Monday, July 18, 2011

kepadaNya kita kembali - chik ateh

semalam tengahari isteri dgn adik beradiknya pergi melawat, dia nampak lemah dan dalam kesakitan tapi guraunya tetap ada...tetap mcm chik ateh yg dulu...sempat mereka  peluk cium chik ateh sebelum balik dan dia menutur kata dalam nada bergurau ' ni mungkin kali terakhir peluk cium chik ateh'....

ingatan ku kuat mengingatkan sikap periangnya dan suka mengusik semasa aku baru berkahwin...hingga kini.

benar telahannya....chik ateh, adik kepada emak mertua ku akhirnya kembali kerahmatullah malam tadi pada jam 11.50pm setelah bertarung dengan kanser yg dihidapinya hampir 3 tahun pada umur 50 tahun.

terus bergegas ke hospital selayang selepas mendapat berita lewat malam tadi...bersama suaminya dan biras, kami menguruskan jenazah chik ateh sampai dikafankan di hospital dan terus dibawa kerumahnya sebelum subuh tadi.

semoga arwah ditempatkan dengan orang orang yang soleh.

al fatihah.


No comments:

Post a Comment