Sunday, February 24, 2013

wajah-wajah anwar ibrahim dulu dan kini...



Sememangnya pernah terlintas di hati aku sesebelum ini akan adanya perubahan pada wajah Anwar Ibrahim dulu berbanding kini. Terbaca diruangan Mingguan Malaysia hari ini, memperkatakan perkara yangs sama. Bukan hendak menyokong atau menjadi kumpulan  pencacai yang anti Anwar Ibrahim, tetapi persoalan dibenak aku sesebelum ini datang secara agak kebetulan dengan tulisan ruangan Bisik-Bisik itu tadi. Nak kata keruh, lesu, tak bercahaya itu terpulang pada pendapat individu masing-masing. Yang nyata memang agak ketara perubahannya, mungkin akibat usia.
 
Sememangnya telah ada blogger-blogger lain yang turut menyatakan perkara yang sama sesebelum ini.
 
Tidak dinafikan peredaran masa akan membuatkan kita semakin berusia maka wajah akan turut berubah. Hukum alam, apa jua benda makin lama makin nampak usangnya. Akan tetapi ada juga yang bila usang atau semakin tua, ianya nampak lebih anggun. Umpama seluar jeans, lagi lusuh lagi cunnn.....aharkk!!!!
 
Ada orang semasa mudanya cantik lawa tetapi bila berusia, nampak amat ketara wajah tuanya. Ada orang semasa mudanya tidaklah begitu cantik lawa tetapi bila tua, dia nampak hebat bila berusia!
 
Aku pernah berpeluang melihat wajah Anwar Ibrahim secara dekat sewaktu era 90an dahulu, sewaktu diberi tugas menyampaikan taklimat projek. Memang aku kagum, Anwar tampak berseri dan segak berbaju Melayu sewaktu itu beliau berjawatan sebagai Timbalan Pedana Menteri.
 
Mungkin kini mata aku menjadi 'kero' juga akibat meningkatnya usia? Lalu menjadikan aku kini melihat raut wajah Anwar Ibrahim tampak berlainan?





Anwar sewaktu era 60an, 70an dan 80an...



Anwar sewaktu era 90an...






Anwar, transformasi mula ketara setelah pasca PRU12 2008...





Anwar wajah kini, lebih banyak tampil tanpa berkaca mata...


 

Tuesday, February 19, 2013

thoughtful type or taik idung masin type?



 
 

 
Gentlemen, switch off your engine...



It was peak hours, with numerous traffic lights ahead of the route.

Then i did notice one thing, almost all riders switched off the engine while waiting for green....

Setiap kali berhenti jam kat  traffic light, pon sama...rata-rata matikan enjin kenderaan.

Erkk..?

Orang Cambodia jaga alam sekitar kot?...Too polluted kot?

Kerana hairan aku pon meringankan  mulut aku yang selalunya berat untuk bertanya kat mamat yang bawak 'tuk-tuk' sebab kenapa kat sini diaorang matikan enjin bila tiap kali berhenti kat traffic light.....

'Save money, petrol so expensive' jawabnya.

Ohhh...

In Phnom Penh, 1 liter of petrol is USD 1.40 (about RM 4.30).

In Malaysia, 1 liter of petrol RON95 is RM 1.90 (about USD 0.61).

Weird? Very thoughtful...sebab nak jimat minyak rupanya.

Sedangkan petrol kat Malaysia pon kita dah terasa mahal....tapi rasa-rasanya belum penah lagi tengok orang kat Malaysia tutup enjin tiap kali sangkut kat traffic light masa tengah jam teruk......

Teeett..Teeettt.....sms hp aku bunyik...mssg ; [Babah, along pass test keter!!!!]

Aku senyum...nanti balik nak pekena along bagitau dia bila bawak keter kat traffic light kena mati enjin..jimat minyak.

Sure along  akan kata taik idung masin betul babah ni, kedekut.

Sure along akan kata tak ada dibuat orang lar babah.

Jawapannya..........babah dah tengok, "Ada!'















Friday, February 15, 2013

aku rasis part 6 - Leong Pei Koe...Gang'jaha'nam Style!


Semua orang tahu bagaimana lagak dan laku LGE menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.  Malah Timbalan Ketua Menteri 1 sekarang Datuk Mansor Othman(PKR) sendiri yang pecah lobang panggil LGE sebagai 'arrogant' dan juga tokong! Wow!!
 
Patut lar  bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang sebelumnya , Mohammad Fairus Khairuddin siang-siang  meletakkan jawatannya pada tahun 2009. Cuma timbalan yang sekarang selepas 3 tahun rupa-rupanya baru sedar mainan sepak terajang LGE. Bila maklumat dalaman  mesyuarat terbongkar, muka terhegeh-hegeh menafikan walhal satu Malaya dah dengar tape suara dia kutuk LGE.
 
Lepas tu masih sanggup bergandingan, buat-buat lupa? Cepatnya dapat penyakit lupa...mana belajar?
 
Menjunjung tahap gaban keistimewaan gabungan DAP, PKR dan PAS maka semasa kempen habis segala modal dan isu disapunya, umpama membujur lalu melintang patah....membungkamkan Kerajaan sebelumnya.

Punyalah bangga puak-puak Cina kiasu kat P.Pinang.
 
Penangan nak sangat-sangat merasa macamana dapat puak-puak Cina kiasu memerintah. Bukan begitu? Nak salahkan siapa, 'orang kita' juga yang sampai balut-balut badan dengan bendera DAP, aksi gaya macam superman dengan beriya-riya menjunjung bendera DAP. Nak kata tak sokong macam mananya? Bila dapat tokong, jangan pulak kita marah.
 
Silakan dengan pegangan politik masing-masing...tapi ada mata lihat, ada telinga dengar..ada mulut jangan pulak diam. Bila diherdik DAP suruh tarik balik kenyataan secara rasmi untuk bersetuju membenarkan penggunaan nama Allah, terus diam? Akhirnya berantakan sesama sendiri. Hebat!
 
Sebenarnya makin ramai  Cina kiasu yang taksub dengan kebolehan dan ketokohan Lee Kuan Yew memisahkan Singapura dari Tanah Melayu  ini mula menampakkan diri. Terutamanya bila P.Pinang diterajui oleh LGE. Najib terang-terang dikata "NO" oleh puak-puak mereka ini sewaktu sambutan CNY di P.Pinang baru-baru ini. Aku pun bukan lar setuju sangat malahan tak minat pon dengan PSY ni....tapi pada aku memang dah nampak sangat-sangat sejak 2008 bagaimana mereka merasakan P.Pinang ni mereka yang empunya! Silap besar Najib bertanya pada tempat dan audien yang salah, umpama singa-singa lapar menunggu membaham mangsa.
 
Atau ianya satu isyarat memberitahu najib, tolong  balik sebab ini bukan negeri kamu lagi! Ianya juga umpama melontarkan isyarat....Penang - PRU13 ;  come what may, DAP is here to stay! Mungkin ada hikmahnya Najib diperlakukan begitu, mungkin agak memalukan sebagai Perdana Menteri tapi kejadian sebegini memperlihatkan kepada kita semua betapa tegarnya ciri-ciri kiasu mereka.
 
Kejadian di P.Pinang ini bukan memperlihatkan PSY dengan gangnam stylenya...tapi memperlihatkan puak-puak kiasu Cina DAP dengan gang'jaha'nam style!
 
Tempiasnya tetap ada pada 'orang-orang kita' yang turut menjulang DAP mencapai kedudukan sebegini. Yang menghairankan, 'orang-orang kita' bukannya kelihatan kesal, malah bangga! Sampai begitu sekali tahapnya sesama 'kita' setuju untuk tidak bersetuju????
 
Percayalah, maka kita akan semakin banyak menerima acahan, dugaan atau sergahan mereka-mereka ini...Jika dahulu mereka cuma banyak memperlihatkannya melalui cara sembunyi-sembunyi tetapi kini ditonjolkannya secara terang-terangan yang bertujuan menguji dan akhirnya kita akan hilang sifat-sifat sensitiviti kita akibat cemuhan dan momokan yang betali-arus.
 
Semakin ramai orang seperti Patrick Teoh akan muncul...
 
Semakin ramai orang seperti Leong Pei Koe akan muncul....


 



 
 
Leong Pei Koe bukan budak belajar setakat darjah enam, tapi berpendidikan tinggi dari Herriot Watt University yang terang-terangan memberi isyarat middle finger kepada Raja Permaisuri Agong. Dia pada mulanya hanya diberi teguran oleh polis pengiring akan kelakuannya, amat memeranjatkan apabila dia begitu berani menjadi lebih biadap malah dengan kelakuan kurang ajarnya lebih menjadi-jadi! Akhirnya dia ditahan oleh anggota polis. Bukan kita suruh melutut menyembah setiap raja atau sultan yang ada, aku pon tak bersetuju. Paling tidak cukup memadai dengan menghormatinya sebagai pembesar negara. Susah sangatkah? Sedangkan YDP Agong atau Permaisuri Agong diperlakukan sebegitu oleh puak-puak kisau ini di P. Pinang apatah lagi  Najib!!  Bila gabra, kena dakwa...sebijik ulang tayang macam kes-kes sesebelumnya. Kan ker hanya ulang tayang macam kes Patrick Teoh niamah tu ari?....dengan muka toya, dah takut, minta maap.  Kali ni yang bestnya diberinya alasan, dia bergaduh dengan bapanya semasa didalam kereta...sebab tension teramat, so dia tunjuk lar middle finger kat orang ramai...kah! kah! kah!
 
Apakah sebab Cina-Cina kisasu ini berada di P.Pinang maka dia berasa hebat? Apakah sebab dia kini seorang  penduduk tetap Singapura merasakan martabatnya lebih tinggi? Apakah setiap kulit sawo matang yang ada di P.Pinang ini sampah layaknya? Mereka berkulit sawo matang ini yang menjadi minoriti di P.Pinang  perlu dinyah keluar? Adakah LKS atau LGE turut diperlakukan perkara yang sama oleh puak-puak kiasu ini  sebab timbalannya sendiri terang-terangan menyatakan LGE ini seorang yang 'arrogant' dan tokong? Pernah kita dengar Lee Kuan Yew ditunjuk middle finger oleh orang Melayu Singapura???
 
Wahai Pei Koe serta kiasu-kiasu Cina P.Pinang, sedarkah siapa dan asal Agong dan Permaisuri Agong sekarang? Tahukah Kerajaan Negeri Kedah yang empunya tanah P.Pinang cuma hanya memajakkan P.Pinang sehingga sekarang? Tahukah bahawa Kerajaan Negeri Kedah mula memajakkan  P.Pinang sejak 1786 kepada British? Tahukan bahawa sehingga kini, Kerajaan Persekutuan masih membayar kepada Negeri Kedah pajakan P.Pinang? Tahukah bahawa Kedah berhak menuntut P.Pinang dipulangkan semula seperti mana Dinding dan Pangkor di Perak yang dipulangkan selepas merdeka?

Nasib aku ni bukan Sultan Kedah. Kalau aku yang kena, mahu aku minta balik P.Pinang ni dipulang semula kat Kerajaan Negeri Kedah...tak der nak pajak-pajak dah lagi.
 
So sebab itu kalau jumpa LGE, Pei Koe atau kiasu-kiasu Cina gang'jaha'nam style yang tak sedar diri ni berlagak P.Pinang macam dia yang punya, akan ku tunjukan my middle finger pulak kat diaorang.

Kalau polis tahan?
 
Alasan, alarr sama macam Pei Koe tu tadi yang aku ni tension sebab gaduh dalam kereta.

Cuma reasoning aku kat polis tu lain sikit, gaduh dengan anak aku dalam kereta....umo dia 5 tahun.

 





Tuesday, February 12, 2013

CNY, aku dan aliran masa...


cuti raya cina ni dok lepak umah tak gi mana, keluar pon dekat-dekat sini jer.

bermalas-malasan....sajer.

malam raya cina baru ni kat luar ruang angkasa depan rumah berdentum-dentum tgk bunga api free...terperanjat gak sebab fireworks display tu kira hebat gak, sure bunga api mahal yg dibakar stended2 KLCC gitu...

lalu teringat dulu2 masa kecik2 duduk kat jalan ipoh dekat kepong, komuniti taman perumahan tu majoriti semua cina  kecuali cuma ada 3 biji rumah orang melayu...heran, dulu2 kecik2 takde rasa rasis atau takut ape kebender...main sesama ngan geng2 cina ni, alahaii kanak2 riang...

bila tiba CNY ni komuniti diaorang ni mmg nampak sibuk giler...mcm kita gak sibuk siap2 nak raya...yg tua2 dgn hiasan rumah byk gantung2 kertas semayang warna merah plus colok yg berasap2, yg muda2 melaram dgn rxs nyer....dulu2 tgk diaorang ni byk buat kuih sendiri kat rumah...yg femes tgk diaorang buat kuih kapit...kengkawan rajin ngajak tgk emak2 diaorang bakar, bila bakar dia punya bau..perghhh punya lar harum....bau dia ala-ala bau waffle...now ni diaorang byk beli kuih kat luar jer, mcm orang kita gak lar sekarang bila raya cuma buat kuih 'tunjuk jer'.




mercun merah byk...heran mana diaorang dapat stok tak tau lar mana....masa tu larangan main mercun mmg agak tegas..kengkawan cina2 kawasan perumahan ni kebanyakkannya keluarga diaorang geng2 berniaga pasar borong masa tu kat belakang PWTC...aku ikut main, mercun free la katakan.... mercun merah yg besar2 btg paip pon ada!

tapi tu dulu2....now ni mercun diaorang stended KLCC plak dah yg aku tgk...kuih kapit tak bebau lagi depan rumah....rxs? zaman lar ni diaorang main v-tec beb!!....hiasan? entah, tgk simple a bit tak mcm rumah cina dulu2, now  bit moden....colok ganti bulb merah jer lam rumah, maybe tak pedih biji mata tekena asap....

agaknya kalau aku jumpa balik now ni soy tee, ah kan, ah fatt, panjang, siew chan, gajah (ah boon), mun tzen , fei lo (ah kee)  etc sure terasa tersangat lar janggal...rasa2 dia bagi tak mercun besor btg paip ajak main? or nak ker lagi borak2 sesama pasal v-tec besar v-tec kecik diaorang bila umur2 cenggini? or ngajak nengok org bakar kuih kapit mcm dulu2?

masa tu berlalu terlalu laju.....bentuk muka dan fizikal masing2 tentu banyak berubah, silap2 lalu kat sebelah now ni dah tak kenal.

masa tu berlalu terlalu laju.....mungkin aliran pemikiran serta pandangan hidup membuatkan kita menjadi lain...

masa, mampu merubah banyak perkara....

lamunan terhenti bila ajim menegur...

'babah, raya cina ni nak buat apa eh?' ajim bertanya....mungkin dia boring kot tak buat mende...

'mesin rumput?'

'kita basuh keter?'

'ok ajim, suruh ibu ambil parang......kita gi jeram jom'

'gi jeram kat kebun atuk..mandi ker babah?' tanya ajim lagi.

'tak, kita cari buloh...'

cuti raya cina, tak bakar kuih kapit.......bakar lemang! hahaha!







Saturday, February 9, 2013

tahaluf siyasi ; niat kita vs niat 'dia'...



Kebelakangan ini, kaum bukan Islam di Malaysia dilihat kerap memainkan banyak isu-isu yang sensitif yang teramat jarang dilihat atau didengar pada era 70an, 80an mahupun 90an.
 
Kini banyak diperkatakan tentang cara dan pendekatan tahaluf siyasi yang membolehkan orang Islam menjalinkan kerjasama dengan golongan bukan Islam.
 
 
 
Satu perkara yang dilakukan oleh kerajaan Barisan (dahulu Perikatan) sejak merdeka lagi cuma tiada istilah popular tahaluf digunakan secara meluas seperti hari ini. Semua orang tahu betapa PAS sesebelum itu mengkritik hebat kerjasama UMNO dan parti-parti bukan Islam dalam komponen BN. PAS pada PRU12 2008 bergabung dan  berkerjasama dalam komponen Pakatan  yang turut dianggotai DAP yang mana sumbangan serta penglibatan PAS dengan membantu dan membolehkan DAP dan PKR menrealisasikan impian politik Pakatan menawan Putrajaya. PAS mempertahankan tindakannya kini bekerjasama dengan bukan Islam    adalah atas landasan tahaluf siyasi yang dituntut agama.
 
 
Persoalannya tahaluf siyasi pihak Islam dengan parti politik bukan Islam yang manakah dikira terbaik? Parti bukan Islam yang manakah dikira sebagai melampaui etika kerjasama yang dibenarkan dalam tahaluf siyasi?
 
Yang mana satukah dianggap kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi?
 
Ustaz Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS yang dipecat dari jawatan Majlis Syura Ulama PAS telah memberikan komen baru-baru ini bahawa PAS sepatutnya keluar dari Pakatan kerana tindakan dan gesaan melampau Karpal masih mempertikaikan keputusan PAS menukar pendirian dari setuju kepada tidak setuju  tentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Apakah ustaz Nasha, seorang bekas nombor 2 dalam PAS sedikit waktu dulu membuat saranan tersebut kerana kecewa dipecat atau sememangnya jujur untuk memperbetulkan perjuangan PAS ke jalan yang asal?
 
 
 
Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Aziz mendedahkan betapa DAP pernah berusaha memujuk kerabat diraja Tunku Zain Al'Abidin Tunku Muhriz menjadi calun ADUN dibawah tiket DAP seterusnya menjanjikan jawatan sebagai MB Negeri Sembilan jika Pakatan berkuasa di negeri itu nanti.
 
Lupakah kita betapa secara teknikalnya selepas PRU12 yang lalu wakil DAP Perak lah yang sepatutnya menjadi MB negeri tetapi diketepikan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Maka, Nizar adalah calun yang layak secara 'default'.
 
Apakah dalam ketelusan kita melalui  kerjasama tahaluf antara Islam dengan bukan Islam ini rupanya hanya dijadikan sebagai landasan untuk bukan Islam menjadi gunting dalam lipatan? Apakah kini mereka seolah-olah berkorban tetapi sebenarnya hanya menggunakan platform ini untuk sementara waktu memperkudakan pemimpin-pemimpin Islam yang buta dalam mencapai agenda mereka yang lebih besar?
 
Mungkin ustaz Nasha antara mereka-mereka yang benar-benar ikhlas mengingatkan kita semua?
 
 
 
 
 
Terkini, Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu meletak jawatan kerana kesal dan curiga akan sikap sebenar ADUN DAP tersebut ;
 
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.
 
Jafrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Ronnie Liu menafikan perlantikan Jafrei Nordin sebagai Pembantu Khas beliau ;
 
Ketika dihubungi, Liu menafikan bahawa Jafrei adalah pembantu khasnya dan berkata beliau telah menamatkan semua pelantikan itu di bawah portfolionya sebagai exco tiga tahun lalu.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Jafrei Nordin menunjukkan salinan surat perlantikannya mempertikaikan kenyataan Ronnie Liu ;




Maka siapa- tipu siapa?
 
Apakah kesempatan kerjasama ataupun tahaluf ini senantiasa dipantau dan dikaji oleh kita atau rupa-rupanya digunakan oleh mereka bukan Islam sepenuh-penuhnya disebabkan kelekaan dan sikap terlalu beralah dalam menjaga hati oleh parti-parti politik Islam?
 
Masih belum terlihat kah oleh sebahagian besar kita cara dan matlamat parti bukan Islam dalam melengkapkan agenda politik mereka yang lebih besar?
 
Persoalannya, apakah hingga kini kafir harbi masih tidak kita kenali?



Wednesday, February 6, 2013

ular godang!


nak search date tanda-tanda election lom gak dapat-dapat lagi...so sesajer surf buang karan...then tertengok satu site ni tak sure dated bila, katanya ular ni orang jumpa kat malaysia....55 ft long, weight 300kg.

tengok pesyen orang tu, excavator plus ngan surrounding ada ciri-ciri kat malaysia....kat mana ontah.

gulp! osah godang etekau eh!

kan? kan? kan?



source ; http://www.oddities123.com/photo-of-huge-55ft-snake-shocks-world/