Monday, August 1, 2011

hari pertama berbuka


slurrpp !!!

hari ni hari pertama berpuasa...
jugak hari pertama berbuka...

kat rumah aku yang berpuasa siang2 dah demand nak makan apa masa buka nanti...takpa lah, hari pertama ni aku ikutkan aje sebagai penggalak budak2 nak berpuasa..

' hari pertama je ye?...lepas ni makan apa jer yg masak kat rumah, beli sikit2 je lain kali ye? '  kata ku pada mereka masa dalam kereta menuju ke pasar ramadhan.

mana tak nya, kesemua menu tak sama..ada yg nak nasik ayam, ada yg nak nasik tomato, ada yg nak nasik ayam berempah..air buah , kuih etc.

aku kali ni dah mula pasang angan angan tak nak kerja bulan puasa...yup rasa nak cuti sebulan (hehe)...mungkin nak doa banyak2 moga2 pada ramadahan yang akan datang aku tak perlu kerja sebulan, kena  rancang awal, buat persediaan..atau mungkin ke pejabat cuma bila perlu sahaja...

ermm dapur dah mula berbau....anak2 semua cuti...along dan angah tengah tolong ibunya memasak persiapan berbuka...alang, ateh ngan kak chik plak menempek kat dapur...tekulat2, lesu..di tambah godaan  bau bauan masakan yang wangi !!!

oppsss, ni kena bawa alang ngan ateh naik kereta maybe keluar kjap..saja alihkan perhatian..balik masa dekat2 nak buka nanti.

No comments:

Post a Comment