Wednesday, April 23, 2014

mendiang karpal singh ; antara lajaknya perahu dan lajak kata....






Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya…
banyak yg diperkatakan perihal tanggapan masyarakat melayu islam di Malaysia akan respon mereka bila mendengar tentang kematian karpal singh.
terutamanya kaum bukan melayu, mereka merasakan banyak melayu islam di negara ini memberikan respon yang dianggap ‘kurang ajar’.
boleh ke?...RIP?
ada melayu islam yang meluahkan terus isi hati rasa tanpa simpati terhadap mendiang,
ada melayu islam yang bersederhana….dengan ucapan takziah buat mendiang yang akan menjawab segalanya bila dia berhadapan dengan Penciptanya.
 
 
salah tempat, salah masa...salah audience.
ada melayu islam yang begitu toleran…sedekahkan al fatihah…RIP...menunduk kepala dengan hanya isi hati sipembuat sahaja yang  tahu sebab mengapa serta tujuannya.
dan jugak…ada yang tak tau mender….sampaikan tak tau apa beza karpal ngan karam hehe…
nak salahkan grup yang pertama pon payah jugak.. .kata-kata  mendiang   ‘over my dead body’ sejak tahun 1990 sedikit sebanyak melukakan hati mereka…frasa kata-kata tersebut memberikan makna dan tanggapan yang berbeza-beza bagi yang mendengarnya.
 
 
 
..sengal..hahaha
misalannya jika berbalah dengan seseorang lalu diucapkan ‘langkah mayat aku dulu !’ ia membawa erti mencabar beradu tenaga berbunuhan dan jika mati barulah lawannya itu boleh meneruskan hajat yang dia mahu.
mungkin ianya juga membawa maksud setelah mati (bukan berbunuhan) baru lah lawannya itu boleh membuat perkara yang dia mahu.
atau ianya hanya kata-kata memberi gambaran kiasan kesungguhan akan penentangan mendiang(tanpa maksud berbunuhan).
silapnya mendiang adalah tempat dan situasi ianya berlaku….
misalannya jika lelucon MH370  yang cuba dibuat oleh chef wan tentang pintu tandas di pantai morib tempoh hari hanya utk sesame rakan rapat tidakmengapa…silapnya dia sendiri yang  blast di internet yang mengundang kecaman ramai…
sensitivity waktu itu yg amat tinggi sememangnya mengundang padah yang besar kepada chef wan.
Jika kata-kata ‘over my dead body’ diluahkan dalam mesyuarat tertutup mungkin tidak seburuk kesannya berbanding kata-kata tersebut dilaungkan secara terbuka kepada orang ramai, semasa kempen PRU ke 8 pada tahun 1990…apatah lagi situasi kempen PRU yang sememangnya sentiasa tegang,
 
 
 
ekstrim?
sementelah hanya beberapa tahun sebelum itu operasi lalang dijalankan dan juga beberapa tindaktanduk kontroversi mendiang melawan arus secara terbuka…peranan ‘check and balance’ politik tanahair oleh mendiang sememangnya diakui cuma dalam kes terlajak kata ini sememangnya meninggalkan kesan mendalam kepada sesetengah pihak...oleh yang demikian tidak terperanjatlah sangat jika masih ada yang tidak dapat memaafkan mendiang atas ketenlajuran kata tadi.


 
liberal?
terlajak kata sering terjadi.....
sengaja atau tidak disengajakan?
sensiviti yang berkaitan kaum dan agama?

besar atau kecil maksudnya mungkin terpulang kepada yang mendengar serta penafsirannya.
kesan penerimaannya ada yang buat tidak endah dan ada yang menyimpannya dilubuk hati.
kerana pulut santan binasa...
kerana mulut badan binasa...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, April 15, 2014

menziarah datuk dr. harun din - satu dosa?


apakah salah bagi seseorang yang sakit untuk menerima ziarah dari seseorang yang berbeza ideologi politiknya?

sementelah yang sakit dan yang datang menziarah itu sama agamanya?

siapalah kita untuk mentafsirkan akan urusan hati manusia...

samada ianya tuntutan hati demi kepentingan peribadi atau menjalankan tuntutan agama bukan urusan kita untuk menzahirkannya apatahlagi dalam situasi sebegini.

termangu sejenak membaca artikel yang ditulis dibawah.....

jika tulisan artikel tersebut sememangnya melambangkan majoriti isihati umat Islam di Malaysia pada masa kini maka hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk kita semua hanyut dan tenggelam oleh kerana pemikiran politik yang taksub secara semborono, sempit, dangkal lagi cetek....


______________________________________________________________________________________

Saturday, April 12, 2014

Harun Din Patut Tolak Lawatan Najib


Seluruh penyokong Pakatan Rakyat berasa kecewa dan terkejut dengan tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din menerima lawatan dari Perdana Menteri Najib Tun Razak di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi.

Lebih hina lagi kita bila Harun Din turut menerima lawatan Mahathir Mohammad yang satu ketika dulu pernah menyindirnya kerana gemar mendapatkan rawatan di luar negara (Australia) berbanding dia (Mahathir) yang mendapatkan rawatan dalam negara.

Media rasmi PAS, Harakah (versi online) pula dengan bangganya menyiarkan berita lawatan tersebut di muka depan seolah-olah ianya satu yang perlu diraikan.  Apa nak bangga, Najib bukankah musuh politik Pakatan Rakyat?


Kalau orang lain menerima lawatan pemimpin BN macam ini, dah kena sepak atau pecat dari parti atau terima bala lain.  Tengok macam arwah Azizan Razak, kerap sangat menerima lawatan pemimpin BN masa sakit, terus mati - sebelum itu, dua-dua kaki dah dipotong terlebih dahulu.

Harun Din nak terima nasib macam itu?  

Tahukah Harun Din bahawa Najib adalah orang yang bertanggungjawab memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim?  Aku yakin Harun Din tahu, tapi kenapa dia masih menerima lawatan itu dan mengabaikan sensitiviti Anwar, adalah sesuatu yang agak sukar difahami.

Memalukan!!  Kemesraan Harun Din dan Najib
IJN itu sendiri adalah pusat perubatan UMNO kerana ditubuhkan oleh Mahathir yang mendapat ilham tersebut setelah beberapa kali hampir mati akibat serangan jantung.  Apa tidak ada pusat perubatan lain yang Harun Din boleh pergi, tak malu dapat rawatan di hospital UMNO?

Hari ini bukan macam dulu, bersepah hospital yang mampu merawat sakit jantung selain IJN.  Kalau tak hospital kerajaan, hospital swasta.

Melainkan, Harun Din menerima lawatan ini untuk menunjukkan 'keakrabannya' dengan UMNO, apatah lagi UMNO dibawah Najib sudah memecah tradisi Mahathir Mohammad dalam soal membenarkan hukuman hudud dilaksanakan di Kelantan, atau ada sebab-sebab lain.

Pakatan Rakyat lebih terdorong untuk percaya Harun Din menerima lawatan Najib ini dengan sengaja atas sebab kewangan.  Menurut maklumat, Harun Din mahu dengan lawatan Najib, IJN tidak akan meminta bayaran ke atas caj rawatannya yang sudah mencecah lebih RM 40,000 sejak seminggu dirawat disitu.

Sebagai ketua kerajaan (apatah lagi Menteri Kewangan), Najib sememangnya mempunyai kuasa untuk memansuhkan caj rawatan yang dikenakan di hospital-hospital kerajaan, termasuk IJN.  Itu yang Harun Din terhegeh-hegeh menerima lawatan Najib tu agaknya.

Kalau isunya wang, Harun Din tidak perlulah berbuat demikian - merendahkan maruah sendiri dengan menerima lawatan pemimpin zalim seperti Najib.

Aku yakin, mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bersedia menanggung kos perubatannya itu kalau Harun Din ringan mulut meminta. RM 40,000 saja pun, berapalah sangat nilainya?  Kecil sangat.

Harun Din seharusnya meletakkan maruah Anwar patut di atas sekali kerana tanpa Anwar, PAS tidak akan kekal memerintah Kelantan sehingga sekarang.  Tanpa Anwar, PAS hanya parti untuk orang kampung yang berserban, berjubah serta tidak ada kerja lain melainkan sembahyang siang dan malam.

Pakatan Rakyat memohon PAS mengambil tindakan ke atas Harun Din atau keluar saja dari Pakatan Rakyat.  Percayalah, tanpa Pakatan Rakyat, PAS akan melungkup dalam masa beberapa bulan saja.

Keputusannya di tangan PAS.

Monday, April 7, 2014

MH370 ; The Hidden Hand...from another perspective.



2 ex-Navy SEALs on Maersk Alabama died of respiratory failure, police say

Crew members work aboard the U.S.-flagged Maersk Alabama after the ship docked in the harbor of Mombasa, Kenya, Nov. 22, 2009. AP Photo

NAIROBI, Kenya -- Police on the island nation of Seychelles say that two former U.S. Navy SEALs found dead aboard the ship Maersk Alabama died of respiratory failure and were suspected to have had heart attacks, possibly from drug use.
The police said Monday that a syringe and traces of heroin were found in their cabin. Police said samples are being sent to Mauritius for analysis to establish if the men had consumed "a substance" that could have caused the health failures.
The ship the men worked on, the Maersk Alabama, was the focus of a 2009 hijacking dramatized in the movie "Captain Phillips."

Officials named the two men as Mark Daniel Kennedy, 43, and Jeffrey Keith Reynolds, 44. They worked for the Virginia Beach, Virginia-based maritime security firm The Trident Group.

The U.S. Coast Guard is also investigating the deaths.

The two men worked for U.S.-based Trident Security, according to police. Former military personnel frequently provide security on board ships sailing through the waters off Somalia to provide security against pirate attacks.

Trident Security was founded by former U.S. Navy SEALs in 2000 and employs former special warfare operators to provide security.

The Maersk Line said the cause of death is under investigation but is "not related to vessel operations or their duties as security personnel."

The Maersk Alabama's home port is in Norfolk, Va., where its parent company Maersk Line, Ltd. is also headquartered. The Maersk Alabama transports food aid to East Africa in support of the U.S. government's "Food for Peace" program, according to the company. Crew members also help support the Bee Hive Children's Home in Mombasa, Kenya.
Several crew members who were aboard the ship when it was hijacked in 2009 are currently suing Maersk Line Ltd. and Mobile, Ala.-based Waterman Steamship Corp. over the attack. The hijacking captured world headlines in 2009 and again when the movie, "Captain Phillips" was released recently. The five-day hijacking standoff ended when Navy SEALs aboard the USS Bainbridge shot and killed three of the pirates who were holding Capt. Richard Phillips in a lifeboat.

Nine crew members in the lawsuit filed in Alabama in 2012 say they suffered physical and emotional injuries after Somali pirates boarded. Some crew members were held at gunpoint with Phillips, and others hid in an engine room.
 

Sunday, April 6, 2014

airasia ; swelled head in the making?


 

 

 

LCCT To Be Closed On May 9, But AirAsia Won’t Move Out