Saturday, September 7, 2013

kuil hindu ; i like to move it move it !


baru-baru ni kecoh perihal tindakan hendak merobohkan sebuah kuil hindu  di kuala lumpur.

kuil yang dimaksudkan Sri Muneswarar Kaliyaman di jalan p ramlee.

kuil tu dicanangkan dah berusia 101 tahun? beratus tahun tu...wow!
 
sebagai perbandingan bangunan masjid jamek kl tu usianya 104 tahun (dirasmikan pada 1909)...kira bangunan  kuil tu dibuat seangkatan masa dengannya ker?
 
 
Temple secretary Nalini Rani showing the tree said to be more than 100 years old
 
kat malaysia ni pantang ada isu-isu sebegini...macam lintah mengejar betis di air tenang, sekelip mata jer disensasikan menjadi isu politik.

maklumlah, namanya hidup kat malaysia ni masyarakat berbilang kaum...tahap sensiviti agak tinggi...tambahan plak zaman-zaman pasca pru12 dan pru 13 lar ni dengan orang melayu islam idealoginya kini yang bermacam-macam, so now ni banyak kena 'sekeh' jer dengan bangsa lain.

alangkah baiknya kita pergi ke perkara asas dalam memberikan pandangan, luahan serta keputusan.


Temple chairman R.A Balasubramaniam (far left), temple secretary Nalini Rani (third from right), temple committees and devotees standing outside the 101-year old Sri Muneswarar Kaliyaman Hindu temple in Jalan P Ramlee off Jalan Tengah which has been served DBKL notice to vacate.


perkara paling penting dan paling asas disini ialah pemilikan tapak. antara 'nomenclature process' bagi sesuatu pembangunan termasuk rumah ibadat adalah ;

   i.  ianya dibina atas tanah kepunyaan siapa?
  ii.  kelulusan merancang telah dikemukakan?
 iii.  perintah pembangunan telah diperolehi?
 iv.  akhir sekali pelan bangunan sudah luluskan?

ianya tidak menjadi hal bagi rumah-rumah ibadat yang  dibina atas tanah yang dibenarkan/milik sah untuk tujuan rumah ibadat. contoh bagi kuil buddha kebanyakkannya dibina mengikut cara pemilikan dan tujuan yang dibenarkan.  bagi orang islam pula terutamanya luar bandar, tapak-tapak surau ini banyak dibina atas tanah yang diwakafkan oleh seseorang. selalunya permasalahan yang timbul adalah tanah surau tersebut masih tidak ditukar syarat kepada tanah wakaf ibadat (wakaf am atau khusus) serta kadang-kadang sering dibina tanpa mendapat kelulusan pelan bangunan dari PBT.
 
 
you move? i like to move it move it....
 


tau pulak tanah kerajaan...
 
 
 
walaubagaimanapun kesulitan yang timbul untuk mengatasinya tidaklah sesulit dibandingkan rumah ibadat terbabit dibina atas tanah orang atau tanah rezab jalan kerajaan! tolak tepi keperluan ii, iii dan iv,  jika bukan sebab dibina atas  tanah rezab jalan dah tentu orang pun senang lar nak berunding sikit.
 
sebab tu bila guna budi bicara kes-kes sebegini maka jarang sangat kita dengar kuil buddha atau masjid/surau kena roboh sebab nak buat jalan dan sebagainya!


 
kes surau kuala sedili johor yang dirobohkan ; alasan dirobohkan kerana salah kiblat? ianya dirobohkan atas alasan tidak mendapat kelulusan  perintah pembangunan serta pelan bangunan walaupun disini  pemilikan tanah adalah kepunyaan yang sah.
 
 
macam dibagitau tadi, bila orang politik masuk campur maka ianya jadi lebih hangat. Now ni m. manogaran pemimpin DAP dah tubuhkan pulak 'askar hindu' mempertahankan kuil dari dirobohkan. berbaliklah kepada perkara asas, memahami akan benda yang dibolehkan dan benda yang tidak dibolehkan perihal membina rumah ibadat. ni tidak, dia siap warning even sampai ada yang akan mati! ni kot-kot yang join tu  geng o4, o8 atau 36 pun ikut sama! bila ditembak kang marah....
 
 
 "Saya nak beri amaran, polis dan DBKL, kalau datang sini dan serang kami, kami akan melawan, walaupun berlaku pertumpahan darah dan kematian"
                                                                                            
                                                                - m. manogaran ;  pemimpin DAP (bekas MP teluk intan) ketika sidang media di kuil berkenaan di kuala lumpur.

 

pembabitan  peguam melayu islam kes kuil jalan p ramlee ; tindakan yang rasional?

tapi ada sorang peguam perempuan berbangsa melayu terbabit semasa  kecoh-kecoh mempertikaikan tindakan DBKL, questioning ujudnya court order untuk tindakan merobohkan kuil tersebut. mungkin peguam perempuan itu bertindak keperluan mempertahankan hak orang awam dari segi sudut teknikal undang-undang sebelum DBKL atau kerajaan menjalankan tugas meroboh bangunan. tidak mengapa untuk kita bersangka baik akan tetapi rasanya lebih molek jika ianya dilakukan oleh peguam bangsa lain. pelik? ermm alahai,  tak ada yang pelik untuk melayu islam zaman sekarang...kes murtad lina joy jugak mempunyai peguam islam yang mempertahankannya!!
 
kadang-kadang kita tak berapa kisah akan sesetengah perkara sebab kebanyakkan kita dihinggapi penyakit ' not in my backyard syndrome'. bila ianya terjadi betul-betul depan rumah kita baru kita tau nak ambil kisah. tak caya?
 
jangankan buat kuil tepi bahu jalan depan rumah kita....orang buka gerai pasar malam haram nun hujung simpang rumah kita pon dah panas hati !
 
masa tu sure terkeluar ayat..."diaorang mana ada lesen? mana boleh buka kat sini?....ni tanah rezab jalan..ni tanah kerajaan, nak kena roboh nii  !!" tak puas hati ditirunya macam manogaran, tubuhkan pulak 'askar taman'..pastu warning ada yang akan mati mempertahankan taman ini!

nampaknya kita berbaliklah ke zaman koboi..

pacak mana-mana tanah...claim dari ujung bukit ke ujung sungai tu tanah aku..sebab aku dah pacak dulu!

tak payah ikut undang-undang....tak puas hati , nah kauu...beng ! beng!
 
haha !