Saturday, February 9, 2013

tahaluf siyasi ; niat kita vs niat 'dia'...



Kebelakangan ini, kaum bukan Islam di Malaysia dilihat kerap memainkan banyak isu-isu yang sensitif yang teramat jarang dilihat atau didengar pada era 70an, 80an mahupun 90an.
 
Kini banyak diperkatakan tentang cara dan pendekatan tahaluf siyasi yang membolehkan orang Islam menjalinkan kerjasama dengan golongan bukan Islam.
 
 
 
Satu perkara yang dilakukan oleh kerajaan Barisan (dahulu Perikatan) sejak merdeka lagi cuma tiada istilah popular tahaluf digunakan secara meluas seperti hari ini. Semua orang tahu betapa PAS sesebelum itu mengkritik hebat kerjasama UMNO dan parti-parti bukan Islam dalam komponen BN. PAS pada PRU12 2008 bergabung dan  berkerjasama dalam komponen Pakatan  yang turut dianggotai DAP yang mana sumbangan serta penglibatan PAS dengan membantu dan membolehkan DAP dan PKR menrealisasikan impian politik Pakatan menawan Putrajaya. PAS mempertahankan tindakannya kini bekerjasama dengan bukan Islam    adalah atas landasan tahaluf siyasi yang dituntut agama.
 
 
Persoalannya tahaluf siyasi pihak Islam dengan parti politik bukan Islam yang manakah dikira terbaik? Parti bukan Islam yang manakah dikira sebagai melampaui etika kerjasama yang dibenarkan dalam tahaluf siyasi?
 
Yang mana satukah dianggap kafir harbi dan yang mana pula kafir zimmi?
 
Ustaz Nasha, bekas Timbalan Presiden PAS yang dipecat dari jawatan Majlis Syura Ulama PAS telah memberikan komen baru-baru ini bahawa PAS sepatutnya keluar dari Pakatan kerana tindakan dan gesaan melampau Karpal masih mempertikaikan keputusan PAS menukar pendirian dari setuju kepada tidak setuju  tentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam. Apakah ustaz Nasha, seorang bekas nombor 2 dalam PAS sedikit waktu dulu membuat saranan tersebut kerana kecewa dipecat atau sememangnya jujur untuk memperbetulkan perjuangan PAS ke jalan yang asal?
 
 
 
Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Aziz mendedahkan betapa DAP pernah berusaha memujuk kerabat diraja Tunku Zain Al'Abidin Tunku Muhriz menjadi calun ADUN dibawah tiket DAP seterusnya menjanjikan jawatan sebagai MB Negeri Sembilan jika Pakatan berkuasa di negeri itu nanti.
 
Lupakah kita betapa secara teknikalnya selepas PRU12 yang lalu wakil DAP Perak lah yang sepatutnya menjadi MB negeri tetapi diketepikan melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. Maka, Nizar adalah calun yang layak secara 'default'.
 
Apakah dalam ketelusan kita melalui  kerjasama tahaluf antara Islam dengan bukan Islam ini rupanya hanya dijadikan sebagai landasan untuk bukan Islam menjadi gunting dalam lipatan? Apakah kini mereka seolah-olah berkorban tetapi sebenarnya hanya menggunakan platform ini untuk sementara waktu memperkudakan pemimpin-pemimpin Islam yang buta dalam mencapai agenda mereka yang lebih besar?
 
Mungkin ustaz Nasha antara mereka-mereka yang benar-benar ikhlas mengingatkan kita semua?
 
 
 
 
 
Terkini, Jafrei Nordin, Pegawai Khas Ronnie Liu meletak jawatan kerana kesal dan curiga akan sikap sebenar ADUN DAP tersebut ;
 
Pegawai Khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata DAP mempunyai agenda rahsia terhadap Pakatan Rakyat iaitu melancarkan operasi rahsia untuk meminggirkan pengaruh PAS dan PKR, menguasai Pakatan Rakyat dan mengambil alih kawalan kerajaan negeri dengan melantik ahli Melayu sebagai menteri besar.
 
Jafrei Nordin mendedahkan perkara itu ketika mengumumkan peletakan jawatannya hari ini.
Menurut FMT, Jefrei berkata operasi DAP itu berlaku di seluruh negara khususnya di Perak dan Selangor dengan membariskan calon-calon Melayu mewakili parti mereka.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Ronnie Liu menafikan perlantikan Jafrei Nordin sebagai Pembantu Khas beliau ;
 
Ketika dihubungi, Liu menafikan bahawa Jafrei adalah pembantu khasnya dan berkata beliau telah menamatkan semua pelantikan itu di bawah portfolionya sebagai exco tiga tahun lalu.
 
 
 
 
 
Bagaimanapun Jafrei Nordin menunjukkan salinan surat perlantikannya mempertikaikan kenyataan Ronnie Liu ;




Maka siapa- tipu siapa?
 
Apakah kesempatan kerjasama ataupun tahaluf ini senantiasa dipantau dan dikaji oleh kita atau rupa-rupanya digunakan oleh mereka bukan Islam sepenuh-penuhnya disebabkan kelekaan dan sikap terlalu beralah dalam menjaga hati oleh parti-parti politik Islam?
 
Masih belum terlihat kah oleh sebahagian besar kita cara dan matlamat parti bukan Islam dalam melengkapkan agenda politik mereka yang lebih besar?
 
Persoalannya, apakah hingga kini kafir harbi masih tidak kita kenali?



No comments:

Post a Comment