Tuesday, April 15, 2014

menziarah datuk dr. harun din - satu dosa?


apakah salah bagi seseorang yang sakit untuk menerima ziarah dari seseorang yang berbeza ideologi politiknya?

sementelah yang sakit dan yang datang menziarah itu sama agamanya?

siapalah kita untuk mentafsirkan akan urusan hati manusia...

samada ianya tuntutan hati demi kepentingan peribadi atau menjalankan tuntutan agama bukan urusan kita untuk menzahirkannya apatahlagi dalam situasi sebegini.

termangu sejenak membaca artikel yang ditulis dibawah.....

jika tulisan artikel tersebut sememangnya melambangkan majoriti isihati umat Islam di Malaysia pada masa kini maka hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk kita semua hanyut dan tenggelam oleh kerana pemikiran politik yang taksub secara semborono, sempit, dangkal lagi cetek....


______________________________________________________________________________________

Saturday, April 12, 2014

Harun Din Patut Tolak Lawatan Najib


Seluruh penyokong Pakatan Rakyat berasa kecewa dan terkejut dengan tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din menerima lawatan dari Perdana Menteri Najib Tun Razak di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Lebih hina lagi kita bila Harun Din turut menerima lawatan Mahathir Mohammad yang satu ketika dulu pernah menyindirnya kerana gemar mendapatkan rawatan di luar negara (Australia) berbanding dia (Mahathir) yang mendapatkan rawatan dalam negara.

Media rasmi PAS, Harakah (versi online) pula dengan bangganya menyiarkan berita lawatan tersebut di muka depan seolah-olah ianya satu yang perlu diraikan.  Apa nak bangga, Najib bukankah musuh politik Pakatan Rakyat?


Kalau orang lain menerima lawatan pemimpin BN macam ini, dah kena sepak atau pecat dari parti atau terima bala lain.  Tengok macam arwah Azizan Razak, kerap sangat menerima lawatan pemimpin BN masa sakit, terus mati - sebelum itu, dua-dua kaki dah dipotong terlebih dahulu.

Harun Din nak terima nasib macam itu?  

Tahukah Harun Din bahawa Najib adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim?  Aku yakin Harun Din tahu, tapi kenapa dia masih menerima lawatan itu dan mengabaikan sensitiviti Anwar, adalah sesuatu yang agak sukar difahami.

Memalukan!!  Kemesraan Harun Din dan Najib
IJN itu sendiri adalah pusat perubatan UMNO kerana ditubuhkan oleh Mahathir yang mendapat ilham tersebut setelah beberapa kali hampir mati akibat serangan jantung.  Apa tidak ada pusat perubatan lain yang Harun Din boleh pergi, tak malu dapat rawatan di hospital UMNO?

Hari ini bukan macam dulu, bersepah hospital yang mampu merawat sakit jantung selain IJN.  Kalau tak hospital kerajaan, hospital swasta.

Melainkan, Harun Din menerima lawatan ini untuk menunjukkan 'keakrabannya' dengan UMNO, apatah lagi UMNO dibawah Najib sudah memecah tradisi Mahathir Mohammad dalam soal membenarkan hukuman hudud dilaksanakan di Kelantan, atau ada sebab-sebab lain.

Pakatan Rakyat lebih terdorong untuk percaya Harun Din menerima lawatan Najib ini dengan sengaja atas sebab kewangan.  Menurut maklumat, Harun Din mahu dengan lawatan Najib, IJN tidak akan meminta bayaran ke atas caj rawatannya yang sudah mencecah lebih RM 40,000 sejak seminggu dirawat disitu.

Sebagai ketua kerajaan (apatah lagi Menteri Kewangan), Najib sememangnya mempunyai kuasa untuk memansuhkan caj rawatan yang dikenakan di hospital-hospital kerajaan, termasuk IJN.  Itu yang Harun Din terhegeh-hegeh menerima lawatan Najib tu agaknya.

Kalau isunya wang, Harun Din tidak perlulah berbuat demikian - merendahkan maruah sendiri dengan menerima lawatan pemimpin zalim seperti Najib.

Aku yakin, mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bersedia menanggung kos perubatannya itu kalau Harun Din ringan mulut meminta. RM 40,000 saja pun, berapalah sangat nilainya?  Kecil sangat.

Harun Din seharusnya meletakkan maruah Anwar patut di atas sekali kerana tanpa Anwar, PAS tidak akan kekal memerintah Kelantan sehingga sekarang.  Tanpa Anwar, PAS hanya parti untuk orang kampung yang berserban, berjubah serta tidak ada kerja lain melainkan sembahyang siang dan malam.

Pakatan Rakyat memohon PAS mengambil tindakan ke atas Harun Din atau keluar saja dari Pakatan Rakyat.  Percayalah, tanpa Pakatan Rakyat, PAS akan melungkup dalam masa beberapa bulan saja.

Keputusannya di tangan PAS.

No comments:

Post a Comment