Monday, November 14, 2011

test lar tesla !

penah dengar nama nikola tesla?

nikolai volkoff tu ker?
aisei, yg tu mamat wrestling wwf zezaman hulk hogan bang...
tu lar, kurang-kurangkan lar baca variapop, media hiburan ngan urtv tu..

nikola tesla, seorang genius dan saintis yang hebat tetapi ramai yang tak kenal...tak macam einstein (atom), thomas edison (lampu mentol), john mac adam (jalan tar) atau bell (talipon) yang nama-nama mereka begitu  gah lagi tersohor.

tesla, yang berasal dari etnik serbia dilahirkan pada tahun 1856 dan kemudian menjadi warganegara  amerika, telah melahirkan pelbagai ciptaan yg hebat2, juga dikatakan saintis gila dan pelik, akhirnya meninggal dunia dalam keadaan serba miskin pada tahun 1943.

ek elehhh...tak femes tapi hebat? stori kat aku apa hebatnya tesla?

pada aku pertama,  otaknya yg genius melahirkan ciptaan-ciptaan  perintis untuk manusia dan yg keduanya, saintis yang beretika tinggi !

ciptaan2nya  hebat? apekebender yg dia buat?

haaa tu lar beb!!..asik dok main sms ngan mms tapi tak tau idea wireless dari sapa...mamat tesla ni lar punya keje...tapi tu baru bende ciput dia cipta...seterusnya, jeng jeng jeng !!

ciptaannya diguna  hingga kini membolehkan kita menerimapakai arus karan a/c kerumah-rumah dan bukan arus d/c...arus a/c ciptaan tesla adalah jauh lebih murah walaupun mengundang kemarahan pesaingnya thomas edison yg mempelopor arus d/c yang jauh lebih mahal...tesla juga telah mencipta idea komunikasi secara wireless (hebahan rasmi kemudiannya dicipta oleh marconi seorang itali), mencipta mentol flurosen yg jauh lebih murah dan terang berbanding dari mentol filamen ciptaan edison serta alat kawalan jauh wireless....ringkasnya apa yg kita ada hari ini seperti bekalan api ke rumah, teknologi telefon, teknologi motor dalam perkakasan elektrik, remote control tv dan mainan, x ray tube antara misalannya adalah hasil ciptaan idea tesla..... pendek kata apa yg berkaitan dengan prinsip gelombang, elektromagnetik dan arus karan amat difahami dan dimahiri oleh tesla.

tahukah anda dia telah mencipta dan telah pun mencuba peralatan ringkas yg mampu merobohkan bangunan hanya dengan menggunakan gelombang frekuensi, mencipta gelombang partikel (death ray) yg mampu memusnahkan pesawat dan objek ...tetapi tesla tidak meneruskan ciptaannya kerana dikatakan dia dapat merasakan ianya mungkin akan digunakan untuk kemusnahan bukan untuk keamanan..

perghh macam sains fiksyen jer !

ish ish ish..man man, baca selow selow selanjutnya then korang akan terkesima..mak aii word terkesima kau !

ianya adalah antara dokumen yg hilang sehingga kini masih dicari oleh para saintis.....idea ini dikaji dan digunakan oleh amerika sewaktu pentadbiran reagan ( untuk program SDI mereka [star wars] ) dan kajian teknologi HAARP yg mampu mengubah cuaca.

hah ! baru korang tau...

tahukah anda dia telah disabotaj oleh kerana usahanya mahu menrealisasikan ciptaan arus karan 'free energy' tanpa wayar keseluruh dunia untuk semua orang...jika ianya menjadi kenyataan, kita akan menikmati arus karan yg teramat murah dan dia hampir melakukannya!! malangnya tesla  telah diberhentikan sokongan kewangan (pengurus dana kewangan oleh westinghouse dan jp morgan dikatakan seorang mason) kerana tekanan disebabkan akan memporak-porandakan dunia perniagaan  yg yg berasaskan sumber gas dan minyak !!

idea murninya tentang 'free energy' tidak kesampaian, akhirnya dia disisihkan....ciptaan-ciptaan sesebelumnya juga seolah-olah sengaja dilupakan dan akhirnya dia mati dalam keadaan terbuang dan kemiskinan...

adakah disebabkan ciptaannya yg gila dan tidak masuk akal? atau dia mangsa teori konspirasi? atau dia juga antara mangsa tangan-tangan hitam?

test lar tesla...

tak popular tapi terre.

genius yg unik yg dikatakan gila.

seorang yg mendahului zamannya.

anda pasti kagum dengannya...




No comments:

Post a Comment