Friday, June 29, 2012

aku racist? - part 6...in lawyers we trust!


agak2 macam mana kempen politik bila majoriti yg hadirnya orang2 cina?

tak penah tgk?

 
kalau dia kat tempat yg majoritinya orang2 melayu,  rasa2 nada suara, gaya bahasa dan isi uncle ni cakap sama macam ni jugak ke?

' are you 1st class citizen of malaysia? we have been denied for 50 years...enough ! enough! enough! '
 
ohh kene tindas rupanya...takkan uncle ni nak tipu, dia kan lawyer?
 
ni clip super impose ni...ni fitnah nie.

yang dengar pulak tu terus jadi riuh rendah serta disambut dengan tepuk sorak.

semacam jer semangat diaorang aku tengok.....





mat salih, pak hitam, orang afrika, maori, red indian, inuit, arab, vietnam, hmong, khmer, india etc...pendek kata apa jer segala bangsa  mak nenek yg ada dalam dunia ni boleh apply....cuma kalau korang ni bangsa melayu jangan lar cuba2 mintak, bukan aku cakap tapi iklan tu seniri yg bagitau camtu !!

tu iklan keje kat mana?

malaysia, kat KLCC.....' agensi pekerjaan people source (m) sdn bhd.

gaji?

6K ke 8K !!

kalau korang ni bangsa melayu, agak-agak kenapa tak leh apply?

ishhh..takkan lar kot, fitnah ni..mana ada iklan mcm ni..salah taip kot, tapi tang non malay tu siap capital letter kan?

ishh..iklan fitnah nie...

rasa2 kat beijing ada tak iklan keje tulis preferable NON CHINESE atau gi kat new delhi iklan keje tu tulis preferable  NON INDIAN.

takkan kat sana takda sebab tgk kat malaysia ni ada!!

korang jumpa uncle lawyer kat atas tu tadi yg kata dah '50 years being denied', cuba2 lar gi tanya kat dia kot2 iklan mcm ni ada kat beijing?

takkan lar uncle tu tadi  nak bohong, takkan la dia nak fitnah kat kita...kan dia lawyer?





ni kena gi tanya gark kat lawyer2 lain biar puas ati.

 
haaaaaaa!!! cuba gi tanya kat mr tan lam video klip kat bawah ni......dia pon lawyer gak..ahli majlis majlis perbandaran selayang lagiiiiii....


sama 'frekuensi' macam ngan uncle lawyer yang mula2 tadi...

then kalau jumpa ngan mr tan ni korang tanya la...korang rasa2 lar apa agaknya respon dia?

cuba korang tgk cara dia layan even 'orang dia' seniri kalau  banyak sangat bertanya....

penah tgk lawyer bagi penendang plengkik?

ehh fitnah sgt2 nie, teknik super impose jahat nie...

takkan lar dia jadi gitu, kan dia lawyer?






penah ke dengar lawyer bunoh ngan bakar anak guam seniri masa org kena bunoh tu tgh posa?

dalam bulan posa?

ishhh, susah nak pecaya..ni sure teknik photoshop nie...fitnah sgt2 nie...takkan lar..kan dia lawyer?

penah ke dengar orang ramai2 turun klumpo buat protes hanya disuruh oleh sorang lawyer ?

udahh lar, susah nak pecaya....takkan la lawyer tak tau undang2?? tak masuk akai lar sorang lawyer leh suruh orang ramai2 gi klumpo buat protes...logik ke? takkan org tak pikir...mana ada org ramai buta2 ikut jer..

lawyer sesuka ati ajak orang ramai2 langgar undang2?..ishhh kan dia lawyer?

kan dah bagitau tadi....in lawyers we trust.



Monday, June 25, 2012

masih waraskah kita? : 'mereka' dan permainan silap mata...

terpegun dengan permainan silap mata 'mereka'?

kini, kita telah dipertontonkan oleh 'mereka' satu permainan silap mata yang maha hebat.

jika dulu yang ditunjukkan cuma skil tahap menghilangkan duit syiling dengan sapu tangan, kini 'mereka' memperlihatkan tahap yang amat tinggi bukan hanya mampu menghilangkan bangunan KLCC, bahkan mampu menghilangkan segenap yang ada di atas tanah dari perlis hingga ke sabah.

ada yang ternganga tengok...kerana rasa amat teruja, kagum.

ada yang ternganga tengok...kerana rasa gelisah, penuh kebimbangan.

ada beberapa kategori orang kita yang menonton permainan silap mata ini...

pertama, orang kita yang tidak terpegun langsung kerana sedar dan mengetahui akan tipu helah serta muslihat permainan silap mata  'mereka'...

kedua, orang kita yang masih tercari-cari secara rasional samada ianya fitnah atau sememangnya tipu helah silap mata 'mereka'...

orang kita yang terpegun dan taksub dengan menerima permainan silap mata mereka bulat-bulat...serta tidak mampu berfikir secara rasional lagi seolah olah telah 'disihirkan' oleh 'mereka'...

ahli parlimen kulim bandar baru, zulkifli nordin antara yang lantang memperlihatkan tipu helah 'mereka' dalam permainan silap mata ini...

dianggap hanya fitnah politik pada sesetengah...

juga dianggap sebagai cabaran politik terhebat sejak merdeka yang belum pernah dihadapi oleh orang kita pada sesetengah.

'mereka' bukan berseorangan....usaha 'mereka' adalah dari pelbagai sumber dan cara,  jauh lebih tersusun dari apa yang kita jangkakan...samada 'mereka' melakukannya secara tersurat atau tersirat...samada mereka melakukannya dari dalam atau dari luar.

kita sedang diperhatikan oleh banyak pihak yang ingin melihat sampai bila kelangsungan penguasaan politik oleh orang kita akan tanah yang dihubungkan oleh segenting kra ini yang diidam-idamkan 'mereka' sejak zaman-berzaman lagi.

adakah orang kita masih memilih taksub kepada parti?

adakah orang kita kali ini akan memilih untuk memelihara kepentingan bersama, kearah agama dan bangsanya tanpa mengira parti?

adakah kelompok orang kita yang leka dan terpesona atau kelompok orang kita yang menolak permainan silap mata 'mereka' yang akan menguasai?

hanya menunggu masa dan ketika...melihat siapa yang akan kecundang,

...kita atau 'mereka'?



Monday, June 18, 2012

pandangan mata, pandangan hati...anda?


kisah 1 -
Tunang mangsa rompak plaza tol tetap setia
utusan malaysia  - 19 Jun 2012

KUALA LUMPUR 18 Jun - "Saya tetap setia dan sayang. Saya tidak akan tinggalkan dia," demikian tegas Norfaizan Abu Kassim, 27, tatkala ditanya sekiranya hatinya berubah selepas tunang tercinta kudung kakinya sebelum sempat mereka berkahwin.
Norfaizan merupakan tunang kepada jurutol, Mohd. Haffiz Zamri, 26, yang parah ditembak di kaki kanan oleh sekumpulan penjenayah yang melarikan wang kutipan hasil tol semasa dia bersama rakannya, Nurijah Rosli, 24, dalam perjalanan menghantar wang tersebut ke pejabat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Seremban pada Khamis lalu.
Akibat kejadian tersebut, Mohd. Haffiz mengalami kecacatan kekal apabila terpaksa dipotong kaki kanannya pada Jumaat lalu untuk menyelamatkan nyawanya kerana kecederaan dialami boleh mengakibatkan jangkitan pada buah pinggang.


 

kisah 2 -

Asam garam rumah tangga -- Ditinggal suami kerana cacat


utusan malaysia - 16 Jun 2012


Seseorang lelaki digalakkan melihat dulu bakal isterinya sebelum mereka diijabkabulkan bagi mengelak berlakunya keraguan setelah hidup bersama.


Namun pernahkah anda membayangkan apa akan terjadi kepada pasangan suami isteri yang tidak pernah berkenalan dulu sebelum sah menjadi suami isteri?


Asam Garam Rumah Tangga menyingkap tindakan seorang suami meninggalkan isterinya setelah menyedari isteri yang dinikahinya itu mengalami sedikit kecacatan sejak lahir.


Akibatnya si isteri yang malang itu dihina dan tidak diberi layanan yang tidak sepatutnya oleh suami dengan alasan dia (suami) telah tertipu.


Zuraidah Ibrahim (bukan nama sebenar) bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah agama berhampiran kediamannya.

Sebagai anak kampung Zuraidah dididik dengan sifat-sifat mulia untuk menjadi wanita solehah. Tingkah laku dan tutur katanya memang bersopan-santun dan menjadi pujian jiran sebelah-menyebelah.

Zuraidah tidak mempunyai teman lelaki. Oleh yang demikian urusan menentukan jodohnya diserahkan bulat-bulat kepada orang tuanya.


Disebabkan tingkah lakunya yang demikian, seorang jiran telah berkenan untuk merisik dan meminang bagi pihak anak saudaranya Amirudin Ismail (bukan nama sebenar) yang bekerja sebagai pendidik.


Keluarga si lelaki telah melihat Zuraidah dan tentunya mereka berkenan dengan penampilannya yang cukup menawan. Tambahan pula Zuraidah bertudung. Memang itulah yang mereka cari-cari.


Kata pemutus diperolehi. Akhirnya tetaplah jodoh Zuraidah dengan Amiruddin. Pertunangan Zuraidah dengan Amiruddin dilangsungkan dalam suasana sederhana tetapi meriah.


Kerana percayakan ibu saudaranya Amiruddin tidak ambil kisah tentang diri Zuraidah, tambahan pula ibu dan kakak-kakaknya semua telah melihat Zuraidah.


Mereka semua memuji-muji Zuraidah dan menyifatkan Amiruddin bertuah kerana mendapat bakal isteri yang cantik, bersopan-santun dan rajin beramal.


Pertunangan Zuraidah dengan Amiruddin cuma selang tiga bulan kemudian hari bahagia mereka pun menjelma.


Atas permintaan Zuraidah tidak ada persandingan diadakan, cukup setakat makan beradab bersama tetamu di khemah.


Pada malam pernikahan, Amiruddin terpegun melihat kecantikan Zuraidah. Memang betul kata ibunya, Zuraidah memang sesuai untuk dijadikan 'ibu rumah.'


Setelah upacara membatalkan air sembahyang berlangsung, Zuraidah dengan titisan air mata mencium tangan Amiruddin dengan penuh syahdu sambil berdoa semoga jodohnya akan berkekalan.


Biarpun Zuraidah agak kekok kerana tidak biasa dengan Amiruddin tetapi kerana tanggungjawab dia berusaha memenuhi tanggungjawabnya sebagai isteri.


Pada malam pertama Zuraidah merasa amat bimbang kerana takut rahsianya akan diketahui Amiruddin. Memang dia telah menyuarakan kebimbangan itu kepada ibunya tetapi ibunya menasihatinya supaya tidak terlalu memikirkan perkara itu.


"Itu perkara kecil sahaja Idah...jangan kamu risau. Mak percaya semuanya akan berjalan dengan baik, insya-Allah,.'' kata ibunya.


"Tetapi mak, kan lebih baik kita berterus terang dengan mereka.


Idah rasa itu lebih menampakkan keikhlasan kita,'' kata Zuraidah.


Kata-kata Zuraidah tidak diambil kisah oleh ibunya yang memang tidak mahu memberitahu perkara itu kepada pihak Amiruddin kerana bimbang mereka akan membatalkan hajat melamar Zuraidah. Sampailah kepada saatnya kini di mana Zuraidah terpaksa berdepan dengan Amiruddin seorang diri.


Mahu tidak mahu Zuraidah harus menerima hakikat bahawa Amiruddin akan mendapat tahu tentang rahsia dirinya selama ini. Memang tidak siapa yang tahu bahawa Zuraidah mengalami kecacatan pada telinganya sebelah kanan. Telinga tersebut tidak mempunyai cuping dan ini bermakna Zuraidah hanya mendengar menggunakan sebelah telinga sahaja.


Itulah rahsia yang disimpannya sejak lahir. Selain keluarganya tidak ada sesiapa yang lain mengetahui rahsia itu lantaran setiap masa Zuraidah selalu bertudung. Jika tidak dia menyembunyikan telinganya itu dengan rambutnya yang panjang.


Minggu pertama perkahwinan mereka tinggal di rumah ibu bapa Zuraidah. Satu malam ketika Zuraidah keluar dari bilik mandi, Amiruddin terlihat sesuatu yang ganjil pada telinga isterinya.

Dia tidak bertanya tetapi hanya memerhati. Zuraidah yang perasan perubahan pada Amiruddin menjadi serba salah. Dia memandang suaminya.


"Ada apa-apa yang tidak kena bang...?'' soalnya lembut. Amiruddin tidak menjawab tetapi bangkit menuju ke arah Zuraidah dan menyelak rambut di sebelah kanan. Apa lagi, berderau darahnya. Zuraidah pucat dan mula menangis sambil meminta maaf berulang kali.


"Maafkan saya bang...maafkan saya,'' katanya.


"Kenapa tidak berterus terang dengan saya dulu? Mengapa merahsiakan perkara ini? Kamu nak tipu saya ke?'' Amiruddin bertanya bertubi-tubi.


"Tidak...saya tidak berniat untuk menipu abang...saya minta maaf, saya sudah suruh emak berterus terang tapi...,'' tambah Zuraidah teresak-esak.


"Sudahlah...mulai hari ini saya akan keluar dari rumah ini. Jangan cari saya lagi. Saya malu,'' katanya.


Selepas berkata-kata Amiruddin bergegas keluar dengan membawa beg pakaiannya sekali. Ayah dan ibu Zuraidah yang sedang menonton televisyen terkejut. Zuraidah tersandar lesu mengenang nasibnya.


"Saya sudah beritahu mak dulu supaya berterus terang dengan keluarganya tetapi mak kata tak payah. Sekarang tengoklah...saya malu mak. Mana saya nak taruh muka saya ini,'' rintih Zuraidah.


Ibu saudara Amiruddin yang mengaturkan pernikahan mereka segera dipanggil. Bergegas orang tua itu datang bersama suaminya.


Kepada mereka diceritakan segala masalah yang timbul. Masing-masing terkejut dan kehairanan.
"Berilah masa kepada kami untuk memujuknya. Insya-Allah berdoalah semoga dia akan sedar kesilapannya,'' kata ibu bapa Amiruddin.


Pun begitu ayah dan ibu Zuraidah tidak duduk diam. Mereka turut membuat laporan kepada pejabat kadi tentang tindakan Amiruddin. Biarpun merasakan mereka yang bersalah tetapi kerana maruah mereka terpaksa.


"Bersabarlah saudara, mudah-mudahan segalanya akan selamat. Saya pasti menantu saudara memerlukan masa untuk berfikir.


"Boleh jadi dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Itulah salahnya apabila kita menyembunyikan rahsia. Lambat laun akan terbuka juga. Yang menanggung kesannya adalah anak menantu kita, bukan kita,'' nasihat kadi.


Segala kejadian yang berlaku menjadi iktibar bagi keluarga Zuraidah. Namun Zuraidah menerima hakikat yang dirinya kekurangan berbanding wanita lain.


Sebagai isteri dia patuh kepada keputusan Amiruddin tetapi tetap menaruh harapan satu hari nanti Amiruddin akan menerimanya kembali.

- Oleh NORMALA HAMZAH


------------------------------------------------------------------------------------------------




.... bertanyakan pada diri sendiri, kalau korang agaknya kategori yang mana satu?


tidak perlu untuk diluahkan, secara jujur yang hanya perlu dijawab di dalam hati...

Saturday, June 16, 2012

...lajunya aku, lajunya buraq dan israk mikraj


kak chik dan ateh bergelatak tidur dibelakang kereta, maklum lar budak2....kepenatan agaknya...kebetulan guhtrie highway tak banyak kereta malam ni..sementara mereka berdua tidur cuma aku bersorangan yang jaga, sambil memandu...ambil lane yang paling kanan, speedometer menunjukkan kelajuan 110km.....terdetik di hati tengok paling cepat aku boleh buat dari tol ke tol...menaikkan lagi kelajuan... 120...130...140..155......165...........ni kalau twin turbo, sure sure perambat lagi laju, lagi cepat meter naik.......rasa teruja...laju macam mana yang nak lagi? ...radio terpasang, suara radio bercampur dengan deruan angin sebab tingkap sedikit terbuka... aku menaikan tingkap, suara radio kini agak jelas kedengaran cuma berbaur pula dengan bunyi deruan enjin...ermm, kebetulan menceritakan peristiwa malam 27 rejab...menceritakan kisah israk dan mikraj....menceritakan perihal buraq...

...buraq?

...macam mana agaknya kelajuan buraq ni?

perghh..dengan 170km sejam ni pon rasa dah laju giler....



...the night of ascension
.........................................................................................................................

israk dan mikraj menceritakan akan kedukaan Rasulullah SAW setelah perginya siti khatijah serta sahabat yang rapat dengannya...menceritakan betapa Allah ingin mengiburkan hati Rasulullah SAW yang duka melalui perjalanan ini...menceritakan bagaimana malaikat jibril menyucikan hati Rasulullah SAW... menceritakan perjumpaan Rasulullah SAW dengan para Nabi2 yang terdahulu serta para anbiya...menceritakan gambaran kehidupan orang2 yang bahagia dan celaka...menceritakan kehidupan di syurga dan neraka...menceritakan tentang perintah solat oleh Allah kepada Rasulullah SAW sendiri dan tidak melalui malaikat seperti wahyu2 yang lain.......menceritakan perjalanan Rasulullah SAW dari masjidil haram ke masjidil al aqsa hingga ke sidratul muntahar...

dengan iringan malaikat jibril dan buraq.

perjalanan yang hanya dalam satu malam....

otak koboi aku pon tertanya-tanya....agak-agak macam mana lajunya buraq? dan betapa jauhnya sidratul muntahar?

manusia  dijadikan Allah dari tanah, jin dari api dan malaikat pula dari cahaya.

hebatnya teknologi cahaya belum dikuasai sepenuhnya oleh manusia.

malah kita cuma mengetahui teknologi cahaya x-ray, kemudian cahaya laser...belum cahaya yang lainya.

kelajuan cahaya pula sememangnya diketahui laju.

jadi logiknya kelajuan malaikat itu sememangnya laju sebab kejadiannya oleh Allah adalah dari cahaya.

bahkan menjadi ukuran kita misalan menggambarkan betapa lajunya sesuatu itu seperti sinaran cahaya matahari untuk sampai kebumi mengambil 8 minit kelajuan cahaya (lajunya cahaya bersamaan 186,000 batu sesaat atau hampir 300,000km sesaat).

agak-agak macam mana lajunya buraq? dan betapa jauhnya sidratul muntahar?

bukan tujuan untuk memberi petunjuk sebenar kelajuan buraq dan jarak sidratul muntahar...atau jarak sebenar  tujuh lapisan langit ...semuanya kuasa Allah lagi Maha Mengetahui.

cuma MENGGAMBARKAN betapa lajunya kelajuan cahaya..serta betapa jauhnya alam semesta ini dengan mengambil sedikit iktibar ilmu dari peristiwa israk mikraj ini.

bayangkan kita akan memulakan perjalanan kita dari tarikh 1 januari........dari bumi

(hayati klip video di bawah)


apa itu bumi, planet, solar sistem, galaksi dan kluster?...


selepas 8 minit perjalanan dengan kelajuan cahaya, kita cuma baru melepasi jarak seperti antara jarak matahari dan bumi (jangan lupa kelajuan pengembaraan kita sekarang ni adalah 186,000 batu sesaat atau 300,000 km sessat).
5 jam 31 minit kemudian dengan kelajuan cahaya, kita hanya baru melepasi planet pluto...jauh perjalanan  adalah 3.5 billion batu.....dan dalam masa yang masih sehari tu kita rupanya cuma baru melepasi limit luaran planet solar sistem kita!!!
lepas tahun ke 5 tahun cahaya,  baru lar kita jumpa bintang yang paling dekat dengan solar sistem kita, bintang 'alpha centauri'....lepas 5 tahun, setelah berjalan sejauh 25 trillion batu....tahukah kita semua bahawa ni baru nak bermula perjalanan alam semesta!!
100 tahun cahaya perjalanan kita baru nak nampak gas2 di galaksi kita, galaksi bima sakti atau milky way...100 tahun cahaya berjalan baru nampak cuma gas??
dan setelah 1,000 tahun cahaya....baru nampak sikit2 bentuk  galaksi kita ni...iaitu bima sakti/milky way tadi !!
100,000 tahun cahaya baru nampak entire shape galaksi bima sakti/milky way!!!!
dan dari sini apa yg kita nampak setiap cahaya yg terang bertebaran berdekatan galaksi bima sakti/milky way itu bukan lagi bintang bintang tetapi itu juga adalah galaksi-galaksi  lain yg didalamnya pula ujud berbillion bintang!!...sama  seperti galaksi kita bima sakti/milky way tadi.
hebat? belum cukup hebat lagi....nah, seterusnya kita pergi lebih jauh lagi (ingat, kita masih lagi dalam kelajuan cahaya iaitu 186,000 batu sessat/ 300,000 km sessat).........
5 million tahun cahaya...kelihatan kelompok 30 galaksi termasuk galaksi kita bima sakti/milky way tadi yang kini kita akan panggil 'local group'.
ada berani??? nak pergi jauh lagi??
ok, 50 million tahun cahaya kemudian kita akan nampak pula dari pandangan kita kelompok 2 ribu galaksi...yang kini kita akan panggil 'virgo cluster'.
dan perjalanan seterusnya kita akan nampak tompokan 'virgo kluster' tadi kini menjadi satu kluster yang kita akan panggil sebagai 'galactic cluster'.
10 billion tahun cahaya…cukup, kita berhenti sejenak, merenung pemandangan alam semesta..kelihatan tadinya cuma 'local group' yang kemudiannya menghilang menjadi 'virgo luster' yang kemudiannya turut menghilang dari pandangan dan kini menjadi 'galactic cluster ' yang tidak terhingga banyaknya!!!!!!!
akhirnya narrator video ni kata ’that the power of its Creator must truly surpass all human understanding’...
ingat persoalan mula2 tadi...bagaimana lajunya buraq dan betapa agaknya luas jarak sidratul muntahar?
perjalanan Rasulullah SAW hanya satu malam.
Allahu Akbar !
..........................................................................................................................................................

' dah sampai ke babah? ' ateh rupanya dah terjaga dari tidurnya bersuara dari belakang ku.

' lagi 5 minit sampai lar rumah ' jawabku dengan sedikit menoleh ke belakang sambil ku lihat kak cik turut terjaga.

perjalanan yang biasanya mengambil masa hampir sejam kali ni aku lakukan dalam 40 minit..laju? sedangkan cahaya dalam masa 40 minit tu tadi boleh 5 kali ulang alik dari bumi ke matahari.

' ateh rasa macam cepat, laju ke babah bawak tadi? ' tanya ateh lagi.

' alah, tak laju mana pon kereta kita ni ' jawab ku..

sambil tersenyum dalam hati.....






Friday, June 15, 2012

ultimate designer - fingerprint of Creator

ermm..fascinated with the so called golden ratio...a benchmark of beauty.

havent measured the ratio on me yet....aharkkk.!!

can be seen all around us...from all the natural existed and living beings, then being discovered and copied by man to buildings, structures, paintings etc...

fingerprint of god?.......and they asked, who is god?










...the golden ratio : 1.618



....in galaxies






...in human anatomy





 ...in building design



...in human DNA


...in flowers



answer...it is Allah Al Mighty.

Sunday, June 10, 2012

...kerdilnya kita di alam semesta !

pernahkah kita terfikir akan betapa luasnya alam semesta ini?

nak gi langkawi pon cuma kadang2....gi oversea? lagi lar, tersangat lar jarang...ni kan pulak bermimpi nak mengembara luar alam semesta ciptaan Allah !!

macam richard branson tu buleh lar..duit tak luak..travel ke angkasa sebab dia ader katebang jet seniri.

ehh orang macam kite ni buleh ke?

buleh sesangat...keluar dari galaksi bima sakti ni pon buleh...ngalahkan richard branson lagi...kita gi cuma 6 minit jer..free pulak tu.

hayati video clip ni....

pas tu fikir balik..tengok yang ada disekeliling kita yang tak renti2 bergaduh...

renungkan......begitu kerdilnya kita sebagai manusia nak dibandingkan dengan Pencipta!



Saturday, June 9, 2012

gobekli tepe - 12,000 years old civilization!!

That means it was built around 10,000BC !!

 By comparison, even the Stonehenge was built in 3,000 BC and the pyramids of Giza in 2,500 BC.

The first is its staggering age. Carbon-dating shows that the complex is at least 12,000 years old, maybe even 13,000 years old.

Around 8,000 BC, the creators of Gobekli turned on their achievement and entombed their glorious temple under thousands of tons of earth, creating the artificial hills on which that Kurdish shepherd walked in 1994.

No one knows why Gobekli was buried. Maybe it was interred as a kind of penance: a sacrifice to the angry gods, who had cast the hunters out of paradise. Perhaps it was for shame at the violence and bloodshed that the stone-worship had helped provoke.



The shepherd who discovered Gobekli Tepe.



Archaeologist Klaus Schmidt poses next to some of the carvings at Gebekli





Read more: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-1157784/Do-mysterious-stones-mark-site-Garden-Eden.html#ixzz1xGgmKvtj

Thursday, June 7, 2012

iran has the 3rd largest jews population in the world?

iran has the 3rd largest jews population in the world only behind US and israel?

even jews re protected in iranian constitution?

somehow....being hyped about US and israel re going into war with iran.

ermm....if it is true, really makes me wonder....who's who.





source ; moxnews.com 21 feb 2012

Saturday, June 2, 2012

origin of numbers

ok, we use it daily...but have you ever thought of it?

as  a matter of fact nowdays being referred as 'arabic numeral system'...it was said descended from the hindu-arab numeral system...not from the european.


Arabic numerals, Hindu-Arabic numerals[1][2] , Indo-Arabic numerals[3], Hindu numerals[4][1], European numerals or Western numerals are the ten digits (0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9). They are descended from the Hindu-Arabic numeral system