Wednesday, May 2, 2012

bersih 3.0...apa matlamatnya?



don't blame me



keadaan tegang tapi tgn kat bahu org..sambil senyum2..sempat tgn putar2




pendemo tegar sejak 60an kena sergah dgn budak...hilang rasa hormat?




..she lost of words!




penyapu tahun 2012? jangan, org tua2 ingat lagi...
...penyapu pada tahun 1969




'anjing2' sekelian, bangunn...!!  bersih 4.0 dah nak mula!




telah terlalu banyak yg diperkatakan, terlalu banyak yg telah diperbincangkan…pelbagai kupasan, pendapat, pujian, kejian…semuanya tentang bersih 3.0
yg dirancang ialah duduk bantah, aman, non provokatif, menyuarakan hak dan pendapat….tiada salahnya,
yg terjadi bangkit bantai, huru hara, provokatif, menyorak keji dan lontaran nista….di mana salahnya?
secara logiknya tiada tempat yg tak boleh kita pergi dibumi malaysia ni selagi ianya tempat awam…bila kita kata hak bersama, bunyiknya agak berlapik..tapi bila ada yg gunakan perkataan ‘hak rakyat’, then bunyiknya jadi agak lain…agak sensitip.
dataran merdeka tu tempat public….so  kalau nak jenjalan, duduk2, lepak2, amik gamba…silakan…yg tu tak de masalah…tapi kalau keluar beramai2 mcm untuk tujuan demo rasa2nya buleh tak?
hak rakyat? baik, cuba tgk senario yg ni…
org nak lalu depan rumah kita, duduk depan pagar rumah kita kejap nak ikat tali kasut atau nak berenti kjap tgk tayar angin motor…yg tu takder masalah, kita tak marah…tapi kalau ramai2 mamat motor sesaja lepak depan gate rumah kita, perah2 minyak lagi…letak motor sampai keter kita nak keluar pon jadi payah atau ada plak gerai burger kat tepi pintu gate rumah kita atau tup tup ada plak warung kecik depan gate rumah kita sampai bising2 tgh malam walaupun tau sgt2 jalan depan rumah tu jalan public…rasa2 korang marah?
sure korang akan tegur ni jalan bersama, hak kita bersama jadi kena la faham jgn mengganggu depan gate rumah orang…tapi kalau mamat rempit, tuan gerai burger, tokeh warung tu dibalasnya kat korang yg jalan ni ‘hak rakyat’ amacam? menyinga tak? baru korang akan kata ni tak ikut undang2! mmg la sebab kena batang idung seniri.
 tapi aku tak tau lar kalau korang seniri yg berebut2, sampai beguling2 merayu2 minta gerai burger, warung, mamat rempit melepak atau pasar malam buat betul2 depan gate rumah korang!!
kalau tak nak, seniri mau ingat,  jgn buat kat tempat orang…
aku setuju kerajaan yg ada ni bukan la betul sangat pon..ada salahnya..curi duit rakyat? salah guna kuasa? tak islamik? bebal? bumiputra yg rasis?
ada banyak cara nak luahkan ketidakpuasan hati ni…ada cara belembut, ada cara keras dan direct, juga ada cara teguran yg membina…ada org buat? ada, lee lam thye buat mcm tu…perjuangan dan pegangan prinsip menjadi keutamaan? kalau dah benci sgt2 ngan kerajaan jgn keje ngan kerajaan…asik ngutuk manjang bukan teguran membina tapi kenapa masih carik makan ngan kerajaan? atas prinsip then jgn la sokong apa mende yg kerajaan buat..contoh jgn amik bantuan br1m rm500 tu ke...jgn amik kontrak gomen lagi ke…macam keje kat swasta juga la, kalau berpegang teguh pada prinsip yg tak bekenan kat ati misalan syarikat tu cekik darah pekerja, undang2 pejabat yg diguna pakai masih zaman batu, bos pejabat korup abis etc, so berenti je keje carik keje lain…payah? susah nak cari keje nowdays? then prinsip tadi amacam?
rasa2 yg dah dibagi peluang memerintah selangor, kedah, penang dan kelantan lebih baik? takda salah guna kuasa? islamik? tak bebal? tak rasis?
berbalik pada bersih 3.0, sapa kepala? cuba la kaji sikit…bila citer pasal kes lina joy masing2 akan meluap2 bersemangat menentang usaha mengkapirkan orang islam…tapi tang tu lupa! diangkatnya, dijulangnya jadi ketua!!
kita hanya duduk bantah, cara aman…tau tak bila dah reramai semangat ‘comradeship’ akan meresap datang..semangat kekitaan..aku geng aku..kau geng kau..tak caya?
alahh, main la netball tgk kawan kena cakar tgn dek lawan pon leh buat kita naik angin...main bola tgk kaki kawan kena pakuk depan mata pon kita dah buleh buat kita mendidih, tu baru sukan..lom lagi ‘comradeship’ tang lain…lam opis bila gaduh2 pon akan ada ‘comradeship’ siding sana, siding sini…apatah lagi bila gi berarak, gi berdemo…bila ada kawan2 peserta yang kena belangkung, sure geng2 lain naik angin…bila ada plak polis yg kena pelupuh, sure geng2 polis lain naik geram...comradeship la katakan….
korang weekend baru ni yg tak join bersih 3.0 tu ada tak gi jenjalan ngan famili? ada attend kenduri? lepak2 bermalas2an kat rumah tak? amik cuti senin sekali gus dapat 4 hari? rasa2 polis yg kena keje standby bersih 3.0 tu cuma duty sabtu? kalau mengikut pengalaman lam famili aku yg banyak keje jadi ‘anjing’ kerajaan ni, bila ada hal2 semacam ni cuti confirm kena beku seminggu dua…polis atau askar ni jangan citer la pasal kensel cuti nak gi jenjalan walau dah plan awal2 atau kensel gi kenduri sedara atau tak dapat bermalas2an kat rumah…apa rasa kalau2 bos tak bagi cuti sambung2 dapat 4 hari mcm baru2 ni…tak sama dengan orang awam…silap2 ada yg lama tak dapat cuti sebab bila nak cuti ader jer halnya…standby bicara kes org2 politik kat mahkamah la, banjir la, jaga stadium org tgk bola la, bersih 1.0 la, bersih 2.0 la, bersih 3.0 la....kat situ pon dah tension...lain la orang awam yg join demo sabtu baru ni, esoknya hari  ahad je dah lepak kat umah or gi jenjalan ngan famili…yg diaorang still kena duty selalunya seminggu dua lagi..jadi kalau ada peserta bersih baru2 ni yg kena ‘buboh’ kaw kaw  extra sikit kat tepi jalan maybe nasib tak baik dapat abang2 polis yg  geram tak dapat cuti berehat atau tak dapat cuti nak tengok orang tua kat kampong  atau tak dapat balik kampong tgk bini yg dah bersalin…dah la keje sabtu ngan ahad, dipanggilnya binatang ngan anjing la pulak.
alahh, cuba korang kena datang pejabat hari ahad…adakah korang akan datang dengan bersiul2 terlalu hepinya atau muka masam mencuka? aharkk!
bila dah kena bantai,kena hempuk..nyawa2 ikan terbaring kat spital (biasanya orang kita gak la)….baik belah peserta atau pihak keselamatan, mula la akan keluar keluar cerita sedih sesayunya yg dia ni tak patut kena mcm ni..dia ni anak yg baik..anak yg taat, bijak orgnya, anak yg tolong keluarga, anak yg tolong adik2nya, kejam sebab laki kena bantai terbiar bini sorang2 terpaksa jaga anaknya yg kecil etc…atas semangat comradeship, peserta yg dah berbalut2 tadi akan diwar-warkan tentang keberaniannya menentang penindasan rakyat, polis yg dah berwayar kat badan sana sini  pulak akan diceritakan ketegasannya menentang perusuh jalanan….then kat mana silapnya?

dalam ramai2 tu ada tak bangsa lain masa reramai tebalikkan keter polis? tgk la kat clip yg melambak2 kat internet..ada? diaorang tgk dari tepi jer..dari tepi diaorang akan kata 'yahh u arr..vely good, vely good!!'...part2 yg cenggitu diaorang tak buat langsung...sapa yg mula2 serbu kat polis? diaorang ada serbu? yg aku nampak unit badan amal pas !!....pada diaorang sumer tu keje untuk org2 kita jer sebab diaorang ada kelas tersendiri, join demo tapi guna otak, ada stail...kita demo guna kudrat tgn, kaki ngan kepala lutut..sebab tu org kita yg kebanyakkannya bila baliknya nanti berbungkus2 lah satu badan....hairan?
bergaduh punya begaduh, politik punya politik..orang bangsa lain dok tepi bersorak, tgk kita jadi buah  catur… jangan sampai esok tau2 kita bertuankan bangsa pendatang…tgk2 lah sekeliling..renung2kan lah… betapa orang luar mengidamkan tanah air kita..tak caya? tak payah la gi jauh..tak payah refer news kat cnn, tak payah tunggu statement dari white house atau tel aviv pasal kita…cuba rajin2 tgk gaya dan cara penulisan msn malaysia kluarkan news pon dah dapat agak…malaysiakini jgn cerita lah, malaysian insiders etc… jangan sampai kita tertipu..yg mana kaca yg mana intan…kita sesama islam yg semakin tiada titik pertemuan disebabkan ideologi politik yg berbeza…kita semakin menjarakkan diri sesame kita…dengan cara medianya, dengan cara fatwanya…kawan, jiran, adik beradik sedara mara, anak, emak dan bapak kadang2 terdapat berbeza pendapat tentang melayu, islam dan politik…malah dalam keluarga pon ada kalanya berpecah hebat hanya disebabkan ideologi politik yg berbeza…pepecahan bangsa melayu terburuk yg belum pernah disaksikan dalam sejarah negara…hakikatnya suara kita sudah berpecah…mereka sedar bahawa org kita pantang di usik perihal agama dan bangsanya…jadi jika sukar melakukannya dari luar, lakukan perpecahan dari dalam...yakni melalui percakaran sesama melayu….bola tanggung yg mereka tunggu?

harapkan pas..harapan tinggi sebelum ini..tapi sejak semenjak dua menjak ni aku tgk dah lain...lain sgt2...pada aku tak payah diaorang join pakatan pon dah mmg kuat...aku bukan la betul sgt, ngaku...tapi bila tgk bukan islam masuk dalam ruang semayang masjid, kemudian aku dibagitau zaman rasulullah lagi mmg ada yang berurusan dengan bukan islam dlm masjid, ok la aku terima...tapi bila tgk pic pompuan bukan islam yg korang leh tgk seniri kat internet pakai seluar pendek ada dalam ruang semayang masjid mcm mana pulak tu?  terpinga2 gak aku...tak ada yg perasan ke? terlalu nak jaga hati ke? terlalu kemaruk undi ke?....hancusss.

tang islam umnongok pulak mmg takde harapan la...
mungkin bangsa2 lain hanya menunggu waktu untuk menterjemahkan penguasaan politik negara melalui pru13 nanti? kita yg berpecah belah terus leka bermati-matian berpaksikan politik mengikut parti tapi dalam diam2 rupa2nya undi mereka berpaksikan kepada kaum? tidak terfikirkah yg kita hanya digula2kan oleh mereka?
apakah najib, anwar, hadi, nik aziz rupa2nya dicaturkan oleh mereka?
tidak mungkin?
korang cuba kaji balik rekod pengundi baru yg ada hingga kini untuk pru13...daftar undi kaum manakah yg paling agresif mendapatkan pendaftaran pengundi muda yg baru? cuba cari…dah tau?...korang jangan terperanjat jika mengetahui jawabannya.
apa maknanya?
mungkin kerajaan pimpinan najib akan kekal tapi dengan majoriti yg semakin berkurang? mungkin kerajaan yg ada ini akan kalah dan bertukar tampuk pemerintahan kerajaan yg baru? dengan harapan kerajaan putrajaya yg baru bukan lembu dicucuk hidung macam khalid ibrahim...tapi jika menang andainya bukan anwar atau hadi yg menjadi perdana menteri amacam?
then siapa?
mana mungkin sebab undang2 tubuh negeri dan raja masih ada?…apa lupakah korang cara serangan melalui media dan tomahan pada kerajaan negeri beraja terutamanya selepas pru12? raja pon ada yg tak betul, ok mungkin ada benarnya…tapi raja2 melayu ni untuk dijatuhkan ugamanya kristian ke? buddha? atheis?
aku tertarik tengok cara anwar disergah oleh seorang lelaki aku tgk masih muda yg mendakwa peserta bersih semasa press conference selepas  bersih 3.0,  takda hormat langsung!…kalau korang la dapat peluang bertanya mcm tu, walaupun tak setuju dgn bersih 3.0 tu agak2 cara korang bertanya kat anwar  ada cara mcm tu? pulak tu mana ambiga? mana kit siang? mana guan eng? hadi tak join?
apakah mereka semakin kurang hormat pada kita?

adakah kita masih mempunyai pilihan?
mungkin hanya selepas pru13 baru kita sedar akan percaturan mereka, air mata darah sekalipun tidak akan dapat mengembalikan semula kepada keadaan asal…masa tu kita akan menyoal diri kita semula mana mungkin tanahair ini yg 50% penduduk melayu islamnya akan diketuai oleh bangsa lain?

jika orang2 dulu melepaskan singapura pandai pulak kita marah..kini tiba pula giliran kita.
kalau ini yg terjadi, bersedialah dengan jawaban masing2 nak explain kat cucu cicit memasing nanti.
agak2 masa tu kita buat tak lagi demo bersih? takut nanti buat la  demo bersih sampai versi berapa-berapa pon…sampai bersih versi 30.0 ke apa…
tersiksanya dataran merdeka terasa melambai2 untuk kita memerdekakannya buat kali kedua…
tapi sayang, pada masa tu sudah terlewat untuk kita mengubah apa2.