Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta
rakan-rakan,
Pertama-tamanya tujuan penulisan
ini ditujukan kepada anda dan bukannya Anwar Ibrahim atau Hadi Awang adalah
kerana saya lebih melihat andalah sebenarnya perencana utama dan dalang
sebenarnya dalam cita-cita pembangkang menguasai tanah Melayu ini, menggunakan
jasad tubuh badan saudara seislam kami Anwar Ibrahim serta Hadi Awang hanya
buat sementara waktu dan akhirnya mereka berdua akan anda campakkan semula ke
lautan rakyat yang pada waktu itu penuh hiba
dengan seribu penyesalan dalam mencapai matlamat sebenar anda bagi
mengabui mata rakyat melalui ‘sihir’ permainan poilitik anda.
‘Angkerl’, perihal pemberian
kerakyatan kepada pendatang asing Sabah pada
tahun 90an masih hangat diperkatakan. Anda pun sedia maklum penubuhan RCI
dibuat dan sedang melakukan siasatan. Terdapat juga ura-ura mengatakan Tun Mahathir
dan pepatung anda, Anwar Ibrahim antara saksi yang akan dipanggil untuk
memberikan keterangan.
Banyak pihak yang menyatakan
ketidakpuasan hati akan tindakan Kerajaan memberikan kerakyatan Malaysia kepada
pendatang asing Sabah tersebut. Anda adalah antara yang menjadi penggerak utama
mempolitikkan isu ini.
Parti pembangkang anda terutamanya,
menggunakan isu ini sebagai modal politik salah laku Kerajaan kerana pemberian
kerakyatan tersebut sebagai satu helah kotor BN dalam sudut manipulasi undi untuk
kemenangan. Secara tidak langsung anda dan rakan-rakan turut menggunakan isu
ini untuk menjadi jaguh akan penyelewangan kuasa serta ketidakadilan Kerajaan
dalam ‘menjaga hati’ rakyat Sabah dan Sarawak. Rakan dan parti pembangkang anda
juga teramat bijak menggunakan isu ini bagi menaikan sentimen penduduk Sabah
dan Sarawak untuk membenci Kerajaan seterusnya bakal mengundi pembangkang pada
PRU13 akan datang.
Mungkin perlu saya mencelikkan
semula mata hati anda yang begitu hitam dek dendam untuk melihat akan beberapa
aspek yang berbangkit hasil rentetan dari isu ini ;
Pertama ;
Bagi anda pembangkang, ianya satu
isu yang hangat umpama ‘lauk yang teramat lazat’ untuk dibiarkan. Saya akui
betapa hebatnya anda bagaimana polemik isu penggunaan nama Allah yang hangat anda
dan rakan-rakan gunakan sewaktu kempen pilihanraya DUN Sarawak 2011, ditambah
dengan perbezaan pendapat sesama ilmuan Islam membuatkan Kerajaan serba salah
dalam membuat keputusan waktu itu akhirnya membuatkan parti anda DAP
memperolehi 6 kerusi! Walhal kitab injil versi Bahasa Melayu yang dikatakan telah
lama ada itu sebenarnya dibawa masuk dari negara jiran, Indonesia melalui
gerakan Borneo Evangelical Church atau lebih dikenali sekarang sebagai Sidang
Injil Borneo.
Lupakah anda bahawa agama
Islam bukan agama rasmi Persekutuan. Ya, saya ulangi, Islam bukan lah agama rasmi Persekutuan. Jika Islam
adalah agama rasmi Persekutuan ianya membawa makna kepada agama rasmi Islam itu
hanya membawa kepada upacara ‘ceremonial’ dan adat sahaja. Apakah ‘angkerl’ yang
juga seorang peguam tidak mampu atau lebih kepada degil dan tidak mahu merujuk
kepada pelembagaan Persekutuan sebenar yang ada? Anda lupa? Tidak mengapa,
disini saya ingatkan semula kepada ‘angkerl’ dan rakan-rakan bahawa ISLAM IALAH
AGAMA PERSEKUTUAN.
Disebutkan dalam Perlembagaan
Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Tiada perkataan rasmi, full stop.
Maksudnya Islam itu mencakupi didalam perlembagaan Persekutuan serta ada
perkara-perkara dan perkataan serta ayat yang tidak boleh dipertikai atau
digunapakai sewenang-wenangnya di tanah Melayu ini.
Mengapa anak anda, Lim Guan Eng
sampai kini begitu biadap mempertikaikan penggunaan nama Allah hanya untuk
orang Islam? Hebat, betapa berjayanya anda dan rakan-rakan sekian lama secara
halus membekukan kebanyakkan minda rakyat bahawa Islam di tanah Melayu ini hanyalah
agama rasmi Negara yang membawa kepada pengertian hanya kepada acara
‘Ceremonial’. ‘Angkerl’, amat kurang ajar jika seseorang itu memutar belitkan
sejarah dan fakta.
Anda boleh menipu tetapi harus
diingat tidak semua orang yang mampu anda dan rakan-rakan tipu. Tidak semua
orang Melayu sebodoh itu ‘angkerl’.
Jadi saya teramat memahami masakan anda dan rakan-rakan akan melepaskan
isu terkini umpama ‘menu ayam golek panggang percuma’ yang terhidang didepan
mata dalam menghadapi PRU13 kali ini dalam pembantaian anda pada Kerajaan bagi merebut
sebanyak mungkin kerusi parlimen dari negeri-negeri Malaysia Timur itu. Seperti
yang semua maklum, kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak sebelum ini yang
dikatakan kerusi selamat BN kini menjadi antara fokus utama untuk anda rampas melalui apa cara sekalipun yang
menjadi idaman serta penentu kedudukan Kerajaan sekarang pada PRU13 kali ini. Ianya
umpama anda mendapat bola tanggung,
smash sekuat hati!
Kedua;
Anda juga teramat maklum bahawa isu
kerakyatan ini juga telah mengundang kemelut sesama komponen BN sendiri apabila
MCA dan MIC tidak bersetuju dengan munculnya
pula kenyataan Tun Mahathir mengaitkan perihal pemberian kerakyatan kaum
pendatang sebelum merdeka. Ianya timbul bila Tun Mahathir mempersoalkan tentang
signifikasi, impak serta ketelusan perkara yang sama sewaktu kerakyatan
diberikan kepada lebih sejuta orang yang majoritinya kaum pendatang Cina dan
India pada tahun 1950an sebelum mencapai kemerdekaan. Dari isu yang mulanya
melibatkan hanya Sabah dan dipersoalkan oleh pembangkang, kini berkait pula
kepada isu pemberian kerakyatan kaum
lain sebelum merdeka dan sedikit sebanyak menimbulkan perbezaan pendapat yang
turut dipersoalkan oleh sesama parti komponen BN. Menarik bukan? Pasti anda dan
rakan-rakan berdekah-dekah ketawa gembira melihat cara dan gaya Kerajaan
menanangi kemelut baru ini. Cuma ketawa anda lebih bermakna dan lebih berisi
sedangkan ketawa rakan anda Anwar Ibrahim serta Hadi Awang yang anda teramat
tahu bahawa tawanya cuma kosong dan lebih memalukan ianya menempelak muka
mereka sendiri sebagai pribumi tanah Melayu yang anda perkudakan. Ya, akui lah
sahaja ‘angkerl’ bahawa situasi sebegini teramat manis bagi anda bukan?
Ketiga;
Alam siber dan internet juga
rancak memperkatakan isu ini hingga terdapat pandangan atau luahan radikal yang
tidak pernah kebanyakkan kita terfikir akan mula timbulnya pula sentimen
kenegerian samada masih perlukah Sabah dan Sarawak berada dalam Malaysia. Disitu
muncul anda seumpama juara menjanjikan rakyat tentang hak kesamarataan tahap
bulan dan bintang untuk ‘menyihir’ rakyat yang memerlukan remedi bagi penyakit
yang anda sendiri sebarkan!!! Waduh, hebatnya anda ‘angkerl’ !
Malah anda dan rakan-rakan juga
sudah mengkaji bahawa selain sokongan media tempatan yang didokong pihak luar yang
sehaluan dengan anda serta ditambah trend dan cara portal berita pihak luar misalannya
cara paling mudah bukan hanya Malaysiakini dan sealiran dengannya sahaja, malah
turut serta melalui local msn news atau yahoo news amat memihak kepada
anda. Anda juga tahu dan pasti gembira kebanyakkan
berita-berita tersebut terlalu sering menimbulkan isu hangat yang tidak
berpihak kepada Kerajaan dan terlalu banyak menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia. Kawalan dan pengaruh media
serta sokongan pelbagai bentuk dari luar terhadap anda dan rakan-rakan makin
ketara terang-terangan tanpa berselindung lagi tidak seperti era 80an dahulu. Mungkin
kini pelaburan anda mula membuahkan hasil dan apakah anda mula tidak sabar-sabar
untuk menuainya pada tahun 2013 ini? Anda amat berpengalaman betapa silap
besarnya anda bila cuba menuainya pada tahun 1969 yang lalu. Tentu ‘angkerl’
yang telah lama dalam asam garam berpolitik di tanah Melayu ini amat memahami maksud
saya yang tersirat bukan?
Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta
rakan-rakan,
Apakah isu pemberian kerakyatan
di Sabah ini telah anda telahi dan canangkan dengan secara jujur atau telah anda
politikkan hingga sengaja membakar emosi serta sentimen semata-mata kerana peti
undi hanya untuk membutakan orang ramai hingga mereka tidak nampak akan
rasional serta hakikat yang ada?
Sebagai seorang yang dilahirkan
72 tahun yang lalu, anda terlalu tua dan terlalu bijak untuk diajar tentang
cara hidup dalam masyarakat berbilang kaum di tanah Melayu ini.
Apakah ‘angkerl’ mungkin tua tapi
sememangnya tidak sebijak yang disangka?
Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta
rakan-rakan,
Bukan tujuan untuk menyanggah
ujudnya RCI atau menidakkan ujudnya kesalahan Kerajaan akan tetapi penulisan
ini bertujuan untuk memberi anda sedikit pencerahan dari perspektif yang sedikit
bebeza agar lebih memahami isu kerakyatan ini dalam konteks yang lebih luas.
Anda mungkin membuat tanggapan hanya selepas melihat belukar yang ada didepan
mata tetapi pura-pura tidak melihat keseluruhan hutan yang ada! Atau
sememangnya anda telah melihat hutan tersebut tetapi masih mahu membakarnya?
Apakah anda seorang peguam yang
memiliki otak yang bijak dan daya ingatan yang cukup hebat telah memberitahu
kesemua rakan dan penyokong anda dengan cara jujur hakikat sejarah akan cara
kerakyatan diberikan kepada kaum pendatang pada tahun 50an dahulu? Apakah
sememangnya KESEMUA batang tubuh orang Melayu bersetuju dengan senyum hingga
ketelinga semasa memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang Cina dan India
sewaktu itu? Apakah KESEMUA raja-raja Melayu dan pemimpin Melayu bersetuju
kaedah ‘jus soli’ sewaktu British memberi syarat sebelum merdekanya tanah
Melayu ini? Kerakyatan tersebut diberi pada seorang? Seratus orang? Seribu
orang? Seratus ribu orang? Maaf ‘angkerl’ yang pelupa , angkanya adalah lebih
sejuta orang!!! Walhal waktu itu penduduk tanah Melayu cuma ada dalam 5 juta
orang. Betapa tidaknya, bukankah anda seorang remaja berusia 16 tahun sewaktu
kemerdekaan dahulu sudah tentu tahu apa
sebenarnya yang berlaku.
Anda juga patut tahu rata-rata
kaum Cina dan India rakyat Malaysia yang sekarang kini berumur bawah 56 tahun
ini adalah anak-anak pendatang sejurus sebelum merdeka yang dikenenkan melalui
kenyataan Tun Mahathir. Cuba-cuba lah anda
bertanya pada Karpal Singh, Ambiga, Theresa Kok, Ronnie Liu, Hannah Yeoh mahupun Koh Tsu Koon, Chua Soi Lek, S.Subramaniam etc ;
“Apakah kerakyatan
setidak-tidaknya ibu bapa atau datuk nenek mereka sebelum ini?”
Maka jawapan anda pada saya mungkin
pemberian kerakyatan kepada ibu bapa atau datuk nenek anda dan juga mereka
adalah kerana untuk sama-sama membangunkan negara serta taat setia yang tidak
berbelah bagi.
Benarkah itu jawapannya ‘angkerl’
??
Jujurkah itu sebagai jawapannya
‘angkerl’?
Maaf ‘angkerl’ sebab mengapa
‘jawapan cantik’ anda tidak selaras dengan ‘tindak tanduk’ serta perangai ‘hodoh’
anda !
Mungkin ada baiknya jika saya ‘mengajar’
serba sedikit kepada ‘angkerl’ tentang apa
itu ‘kurang ajar’.
Apakah anda tiba-tiba jadi lupa
bahawa kerakyatan ini diberikan setelah kaum pendatang bersetuju menerima
syarat ‘Kontrak Sosial’ yang termaktub dalam Perlembagaan Negara sewaktu
merdeka?
Apakah anda tiba-tiba jadi lupa
bahawa penerimaan orang Melayu terhadap dasar ‘jus soli’ sebagai tanda pengorbanan
terbesar orang Melayu untuk melihat
pelbagai kaum pendatang seperti anda dapat hidup dengan harmoni dan membawa
kebaikan kepada Negara.
Sekarang cuba tanyakan semula
kepada rakan taulan anda Karpal atau Ambiga apa itu ‘Kontrak Sosial’? Pura-pura
terperanjat jika jawapan mereka pada anda sekarang ialah ‘Kontrak Sosial’ itu
hanyalah satu alat penindasan orang Melayu
kepada bukan Melayu dan kebobrokan Ketuanan Melayu!!! Lupa pada sejarah mungkin ada
maafnya tetapi memutar belitkan sejarah itu tandanya teramat biadap dan kurang
ajar.
Maka kita ‘ajarkan’ lah kepada
mereka-mereka yang 'kurang ajar’ ini adap berkongsi hidup di tanah Melayu ini.
Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta
rakan-rakan,
Apa kata jika saya cadangkan kepada anda dan rakan-rakan seperjuangan
untuk kita berikan peluang pula untuk memberikan kerakyatan kepada Bangla,
Mynmar serta Vietnam yang kini membanjiri Malaysia. Apakah mereka sudi menjadi
rakyat Malaysia untuk sama-sama membangunkan negara serta taat setia yang tidak
berbelah bagi seperti mana ayat manis ibu bapa atau datuk nenek anda dan
rakan-rakan dahulu sebelum merdeka? Syaratnya kali ini amat mudah, yakni sedikit
hak kaum Cina dan India perlu dikurangkan untuk memberi laluan kepada Bangla, Mynmar dan Vietnam tadi tanpa menjejaskan
apa-apa hak orang Melayu yang ada kini. Rasa-rasanya anda dan rakan-rakan kaum
Cina dan India yang ada kini akan senyum sampai telinga bersetuju? http://onoffpisi.blogspot.com/2012/03/aku-rasis-part-3-citer-dongeng-rakyat.html
‘Angkerl’ tidak setuju? Masakan
tidak bersetuju?
Baru anda tahu betapa remuknya
perasaan dan pengorbanan orang Melayu terdahulu jika mereka tahu sikap anda dan rakan-rakan kini.
Hanya yang dipohon ialah generasi anda dan rakan-rakan menghormati hak anak
cucu mereka nanti, itu adalah permintaan orang Melayu dahulu kala sewaktu
bersetuju memberikan kerakyatan kepada ibu bapa dan datuk nenek anda dan
rakan-rakan sewaktu tahun 50an dahulu!!
Kenapa tiba-tiba dari seorang
peguam yang bijak, terdidik dan kuat ingatan tapi mulai tahun 2008 terus anda dan
rakan-rakan menjadi seorang yang amat biadap dan pelupa?
Apakah kemanisan menangnya 5 buah
negeri sewaktu PRU12 memabukkan anda dan rakan-rakan?
Maka saya ingin mengingatkan
‘angkerl’ yang terlalu tua buat saya dan mungkin terlalu banyak makan garam
hingga dihinggapi penyakit biadap dan pelupa untuk saya mengulangi sedikit
sejarah tanah Melayu ini agar dapat anda mengingatinya semula dan melihatnya
dari sudut yang berbeza.
Dear ‘Angkerl’ Kit Siang serta
rakan-rakan,
Mungkin ada salahnya pada pihak
Kerajaan memberikan kerakyatan kepada kaum pendatang di Sabah pada tahun 90an
yang lalu. Mungkin ada baiknya jika ‘angkerl’ memberitahu secara terus terang
disebalik pemberian kerakyatan tersebut atau sememangnya anda tidak tahu?
Dengan tanggapan bahawa anda
tidak tahu , maka bersangka baik lah saya kepada ‘angkerl’ dalam memberikan
penjelasan dalam perspektif yang berbeza. Apakah ‘angkerl’ dan rakan-rakan
sayang kepada tanah Melayu ini yang kini dikenali dengan Malaysia? Jika ya,
tentu anda tidak tergamak melukakan hati banyak pihak di tanah Melayu ini. Maka
terpaksalah saya membuka semula ‘open secret’ yang mungkin anda pendam atau
pura-pura tidak tahu. Ia semuanya adalah berbalik kepada sejarah awal penubuhan
Malaysia.
Penubuhan Malaysia pada tahun
1963 amat tidak disenangi oleh jiran Indonesia dan Filipina. Tentu ‘angkerl’
ingat sebab umur anda sewaktu itu sudah pun 22 tahun. Malaysia waktu itu terhimpit oleh tekanan dari
negara-negara jiran yang tidak senang dengan penubuhan Malaysia. Melalui
Sukarno, Indonesia dari tahun 1963 hingga tahun 1966 melancarkan kempen
‘Ganyang Malaysia’. Rakan idola anda, Lee Kuan Yew rupanya gunting dalam lipatan yang hanya menjadikan
penubuhan Malaysia sebagai batu loncatan jalan keluar dari tanah Melayu untuk Singapura
keluar menjadi negara republik pada tahun 1965. Manakala Marcos pula pada tahun
1968 secara senyap-senyap melatih anak-anak muda dari Moro lengkap bersenjata
dalam merancang untuk menyerang Sabah melalui ‘clandestine operation’ yang
dinamakan ‘Operation Merdeka’.
‘Angkerl’ , Allah masih
menyayangi bumi tanah Melayu ini. Penipuan dan helah Marcos diketahui oleh
anak-anak muda Moro yang kemudiannya enggan menyerang Sabah kerana yang
diserang itu adalah sesama Islam, yang hendak dijatuhkan adalah mereka-mereka
yang seagama dan ramai dikalangan saudara bangsa Moro mereka juga ada di Sabah.
Kerana enggan, maka terjadilah apa yang dinamakan ‘Jabidah Massacre’ pembunuhan
kejam beramai-ramai pemuda Islam Moro tadi oleh tentera Filipina atas arahan regim
Marcos. Angka tidak rasmi menyatakan beratus-ratus rekrut Moro tadi ditembak
dengan mesingan secara berkelompok yang dirancang rapi oleh tentera Filipina. Saudara
Jibin Arula hanya satu-satunya pemuda Islam Moro berjaya melepaskan diri dalam keadaan cedera menceritakan segalanya dan
akhirnya menjadi titik mula penubuhan Moro Islamic Liberation Front (MILF)
penghujung 60an dan kini bertukar nama dikenali sebagai Moro National
Liberation Front (MNLF) yang bangkit menentang kekejaman regim Manila berakhir
dengan kejayaan perjanjian damai pada Oktober 2012 yang bukan rahsia lagi dengan
penglibatan Kerajaan Malaysia disebalik
tabir.
‘Angkerl’, lupakah agama
persekutuan adalah Islam maka kami membantu saudara seagama kami dengan kadar
termampu. Jadi pemberian kerakyatan kepada majoritinya pendatang Moro pada tahun
90an yang lalu selain seagama juga banyak dipengaruhi oleh keperluan
keselamatan Negara waktu itu. Jumlahnya juga teramat jauh lebih rendah dari
sejuta seperti pemberian kerakyatan kepada ibu bapa atau datuk nenek anda dan
rakan-rakan sewaktu tahun 50an dahulu. Apakah sampai perlunya membocorkan
segala rahsia Kerajaan secara melulu hanya untuk mendapat undi walhal sesuatu
tindakan itu mungkin sedikit unik tetapi bertujuan memastikan anda dan
rakan-rakan serta rakyat Malaysia amnya masih dapat hidup aman damai di bumi
bertuah ini? Apakah rakan anda, Anwar Ibrahim yang juga bertanggungjawab akan
perihal keadaan semasa dan saya percaya amat tahu konflik di Sabah semasa
menjawat jawatan timbalan perdana menteri dahulu kini mendapat penyakit pelupa seperti anda ?
Persoalannya apakah anda
sayangkan tanah Melayu ini sebagaimana yang pernah dilafazkan oleh ibu bapa
atau datuk nenek anda terdahulu semasa ingin diberi kerakyatan pada awal 50an
dahulu?
Kepada bukan Islam, tidak adil
jika saya tanyakan pada ‘angkerl’ samada anda percaya pada rukun Islam dan
rukun Iman. Memadai jika saya tanyakan apakah anda dan rakan-rakan sebagai
rakyat Malaysia masih memegang kepada etika Rukun Negara?
Hanya nyatakan pada saya apa yang
anda tidak bersetuju antara 5 perkara Rukun Negara tersebut. Jika anda dan
rakan-rakan kata dengan jujur misalannya cuma tidak bersetuju dengan ‘Kesetiaan
kepada Raja dan Negara’, mudah lah orang seperti saya dan rakyat lainnya untuk
memangkah kertas undi nanti. Jangan segan dan malu jika anda dan rakan-rakan
menolak kesemuanya!!
Kalau anda dan rakan-rakan
bersetuju dengan kesemua 5 perkara Rukun Negara tadi, maka anda dan
rakan-rakan seharusnya tidak biadap dan kurang ajar seperti sekarang!
Atau anda dan rakan-rakan
memerlukan satu penulisan khas yang lain kerana tidak memahami apa itu Rukun
Negara? Amat memalukan setelah lebih 56 tahun merdeka, ramai antara anda dan
rakan-rakan masih bertatih untuk berbahasa Melayu dengan betul!
Sekian.
Ikhlas,
Rakyat Marhaen Biasa - horzepower
No comments:
Post a Comment