidak pernah berada di sana, sememangnya di Lahat Datu bangsa Suluk ini ramai yang telah menjadi penduduk tetap dan juga dikatakan agak bebas keluar masuk diperairan Sabah. Keadaan pesisiran pantai yang begitu luas serta mempunyai banyak kepulauan kecil menyukarkan pemantauan pihak keselamatan. Juga turut berlakunya impak dan masalah ekonomi dan sosial menimpa penduduk tempatan akibat kebanjiran pendatang asing Suluk serta bangsa-bangsa lain. Untuk lebih memahami lebih lanjut keadaan disana sila layari tulisan saudara Afterdarkwrites; http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/02/kenyataan-terbuka-mengenai-insiden.html

Terlalu banyak kemungkinan yang telah berlaku. Sejarah serta perjanjian lampau tentang 'sovereignty' kepulauan Sulu, penentangan Filipina semasa kemasukan Sabah dalam Malaysia, Operasi 'Merdeka' yang dirancang tentera Filipina bagi percubaan menyerang dan menawan Sabah yang gagal, penglibatan Kerajaan Malaysia dalam perjanjian damai Bangsamoro, Kerajaan Malaysia yang dalam kedudukan serba salah mengambil pendekatan bertempur memerangi  orang yang seagama maka dikatakan pula terlalu lama masa diberikan untuk berunding, penglibatan kuasa luar turut  mengambil peluang mengadu-domba, penglibatan parti pembangkang dengan pertemuan-pertemuan mereka dengan pemimpin Tausug Suluk beberapa bulan sesebelum insiden ini dan paling nyata 'timing' insiden ini terjadi pada saat-saat Malaysia akan menghadapi PRU13 yang turut menyukarkan lagi keadaan untuk Kerajaan Malaysia bertindak.

Terlalu banyak kemungkinan yang membuatkan sesetengah kita yang kurang faham tidak sabar-sabar melihat krisis ini ditamatkan dengan segera. Saya akui ada cara mudah iaitu hanya dengan menggunakan meriam 'howitzer' yang dibedilkan bertalu-talu siang dan malam  kearah penempatan anggota bersenjata Suluk dengan pasti berkecailah badan ratusan penceroboh yang membuat onar tadi tanpa perlu pasukan komando kita masuk kekawasan mereka. Jalan segera ini pasti akan terjadinya pertumpahan darah.

Akan tetapi melalui jalan mudah tadi mungkin ada beberapa isu berbangkit berpanjangan yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia dikemudian hari.  Contohnya seperti tekanan kuasa asing tentang penghapusan tiada perikemanusian yang diambil tadi, menampakkan kita tidak peka tindakkan mudah tersebut mengakibatkan berbunuhn sesama Islam, kebangkitan bangsa Suluk di merata Sabah sendiri melancarkan serangan, terjadinya serangan gerila ke atas Sabah yang akan datang dari kepulauan Sulu dan selatan Filipina, membangkitkan kemarahan Kerajaan Filipina keatas pembunuhan rakyat mereka, akan hancurnya perjanjian damai Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina etc.

Jadi pendekatan berunding yang diusahakan masuk minggu ketiga ini menampakkan Kerajaan Malaysia masih memberi peluang cara aman sebagai jalan keluar disamping memastikan keadaan logistik musuh serta keselamatan penduduk awam setempat terjaga sebelum tindakan bersenjata dilakukan. Pada pendapat saya, tidak menjadi kesalahan lagi jika Malaysia perlu mengambil tindakkan ketenteraan sekarang kerana tempoh berunding untuk mereka berundur secara aman telah terlalu lama, bahkan dalam pada itu 2 anggota pasukan komando polis VAT69 turut terbunuh. Jika sebelum ini pasukan polis diberi kuasa untuk menyelesaikan kemelut tersebut gagal maka penggunaan kuasa tentera sememangnya tidak dapat dielakkan bagi menamatkannya. Anggota bersenjata Suluk sepatutnya tidak menyesal akan akibatnya nanti sebab jika mereka ditakdirkan tidak terbunuh dan tertangkap hidup-hidup oleh tentera akan mengakibatkan beratus-ratus mereka akan dihukum mati kerana akan didakwa atas undang-undang melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung dan ini tidak sama jika operasi tersebut masih dibawah kuasa polis kerana mereka hanya akan didakwa sebagai penceroboh/penjenayah. Hanya tentera yang berkuasa mengistiharkan perintah berkurung. Jika ada perintah berkurung dikenakan di kawassan tersebut maka ini bermakna tentera telah mengambilalih operasi tersebut dari pihak polis.

Maka jika tindakan ketenteraan akan diambil, Kerajaan Malaysia terpaksa bersedia bahawa Sabah berkemungkinan terpaksa menghadapi tekanan-tekanan atau serangan-serangan lanjutan yang dinyatakan diatas tadi.

Seperti diawal penulisan tadi, masih ramai yang terbawa-bawa dengan komen serta ulasan melampau tanpa menyedari hakikat kepayahan yang sedang dihadapi oleh pasukan keselamatan untuk membuat pilihan dalam mengambil tindakan.
 

Mereka-mereka inilah yang duduk nyaman dirumah masing-masing, cuma menerawang gembira kesana kesini di alam siber seolah-olah 'aku tahu kesemua benda', kerusi empuk, berhawa dingin, bekerja dengan gaji lumayan, berumah batu, berkereta besar, bebas keluar masuk negara....dan paling hebat cuma singgah sejenak untuk meninggalkan komen yang saya gelarkan tahap ' manusia hati bangkai'. Tanpa memikirkan nasib anggota-anggota pasukan keselamatan  yang mereka panggil   'anjing' itulah yang bersusah payah bergegas ke Lahad Datu dengan gaji yang tidak seberapa meninggalkan keluarga. Demi tugas dan keselamatan untuk kita semua termasuk 'manusia hati bangkai' ini jugaklah mereka pergi agar kita semua dapat terus menikmati kententeraman, menikmati tidur yang lena,  menikmati kemewahan dan terus menikmati kehidupan  disamping keluarga. Tanya pada diri kita sendiri, mampukah anda setiap masa hidup bersendirian dengan anak-anak tanpa suami kerana suaminya terpaksa serta sering keluar bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan? Dapat menerima hakikat  sang suaminya sebelum keluar bertugas sempat berdialog mesra  dengan sang isteri tetapi bila pulangnya sang suami hanya badan yang telah kaku dan sang isteri kini bermonolog hiba di depan jasad sang suami. Anda mampu?
 
 

Beberapa komen serta ulasan yang saya kira amat melampau bertebaran di laman siber antaranya dari Tian Chua, Abby Abadi, blogger mahupun orang-orang  kebiasaan ;
 
 
 











Kali ini kuat dihati saya bahawa tindakan ketenteraan akan diambil. Bukan kerana polis tidak berkebolehan dalam pertempuran di hutan. VAT69 adalah unit tempur hebat secara berdepan dan sejarah telah mebuktikannya. Terdapat berita bahawa dua anggota komando VAT69 yang terbunuh semalam telah ditipu. Anggota bersenjata Suluk dikatakan telah mengibarkan bendera putih tetapi apabila Insp Zulkifli Mamat serta anggotanya keluar dari kedudukan masing, rupanya bukan penyerahan tetapi hanya muslihat kemudiannya menyaksikan Insp Zulkifli Mamat serta Kpl Sabarudin Daud terbunuh dimamah dengan peluru. Harus diingat bahawa pasti pasukan keselamatan kini dalam keadaan geram teramat. Silap besar anggota bersenjata Suluk, pasti akan merasai padahnya. Penyerahan mereka kali kedua ini akan dibalas dengan peluru jua! Anda pasti tahu bagaimana orang dalam keadaan geram bila bertindak!
 
Kemudian jemputlah Tian Chua serta rakan-rakan yang bersependapat dengannya untuk melihat  sendiri 'drama ' dan 'sandiwara' mereka kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka-mereka yang terlibat untuk kita sama-sama dengar dan saksikan.
 
 
 
 
 
Untuk kita dengar ucapan mereka kepada balu yang suaminya telah terkorban...'Suami anda anjing'
 
Untuk kita dengar ucapan mereka kepada anak yang bapanya telah terkorban...'Bapa anda anjing'
 
Apa jawapan yang sepatutnya kita berikan? Kalau saya, akan saya balas;
 
"Saya lebih rela berdiri teguh bersama dengan 'anjing-anjing'...."
 
"Saya tidak rela untuk bersama dengan 'babi-babi' yang tidak tahu apa erti syukur dan berterima kasih !"






 







2 comments:

  1. Kejam btoi yg pandai berkata2 tu..kena antar suruh pi sana jaga LD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kala ayat-ayat yang keterlaluan menghina, sukar untuk diterima....sedih kerana hanya berbeza aliran pendapat dan berpolitik, orang lain dijadikan tempat untuk dilepaskan geramnya.

      Delete