
Kini banyak diperkatakan tentang cara dan pendekatan tahaluf siyasi yang membolehkan orang Islam menjalinkan kerjasama dengan golongan bukan Islam.

Persoalannya tahaluf siyasi pihak Islam dengan parti politik bukan Islam yang manakah dikira terbaik? Parti bukan Islam yang manakah dikira sebagai melampaui etika kerjasama yang dibenarkan dalam tahaluf siyasi?
Yang mana satukah dianggap kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi?

Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Aziz mendedahkan betapa DAP pernah berusaha memujuk kerabat diraja Tunku Zain Al'Abidin Tunku Muhriz menjadi calun ADUN dibawah tiket DAP seterusnya menjanjikan jawatan sebagai MB Negeri Sembilan jika Pakatan berkuasa di negeri itu nanti.
Lupakah kita betapa secara teknikalnya selepas PRU12 yang lalu wakil DAP Perak lah yang sepatutnya menjadi MB negeri tetapi diketepikan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Maka, Nizar adalah calun yang layak secara 'default'.
Apakah dalam ketelusan kita melalui kerjasama tahaluf antara Islam dengan bukan Islam ini rupanya hanya dijadikan sebagai landasan untuk bukan Islam menjadi gunting dalam lipatan? Apakah kini mereka seolah-olah berkorban tetapi sebenarnya hanya menggunakan platform ini untuk sementara waktu memperkudakan pemimpin-pemimpin Islam yang buta dalam mencapai agenda mereka yang lebih besar?
Mungkin ustaz Nasha antara mereka-mereka yang benar-benar ikhlas mengingatkan kita semua?
Terkini, Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu meletak jawatan kerana kesal dan curiga akan sikap sebenar ADUN DAP tersebut ;
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.
Jafrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.
sumber ; http://www.anwaraidc.com/?p=31507
Bagaimanapun Ronnie Liu menafikan perlantikan Jafrei Nordin sebagai Pembantu Khas beliau ;
Ketika dihubungi, Liu menafikan bahawa Jafrei adalah pembantu khasnya dan berkata beliau telah menamatkan semua pelantikan itu di bawah portfolionya sebagai exco tiga tahun lalu.
Bagaimanapun Jafrei Nordin menunjukkan salinan surat perlantikannya mempertikaikan kenyataan Ronnie Liu ;
Maka siapa- tipu siapa?
Apakah kesempatan kerjasama ataupun tahaluf ini senantiasa dipantau dan dikaji oleh kita atau rupa-rupanya digunakan oleh mereka bukan Islam sepenuh-penuhnya disebabkan kelekaan dan sikap terlalu beralah dalam menjaga hati oleh parti-parti politik Islam?
Masih belum terlihat kah oleh sebahagian besar kita cara dan matlamat parti bukan Islam dalam melengkapkan agenda politik mereka yang lebih besar?
Persoalannya, apakah hingga kini kafir harbi masih tidak kita kenali?
No comments:
Post a Comment