Sunday, February 24, 2013

wajah-wajah anwar ibrahim dulu dan kini...



Sememangnya pernah terlintas di hati aku sesebelum ini akan adanya perubahan pada wajah Anwar Ibrahim dulu berbanding kini. Terbaca diruangan Mingguan Malaysia hari ini, memperkatakan perkara yangs sama. Bukan hendak menyokong atau menjadi kumpulan  pencacai yang anti Anwar Ibrahim, tetapi persoalan dibenak aku sesebelum ini datang secara agak kebetulan dengan tulisan ruangan Bisik-Bisik itu tadi. Nak kata keruh, lesu, tak bercahaya itu terpulang pada pendapat individu masing-masing. Yang nyata memang agak ketara perubahannya, mungkin akibat usia.
 
Sememangnya telah ada blogger-blogger lain yang turut menyatakan perkara yang sama sesebelum ini.
 
Tidak dinafikan peredaran masa akan membuatkan kita semakin berusia maka wajah akan turut berubah. Hukum alam, apa jua benda makin lama makin nampak usangnya. Akan tetapi ada juga yang bila usang atau semakin tua, ianya nampak lebih anggun. Umpama seluar jeans, lagi lusuh lagi cunnn.....aharkk!!!!
 
Ada orang semasa mudanya cantik lawa tetapi bila berusia, nampak amat ketara wajah tuanya. Ada orang semasa mudanya tidaklah begitu cantik lawa tetapi bila tua, dia nampak hebat bila berusia!
 
Aku pernah berpeluang melihat wajah Anwar Ibrahim secara dekat sewaktu era 90an dahulu, sewaktu diberi tugas menyampaikan taklimat projek. Memang aku kagum, Anwar tampak berseri dan segak berbaju Melayu sewaktu itu beliau berjawatan sebagai Timbalan Pedana Menteri.
 
Mungkin kini mata aku menjadi 'kero' juga akibat meningkatnya usia? Lalu menjadikan aku kini melihat raut wajah Anwar Ibrahim tampak berlainan?





Anwar sewaktu era 60an, 70an dan 80an...



Anwar sewaktu era 90an...






Anwar, transformasi mula ketara setelah pasca PRU12 2008...





Anwar wajah kini, lebih banyak tampil tanpa berkaca mata...


 

4 comments:

  1. Dolo Anuwar masa muda2 x ada la hensem segak sgt,tp taun 90an masa tu top nampak aa segak bergaya.
    Kot la ni dh tua dah..sapa nk hensem dah kan..
    Tp beza byk laa org yg hensem segak begaya la ni jadi berubah betoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tua itu pasti datang...

      hensem tak hensem, cantik tak cantik...terpulang pada mata yang melihatnya.

      dan ramai juga yang berkata, isi hati sesaorang turut ikut terpancar pada air muka kita...

      Delete
  2. Tapi gambaq di atas yg sarungkan coat tu macam gengster laa..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...antara infamous pic shot yg orang suka download.

      Delete