Saturday, February 18, 2012

berita baik! - kini anda boleh menjadi remaja semula sekelip mata!

tanpa mengeluarkan wang, tanpa petua, tanpa pantang larang dan tanpa penggunaan krim muka...anda juga boleh menjadi remaja semula !

mahu kembali ke zaman 'sweet 16' ? ...terbukti ia boleh dilakukan.

caranya?

pergilah ke jabatan pendaftaran negara...tak caya, tanyalah pada nenek puan binti ahmad...




Seorang nenek yang sudah pun berusia lebih 90 tahun pastinya gembira bukan kepalang apabila tarikh lahir di MyKadnya baru menunjukkan yang dia berumur 16 tahun. Nenek ini mempunyai 4 orang anak yang berusia 48 hingga 70 tahun dan memiliki 47 cicit.

"Saya dah tak ingat usia sebenar saya.  Tapi saya hidup pada zaman penjajah," kata Puan ketika ditemui Bernama di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria.

Mengapa usia nenek 100 tahun itu tiba-tiba 'gostan' ke belakang?

Ia sebenarnya berlaku kerana kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tersilap merekodkan tarikh lahir warga emas itu. Pada MyKad Puan tertulis tarikh lahirnya pada 12 April 1996.  Kesilapan JPN itu juga menyebabkan Puan menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

No comments:

Post a Comment