Friday, March 8, 2013

8 Mac dan permainan catur cara kita...







umpama kasparov dan karpov bermain catur.....amat berhati-hati, menekan jam masa selepas setiap gerakan dilakukan, duduk berjam-jam dengan gerakan buah catur hanya dilakukan setelah segala kebarangkalian dan kemungkinan gerak dari lawan sudah dikaji dan teliti.

umpama najib dan anwar bermain catur....juga amat berhati-hati, menekan jam masa selepas setiap gerakan dilakukan, duduk berjam-jam dengan gerakan buah catur hanya dilakukan setelah segala kebarangkalian dan kemungkinan gerak dari lawan sudah dikaji dan teliti....

cuma gerakan buah catur oleh najib dan  anwar digerakan melalui desakan oleh orang sekelilingnya...cuma gerakan buah catur najib dan anwar lebih kearah geram dengan menyaksikan banyak korban awal dilakukan termasuk membungkamkan awal-awal lagi buah catur utama masing-masing....cuma permainan catur najib dan anwar, rupanya  susur galur desakan dan keputusan pergerakan buah catur masing-masing itu datangnya dari sumber yang sama!

permainan catur kasparov dan karpov mengambil masa 10 hingga 20 jam boleh dimain berulang-ulang selepas setiap set permainan.

cuma permainan catur najib dan anwar mengambil masa 5 tahun dan cuma boleh dimainkan sekali setiap permainan.....dimulakan pada 8  mac 2008 dan perlu tamat pada 8 mac 2013.

cuma permainan catur najib dan anwar, banyak menguris hati...dan sepak terajangnya adalah benar.

cuma permainan catur najib dan anwar, yang merugikan adalah pemain catur manakala pemenangnya adalah orang yang diluar papan catur...

paling hebatnya ialah yang menang adalah orang yang sama!

2 comments:

  1. Sedihnya sapa yg jadi buah catur yg kena korban,apa2 pun harap ada kemenangan juga pada kita rakyat M'sia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdoa bersama-sama agar kita semua terus hidup makmur, aman, sentosa dan senantiasa dilindungi Allah.

      Delete