Sunday, May 27, 2012

muzakarah? tunggu parah?

kalau diamati betul2 memang ada benarnya bahawa kemungkinan perbezaan aliran pemikiran politik orang2 melayu pada masa kini jika silap percaturan akan membawa rebah.

perhatikan....apakah kaum2 lain mengamalkan gaya politik orang kita yang taksub hingga sanggup berpatah arang berkerat rotan?

tidak ternampakkah oleh kita bila tiba kepada isu2 yg melibatkan 'common ground' contohnya seperti pendidikan dan hak etc,  kaum2 lain akan bersatu hati walaupun di atas platform politik yang berbeza...sudah terang lagikan bersuluh.

sumpah seranah sesama kita hingga perkara2 yang meilbatkan 'common ground' tidak diambil peduli lagi?

muzakarah?

duduk semeja?

atau nak tunggu bila keadaan jadi parah?

yang terlihat adalah kita amat mudah serta tanpa segan atau tanpa malu...lagi best, tanpa syarat tetap 'bermuzakarah' dan duduk semeja dengan kaum2 lain yang belum tentu 'pegangannya' dari nak bermuzakarah atau duduk semeja sesama kita ?

bukanlah aku ni peminat nombor wahid dr hassan ali...akan tetapi ada benarnya juga kata2 dr hassan ali kali ini.

....atau sememangnya hati orang2 kita kini telah 'buta' di 'sihir' oleh mereka?




No comments:

Post a Comment