Bukan menjadi rahsia lagi bahawa polar keputusan undi berdasarkan kaum pada PRU13 kali ini menunjukkan undi kaum Cina sememangnya padu menjurus kearah DAP. Kerusi di kawasan bandar rata-rata dikuasai oleh DAP melalui undian padu kaum Cina serta dibantu oleh palitan undi kaum Melayu dari PKR dan juga PAS. Sebagai balasan, undi kaum Cina pula diberikan kepada PKR atau PAS semata-mata tujuan untuk menyingkirkan UMNO/BN.
Kita ditipu oleh puak-puak Kiasu ;
Ianya bukan tuduhan, ianya kenyataan.
Rata-rata blogger politik melayu tanahair kini memperkatakan sikap kaum Cina yang ada di Malaysia sejak 2008 dan akhirnya mensahihkan lagi melalui terjemahan keputusan PRU13.
Bukan jasa, bukan pembangunan, bukan manifesto, bukan janji yang mereka mahu....
Ghani Othman tewas di Gelang Patah kerana majoritinya pengundi Cina...huh, apa ada pada rekod perkhidmatan berbelas tahun?
Ali Rustam tewas di Bukit Katil juga kerana majoriti pengundi Cina...huh, apa ada pada jasa berbelas tahun?
MCA mahupun GERAKAN hanya nama....sudah tidak ujud lagi secara realiti sejak 2008 lagi.
Jawapan yang amat mudah.....rata-rata golongan kiasu ini menginginkan KUASA POLITIK MUTLAK!
Setiap golongan Cina yang terbabit dengan MCA/GERAKAN akan 'dikerjakan' secukup-cukupnya secara tersusun baik di alam siber mahupun di alam nyata.
Apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO akan mereka momok-momokan sehingga kaum Melayu sendiri terikut-ikut.
Agak pelik, tiada seorang pun pemimpin MCA/GERAKAN bersama-sama Najib sewaktu pengumuman BN berjaya menubuhkan Kerajaan awal pagi 1am 6 Mei 2013 yang lalu. Atau mereka sememangnya merasakan PRU13 ini BN akan tumbang ?
Lihat kembali, sewaktu peralihan kuasa di Penang pada tahun 2008 dimana mereka-mereka ini melakukannya secara baik dan begitu mudah akan tetapi amat berbeza dibandingkan dengan Khir Toyo di Selangor yang mana bangunan SUK Shah Alam dikepung hingga pagi. Siapa yang mengepung? Ya, , bangsa Melayu dari PKR dan PAS ! Adakah anda melihat turut adanya kaum Cina dari DAP terkinja-kinja menjerit diluar pagar bangunan SUK pada waktu itu?
Bangsa apakah yang beriya-riya beramai-ramai turun kejalanan untuk berdemo jika dipinta?
Bangsa apakah yang menggila menterbalikkan kereta polis?
Bangsa apakah yang sanggup bertumbuk ditepi-tepi jalan bila berkempen demi parti?
Ya, bangsa Melayu.
Apa agaknya terjadi jika kita sendiri yang melihat orang Cina beramai-ramai menterbalikkan dan menghentam polis hingga berdarah?
Apa agaknya terjadi jika kita sendiri yang melihat pertembungan dua kelompok DAP dan kaum Melayu bertumbuk, menghayun kayu kearah kepala lawan bila berkempen?
Pernah tengok? Tentu tidak.
Pengkhianat Agama dan Bangsa bernama Anwar Ibrahim ;
Malaysia telah dikurniakan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Tolak lah kes liwat dan seks jika ianya keterlaluan memfitnah beliau. Akan tetapi belum pernah dalam sejarah adanya manusia seagama dan sebangsa yang akan berbuat dan berjanji apa saja DEMI UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI !! Kerosakan teramat besar pada asas penubuhan Negara telah dilakukan oleh beliau. Yakin mampu menjerat dalam berpolitik, tetapi akhirnya kini begitu nyata oleh kerana tindak tanduk beliau sejak 2008 telah mengakibatkan bangsa sendiri yang terjerat.
Anwar Ibrahim akan tercatat dalam sejarah sebagai pengkhianat agama dan bangsanya sendiri demi cita-cita politik peribadi.
PKR seperti yang semua sedia maklum bukanlah parti berteraskan agama dan bangsa dipergunakan oleh Anwar sepenuh-penuhnya. Amat menyedihkan, PAS turut terbabit melalui mainan politik Anwar Ibrahim yang akhirnya dperkuda oleh DAP untuk segala kerja kotor ini. Akibatnya kini jelas, pertembungan UMNO dan PAS dipergunakan oleh DAP yang mengakibatkan kedua-dua parti Islam dan bangsa Melayu tadi hilang lagi beberapa kerusi pada PRU13 ini.
UMNO sebagai sasaran ;
Serangan tersusun mereka dari dulu lagi hanya fokus ke atas UMNO. Amat kurang ditujukan kepada MCA/GERAKAN atau MIC. Akhirnya 'conditioning process' tersebut berjaya membuatkan orang ramai bila disebut sahaja nama UMNO, akan dikaitkan dengan segala macam keburukan.
Bukanlah UMNO ini yang terbaik dalam segalanya, memang ada kurangnya dan masih banyak perlu diperbaiki. Akan tetapi segala macam serangan sememangnya dihalakan ke arah UMNO dan akhirnya menjadi ikutan oleh semua. Kerana apa? Kerana mereka tahu tulang belakang Kerajaan yang ada adalah UMNO. Roboh UMNO, robohlah segala-galanya.
Najib amat bernasib baik kerana 133 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU13 kali ini sebenarnya hanya kerana sokongan Melayu yang turut dibantu oleh kerusi-kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak membolehkan BN (lebih tepat sekarang ini UMNO) menubuhkan Kerajaan. Bayangkan betapa hampirnya mereka!
MCA hanya menang 7 dari 37 kerusi parlimen dan 11 dari 90 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan. Lebih parah dari PRU12 yang lalu.
GERAKAN hanya menang 1 dari 11 kerusi parlimen dan hanya 3 dari 31 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan.
MIC pula hanya menang 4 dari 9 kerusi parlimen dan 5 pula dari 19 kerusi DUN Negeri yang dpertandingkan.
Sememangnya pencapaian UMNO merosot akan tetapi untuk berlaku adil, hanya UMNO yang gigih menentang parti lawan berseorangan pada PRU13 ini.
Pencapaian PAS kali ini merosot, ianya hakikat. Memeranjatkan panglima-panglima besar mereka turut tumpas kali ini. Sebenarnya pucuk pimpinan PAS sedar apa yang telah terjadi.
Manakala pencapaian DAP pula begitu hebat yakni pencapaian lebih 90% kemenangan bagi setiap kerusi Parlimen dan DUN Negeri yang dpertandingkan. Malah pencapaian yang melebihi peratusan 90% !!
Anwar Ibrahim yang mempunyai sejenis penyakit kronik iaitu penyakit gila untuk menjadi Perdana Menteri telah menyatukan ketiga-tiga parti ini dan menggunapakai apa jua cara yang membolehkan BN bungkam akan digunakannya.Sehinnga Anwar sendiri hilang pertimbangan mana-mana isu yang sememangnya sensitif terutamanya berkaitan agama dan bangsa Melayu seeolah-olah diperbolehkan demi undi....saya ulangi, hanya demi undi.
Kerajaan yang ada ini sebenarnya telah diserang secara tersusun, dihentam serata
aspek dalam dan luar negara. Malah kalau dilihat 'Yahoo atau MSN Malaysia Page'sebagai contoh, banyak hebahan serta berita-berita yang membantu parti lawan serta forum/komen pengunjung yang hampir kesemuanya mencela Kerajaan yang ada.
Peluang inilah yang digunakan oleh DAP dalam merangka strategi mereka. Sementelah kepimpinan tertinggi PAS pula kelihatan redha bersama-sama dengan cara budaya berpolitik dalam Pakatan Rakyat sehingga terlupa bahawa ramai yang berada didalam mahupun diluar PAS yang terluka dan kecewa. Ini termasuklah mereka-mereka dari kalangan Majlis Syura PAS, penyokong akar umbi PAS serta seluruh bangsa Melayu amnya.
Politik Kepentingan Kaum Melampau DAP ;
Calun PKR bukan Melayu ramai yang tidak terperanjat diberikan kemenangan kerana persefahaman sesama bukan Melayu. Oleh itu, kemenangan calun-calun PAS di Kelantan dan Terrengganu tidak menghairankan kerana sememangnya dari undi orang Melayu sendiri. Cuma calun PAS di Selangor dan bandar-bandar kebanyakkannya dibantu oleh pengundi DAP. Nah sekarang, hasilnya DAP adalah parti yang mempunyai kerusi yang paling banyak di Parlimen dan DUN Negeri.
Secara teknikalnya DAP adalah ketua pembangkang. Akan tetapi DAP masih memberikan tugas tersebut kepada Anwar Ibrahim sebagai gula-gula kerana mereka mahu mempergunakan Anwar untuk 5 tahun lagi disebakan Anwar tidak ada pilihan lagi. Bak kata orang, permata digunakan untuk memotong permata. Maka Melayu juga yang sesuai untuk menghancurkan Melayu. Kenyataannya Anwar kini terjerat oleh jerat yang diciptanya sendiri. Lebih malang jerat Anwar tadi bukan hanya dirinya malah mengakibatkan bangsa Melayu juga hampir tergadai dibumi sendiri.
Tindak tanduk DAP kelihatan lebih berani dan nyata selepas merasai kemenangan besar PRU13 ini dengan pelbagai kaedah, perancangan, protes dan tekanan keatas Kerajaan sedang dilakukan. Mereka dan penyokong-penyokong mereka menjadi begitu vocal dan kini makin kerap kelihatan amat kurang ajar.
Kearah Penyatuan ;
Rata-rata blogger kini memperkatakan tentang sudah sampai masanya diikhtiarkan secara serius kearah penyatuan UMNO dan PAS bagi mengajar bangsa kiasu tadi agar jangan menjadi terlalu biadap.
Lupakan Anwar Ibrahim. Tinggalkan dia bersama-sama dengan sekutunya dengan cara berpolitik liberalnya hanya untuk memenangi hati bukan Melayu.
Mungkin proses penyatuan ini akan mengambil sedikit masa serta peringkat.
Peringkat pertama adalah menyedarkan dari lamunan untuk meninggalkan cara berpolitik taksub kepada parti semata-mata bahawa kita semua adalah seagama dan sebangsa.
Peringkat kedua adalah mencari titik pertemuan walaupun masih parti yang berbeza yang membolehkan kita bersatu hati dalam perkara-perkara yang melibatkan hal-hal kepentingan agama dan bangsa.
Peringkat ketiga, perkongsian kuasa/pemimpin antara UMNO dan PAS. Secara terang-terangan memberi isyarat Kerajaan yang ada sekarang bersedia untuk menjemput pemimpin PAS atau ex PAS atau turut bersama pemimpin-pemimpin NGO yang ultra semangat Melayunya untuk bersama-sama menerajui pentadbiran negara. Mungkin itu caranya untuk mengajar puak-puak kiasu tadi erti berterima kasih untuk mereka-mereka ini hidup di Tanah Melayu.
Kit Siang, anda yang memulakan...then we will play according to your game!
Don't you ever regret it 'angkerl' kit...