...kota samarahan, sarawak.
...beberapa tempat di dunia.
baru-baru ini dikejutkan dengan berita tentang kedengaran bunyi yang aneh datang dari langit pada 11 dn 12 januari 2012 di kota samarahan, sarawak…diberitakan ramai penduduk sekitar yang mendengarnya...ada saksi mengatakan pada siang harinya bentuk awan agak pelik dengan awan berbentuk garisan-garisan lurus…kebetulan keesokan harinya diikuti dengan kejadian gempa bumi di sumatera dengan magnitude 7.3 skala richter.
apa yang menarik perhatian ku ialah bunyi aneh yang seakan sama di kota samarahan juga pernah kedengaran di beberapa tempat lain di dunia.
ianya menjadi misteri…sehingga kini tiada siapa yang mampu memberikan jawapan yang kukuh dan konrit bagi merungkaikan tandatanya tentangnya.
ianya tentulah pengalaman yang menyeramkan…bayangkan jika kita tiba-tiba terjaga di tengah-tengah malam dikejutkan dengan bunyi gema suara aneh kedengaran di langit…bayangkan kalau kita lar kena, agak-agak berani tak terus keluar rumah gi kat porch keter? agak-agaknya kita suluh tak langit tu ngan torch light pastu tetinjau mandang kat langit tengah-tengah malam buta sebab nakkan kepastian? atau terus menggigil, tarik selimut selubung kepala?
dan aku pon seperti biasa tidak terkecuali menjadi antara mereka-mereka yang jump into the ‘ kereta pembawa pemain muzik’ (maap, ayat tu bukan aku sesajer goreng…my feberet internet teranselesyen nie ha ha) ) untuk membicarakannya…ahrkk.
jadi agak-agaknya kenapa, apa dan mengapa langit berbunyi? tahun 60an zezaman a romzi and the hook tgh top , tahun 70an zezaman uji rashid dan hail amir tgh top, tahun 80an zezaman kembara tgh top dan tahun 90an zezaman 4U2C tgh top tak plark kita dengar bebender mcm ni kan? kan? kan?
di zaman-zaman lady gaga tgh top ni macam-macam plak yg kluar.
mungkin ianya dari aktiviti HAARP amarikana yang dihalakan ke sini macam yang dah kena kat tempat-tempat lain sebab tetandanya ada (sila rujuk posting yang terdahulu)….pada siang hari kejadian, ada saksi di kota samarahan melihat bentuk awan yang kelihatan pelik dan esoknya diikuti kejadian gempabumi di sumatera.
atau mungkin ada mamat-mamat yang sesajer buat ‘prank’ nak raya cina nie…kan tahun naga? ceterai dengar bebetul kan ader sesikit cam bunyik napas naga mengombuih-ngombuih.
tapi kalau kita dengar bebetul dua tiga kali, pada aku dah mcm bunyi napas darth vader pon ya gark.
atau mungkin ianya satu peringatan dari Allah SWT kepada kita semua kat sini yang tengah seronok sesangat menjahanamkan negara seniri ni bahawa kita kini berada di akhir zaman.
tapi kan kat rumah aku pon ada kalanya kedengaran jugak suara-suara aneh nie…bunyik dier sebijik mcm bunyik lam bideo nie... ya, selalunya waktu malam…dan ianya menjadi amat jelas ketara kedengaran terutamanya waktu hening tengah-tengah malam…kadangkala ianya kuat dan kadangkala bunyinya halus panjang…cuma suara aneh yang kat rumah aku nie ianya datang dari langit-langit, bukan dari langit.
ha’ah, bunyik aku tidor berdengkor.
No comments:
Post a Comment