Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata
buruk padahnya…
banyak yg diperkatakan perihal tanggapan masyarakat melayu islam
di Malaysia akan respon mereka bila mendengar tentang kematian karpal singh.
terutamanya kaum bukan melayu,
mereka merasakan banyak melayu islam di negara ini memberikan respon yang
dianggap ‘kurang ajar’.
boleh ke?...RIP? |
ada melayu islam yang meluahkan terus isi hati
rasa tanpa simpati terhadap mendiang,
ada melayu islam yang
bersederhana….dengan ucapan takziah buat mendiang yang
akan menjawab segalanya bila dia berhadapan dengan Penciptanya.
salah tempat, salah masa...salah audience. |
ada melayu islam yang begitu toleran…sedekahkan
al fatihah…RIP...menunduk kepala dengan hanya isi hati sipembuat sahaja yang tahu sebab mengapa serta tujuannya.
dan jugak…ada yang tak tau
mender….sampaikan tak tau apa beza karpal ngan karam hehe…
nak salahkan grup yang pertama pon payah jugak..
.kata-kata mendiang ‘over my dead body’ sejak tahun 1990
sedikit sebanyak melukakan hati mereka…frasa kata-kata tersebut memberikan makna dan tanggapan yang
berbeza-beza bagi yang mendengarnya.
..sengal..hahaha |
misalannya jika berbalah dengan seseorang lalu diucapkan
‘langkah mayat aku dulu !’ ia membawa erti mencabar beradu tenaga berbunuhan dan jika mati barulah lawannya itu boleh meneruskan hajat
yang dia mahu.
mungkin ianya juga membawa maksud setelah mati
(bukan berbunuhan) baru lah lawannya itu boleh membuat perkara yang dia mahu.
atau ianya hanya kata-kata memberi gambaran kiasan kesungguhan akan penentangan mendiang(tanpa maksud berbunuhan).
silapnya mendiang adalah tempat dan situasi ianya berlaku….
misalannya jika lelucon MH370 yang cuba dibuat oleh chef wan
tentang pintu tandas di pantai morib tempoh hari hanya utk sesame rakan rapat tidakmengapa…silapnya dia sendiri
yang blast di internet yang
mengundang kecaman ramai…
sensitivity waktu itu yg amat tinggi sememangnya mengundang padah
yang besar kepada chef wan.
Jika kata-kata ‘over my dead body’
diluahkan dalam mesyuarat tertutup mungkin tidak seburuk kesannya berbanding kata-kata
tersebut dilaungkan secara terbuka kepada orang ramai, semasa kempen PRU ke 8
pada tahun 1990…apatah lagi situasi kempen PRU yang sememangnya sentiasa tegang,
ekstrim? |
sementelah hanya beberapa tahun sebelum itu operasi lalang dijalankan dan juga beberapa tindaktanduk kontroversi mendiang melawan arus secara terbuka…peranan
‘check and balance’
politik tanahair oleh mendiang sememangnya diakui cuma dalam kes terlajak kata
ini sememangnya meninggalkan kesan mendalam kepada sesetengah pihak...oleh yang demikian tidak terperanjatlah sangat jika masih ada yang tidak dapat memaafkan mendiang atas ketenlajuran kata tadi.
liberal? |
terlajak kata sering terjadi.....
sengaja atau tidak disengajakan?
sensiviti yang berkaitan kaum dan agama?
besar atau kecil maksudnya mungkin terpulang kepada yang mendengar serta penafsirannya.
kesan penerimaannya ada yang buat tidak endah dan ada yang menyimpannya dilubuk hati.
kerana pulut santan binasa...
kerana mulut badan binasa...
No comments:
Post a Comment