isu penarikan semula oleh parti PAS akan kenyataan rasmi sebelumnya tentang membenarkan penggunaan nama Allah oleh yang bukan islam amat menarik perhatian.
pendirian rasmi parti PAS membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam secara lisan dan bercetak yang telah diumumkan pada 2010 dan akibat resah, maka diulang semula oleh hadi awang di ibu pejabat parti PKR pada 8 januari 2013 yakni beberapa hari sebelum perhimpunan HKR112.
apapun pada aku keputusan PAS terkini adalah satu tindakan yang amat dialu-alukan, berani dan lebih terpuji walaupun akan mengundang kritikan hebat memperlihatkan hakikat 'flip flop' dalam PAS membuat pendirian tentang beberapa isu-isu besar.
amat dialu-alukan kerana selama ini beberapa isu hangat seperti halatuju PAS akan perlaksanaan hudud, perjuangan mendirikan negara islam akhirnya ditukar kepada negara berkebajikan, amanat hj hadi mengkafirkan sesama islam antaranya termasuklah penggunaan nama Allah oleh bukan islam mengundang keresahan yang amat kuat pada peringkat 'top brass' PAS sendiri i.e dr. haron din, harun taib, uztaz ismail kamus, ustaz taib azamuddin, tuan ibrahim serta para penyokong jati PAS era 80an /90an yang mahukan PAS kembali kelandasan perjuangan asal seperti yang diterajui di zaman ustaz fadhil noor.
ustaz taib azamuddin PAS Baling - telah memperkatakannya sejak tahun 2009 lagi...
semua orang tahu dan nampak bahawa beberapa tahun kebelakangan ini pendirian dan kenyataan hadi awang dan nik aziz memperlihatkan PAS lebih condong kepada menjaga hati rakan-rakan PKR dan DAP dari mengekalkan perjuangan PAS di era 80an/90an...akibatnya, dr. hasan ali dan ustaz nasha adalah di antara mereka-mereka yang kini terpinggir dalam pentas politik arus perdana PAS hari ini.
aku katakan berani kerana pendirian terkini PAS pasti mengundang 'backlash' dari anggota komponen PR terutamanya anwar ibrahim yang menerajui PKR dan parti DAP.
tindakan yang dipuji kerana kali ini hadi awang dan nik aziz akhirnya akur dengan keputusan majlis syura ulama PAS dan bukan hanya berdasarkan keperluan politik.
apakah ada lagi pendirian-pendirian terbaru PAS akan dikeluarkan? nampak gaya kumpulan ulama PAS mula lantang menyuarakan pandangan jujur dan hakiki terutamanya tentang hukum-hakam bukan hanya disebabkan undi atau menjaga hati rakan-rakan komponen PR semata-mata...apakah kumpulan ulama dr. haron din, harun taib, ustaz taib azamuddin serta ustaz nasha di antaranya mula mendesak dan secara tidak langsung memberi isyarat kepada hadi awang dan nik aziz supaya tidak keterlaluan memberi 'muka' kepada kumpulan erdogan PAS yang semua orang tahu amat condong kepada anwar ibrahim yang bercita-cita agar perjuangan PAS kini dapat disesuaikan dengan nilai dan matlamat perjuangan PKR dan DAP.
bagi aku, ianya satu keputusan yang memberi tamparan besar kepada PKR dan DAP...apapun ramai bijak pandai agama tidak menafikan sememangnya nama Allah telah lama digunapakai oleh bukan islam di tanah arab tetapi untuk tujuan tersebut setelah dikaji secara mendalam, ilmuan agama tanahair lebih berpendapat amat tidak bersesuaian dengan waqi' di malaysia dan mendatangkan lebih banyak buruk dari kebaikkan jika dibenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan islam secara lisan apatah lagi secara bertulis dan bercetak di malaysia.
tahniah buat PAS untuk pendirian mereka yang terkini...ini yang aku maksudkan bukan berpolitik tahap taksub dan semborono tetapi masih bersatu dan mengekalkan nilai-nilai 'common ground' agama dan bangsa yang kita ada baik di pihak PAS mahupun UMNO. contohnya UMNO juga adakalanya perlu menyergah MCA yang turut mengambil peluang mempertikaikan hudud baru-baru ini...dikhabarkan fathul bari ada pergi berjumpa chua soi lek dan 'menyekolahkannnya' tentang isu tersebut.
harap ianya menjadi satu petanda untuk melembutkan titik-titik pertemuan yang begitu keras selama ini menjadi pembuka jalan dalam menyelesaikan lain-lain isu perbezaan pendapat yang besar serta meleraikan perseteruan yang ada sesama kita.
menarik untuk mendengar apa agaknya komen terkini kit siang, guan eng dan karpal tentang berubahnya pendirian PAS akan isu tersebut...tidak terperanjat kira komennya keras dan lantang yang sememangnya kita ketahui DAP adalah di dominasi oleh cina dan bukan islam.
akan tetapi lebih menarik lagi apa agaknya komen anwar ibrahim serta pendirian terkini PKR sebab sebahagian besar pengikut PKR juga adalah terdiri dari orang melayu islam!!
No comments:
Post a Comment