Friday, February 15, 2013

aku rasis part 6 - Leong Pei Koe...Gang'jaha'nam Style!


Semua orang tahu bagaimana lagak dan laku LGE menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.  Malah Timbalan Ketua Menteri 1 sekarang Datuk Mansor Othman(PKR) sendiri yang pecah lobang panggil LGE sebagai 'arrogant' dan juga tokong! Wow!!
 
Patut lar  bekas Timbalan Ketua Menteri P.Pinang sebelumnya , Mohammad Fairus Khairuddin siang-siang  meletakkan jawatannya pada tahun 2009. Cuma timbalan yang sekarang selepas 3 tahun rupa-rupanya baru sedar mainan sepak terajang LGE. Bila maklumat dalaman  mesyuarat terbongkar, muka terhegeh-hegeh menafikan walhal satu Malaya dah dengar tape suara dia kutuk LGE.
 
Lepas tu masih sanggup bergandingan, buat-buat lupa? Cepatnya dapat penyakit lupa...mana belajar?
 
Menjunjung tahap gaban keistimewaan gabungan DAP, PKR dan PAS maka semasa kempen habis segala modal dan isu disapunya, umpama membujur lalu melintang patah....membungkamkan Kerajaan sebelumnya.

Punyalah bangga puak-puak Cina kiasu kat P.Pinang.
 
Penangan nak sangat-sangat merasa macamana dapat puak-puak Cina kiasu memerintah. Bukan begitu? Nak salahkan siapa, 'orang kita' juga yang sampai balut-balut badan dengan bendera DAP, aksi gaya macam superman dengan beriya-riya menjunjung bendera DAP. Nak kata tak sokong macam mananya? Bila dapat tokong, jangan pulak kita marah.
 
Silakan dengan pegangan politik masing-masing...tapi ada mata lihat, ada telinga dengar..ada mulut jangan pulak diam. Bila diherdik DAP suruh tarik balik kenyataan secara rasmi untuk bersetuju membenarkan penggunaan nama Allah, terus diam? Akhirnya berantakan sesama sendiri. Hebat!
 
Sebenarnya makin ramai  Cina kiasu yang taksub dengan kebolehan dan ketokohan Lee Kuan Yew memisahkan Singapura dari Tanah Melayu  ini mula menampakkan diri. Terutamanya bila P.Pinang diterajui oleh LGE. Najib terang-terang dikata "NO" oleh puak-puak mereka ini sewaktu sambutan CNY di P.Pinang baru-baru ini. Aku pun bukan lar setuju sangat malahan tak minat pon dengan PSY ni....tapi pada aku memang dah nampak sangat-sangat sejak 2008 bagaimana mereka merasakan P.Pinang ni mereka yang empunya! Silap besar Najib bertanya pada tempat dan audien yang salah, umpama singa-singa lapar menunggu membaham mangsa.
 
Atau ianya satu isyarat memberitahu najib, tolong  balik sebab ini bukan negeri kamu lagi! Ianya juga umpama melontarkan isyarat....Penang - PRU13 ;  come what may, DAP is here to stay! Mungkin ada hikmahnya Najib diperlakukan begitu, mungkin agak memalukan sebagai Perdana Menteri tapi kejadian sebegini memperlihatkan kepada kita semua betapa tegarnya ciri-ciri kiasu mereka.
 
Kejadian di P.Pinang ini bukan memperlihatkan PSY dengan gangnam stylenya...tapi memperlihatkan puak-puak kiasu Cina DAP dengan gang'jaha'nam style!
 
Tempiasnya tetap ada pada 'orang-orang kita' yang turut menjulang DAP mencapai kedudukan sebegini. Yang menghairankan, 'orang-orang kita' bukannya kelihatan kesal, malah bangga! Sampai begitu sekali tahapnya sesama 'kita' setuju untuk tidak bersetuju????
 
Percayalah, maka kita akan semakin banyak menerima acahan, dugaan atau sergahan mereka-mereka ini...Jika dahulu mereka cuma banyak memperlihatkannya melalui cara sembunyi-sembunyi tetapi kini ditonjolkannya secara terang-terangan yang bertujuan menguji dan akhirnya kita akan hilang sifat-sifat sensitiviti kita akibat cemuhan dan momokan yang betali-arus.
 
Semakin ramai orang seperti Patrick Teoh akan muncul...
 
Semakin ramai orang seperti Leong Pei Koe akan muncul....


 



 
 
Leong Pei Koe bukan budak belajar setakat darjah enam, tapi berpendidikan tinggi dari Herriot Watt University yang terang-terangan memberi isyarat middle finger kepada Raja Permaisuri Agong. Dia pada mulanya hanya diberi teguran oleh polis pengiring akan kelakuannya, amat memeranjatkan apabila dia begitu berani menjadi lebih biadap malah dengan kelakuan kurang ajarnya lebih menjadi-jadi! Akhirnya dia ditahan oleh anggota polis. Bukan kita suruh melutut menyembah setiap raja atau sultan yang ada, aku pon tak bersetuju. Paling tidak cukup memadai dengan menghormatinya sebagai pembesar negara. Susah sangatkah? Sedangkan YDP Agong atau Permaisuri Agong diperlakukan sebegitu oleh puak-puak kisau ini di P. Pinang apatah lagi  Najib!!  Bila gabra, kena dakwa...sebijik ulang tayang macam kes-kes sesebelumnya. Kan ker hanya ulang tayang macam kes Patrick Teoh niamah tu ari?....dengan muka toya, dah takut, minta maap.  Kali ni yang bestnya diberinya alasan, dia bergaduh dengan bapanya semasa didalam kereta...sebab tension teramat, so dia tunjuk lar middle finger kat orang ramai...kah! kah! kah!
 
Apakah sebab Cina-Cina kisasu ini berada di P.Pinang maka dia berasa hebat? Apakah sebab dia kini seorang  penduduk tetap Singapura merasakan martabatnya lebih tinggi? Apakah setiap kulit sawo matang yang ada di P.Pinang ini sampah layaknya? Mereka berkulit sawo matang ini yang menjadi minoriti di P.Pinang  perlu dinyah keluar? Adakah LKS atau LGE turut diperlakukan perkara yang sama oleh puak-puak kiasu ini  sebab timbalannya sendiri terang-terangan menyatakan LGE ini seorang yang 'arrogant' dan tokong? Pernah kita dengar Lee Kuan Yew ditunjuk middle finger oleh orang Melayu Singapura???
 
Wahai Pei Koe serta kiasu-kiasu Cina P.Pinang, sedarkah siapa dan asal Agong dan Permaisuri Agong sekarang? Tahukah Kerajaan Negeri Kedah yang empunya tanah P.Pinang cuma hanya memajakkan P.Pinang sehingga sekarang? Tahukah bahawa Kerajaan Negeri Kedah mula memajakkan  P.Pinang sejak 1786 kepada British? Tahukan bahawa sehingga kini, Kerajaan Persekutuan masih membayar kepada Negeri Kedah pajakan P.Pinang? Tahukah bahawa Kedah berhak menuntut P.Pinang dipulangkan semula seperti mana Dinding dan Pangkor di Perak yang dipulangkan selepas merdeka?

Nasib aku ni bukan Sultan Kedah. Kalau aku yang kena, mahu aku minta balik P.Pinang ni dipulang semula kat Kerajaan Negeri Kedah...tak der nak pajak-pajak dah lagi.
 
So sebab itu kalau jumpa LGE, Pei Koe atau kiasu-kiasu Cina gang'jaha'nam style yang tak sedar diri ni berlagak P.Pinang macam dia yang punya, akan ku tunjukan my middle finger pulak kat diaorang.

Kalau polis tahan?
 
Alasan, alarr sama macam Pei Koe tu tadi yang aku ni tension sebab gaduh dalam kereta.

Cuma reasoning aku kat polis tu lain sikit, gaduh dengan anak aku dalam kereta....umo dia 5 tahun.

 





Tuesday, February 12, 2013

CNY, aku dan aliran masa...


cuti raya cina ni dok lepak umah tak gi mana, keluar pon dekat-dekat sini jer.

bermalas-malasan....sajer.

malam raya cina baru ni kat luar ruang angkasa depan rumah berdentum-dentum tgk bunga api free...terperanjat gak sebab fireworks display tu kira hebat gak, sure bunga api mahal yg dibakar stended2 KLCC gitu...

lalu teringat dulu2 masa kecik2 duduk kat jalan ipoh dekat kepong, komuniti taman perumahan tu majoriti semua cina  kecuali cuma ada 3 biji rumah orang melayu...heran, dulu2 kecik2 takde rasa rasis atau takut ape kebender...main sesama ngan geng2 cina ni, alahaii kanak2 riang...

bila tiba CNY ni komuniti diaorang ni mmg nampak sibuk giler...mcm kita gak sibuk siap2 nak raya...yg tua2 dgn hiasan rumah byk gantung2 kertas semayang warna merah plus colok yg berasap2, yg muda2 melaram dgn rxs nyer....dulu2 tgk diaorang ni byk buat kuih sendiri kat rumah...yg femes tgk diaorang buat kuih kapit...kengkawan rajin ngajak tgk emak2 diaorang bakar, bila bakar dia punya bau..perghhh punya lar harum....bau dia ala-ala bau waffle...now ni diaorang byk beli kuih kat luar jer, mcm orang kita gak lar sekarang bila raya cuma buat kuih 'tunjuk jer'.




mercun merah byk...heran mana diaorang dapat stok tak tau lar mana....masa tu larangan main mercun mmg agak tegas..kengkawan cina2 kawasan perumahan ni kebanyakkannya keluarga diaorang geng2 berniaga pasar borong masa tu kat belakang PWTC...aku ikut main, mercun free la katakan.... mercun merah yg besar2 btg paip pon ada!

tapi tu dulu2....now ni mercun diaorang stended KLCC plak dah yg aku tgk...kuih kapit tak bebau lagi depan rumah....rxs? zaman lar ni diaorang main v-tec beb!!....hiasan? entah, tgk simple a bit tak mcm rumah cina dulu2, now  bit moden....colok ganti bulb merah jer lam rumah, maybe tak pedih biji mata tekena asap....

agaknya kalau aku jumpa balik now ni soy tee, ah kan, ah fatt, panjang, siew chan, gajah (ah boon), mun tzen , fei lo (ah kee)  etc sure terasa tersangat lar janggal...rasa2 dia bagi tak mercun besor btg paip ajak main? or nak ker lagi borak2 sesama pasal v-tec besar v-tec kecik diaorang bila umur2 cenggini? or ngajak nengok org bakar kuih kapit mcm dulu2?

masa tu berlalu terlalu laju.....bentuk muka dan fizikal masing2 tentu banyak berubah, silap2 lalu kat sebelah now ni dah tak kenal.

masa tu berlalu terlalu laju.....mungkin aliran pemikiran serta pandangan hidup membuatkan kita menjadi lain...

masa, mampu merubah banyak perkara....

lamunan terhenti bila ajim menegur...

'babah, raya cina ni nak buat apa eh?' ajim bertanya....mungkin dia boring kot tak buat mende...

'mesin rumput?'

'kita basuh keter?'

'ok ajim, suruh ibu ambil parang......kita gi jeram jom'

'gi jeram kat kebun atuk..mandi ker babah?' tanya ajim lagi.

'tak, kita cari buloh...'

cuti raya cina, tak bakar kuih kapit.......bakar lemang! hahaha!







Saturday, February 9, 2013

tahaluf siyasi ; niat kita vs niat 'dia'...



Kebelakangan ini, kaum bukan Islam di Malaysia dilihat kerap memainkan banyak isu-isu yang sensitif yang teramat jarang dilihat atau didengar pada era 70an, 80an mahupun 90an.
 
Kini banyak diperkatakan tentang cara dan pendekatan tahaluf siyasi yang membolehkan orang Islam menjalinkan kerjasama dengan golongan bukan Islam.
 
 
 
Satu perkara yang dilakukan oleh kerajaan Barisan (dahulu Perikatan) sejak merdeka lagi cuma tiada istilah popular tahaluf digunakan secara meluas seperti hari ini. Semua orang tahu betapa PAS sesebelum itu mengkritik hebat kerjasama UMNO dan parti-parti bukan Islam dalam komponen BN. PAS pada PRU12 2008 bergabung dan  berkerjasama dalam komponen Pakatan  yang turut dianggotai DAP yang mana sumbangan serta penglibatan PAS dengan membantu dan membolehkan DAP dan PKR menrealisasikan impian politik Pakatan menawan Putrajaya. PAS mempertahankan tindakannya kini bekerjasama dengan bukan Islam    adalah atas landasan tahaluf siyasi yang dituntut agama.
 
 
Persoalannya tahaluf siyasi pihak Islam dengan parti politik bukan Islam yang manakah dikira terbaik? Parti bukan Islam yang manakah dikira sebagai melampaui etika kerjasama yang dibenarkan dalam tahaluf siyasi?
 
Yang mana satukah dianggap kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi?
 
Ustaz Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS yang dipecat dari jawatan Majlis Syura Ulama PAS telah memberikan komen baru-baru ini bahawa PAS sepatutnya keluar dari Pakatan kerana tindakan dan gesaan melampau Karpal masih mempertikaikan keputusan PAS menukar pendirian dari setuju kepada tidak setuju  tentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Apakah ustaz Nasha, seorang bekas nombor 2 dalam PAS sedikit waktu dulu membuat saranan tersebut kerana kecewa dipecat atau sememangnya jujur untuk memperbetulkan perjuangan PAS ke jalan yang asal?
 
 
 
Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Aziz mendedahkan betapa DAP pernah berusaha memujuk kerabat diraja Tunku Zain Al'Abidin Tunku Muhriz menjadi calun ADUN dibawah tiket DAP seterusnya menjanjikan jawatan sebagai MB Negeri Sembilan jika Pakatan berkuasa di negeri itu nanti.
 
Lupakah kita betapa secara teknikalnya selepas PRU12 yang lalu wakil DAP Perak lah yang sepatutnya menjadi MB negeri tetapi diketepikan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Maka, Nizar adalah calun yang layak secara 'default'.
 
Apakah dalam ketelusan kita melalui  kerjasama tahaluf antara Islam dengan bukan Islam ini rupanya hanya dijadikan sebagai landasan untuk bukan Islam menjadi gunting dalam lipatan? Apakah kini mereka seolah-olah berkorban tetapi sebenarnya hanya menggunakan platform ini untuk sementara waktu memperkudakan pemimpin-pemimpin Islam yang buta dalam mencapai agenda mereka yang lebih besar?
 
Mungkin ustaz Nasha antara mereka-mereka yang benar-benar ikhlas mengingatkan kita semua?
 
 
 
 
 
Terkini, Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu meletak jawatan kerana kesal dan curiga akan sikap sebenar ADUN DAP tersebut ;
 
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.
 
Jafrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Ronnie Liu menafikan perlantikan Jafrei Nordin sebagai Pembantu Khas beliau ;
 
Ketika dihubungi, Liu menafikan bahawa Jafrei adalah pembantu khasnya dan berkata beliau telah menamatkan semua pelantikan itu di bawah portfolionya sebagai exco tiga tahun lalu.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Jafrei Nordin menunjukkan salinan surat perlantikannya mempertikaikan kenyataan Ronnie Liu ;




Maka siapa- tipu siapa?
 
Apakah kesempatan kerjasama ataupun tahaluf ini senantiasa dipantau dan dikaji oleh kita atau rupa-rupanya digunakan oleh mereka bukan Islam sepenuh-penuhnya disebabkan kelekaan dan sikap terlalu beralah dalam menjaga hati oleh parti-parti politik Islam?
 
Masih belum terlihat kah oleh sebahagian besar kita cara dan matlamat parti bukan Islam dalam melengkapkan agenda politik mereka yang lebih besar?
 
Persoalannya, apakah hingga kini kafir harbi masih tidak kita kenali?



Wednesday, February 6, 2013

ular godang!


nak search date tanda-tanda election lom gak dapat-dapat lagi...so sesajer surf buang karan...then tertengok satu site ni tak sure dated bila, katanya ular ni orang jumpa kat malaysia....55 ft long, weight 300kg.

tengok pesyen orang tu, excavator plus ngan surrounding ada ciri-ciri kat malaysia....kat mana ontah.

gulp! osah godang etekau eh!

kan? kan? kan?



source ; http://www.oddities123.com/photo-of-huge-55ft-snake-shocks-world/

Monday, January 28, 2013

angkerl 'kid' siang..u re kidding me??





aiseyy angkerl....that bad ahhh?

wahh, this umno thing haunted u that bad ahh? from breakfast till 'sekfan' till u sleep oso lemember umno aldertaim ahh?

beng hock.......oso umno fault, people goes ' woaaahhhh!!'

kugan..............oso umno fault, people goes ' woaaahhhh!!'

dinesh..............oso umno fault. people goes ' woaaahhhh!!'

gunasegaran....oso umno fault, people goes ' woaaahhhh!!'

wahh angkerl, haukam not even one malay on that list ahh?..malay dont die one, right angkerl?..this umno so sick lar angkerl ...


 

quickk angkerl..another news....tian chua's car hit a malay soldier and die...' u ahh, don't noisy noisy one lar'...ok ok angkerl....yes, oso umno fault!




angkerl..lai lai..quick, another news lar angkerl....your adun sekinchan  DWI and hit a boy, end up in coma...' haiyaaa,  u ahh  just quiet quiet larrr'...ok ok angkerl, yes, oso umno fault!



faitit ! faitit! lai lai angkerl !.....got latest news, this william 6 years old kid..ahaaa, his death suspected might due to his own parent abusive act...em sai kengg lar angkerl...don't reply angkerl..i know the answer.... now his parent oso umno fault right angkerl???



Sunday, January 27, 2013

RCI Sabah ; surat terbuka buat 'Angkerl' kit siang dan rakan-rakan yang sefrekuensi dengan nya...






Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta rakan-rakan,

Pertama-tamanya tujuan penulisan ini ditujukan kepada anda dan bukannya Anwar Ibrahim atau Hadi Awang adalah kerana saya lebih melihat andalah  sebenarnya perencana utama dan dalang sebenarnya dalam cita-cita pembangkang menguasai tanah Melayu ini, menggunakan jasad tubuh badan saudara seislam kami Anwar Ibrahim serta Hadi Awang hanya buat sementara waktu dan akhirnya mereka berdua akan anda campakkan semula ke lautan rakyat yang pada waktu itu penuh hiba  dengan seribu penyesalan dalam mencapai matlamat sebenar anda bagi mengabui mata rakyat melalui ‘sihir’ permainan poilitik anda.

‘Angkerl’, perihal pemberian kerakyatan kepada pendatang asing  Sabah pada tahun 90an masih hangat diperkatakan. Anda pun sedia maklum penubuhan RCI dibuat dan sedang melakukan siasatan. Terdapat juga ura-ura mengatakan Tun Mahathir dan pepatung anda, Anwar Ibrahim antara saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Banyak pihak yang menyatakan ketidakpuasan hati akan tindakan Kerajaan memberikan kerakyatan Malaysia kepada pendatang asing Sabah tersebut. Anda adalah antara yang menjadi penggerak utama mempolitikkan isu ini.

Parti pembangkang anda terutamanya, menggunakan isu ini sebagai modal politik salah laku Kerajaan kerana pemberian kerakyatan tersebut sebagai satu helah kotor BN dalam sudut manipulasi undi untuk kemenangan. Secara tidak langsung anda dan rakan-rakan turut menggunakan isu ini untuk menjadi jaguh akan penyelewangan kuasa serta ketidakadilan Kerajaan dalam ‘menjaga hati’ rakyat Sabah dan Sarawak. Rakan dan parti pembangkang anda juga teramat bijak menggunakan isu ini bagi menaikan sentimen penduduk Sabah dan Sarawak untuk membenci Kerajaan seterusnya bakal mengundi pembangkang pada PRU13 akan datang.

Mungkin perlu saya mencelikkan semula mata hati anda yang begitu hitam dek dendam untuk melihat akan beberapa aspek yang berbangkit hasil rentetan dari isu ini ;

 

Pertama ;

Bagi anda pembangkang, ianya satu isu yang hangat umpama ‘lauk yang teramat lazat’ untuk dibiarkan. Saya akui betapa hebatnya anda bagaimana polemik isu penggunaan nama Allah yang hangat anda dan rakan-rakan gunakan sewaktu kempen pilihanraya DUN Sarawak 2011, ditambah dengan perbezaan pendapat sesama ilmuan Islam membuatkan Kerajaan serba salah dalam membuat keputusan waktu itu akhirnya membuatkan parti anda DAP memperolehi 6 kerusi! Walhal kitab injil versi Bahasa Melayu yang dikatakan telah lama ada itu sebenarnya dibawa masuk dari negara jiran, Indonesia melalui gerakan Borneo Evangelical Church atau lebih dikenali sekarang sebagai Sidang Injil Borneo.

Lupakah anda bahawa agama Islam bukan agama rasmi Persekutuan. Ya, saya ulangi, Islam bukan lah agama rasmi Persekutuan. Jika Islam adalah agama rasmi Persekutuan ianya membawa makna kepada agama rasmi Islam itu hanya membawa kepada upacara ‘ceremonial’ dan adat sahaja. Apakah ‘angkerl’ yang juga seorang peguam tidak mampu atau lebih kepada degil dan tidak mahu merujuk kepada pelembagaan Persekutuan sebenar yang ada? Anda lupa? Tidak mengapa, disini saya ingatkan semula kepada ‘angkerl’ dan rakan-rakan bahawa ISLAM IALAH AGAMA PERSEKUTUAN.

 Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Tiada perkataan rasmi, full stop. Maksudnya Islam itu mencakupi didalam perlembagaan Persekutuan serta ada perkara-perkara dan perkataan serta ayat yang tidak boleh dipertikai atau digunapakai sewenang-wenangnya di tanah Melayu ini.

Mengapa anak anda, Lim Guan Eng sampai kini begitu biadap mempertikaikan penggunaan nama Allah hanya untuk orang Islam? Hebat, betapa berjayanya anda dan rakan-rakan sekian lama secara halus membekukan kebanyakkan minda rakyat bahawa Islam di tanah Melayu ini hanyalah agama rasmi Negara yang membawa kepada pengertian hanya kepada acara ‘Ceremonial’. ‘Angkerl’, amat kurang ajar jika seseorang itu memutar belitkan sejarah dan fakta.

Anda boleh menipu tetapi harus diingat tidak semua orang yang mampu anda dan rakan-rakan tipu. Tidak semua orang Melayu sebodoh itu ‘angkerl’.

Jadi saya teramat memahami  masakan anda dan rakan-rakan akan melepaskan isu terkini umpama ‘menu ayam golek panggang percuma’ yang terhidang didepan mata dalam menghadapi PRU13 kali ini dalam pembantaian anda pada Kerajaan bagi merebut sebanyak mungkin kerusi parlimen dari negeri-negeri Malaysia Timur itu. Seperti yang semua maklum, kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebelum ini yang dikatakan kerusi selamat BN kini menjadi antara fokus utama untuk  anda rampas melalui apa cara sekalipun yang menjadi idaman serta penentu kedudukan Kerajaan sekarang pada PRU13 kali ini. Ianya umpama anda mendapat bola  tanggung, smash sekuat hati!

 

Kedua;

Anda juga teramat maklum bahawa isu kerakyatan ini juga telah mengundang kemelut sesama komponen BN sendiri apabila MCA  dan MIC tidak bersetuju dengan munculnya pula kenyataan Tun Mahathir mengaitkan perihal pemberian kerakyatan kaum pendatang sebelum merdeka. Ianya timbul bila Tun Mahathir mempersoalkan tentang signifikasi, impak serta ketelusan perkara yang sama sewaktu kerakyatan diberikan kepada lebih sejuta orang yang majoritinya kaum pendatang Cina dan India pada tahun 1950an sebelum mencapai kemerdekaan. Dari isu yang mulanya melibatkan hanya Sabah dan dipersoalkan oleh pembangkang, kini berkait pula kepada isu  pemberian kerakyatan kaum lain sebelum merdeka dan sedikit sebanyak menimbulkan perbezaan pendapat yang turut dipersoalkan oleh sesama parti komponen BN. Menarik bukan? Pasti anda dan rakan-rakan berdekah-dekah ketawa gembira melihat cara dan gaya Kerajaan menanangi kemelut baru ini. Cuma ketawa anda lebih bermakna dan lebih berisi sedangkan ketawa rakan anda Anwar Ibrahim serta Hadi Awang yang anda teramat tahu bahawa tawanya cuma kosong dan lebih memalukan ianya menempelak muka mereka sendiri sebagai pribumi tanah Melayu yang anda perkudakan. Ya, akui lah sahaja ‘angkerl’ bahawa situasi sebegini teramat manis bagi anda bukan?

 

Ketiga;

Alam siber dan internet juga rancak memperkatakan isu ini hingga terdapat pandangan atau luahan radikal yang tidak pernah kebanyakkan kita terfikir akan mula timbulnya pula sentimen kenegerian samada masih perlukah Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia. Disitu muncul anda seumpama juara menjanjikan rakyat tentang hak kesamarataan tahap bulan dan bintang untuk ‘menyihir’ rakyat yang memerlukan remedi bagi penyakit yang anda sendiri sebarkan!!! Waduh, hebatnya anda ‘angkerl’ !

Malah anda dan rakan-rakan juga sudah mengkaji bahawa selain sokongan media tempatan yang didokong pihak luar yang sehaluan dengan anda serta ditambah trend dan cara portal berita pihak luar misalannya cara paling mudah bukan hanya Malaysiakini dan sealiran dengannya sahaja, malah turut serta melalui local msn news atau yahoo news amat memihak kepada anda.  Anda juga tahu dan pasti gembira kebanyakkan berita-berita tersebut terlalu sering menimbulkan isu hangat yang tidak berpihak kepada Kerajaan dan terlalu banyak menyentuh sensitiviti  kaum di Malaysia. Kawalan dan pengaruh media serta sokongan pelbagai bentuk dari luar terhadap anda dan rakan-rakan makin ketara terang-terangan tanpa berselindung lagi tidak seperti era 80an dahulu. Mungkin kini pelaburan anda mula membuahkan hasil dan apakah anda mula tidak sabar-sabar untuk menuainya pada tahun 2013 ini? Anda amat berpengalaman betapa silap besarnya anda bila cuba menuainya pada tahun 1969 yang lalu. Tentu ‘angkerl’ yang telah lama dalam asam garam berpolitik di tanah Melayu ini amat memahami maksud saya yang tersirat bukan?

 

Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta rakan-rakan,

Apakah isu pemberian kerakyatan di Sabah ini telah anda telahi dan canangkan dengan secara jujur atau telah anda politikkan hingga sengaja membakar emosi serta sentimen semata-mata kerana peti undi hanya untuk membutakan orang ramai hingga mereka tidak nampak akan rasional serta hakikat yang ada?

Sebagai seorang yang dilahirkan 72 tahun yang lalu, anda terlalu tua dan terlalu bijak untuk diajar tentang cara hidup dalam masyarakat berbilang kaum di tanah Melayu ini.

Apakah ‘angkerl’ mungkin tua tapi sememangnya tidak sebijak yang disangka?

 

Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta rakan-rakan,

Bukan tujuan untuk menyanggah ujudnya RCI atau menidakkan ujudnya kesalahan Kerajaan akan tetapi penulisan ini bertujuan untuk memberi anda sedikit pencerahan dari perspektif yang sedikit bebeza agar lebih memahami isu kerakyatan ini dalam konteks yang lebih luas. Anda mungkin membuat tanggapan hanya selepas melihat belukar yang ada didepan mata tetapi pura-pura tidak melihat keseluruhan hutan yang ada! Atau sememangnya anda telah melihat hutan tersebut tetapi masih mahu membakarnya?

Apakah anda seorang peguam yang memiliki otak yang bijak dan daya ingatan yang cukup hebat telah memberitahu kesemua rakan dan penyokong anda dengan cara jujur hakikat sejarah akan cara kerakyatan diberikan kepada kaum pendatang pada tahun 50an dahulu? Apakah sememangnya KESEMUA batang tubuh orang Melayu bersetuju dengan senyum hingga ketelinga semasa memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang Cina dan India sewaktu itu? Apakah KESEMUA raja-raja Melayu dan pemimpin Melayu bersetuju kaedah ‘jus soli’ sewaktu British memberi syarat sebelum merdekanya tanah Melayu ini? Kerakyatan tersebut diberi pada seorang? Seratus orang? Seribu orang? Seratus ribu orang? Maaf ‘angkerl’ yang pelupa , angkanya adalah lebih sejuta orang!!! Walhal waktu itu penduduk tanah Melayu cuma ada dalam 5 juta orang. Betapa tidaknya, bukankah anda seorang remaja berusia 16 tahun sewaktu kemerdekaan dahulu sudah tentu tahu  apa sebenarnya yang berlaku.

Anda juga patut tahu rata-rata kaum Cina dan India rakyat Malaysia yang sekarang kini berumur bawah 56 tahun ini adalah anak-anak pendatang sejurus sebelum merdeka yang dikenenkan melalui kenyataan  Tun Mahathir. Cuba-cuba lah anda bertanya pada Karpal Singh, Ambiga, Theresa Kok, Ronnie Liu, Hannah Yeoh mahupun Koh Tsu Koon, Chua Soi Lek, S.Subramaniam etc ;

“Apakah kerakyatan setidak-tidaknya ibu bapa atau datuk nenek mereka sebelum ini?”

Maka jawapan anda pada saya mungkin pemberian kerakyatan kepada ibu bapa atau datuk nenek anda dan juga mereka adalah kerana untuk sama-sama membangunkan negara serta taat setia yang tidak berbelah bagi.

Benarkah itu jawapannya ‘angkerl’ ??

Jujurkah itu sebagai jawapannya ‘angkerl’?

Maaf ‘angkerl’ sebab mengapa ‘jawapan cantik’ anda tidak selaras dengan ‘tindak tanduk’ serta perangai ‘hodoh’ anda !

Mungkin ada baiknya jika saya ‘mengajar’ serba sedikit  kepada ‘angkerl’ tentang apa itu ‘kurang ajar’.

Apakah anda tiba-tiba jadi lupa bahawa kerakyatan ini diberikan setelah kaum pendatang bersetuju menerima syarat ‘Kontrak Sosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sewaktu merdeka?

Apakah anda tiba-tiba jadi lupa bahawa penerimaan orang Melayu terhadap dasar ‘jus soli’ sebagai tanda pengorbanan terbesar orang Melayu untuk melihat pelbagai kaum pendatang seperti anda dapat hidup dengan harmoni dan membawa kebaikan kepada Negara.

Sekarang cuba tanyakan semula kepada rakan taulan anda Karpal atau Ambiga apa itu ‘Kontrak Sosial’? Pura-pura terperanjat jika jawapan mereka pada anda sekarang ialah ‘Kontrak Sosial’ itu hanyalah satu alat penindasan orang Melayu  kepada bukan Melayu dan kebobrokan Ketuanan Melayu!!! Lupa pada sejarah mungkin ada maafnya tetapi memutar belitkan sejarah itu tandanya teramat biadap dan kurang ajar.

Maka kita ‘ajarkan’ lah kepada mereka-mereka yang 'kurang ajar’ ini adap berkongsi hidup di tanah Melayu ini.

 

Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta rakan-rakan,

Apa kata jika saya  cadangkan kepada anda dan rakan-rakan seperjuangan untuk kita berikan peluang pula untuk memberikan kerakyatan kepada Bangla, Mynmar serta Vietnam yang kini membanjiri Malaysia. Apakah mereka sudi menjadi rakyat Malaysia untuk sama-sama membangunkan negara serta taat setia yang tidak berbelah bagi seperti mana ayat manis ibu bapa atau datuk nenek anda dan rakan-rakan dahulu sebelum merdeka? Syaratnya kali ini amat mudah, yakni sedikit hak kaum Cina dan India perlu dikurangkan untuk memberi laluan kepada Bangla, Mynmar dan Vietnam tadi tanpa menjejaskan apa-apa hak orang Melayu yang ada kini. Rasa-rasanya anda dan rakan-rakan kaum Cina dan India yang ada kini akan senyum sampai telinga bersetuju?   http://onoffpisi.blogspot.com/2012/03/aku-rasis-part-3-citer-dongeng-rakyat.html

‘Angkerl’ tidak setuju? Masakan tidak bersetuju?

Baru anda tahu betapa remuknya perasaan dan pengorbanan orang Melayu terdahulu jika mereka tahu sikap anda dan rakan-rakan kini. Hanya yang dipohon ialah generasi anda dan rakan-rakan menghormati hak anak cucu mereka nanti, itu adalah permintaan orang Melayu dahulu kala sewaktu bersetuju memberikan kerakyatan kepada ibu bapa dan datuk nenek anda dan rakan-rakan sewaktu tahun 50an dahulu!!

Kenapa tiba-tiba dari seorang peguam yang bijak, terdidik dan kuat ingatan tapi mulai tahun 2008 terus anda dan rakan-rakan menjadi seorang yang amat biadap dan pelupa?

Apakah kemanisan menangnya 5 buah negeri sewaktu PRU12 memabukkan anda dan rakan-rakan?

Maka saya ingin mengingatkan ‘angkerl’ yang terlalu tua buat saya dan mungkin terlalu banyak makan garam hingga dihinggapi penyakit biadap dan pelupa untuk saya mengulangi sedikit sejarah tanah Melayu ini agar dapat anda mengingatinya semula dan melihatnya dari sudut yang berbeza.

 

Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta rakan-rakan,

Mungkin ada salahnya pada pihak Kerajaan memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang di Sabah pada tahun 90an yang lalu. Mungkin ada baiknya jika ‘angkerl’ memberitahu secara terus terang disebalik pemberian kerakyatan tersebut atau sememangnya anda tidak tahu?

Dengan tanggapan bahawa anda tidak tahu , maka bersangka baik lah saya kepada ‘angkerl’ dalam memberikan penjelasan dalam perspektif yang berbeza. Apakah ‘angkerl’ dan rakan-rakan sayang kepada tanah Melayu ini yang kini dikenali dengan Malaysia? Jika ya, tentu anda tidak tergamak melukakan hati banyak pihak di tanah Melayu ini. Maka terpaksalah saya membuka semula ‘open secret’ yang mungkin anda pendam atau pura-pura tidak tahu. Ia semuanya adalah berbalik kepada sejarah awal penubuhan Malaysia.

Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 amat tidak disenangi oleh jiran Indonesia dan Filipina. Tentu ‘angkerl’ ingat sebab umur anda sewaktu itu sudah pun 22 tahun.  Malaysia waktu itu terhimpit oleh tekanan dari negara-negara jiran yang tidak senang dengan penubuhan Malaysia. Melalui Sukarno, Indonesia dari tahun 1963 hingga tahun 1966 melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’. Rakan idola anda, Lee Kuan Yew rupanya  gunting dalam lipatan yang hanya menjadikan penubuhan Malaysia sebagai batu loncatan  jalan keluar dari tanah Melayu untuk Singapura keluar menjadi negara republik pada tahun 1965. Manakala Marcos pula pada tahun 1968 secara senyap-senyap melatih anak-anak muda dari Moro lengkap bersenjata dalam merancang untuk menyerang Sabah melalui ‘clandestine operation’ yang dinamakan ‘Operation Merdeka’.

‘Angkerl’ , Allah masih menyayangi bumi tanah Melayu ini. Penipuan dan helah Marcos diketahui oleh anak-anak muda Moro yang kemudiannya enggan menyerang Sabah kerana yang diserang itu adalah sesama Islam, yang hendak dijatuhkan adalah mereka-mereka yang seagama dan ramai dikalangan saudara bangsa Moro mereka juga ada di Sabah. Kerana enggan, maka terjadilah apa yang dinamakan ‘Jabidah Massacre’ pembunuhan kejam beramai-ramai pemuda Islam Moro  tadi oleh tentera Filipina atas arahan regim Marcos. Angka tidak rasmi menyatakan beratus-ratus rekrut Moro tadi ditembak dengan mesingan secara berkelompok yang dirancang rapi oleh tentera Filipina. Saudara Jibin Arula hanya satu-satunya pemuda Islam Moro berjaya melepaskan diri dalam keadaan cedera menceritakan segalanya dan akhirnya menjadi titik mula penubuhan Moro Islamic Liberation Front (MILF) penghujung 60an dan kini bertukar nama dikenali sebagai Moro National Liberation Front (MNLF) yang bangkit menentang kekejaman regim Manila berakhir dengan kejayaan perjanjian damai pada Oktober 2012 yang bukan rahsia lagi dengan  penglibatan Kerajaan Malaysia disebalik tabir.

‘Angkerl’, lupakah agama persekutuan adalah Islam maka kami membantu saudara seagama kami dengan kadar termampu. Jadi pemberian kerakyatan kepada majoritinya pendatang Moro pada tahun 90an yang lalu selain seagama juga banyak dipengaruhi oleh keperluan keselamatan Negara waktu itu. Jumlahnya juga teramat jauh lebih rendah dari sejuta seperti pemberian kerakyatan kepada ibu bapa atau datuk nenek anda dan rakan-rakan sewaktu tahun 50an dahulu. Apakah sampai perlunya membocorkan segala rahsia Kerajaan secara melulu hanya untuk mendapat undi walhal sesuatu tindakan itu mungkin sedikit unik tetapi bertujuan memastikan anda dan rakan-rakan serta rakyat Malaysia amnya masih dapat hidup aman damai di bumi bertuah ini? Apakah rakan anda, Anwar Ibrahim yang juga bertanggungjawab akan perihal keadaan semasa dan saya percaya amat tahu konflik di Sabah semasa menjawat jawatan timbalan perdana menteri dahulu kini mendapat penyakit  pelupa seperti anda ?

Persoalannya apakah anda sayangkan tanah Melayu ini sebagaimana yang pernah dilafazkan oleh ibu bapa atau datuk nenek anda terdahulu semasa ingin diberi kerakyatan pada awal 50an dahulu?

Kepada bukan Islam, tidak adil jika saya tanyakan pada ‘angkerl’ samada anda percaya pada rukun Islam dan rukun Iman. Memadai jika saya tanyakan apakah anda dan rakan-rakan sebagai rakyat Malaysia masih memegang kepada etika Rukun Negara?

Hanya nyatakan pada saya apa yang anda tidak bersetuju antara 5 perkara Rukun Negara tersebut. Jika anda dan rakan-rakan kata dengan jujur misalannya cuma tidak bersetuju dengan ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’, mudah lah orang seperti saya dan rakyat lainnya untuk memangkah kertas undi nanti. Jangan segan dan malu jika anda dan rakan-rakan menolak kesemuanya!!

Kalau anda dan rakan-rakan bersetuju dengan kesemua 5 perkara Rukun Negara tadi, maka anda dan rakan-rakan seharusnya tidak biadap dan kurang ajar seperti sekarang!

Atau anda dan rakan-rakan memerlukan satu penulisan khas yang lain kerana tidak memahami apa itu Rukun Negara? Amat memalukan setelah lebih 56 tahun merdeka, ramai antara anda dan rakan-rakan masih bertatih untuk berbahasa Melayu dengan betul!

Sekian.

Ikhlas,

Rakyat Marhaen Biasa - horzepower

 

 

Thursday, January 17, 2013

aku rasis part 5 - patrick teoh...u have crossed the line!




patrick teoh ; an actor, newscaster and radio personality  who has been in the local entertainment industry for quite sometimes...

surely u have mingled with various local artistes from many backgrounds and races.

surely u at 65, u have known the malaysian culture well.

hello mr. patrick, having differences in opinion and political views is ok...i guess at the age of 65 some people still don't learn....

we can agree to disagree but this time u have crossed the line...

what make you think u are one 'household name' in this country? with a so called 'voice of malaysia' allows u to hurl distasteful remarks?

u re wrong my friend....not only wrong but terribly wrong!

don't be suprised if one fine day, there will be a person who will 'PAT' on your back and 'TRICK' or 'TREAT' u real well to suit your name.

your statement is unforgiven....hurts too many.

u just love to live dangerously don't u?


Tuesday, January 15, 2013

nama Allah untuk bukan islam - anwar...hang plak amacam?





isu penarikan semula oleh parti PAS akan  kenyataan rasmi sebelumnya tentang membenarkan penggunaan nama Allah oleh yang bukan islam amat menarik perhatian.

pendirian rasmi parti PAS membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam secara lisan dan bercetak yang telah diumumkan pada 2010 dan akibat resah, maka diulang semula oleh hadi awang di ibu pejabat parti PKR pada 8 januari 2013 yakni beberapa hari sebelum perhimpunan HKR112. 




apapun pada aku keputusan PAS terkini adalah satu tindakan yang amat dialu-alukan, berani dan lebih terpuji  walaupun akan mengundang kritikan hebat memperlihatkan hakikat 'flip flop' dalam PAS membuat pendirian tentang beberapa isu-isu besar.

amat dialu-alukan kerana selama ini beberapa isu hangat seperti halatuju PAS akan perlaksanaan hudud, perjuangan mendirikan negara islam akhirnya ditukar kepada negara berkebajikan, amanat hj hadi mengkafirkan sesama islam  antaranya termasuklah penggunaan nama Allah oleh bukan islam mengundang keresahan yang amat kuat pada peringkat 'top brass' PAS sendiri  i.e dr. haron din, harun taib, uztaz ismail kamus, ustaz taib azamuddin, tuan ibrahim  serta para penyokong jati  PAS era 80an /90an yang mahukan PAS kembali kelandasan perjuangan asal seperti yang diterajui  di zaman ustaz fadhil noor. 


ustaz taib azamuddin PAS Baling - telah memperkatakannya sejak tahun 2009 lagi...


semua orang tahu dan nampak bahawa beberapa tahun kebelakangan ini pendirian dan kenyataan hadi awang dan nik aziz memperlihatkan PAS lebih condong kepada menjaga hati rakan-rakan PKR dan DAP dari mengekalkan perjuangan PAS di era 80an/90an...akibatnya, dr. hasan ali dan ustaz nasha adalah di antara mereka-mereka yang kini terpinggir dalam pentas politik arus perdana PAS hari ini. 

aku katakan berani kerana pendirian terkini PAS pasti mengundang 'backlash' dari anggota komponen PR terutamanya anwar ibrahim yang menerajui PKR dan parti DAP.

tindakan yang dipuji kerana kali ini hadi awang dan nik aziz  akhirnya akur dengan keputusan majlis syura ulama PAS dan  bukan hanya berdasarkan keperluan politik.




apakah ada lagi pendirian-pendirian terbaru PAS akan dikeluarkan? nampak gaya kumpulan ulama PAS mula lantang menyuarakan pandangan jujur dan hakiki terutamanya tentang hukum-hakam bukan hanya disebabkan undi atau menjaga hati rakan-rakan komponen PR semata-mata...apakah kumpulan ulama dr. haron din, harun taib, ustaz taib azamuddin  serta ustaz nasha di antaranya  mula mendesak dan secara tidak langsung memberi isyarat kepada hadi awang dan nik aziz supaya tidak keterlaluan memberi 'muka' kepada kumpulan erdogan PAS yang semua orang tahu amat condong kepada anwar ibrahim yang bercita-cita agar perjuangan PAS kini dapat disesuaikan dengan nilai dan matlamat perjuangan PKR dan DAP.

bagi aku, ianya satu keputusan yang memberi tamparan besar kepada PKR dan DAP...apapun ramai bijak pandai agama tidak menafikan sememangnya nama Allah telah lama digunapakai oleh bukan islam  di tanah arab tetapi untuk tujuan tersebut setelah dikaji secara mendalam,  ilmuan agama tanahair lebih berpendapat amat tidak bersesuaian dengan waqi' di malaysia dan mendatangkan lebih banyak buruk dari kebaikkan jika dibenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam  secara lisan apatah lagi secara bertulis dan bercetak di malaysia.

tahniah buat PAS untuk pendirian mereka yang terkini...ini yang aku maksudkan bukan berpolitik tahap taksub dan semborono tetapi masih bersatu dan mengekalkan nilai-nilai 'common ground' agama dan bangsa yang kita ada baik di pihak PAS mahupun UMNO. contohnya UMNO juga adakalanya perlu menyergah MCA yang turut mengambil peluang mempertikaikan hudud baru-baru ini...dikhabarkan fathul bari ada pergi berjumpa chua soi lek dan 'menyekolahkannnya' tentang isu tersebut.

harap ianya menjadi satu petanda untuk melembutkan titik-titik pertemuan yang begitu keras selama ini menjadi pembuka jalan dalam  menyelesaikan  lain-lain isu perbezaan pendapat yang besar serta meleraikan perseteruan yang ada sesama kita.

menarik untuk mendengar apa agaknya  komen terkini kit siang, guan eng dan karpal tentang berubahnya pendirian PAS akan isu tersebut...tidak terperanjat kira komennya keras dan lantang yang sememangnya kita ketahui DAP adalah di dominasi oleh cina dan bukan islam.

akan tetapi lebih menarik lagi apa agaknya komen anwar ibrahim serta pendirian terkini  PKR sebab sebahagian besar pengikut PKR juga adalah terdiri dari orang melayu islam!!




Saturday, January 12, 2013

HKR112? entah....



HKR112, apa tujuan sebenarnya? rasanya adakah kesemua yang datang ikut berarak siang tadi tahu tujuan dan matlamat perarakan diadakan? amat pasti?

kempen untuk memancing pengundi memang adat dalam sepak terajang politik..ghairah untuk mendapat sokongan, untuk menentukan wakil rakyat pilihan masing-masing itu namanya adat bertanding...ianya lumrah dalam hiruk pikuk melalui cara dan pendekatan parti dan penyokong yang bertanding.

cuma kini sejak beberapa tahun kebelakangan semacam menjadi budaya malaysia, asalkan tidak puas hati boleh  turun berarak dijalanan...asal nak tunjuk marah, turun buat demo jalanan...asal  nak tunjuk protes, turun himpun ramai-ramai dijalanan !! 

dapat plak pak menteri amaran jaga hal ehwal dalam negeri, lagi la orang-orang semacam ini naik lemak.

siapa yg ajar?

dulu-dulu aku masih ok lagi perihal demo jalanan ni...now ni aku jadi bertambah menyampah sebab yang datang ramai-ramai tu semacam penyumbang tenaga yang menyusahkan ramai orang yang sememangnya ada urusan kerja untuk keluar masuk kuala lumpur.

faham ke apa yang dituntut? atau datang sebagai pak turut?

terkini HKR 112, faham ke apa yang tidak puas di hati? perlu tunjuk sokongan? perlu tunjuk kat dunia 'solidarity' perjuangan?


HKR 112 - semua benda nak ditukar?


tujuan untuk tukar? agak-agak apa yang tukar?

memang dah teliti dan benar-benar faham apa yang tukar? tahu kenapa nak tukar? keberkesanan dan kecekapan bila tukar? kesan dan akibat bila tukar?

bagi yang turun siang tadi mungkin ada eloknya luangkan masa dulu  kaji sejarah tanah air...latar belakang parti-parti politik malaysia...sejarah tanah melayu hingga penubuhan malaysia...keluar masuknya parti-parti tertentu dalam gagasan komponen tertentu dari dulu hingga kini, penubuhan malaya, malayan union, zaman darurat komunis, penubuhan malaysia, bagaimana hilangnya singapura, konflik kaum, konflik agama etc...hingga kini.


1969 - aksi demo jalanan DAP
1969 - parti gerakan semasa bersama DAP demo jalanan.


tukar apa yang ada di malaysia? hanya macam tukar tempat kerja? entah-entah nak tukar tempat kerja pun fikiran berkecamuk...pilih kaler kereta pon gaduh laki bini aharkk!!




HKR 112 - sedara-sedari, pasti ke tujuan dan matlamat ramai-ramai datang?


HKR 112 - hebat anak-anak  melayu ni...tapi , sedara memang tau ke asal usul dan sejarah perjuangan DAP?


lepas tukar akan sempurna??  pasti sangat?


mana ada yang sempurna....cuma untuk mudah dalam membuat keputusan tengok mana yang lebih banyak baik dari buruk...adakah yang kita ada lebih banyak baik dari buruk? jangan sampai tersedar dikemudian hari yang ditukar itu lebih banyak buruk dari baik rupanya.

mentadbir tahap keluarga pun masih ada cacat celanya, bayangkan nak tadbir negara.

dah kaji, dah faham baik buruk baru lar tahu dan jelas pendirian dan matlamat perjuangan...jangan bila ditanya masa turun demo tahu separuh masak malah  tak tahu ujung pangkal jadi pak turut membontoti melulu menjadi penyokong ikut-ikutan.


anak- anak melayu dididik menjunjung bendera DAP? ; karpal singh - ' islamic country? over my dead body!'




dah fikir baik buruk?

esok-esok bila ditanya kenapa turun demo jalanan yang akan datang  rasa-rasa  boleh jawab  baru lar sedara sedari teramatlah layak selimut bendera DAP tu kat badan....nanti kot-kot bila orang tanya "penah ke tengok depan mata cara, kata-kata nista mereka tuju kepada bangsa mu serta aksi gelagat sebenar mereka  oleh parti-parti  yang pernah  terlibat semasa perarakan  protes tahun 1969 dulu dari rumah mayat chik sin tong jalan sultan ke kepong dan gaya serta aksi perarakan kemenangan mereka dulu??" rasa-rasa boleh jawab?...kalau tak, lain kali jangan memandai balut badan korang dengan bendera DAP dengan aksi superman!!


HKR 112 - biar betul!!!....atau aku yang konfius???????

still nak tukar jugak? boleh, silakan tapi...

bagi yang tak tau hujung pangkal elok duduk jer kat rumah buat study sikit dari menyibuk buat sesak kat jalanan , menyusahkan orang yang ada urusan kerja...bila dah pasti sangat-sangat then just suarakan hati tu kat kertas undi, abih cerita.

jangan sibuk turun demo, rupanya daftar undi pon tidak!























Saturday, January 5, 2013

DAP poll fiasco - maluuuu lorr!!!!!

 

Saturday January 5, 2013

Pooi owns up and quits as DAP polls director

Reports by FOONG PEK YEE, MAZWIN NIK ANIS, SIRA HABIBU, REGINA LEE, CHRISTOPHER TAN, CHRISTINA CHIN and KIATISAK CHUA


GEORGE TOWN: DAP election director Pooi Weng Keong has taken responsibility for the error in the tabulation of votes in the recent party election and has resigned from the post.

He has also resigned as Federal Territory DAP committee member.

Party secretary-general Lim Guan Eng said Pooi had admitted to his mistake and had resigned from the posts.

source ; http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/5/nation/12536301&sec=nation




ahaa!! complaining got ill feeling about how sprm handling the election ballots, counting process and procedures...they re the one who's championing the issue...brought it into street demo and very vocal on issues so called SPRM inefficiencies...
 
say what?? there was a tally error in DAP very own recent party election? ...oh boy, but then before this so called party with abundance of 'smart alec' announced it, surely the result being accepted by any audit or election committee!
 
hello...this is only party election level.... then what more if you guys handling national level ??

the mistake was made known internally on 17 dec 2012 but only made known to public recently?



then reported again ;

...'An organising committee member of the 16th party congress, however, said the results announced on Dec 17 should have remained.

“Nobody disputed it then. I do not understand why there was a need to make an amendment,'' said the member who spoke on condition of anonymity.'

 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/1/4/nation/12534775&sec=nation


wahhh like that one ahh?? can ahh like that?

aiyaaa my fren, just go and buy a good calculator lah..

hahaha...