Sunday, December 15, 2013
Saturday, November 9, 2013
ison - comet of the century?
will ison live up to its taunted reputation as the comet of the century?
was discovered by russian astronomer in september 2012 (ermm...seems discovered just recently considering almost a year!)
entering earth atmosphere from november 2013, closest to earth and can be seen with naked eyes by end december 2013...slingshot passing the sun re-enter the earth atmosphere again till january 2014.
will ison be glowing brightly as being hyped when entering earth atmosphere?
or will ison be littering earth atmosphere with meteor showers and dust particles?
or will ison be disintregated when entering the earth atmosphere?
or will the ison just fizzle out on its trip around the sun?
or will ison just a let down....
anyway comets beauty are magical....arent they?
also do ask comets....they will answer we are unreliable and unpredictable as well...haha!
worth watching...wait and see.
Saturday, September 7, 2013
kuil hindu ; i like to move it move it !
baru-baru ni kecoh perihal tindakan hendak merobohkan sebuah kuil hindu di kuala lumpur.
kuil yang dimaksudkan Sri Muneswarar Kaliyaman di jalan p ramlee.
kuil tu dicanangkan dah berusia 101 tahun? beratus tahun tu...wow!
sebagai perbandingan bangunan masjid jamek kl tu usianya 104 tahun (dirasmikan pada 1909)...kira bangunan kuil tu dibuat seangkatan masa dengannya ker?
Temple secretary Nalini Rani showing the tree said to be more than 100 years old
kat malaysia ni pantang ada isu-isu sebegini...macam lintah mengejar betis di air tenang, sekelip mata jer disensasikan menjadi isu politik.
maklumlah, namanya hidup kat malaysia ni masyarakat berbilang kaum...tahap sensiviti agak tinggi...tambahan plak zaman-zaman pasca pru12 dan pru 13 lar ni dengan orang melayu islam idealoginya kini yang bermacam-macam, so now ni banyak kena 'sekeh' jer dengan bangsa lain.
alangkah baiknya kita pergi ke perkara asas dalam memberikan pandangan, luahan serta keputusan.
Temple chairman R.A Balasubramaniam (far left), temple secretary Nalini Rani (third from right), temple committees and devotees standing outside the 101-year old Sri Muneswarar Kaliyaman Hindu temple in Jalan P Ramlee off Jalan Tengah which has been served DBKL notice to vacate.
perkara paling penting dan paling asas disini ialah pemilikan tapak. antara 'nomenclature process' bagi sesuatu pembangunan termasuk rumah ibadat adalah ;
i. ianya dibina atas tanah kepunyaan siapa?
ii. kelulusan merancang telah dikemukakan?
iii. perintah pembangunan telah diperolehi?
iv. akhir sekali pelan bangunan sudah luluskan?
ianya tidak menjadi hal bagi rumah-rumah ibadat yang dibina atas tanah yang dibenarkan/milik sah untuk tujuan rumah ibadat. contoh bagi kuil buddha kebanyakkannya dibina mengikut cara pemilikan dan tujuan yang dibenarkan. bagi orang islam pula terutamanya luar bandar, tapak-tapak surau ini banyak dibina atas tanah yang diwakafkan oleh seseorang. selalunya permasalahan yang timbul adalah tanah surau tersebut masih tidak ditukar syarat kepada tanah wakaf ibadat (wakaf am atau khusus) serta kadang-kadang sering dibina tanpa mendapat kelulusan pelan bangunan dari PBT.
you move? i like to move it move it....
tau pulak tanah kerajaan...
walaubagaimanapun kesulitan yang timbul untuk mengatasinya tidaklah sesulit dibandingkan rumah ibadat terbabit dibina atas tanah orang atau tanah rezab jalan kerajaan! tolak tepi keperluan ii, iii dan iv, jika bukan sebab dibina atas tanah rezab jalan dah tentu orang pun senang lar nak berunding sikit.
sebab tu bila guna budi bicara kes-kes sebegini maka jarang sangat kita dengar kuil buddha atau masjid/surau kena roboh sebab nak buat jalan dan sebagainya!
kes surau kuala sedili johor yang dirobohkan ; alasan dirobohkan kerana salah kiblat? ianya dirobohkan atas alasan tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan serta pelan bangunan walaupun disini pemilikan tanah adalah kepunyaan yang sah.
macam dibagitau tadi, bila orang politik masuk campur maka ianya jadi lebih hangat. Now ni m. manogaran pemimpin DAP dah tubuhkan pulak 'askar hindu' mempertahankan kuil dari dirobohkan. berbaliklah kepada perkara asas, memahami akan benda yang dibolehkan dan benda yang tidak dibolehkan perihal membina rumah ibadat. ni tidak, dia siap warning even sampai ada yang akan mati! ni kot-kot yang join tu geng o4, o8 atau 36 pun ikut sama! bila ditembak kang marah....
"Saya nak beri amaran, polis dan DBKL, kalau
datang sini dan serang kami, kami akan melawan, walaupun berlaku pertumpahan
darah dan kematian"
- m. manogaran ; pemimpin DAP (bekas MP teluk intan) ketika sidang media di kuil berkenaan di kuala lumpur.
pembabitan peguam melayu islam kes kuil jalan p ramlee ; tindakan yang rasional?
tapi ada sorang peguam perempuan berbangsa melayu terbabit semasa kecoh-kecoh mempertikaikan tindakan DBKL, questioning ujudnya court order untuk tindakan merobohkan kuil tersebut. mungkin peguam perempuan itu bertindak keperluan mempertahankan hak orang awam dari segi sudut teknikal undang-undang sebelum DBKL atau kerajaan menjalankan tugas meroboh bangunan. tidak mengapa untuk kita bersangka baik akan tetapi rasanya lebih molek jika ianya dilakukan oleh peguam bangsa lain. pelik? ermm alahai, tak ada yang pelik untuk melayu islam zaman sekarang...kes murtad lina joy jugak mempunyai peguam islam yang mempertahankannya!!
kadang-kadang kita tak berapa kisah akan sesetengah perkara sebab kebanyakkan kita dihinggapi penyakit ' not in my backyard syndrome'. bila ianya terjadi betul-betul depan rumah kita baru kita tau nak ambil kisah. tak caya?
jangankan buat kuil tepi bahu jalan depan rumah kita....orang buka gerai pasar malam haram nun hujung simpang rumah kita pon dah panas hati !
masa tu sure terkeluar ayat..."diaorang mana ada lesen? mana boleh buka kat sini?....ni tanah rezab jalan..ni tanah kerajaan, nak kena roboh nii !!" tak puas hati ditirunya macam manogaran, tubuhkan pulak 'askar taman'..pastu warning ada yang akan mati mempertahankan taman ini!
nampaknya kita berbaliklah ke zaman koboi..
pacak mana-mana tanah...claim dari ujung bukit ke ujung sungai tu tanah aku..sebab aku dah pacak dulu!
tak payah ikut undang-undang....tak puas hati , nah kauu...beng ! beng!
nampaknya kita berbaliklah ke zaman koboi..
pacak mana-mana tanah...claim dari ujung bukit ke ujung sungai tu tanah aku..sebab aku dah pacak dulu!
tak payah ikut undang-undang....tak puas hati , nah kauu...beng ! beng!
haha !
Thursday, August 15, 2013
surau untuk buddha ; kau taliban !!
tang mengomen lepas sesuatu isu hangat memang feveret orang mesia.
berbilang kaum lar katakan....
komen dari pelawat2 serta anon2 yang melampui batas sebab orang bukan kenal dah biasa kita jumpa...tahap pemikiran serta latar belakang yang berbeza memberikan gambaran tahap kefahaman masing tentang sesuatu isu.
tapi laman twitter Lawyers for Liberty (LFL) the so called human rights and law reform organization in Malaysia ni mengomen macam lawyer otak udang.
we can agree to disagree...tapi LFL mengatakan tindakan penguatkuasa ni dah sama dengan cara Taliban dah kira melampau.
pertama-tamanya LFL ni tau ke maksud Taliban?
bagi LFL maksud Taliban ni yang pengertian menggambarkan kekejaman Islam yang sering dimomok-momokkan dan diguna pakai oleh orang-orang barat tu ker? gitu ker?
hebat LFL ni...
dengar jer ura-ura nak roboh surau terbabit dan tak setuju terus chop ni kerja gaya orang-orang Taliban.
sesikit..'hahhh cara kau tu Taliban!'
ceterai gunakan sikit jer otak lawyer tu...tak yah sumer..guna sikit jer...kaji dan lihat dulu baru lar komen Taliban ke tidak.
cadangan runtuh atas dasar sebab salah kiblat? ok, mungkin kita boleh suggest cuba gunapakai aktiviti yang lain seperti kelas etc.
cadangan runtuh atas dasar bangunan surau yang didirikan tak dapat kelulusan dari PBT? takkan nak runtuh bangunan haram pon dikatakan Taliban?
esok-esok ada bangunan haram didirikan betul-betul sebelah rumah-rumah lawyer-lawyer LFL ni biarkan jer...ada orang buat extension haram kat opis-opis lawyer ni menyusahkan urusan diaorang jangan diruntuhkan....jawab jer, ehhh nanti jadi Taliban !
buat lah kuil-kuil sesuka hati tepi2 jalan, depan simpang atau paling elok kuil2 buat lar bebanyak betul2 depan rumah-rumah lawer LFL ni....so tak leh runtuhkan? ehhh nanti jadi Taliban !
tengok lar dulu alasan sebelum mengomen....kalau membazir bukan perangai Taliban, tu perangai setan!
entah-entah lawyer LFL yang menulis mengata Taliban dalam twitter tu pun Islam...
burok bebenor Taliban di mata lawyer-lawyer LFL ni...
mender yer Taliban ni?
ehh...Taliban ni sama ker ngan stail geng-geng yang bako anak guam sendiri kalo tak pueh ati??
Wednesday, August 14, 2013
surau untuk buddha ; korang memang best !
Kali ini di Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Johor.
Nahhh. kauuu !..Surau dijadikan tempat orang Buddha sembahyang! Umat Islam di Malaysia terperanjat? Tak perlu rasa terperanjat sebab akan ada lagi insiden-insiden yang menyentuh sensitiviti agama sebegini di masa-masa akan datang.
Ianya takkan terhenti disini sahaja.
Hanya tunggu dan lihat.
Lepas tu..minta maaf.
Pastu buat lagi...kemudian minta maaf semula.
Pernah ke kita dengar atau lihat kerapnya benda-benda yang menghina umat Islam sebegini sesebelum ini atau jangkamasa 5 tahun lalu?
Isteri tuanpunya resort berkenaan dikatakan berkata ;
“Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.”
Silap-silap nanti ada pulak lagi lawyer beragama Islam yang mempertahankan tindakan tuanpunya resort tersebut.
Pelik?
Kes murtad Lina Joy ada lawyer Islam yang membelanya.
Kes Maznah video anjing pun ada lawyer Islam yang membelanya.
Tu ari ada puak-puak tertentu memberikan hujah membela bahawa bukan Islam memang dibolehkan masuk berceramah/berucap dalam surau/masjid.
Jangan ada pulak nanti puak-puak tertentu memberikan hujah membela bahawa bukan Islam memang dibolehkan melakukan upacara keagamaan mereka dalam surau/masjid udah....
Ker aku ni je yang konfius??....
Thursday, August 1, 2013
'bela' anjing atau 'bela' anjing !
chetz yusof...perempuan berumur 38 tahun telah menimbulkan isu hangat dengan pembikinan video raya bersama-sama anjing peliharaannya 3 tahun lalu cuma kini menjadi tontonan umum.
berlatar belakang suara takbir raya, adengan anjing dibasuh kakinya dan kemudian adengan dia membasuh kakinya pula untuk mengambil wuduk dengan berbaju melayu etc.
persoalannya ialah ;
maka apa mesej yang ingin disampaikan oleh chetz?
berapa ramai lagikah orang-orang yang beragama islam yang sealiran pendapat seperti chetz?
terkini, latheefa koya adalah peguam islam yang membela chetz..tidak pasti samada dia 'membela anjing' (mempertahankan hak adil) atau dia membela anjing (memelihara) ?
bangsa lain pasti ketawa besar melihat sesama kita berbantah-bantah...
Friday, July 26, 2013
umat islam di malaysia - apakah tahap sensitiviti anda?
terkini alvin tan dan vivian lee ...mereka dibebaskan hanya dengan ikat jamin serta bersyarat.
selepas ini nampaknya lagi banyak lah orang macam alvin dan vivian ni mula bercambah dan berani menampakkan diri secara terang-terangan dalam malaysia ni.
selepas ini semakin banyak la pula munculnya kumpulan-kumpulan melayu islam mentaliti ala ala hajjah sitt wuzara.
kuasa ekonomi dah memang out siang2 lagi..
kuasa politik pon dah mula terhakis...bangsa lain mula ambil sikit2
now ni tang agama pon nampaknya orang 'sekeh' kepala kita, kita masih lembik?
kini pelbagai isu seolah-olah sengaja di'gosok' oleh non-moslem di Malaysia..terkini isu makan dalam bilik persalinan (tandas bagi sesetengah pihak), penentangan subjek tamadun islam di IPTA serta desakan penggunaan kalimah Allah oleh non- moslem dibangkitkan semula oleh duta Vatican.
mungkin isu-isu berbangkit bertali arus ini merupakan satu 'conditioning process' secara terancang bagi menilai tahap mana kini sensitiviti orang islam di negara ini.
yang nyata, sensitiviti orang islam di negara ni hanya tampak hebat bila tang bergaduh sesame sendiri!
adakah anda kalangan islam yang gembira atau berduka?
Wednesday, July 24, 2013
DUN Kuala Besut ; BN Menang...Sejenak Untuk Renungan Bersama
BN menang DUN Kuala Besut...
Banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dan patut kita renungkan perihal apa yang telah terjadi.
Hasrat sesetengah pihak untuk melihat kedudukan kerusi DUN 16:16 tidak terjadi. Jika ianya berlaku mungkin banyak buruk dari baik pula yang terjadi rentetan kedudukan Dewan Negeri yang tergantung. Maka tidak dimakbulkan keinginan pihak-pihak yang ingin melihat kekalutan terus berlaku.
Tahniah pada yang menang, pada yang kalah terimalah dengan berlapang dada.
Buktikan kepercayaan pengundi yang diamanahkan kepada yang menang bukan membalas dendam.
Bayangkanlah yang telah berlaku melalui kempen-kempen yang penuh dengan cemuhan dan tomahan dalam bulan Ramadhan ini. Hanya semata-mata meraih undi untuk habuan dunia yang teramat sedikit.
Mungkin ada hikmahnya memungkinkan BN menang jua kali ini.
Renungkan semula dalam-dalam....
Tuesday, July 16, 2013
ular lidi mula nak menjadi naga - part 2
jika ianya benar...
akibat rentetan beberapa insiden terkini terang-terangan kita dihina seolah-olah mencabar tahap kesabaran...maka ada antara kalangan orang Islam yang tidak lagi mampu membendung sabar...
berita lanjut ; http://theunspinners.blogspot.com/2013/07/cina-dap-campak-babi-ke-surau-dan-hina.html
Sunday, July 14, 2013
ular lidi mula nak menjadi naga...
Selamat Berbuka Puasa???
Ada antara kita membacanya tapi masih mampu tersenyum umpama ianya sebuah bahan lelucon???
Aahhhh !!
Mereka-mereka ini bukan lah baru semalam duduk di Malaysia...Hidangan babi dan tanda halal? Apakah hilang hormatnya mereka kini kepada orang Islam di negara ini?
Akibat dari sokongan golongan Melayu liberal yang menggunakan platform suara jalanan kononnya memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan??
Sengaja menunjukkan sikap biadap terang-terangan kerana merasakan begitu yakin Melayu Islam akan diketepikan dalam tempoh 5 tahun akan datang???
APA LAGI yang kaum Cina yang sebegini mahu??
Nilaikan lah apa yang tersirat dan tersurat...Apakah masih ramai di antara kita yang masih buta??
Ulasan Dr Maza akan pendirian DAP seolah-olah membantah apa jua yang berkaitan dengan Islam....Terkini DAP membantah keras subjek Tamadun Islam di IPTS.
Tapi agak sukar untuk memahami kebimbangan Dr Maza kerana DAP sendiri amat disayangi oleh oleh Melayu Islam golongan pendukung Anwar Ibrahim dan PAS...masakan tidak percaya??
Another rally if no clean electoral roll after redelineation - BERSIH Year 2013.
Kumpulan Pendesak NGO disokong oleh BAR COUNCIL MALAYSIA mempersiapkan diri bagi tujuan rali tersebut bagi menambahkan lagi tekanan kepada Kerajaan.
TAHNIAH ANWAR !!
HASIL USAHA GIGIHNYA KINI ULAR LIDI PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM TELAH MENJADI NAGA.
KINI ANWAR TIDAK MAMPU MENGAWAL NAGA YANG SEMAKIN MELIAR...MELAWAN TUANNYA !
JIKA NAGA ITU MEMBAHAMNYA SEORANG TIDAK MENGAPA LAH JUGA....
APA YANG MALANG IALAH SIKAP BIADAP MEREKA-MEREKA INI KINI TERSERLAH...TELAH MULA MENAMPAKKAN KEINGINAN MEMBAHAM KESEMUA ORANG ISLAM DI NEGARA INI...
Tuesday, July 9, 2013
Wednesday, June 26, 2013
Tuesday, June 4, 2013
pilihan along
'Pergilah, babah tunggu sini'....
Cuma melihat dari jauh, berpusu-pusu para pelajar kearah khemah bila diumumkan kaunter pendaftaran mula dibuka. Along, tenggelam dalam keramaian bersama-sama yang lain...cepat-cepat para pelajar berjalan laju macam nak dulu sampai kat van milo yang datang bagi air milo free masa kat sekolah rendah dulu-dulu,
Berebut untuk beratur seolah-olah yang awal mendaftar mempunyai pilihan bilik kediaman nanti.
Ini bukan nak masuk hotel tapi nak masuk hostel, mana mungkin ada pilihan....senyum aku dalam hati.
Kelibat bantal dan baldi dijinjing orang boleh dilihat sana sini sambil salinan x -ray terkepit ditangan sambil turut membawa beg besar. Satu pemandangan biasa tapi amat luar biasa bila aku terlihat salah seorang ibu memikul sebuah kipas angin kaki tinggi khas untuk anaknya....wowww!
Aku mencari lokasi sesuai untuk menunggu. Haaa, jumpa! Disebalik dinding staircase, agak terlindung dari pemandangan orang. Best sebab redup dek bayang-bayang pokok tapi masih dapat memerhatikan khemah kaunter pendaftaran tempat along ditelan orang ramai tadi. Babah along dapat port baekkk, tunggu sambil leh hisap rokok. Belum apa-apa aku dah fail, mana boleh hisap rokok kat sini. Baru nak tekan lighter rupanya ada seorang lelaki sebelah ku.
Pon sama, dia tengah hisap rokok.
'Lagi pantas dia ni' bisik aku dalam hati. Sure dia ni pon kaki langgar displin gak nie. Sama-sama senyum...kaber line...haha!
Aku memerhati dari jauh, melihat keadaan sekitar yang penuh dengan ragam keluarga serta pelajar sambil fikiran turut ikut melayang mengimbau zaman-zaman aku mula-mula mendaftar belajar.
Bezanya aku dulu register masuk cuma dengan kawan bertiga tanpa mak dan abah. Tanpa baldi... tanpa hanger. Beg baju letak kat rumah senior dulu, cuma bawa fail kecik dokumen pendaftaran dan tak lupa lighter alladin ngan Dunhill 20 batang yang dibawa dari Malaysia. Merentas antara blok bangunan tercari-cari tempat nak register dalam kesejukan. Menggelatuk sejuk, sertakat jaket jeans Levi's ngan pakai baju 2 lapis memang tak mampu menahan kesjukan winter bulan Disember. Tak tau yang musim sejuknya terasa macam kat Noth Pole. Pandai-pandailah bawak diri.
Nampak along dah keluar dari kumpulan pelajar yang berpusu-pusu dikhemah tadi dengan dokumen serta kunci bilik ditangan, Nampak along termangu-mangu mencari babah dia. Saja, dari tempat port aku yang terlindung ni aku biarkan dulu along dalam seminit dua, nak tengok reaksinya.
Nampak macam cemas, panik...baru aku pergi kearahnya. Saja, nyakat.
Haha!
Berpeluang untuk ke IPTA rezeki untuk along sambung belajar. Cuma RM700 satu semester. Jika tidak untuk ke IPTS (i.e MMU, UTP, Uniten) sekurang-kurangnya RM10K bagi satu semester!
Yang bestnya, setelah belajar di IPTA, mengeji Kerajaan seolah-olah tidak ada satu pun yang betulnya. Takpalah, salah tu memang ada cuma cara untuk menegur bila dah jadi 'manusia pandai' mestilah ada cara dan budi bahasanya. Kalau siang-siang dah tak berkenan kat banyak benda, pergi je belajar kat IPTS, siapkan je RM50 ke 100K sepanjang 4 tahun untuk yuran belajar.
Bersalaman dengan along, sempat aku mengucapkan sesuatu pada along menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan jangan leka. Pilihan untuk belajar adalah pilihan along. Tempat dan bidang pun pilihan along. Hala tuju apabila selesai belajar, pun pilihan along. Mengeji tempat yang telah memberikan ilmu pada along pun pilihan along....
Menyembunyikan rasa sebak meninggalkan along sewaktu menuju ke kereta. Terbayang anak gadis yang 17 tahun dulunya tidur disebelah sambil ditepuk oleh babahnya.
' Maaf encik, rokok tak boleh kat sini ' sapa pak guard sewatu memandu perlahan melintasi pondok pengawal untuk keluar.
'Ohh ' rokok terselit kat jari aku sewaktu nak melambai terima kasih masa keluar tadi.
'Baru pasang api je ni, nak keluar dah '
Kaber line..haha!
Saturday, May 25, 2013
Pabila Cina mula turun kejalanan...
Jika sesebelum ini majoritinya adalah orang-orang Melayu bila diajak untuk turun demo dan protest kejalanan. Lihat saja siri Perhimpunan Bersih terdahulu, antara yang ramai datang adalah terdiri dari ahli dan penyokong PAS. Sikap 'walaq' pada pemimpin membuatkan para penyokong PAS beramai-ramai akan turun padang bila saja diminta berbuat demikian.
Pasca PRU13, keadaan agak berbeza....agak ketara. Kali ini Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS menegah ahli PAS menyertai mana-mana perhimpunan haram berkaitan membantah keputusan PRU13 yang lalu. Pasti ianya juga secara tidak langsung akan mengurangkan pembabitan ahli-ahli PAS bagi perhimpunan atau protes yang lain.
Mungkin ianya berita yang amat-amat tidak digemari oleh Anwar Ibrahim.
Dalam diam, rakyat Malaysia kini mula melihat akan satu arus baru pasca PRU13 yang mana kaum Cina kini mula mendominasi protest dan demo jalanan. Penglibatan kaum Cina mula dilihat ketara bermula dengan Perhimpunan 505 di Stadium Kelana Jaya dan diikuti beberapa perhimpunan yang sama di peringkat negeri. Jika sesebelumnya acap kali kita meilhat kaum Melayu yang bertempur dengan polis. Kaum Melayu juga terbabit insiden menerajang motor polis sewaktu Perhimpunan Bersih yang lalu. Apakah mungkin kali ini kita akan berpeluang melihat kaum Cina pula menterbalikkan kereta polis?
Pasti menarik jika ianya berlaku.....apa agaknya pandangan kita kali ini jika ada polis yang dipanggil anjing secara berdepan oleh kaum Cina yang turun ke jalanan? Apa agaknya persepsi kita jika kali ini kaum Cina pula yang merempuh sekatan polis?
Mungkin kita sepanjang 5 tahun yang sudah telah agak lama dihidangkan dengan berita dan klip pertembungan protes dan demo jalanan hanya kaum Melayu dan polis.
Tunggu dan lihat rentetan selanjutnya...ianya belum pasti.
Yang pasti, Anwar kini mula kekurangan pilihan apabila PAS mula menjarakkan dirinya.
Yang pasti, Anwar kini mula melutut kepada kaum lain demi mendapatkan penawar bagi mengubati penyakit gilanya untuk menjadi Perdana Menteri....
Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan
Ketua Dewan Ulama dakwa tindakan tak bawa faedahJumaat,
24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.
Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.
Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.
Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS.
“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.
“Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti.
'Tsunami Cina' di Jinjang
Tetapi bilangan mereka kecil kalau dibandingkan dengan kehadiran beratus-ratus orang Cina yang mewakili kelas berpendapatan rendah sampai kelas yang menggunakan kereta mewah.
Adanya geng gereja Lutheran, ahli Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema) dan geng DAP. Tetapi apa yang mengejutkan, pihak yang tidak dijangkakan turut berhimpun demi Adam Adli.
Adanya ah pek yang memakai singlet putih jenama pagoda. Adanya Ah Siang, seorang pakar penulis aplikasi untuk iPhone dari Shah Alam.
Saturday, May 18, 2013
i ken...u kennot !!- Part 2
As expected..DAP surely will react to Zahid Hamidi statement.....dah makan cili memang lar terasa pedasnya.
KUALA LUMPUR, 17 MEI:
Rakyat Malaysia berhak mempunyai sebuah sistem pilihan raya yang baik dan adil dengan pembahagian persempadanan pilihan raya yang wajar.
Malangnya, kenyataan angkuh Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam tulisannya semalam di Utusan Malaysia amat mendukacitakan ramai pihak apabila beliau gagal memahami situasi sebenar keadaan sistem pilihan raya negara ini balas Tony Pua.
Guan Eng Mahu Zahid Tarik Balik Kenyataan
Oleh CHRISTOPHER TAN
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.
"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya pada sidang media di Jalan Air Itam pad Sabtu.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.
"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya pada sidang media di Jalan Air Itam pad Sabtu.
Friday, May 17, 2013
i ken..u kennot !!
MCA now subservient to Sultan?
subservient - abjectly submissive; characteristic of a slave or servant; "slavish devotion to her job ruled her life"; "a slavish yes-man to the party bosses"- S.H.Adams; "she has become submissive and subservient"
Ahaaa!! Becoming common and usual openly tweeting distasteful remarks by any DAP leaders, members and supporters nowdays. This Ngeh was commenting on Sultan Johore request for Chinese rep in State Exco.
No larr...that is nothing lar...come on larrr, so sensitive ahh? Ngeh not racist larr.....
Atan Chenglim :
My friend daughter told me that, during her school assemble they will not sing "Negara Ku" because our national anthem is "under BN….. but they will only sign (sing) state anthem "Negeri Pulau Pinang" …. because their teacher told them to do so and must support UBAH…. What the FXXX… these students are from Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.. CRAZY teacher!!!!
Not racist la fren...freedom of choice what? So noisy one lar u, quiet-quiet lar..no big issue mahh !
Zahid Hamidi, the new Home Ministers has dropped a bombshell to 'unhappy' and 'ungrateful' Malaysians:
“If these people wish to adopt the list system or the single transferable vote used by countires with the republic form of government, then they should migrate to these countries to practise their political beliefs."
"If you are not happy, you may migrate!"
Whoaaaaa !! So racist ahh? Newly appointed Home Ministers very very langsi one lorr...You think Chinese cannot comment ahh? Tape our mouth ahh? Very racist minister oso got ahh?
Ermmmm..I tend to like him more now....I guess I prefer the langsi one better.....unlike the previous MR WARNING....
Subscribe to:
Posts (Atom)