Saturday, January 12, 2013

HKR112? entah....



HKR112, apa tujuan sebenarnya? rasanya adakah kesemua yang datang ikut berarak siang tadi tahu tujuan dan matlamat perarakan diadakan? amat pasti?

kempen untuk memancing pengundi memang adat dalam sepak terajang politik..ghairah untuk mendapat sokongan, untuk menentukan wakil rakyat pilihan masing-masing itu namanya adat bertanding...ianya lumrah dalam hiruk pikuk melalui cara dan pendekatan parti dan penyokong yang bertanding.

cuma kini sejak beberapa tahun kebelakangan semacam menjadi budaya malaysia, asalkan tidak puas hati boleh  turun berarak dijalanan...asal nak tunjuk marah, turun buat demo jalanan...asal  nak tunjuk protes, turun himpun ramai-ramai dijalanan !! 

dapat plak pak menteri amaran jaga hal ehwal dalam negeri, lagi la orang-orang semacam ini naik lemak.

siapa yg ajar?

dulu-dulu aku masih ok lagi perihal demo jalanan ni...now ni aku jadi bertambah menyampah sebab yang datang ramai-ramai tu semacam penyumbang tenaga yang menyusahkan ramai orang yang sememangnya ada urusan kerja untuk keluar masuk kuala lumpur.

faham ke apa yang dituntut? atau datang sebagai pak turut?

terkini HKR 112, faham ke apa yang tidak puas di hati? perlu tunjuk sokongan? perlu tunjuk kat dunia 'solidarity' perjuangan?


HKR 112 - semua benda nak ditukar?


tujuan untuk tukar? agak-agak apa yang tukar?

memang dah teliti dan benar-benar faham apa yang tukar? tahu kenapa nak tukar? keberkesanan dan kecekapan bila tukar? kesan dan akibat bila tukar?

bagi yang turun siang tadi mungkin ada eloknya luangkan masa dulu  kaji sejarah tanah air...latar belakang parti-parti politik malaysia...sejarah tanah melayu hingga penubuhan malaysia...keluar masuknya parti-parti tertentu dalam gagasan komponen tertentu dari dulu hingga kini, penubuhan malaya, malayan union, zaman darurat komunis, penubuhan malaysia, bagaimana hilangnya singapura, konflik kaum, konflik agama etc...hingga kini.


1969 - aksi demo jalanan DAP
1969 - parti gerakan semasa bersama DAP demo jalanan.


tukar apa yang ada di malaysia? hanya macam tukar tempat kerja? entah-entah nak tukar tempat kerja pun fikiran berkecamuk...pilih kaler kereta pon gaduh laki bini aharkk!!




HKR 112 - sedara-sedari, pasti ke tujuan dan matlamat ramai-ramai datang?


HKR 112 - hebat anak-anak  melayu ni...tapi , sedara memang tau ke asal usul dan sejarah perjuangan DAP?


lepas tukar akan sempurna??  pasti sangat?


mana ada yang sempurna....cuma untuk mudah dalam membuat keputusan tengok mana yang lebih banyak baik dari buruk...adakah yang kita ada lebih banyak baik dari buruk? jangan sampai tersedar dikemudian hari yang ditukar itu lebih banyak buruk dari baik rupanya.

mentadbir tahap keluarga pun masih ada cacat celanya, bayangkan nak tadbir negara.

dah kaji, dah faham baik buruk baru lar tahu dan jelas pendirian dan matlamat perjuangan...jangan bila ditanya masa turun demo tahu separuh masak malah  tak tahu ujung pangkal jadi pak turut membontoti melulu menjadi penyokong ikut-ikutan.


anak- anak melayu dididik menjunjung bendera DAP? ; karpal singh - ' islamic country? over my dead body!'




dah fikir baik buruk?

esok-esok bila ditanya kenapa turun demo jalanan yang akan datang  rasa-rasa  boleh jawab  baru lar sedara sedari teramatlah layak selimut bendera DAP tu kat badan....nanti kot-kot bila orang tanya "penah ke tengok depan mata cara, kata-kata nista mereka tuju kepada bangsa mu serta aksi gelagat sebenar mereka  oleh parti-parti  yang pernah  terlibat semasa perarakan  protes tahun 1969 dulu dari rumah mayat chik sin tong jalan sultan ke kepong dan gaya serta aksi perarakan kemenangan mereka dulu??" rasa-rasa boleh jawab?...kalau tak, lain kali jangan memandai balut badan korang dengan bendera DAP dengan aksi superman!!


HKR 112 - biar betul!!!....atau aku yang konfius???????

still nak tukar jugak? boleh, silakan tapi...

bagi yang tak tau hujung pangkal elok duduk jer kat rumah buat study sikit dari menyibuk buat sesak kat jalanan , menyusahkan orang yang ada urusan kerja...bila dah pasti sangat-sangat then just suarakan hati tu kat kertas undi, abih cerita.

jangan sibuk turun demo, rupanya daftar undi pon tidak!























No comments:

Post a Comment