Tuesday, June 4, 2013

pilihan along


'Pergilah, babah tunggu sini'....
 
Cuma melihat dari jauh, berpusu-pusu para pelajar kearah khemah bila diumumkan kaunter pendaftaran mula dibuka. Along, tenggelam dalam keramaian bersama-sama yang lain...cepat-cepat para pelajar berjalan laju macam nak dulu sampai kat van milo yang datang bagi air milo free masa kat sekolah rendah dulu-dulu,

 
Berebut untuk beratur seolah-olah yang awal mendaftar mempunyai pilihan bilik kediaman nanti.
 
Ini bukan nak masuk hotel tapi nak masuk hostel, mana mungkin ada pilihan....senyum aku dalam hati.
 
Kelibat bantal dan baldi dijinjing orang boleh dilihat sana sini sambil salinan x -ray terkepit ditangan sambil turut  membawa beg besar. Satu pemandangan biasa tapi amat luar biasa bila aku terlihat salah seorang ibu memikul sebuah kipas angin kaki tinggi khas untuk anaknya....wowww!
 
 
 
 
 
 
                                                                                                                                                      
Aku mencari lokasi sesuai untuk menunggu. Haaa, jumpa! Disebalik dinding staircase, agak terlindung dari pemandangan orang. Best sebab redup dek bayang-bayang pokok tapi masih dapat memerhatikan khemah kaunter pendaftaran tempat along ditelan orang ramai tadi.  Babah along dapat port baekkk, tunggu sambil leh hisap rokok. Belum apa-apa aku dah fail, mana boleh hisap rokok kat sini. Baru nak tekan lighter rupanya ada seorang lelaki sebelah ku.
 
Pon sama, dia  tengah hisap rokok.
 
'Lagi pantas dia ni' bisik aku dalam hati. Sure dia ni pon kaki langgar displin gak nie. Sama-sama senyum...kaber line...haha!
 
Aku memerhati dari jauh, melihat keadaan sekitar yang penuh dengan ragam keluarga serta pelajar sambil fikiran turut ikut melayang mengimbau zaman-zaman aku  mula-mula mendaftar belajar.
 
Bezanya aku dulu register masuk cuma dengan kawan bertiga tanpa mak dan abah. Tanpa baldi... tanpa hanger. Beg baju letak kat rumah senior dulu, cuma bawa fail kecik dokumen pendaftaran dan tak lupa lighter alladin ngan Dunhill 20 batang yang dibawa dari Malaysia. Merentas antara blok bangunan tercari-cari tempat nak register dalam kesejukan. Menggelatuk sejuk, sertakat jaket jeans Levi's ngan pakai baju 2 lapis memang tak mampu menahan kesjukan winter bulan Disember. Tak tau yang musim  sejuknya terasa macam kat Noth Pole. Pandai-pandailah bawak diri.
 
Nampak along dah keluar  dari kumpulan pelajar yang berpusu-pusu dikhemah tadi dengan dokumen serta kunci bilik ditangan, Nampak along termangu-mangu mencari babah dia. Saja, dari tempat port aku yang terlindung ni aku biarkan dulu along dalam seminit dua, nak tengok reaksinya.
 
Nampak macam cemas, panik...baru aku pergi kearahnya. Saja, nyakat.
 
Haha!
 
Berpeluang untuk ke IPTA rezeki untuk along sambung belajar. Cuma RM700 satu semester. Jika tidak untuk ke IPTS (i.e MMU, UTP, Uniten) sekurang-kurangnya RM10K bagi satu semester! 
 
Yang bestnya, setelah belajar di IPTA,  mengeji Kerajaan seolah-olah tidak ada satu pun yang betulnya. Takpalah, salah tu memang ada cuma cara untuk menegur bila dah jadi 'manusia pandai' mestilah ada cara dan budi bahasanya. Kalau siang-siang dah tak berkenan kat banyak benda, pergi je belajar kat IPTS, siapkan je RM50 ke 100K sepanjang 4 tahun untuk yuran belajar.
 
Bersalaman dengan along, sempat aku mengucapkan sesuatu pada along menggunakan peluang ini sebaik mungkin dan jangan leka. Pilihan untuk belajar adalah pilihan along. Tempat dan bidang pun pilihan along. Hala tuju apabila selesai belajar, pun pilihan along. Mengeji tempat yang telah memberikan ilmu pada along pun pilihan along....
 
Menyembunyikan rasa sebak meninggalkan along sewaktu menuju ke kereta. Terbayang anak gadis yang 17 tahun dulunya tidur disebelah sambil ditepuk oleh babahnya.
 
' Maaf encik, rokok tak boleh kat sini ' sapa pak guard sewatu memandu perlahan melintasi pondok pengawal untuk keluar.
 
'Ohh ' rokok terselit kat jari aku sewaktu nak melambai terima kasih masa keluar tadi.
 
'Baru pasang api je ni, nak keluar dah '
 
Kaber line..haha!

No comments:

Post a Comment