Thursday, January 26, 2012

raya kau...raya aku.


kebetulan malam raya cina baru ni aku dengan anak2 ada kat laman depan rumah...agak lewat malam...kebetulan malam tu sambut birthday angah...so ada sedara mara yg lewat balik sebab alang2  tunggu habiskan citer kungfu 'ip man' kat tv3...movie habis tepat pukul 12 tgh malam.

masa reramai kat depan pagar tu taim sesedara nak balik tiba2 ...

BOOMMM ! DUMMM !..BOOMMMMM !....DUUMMM !

SHRIEKK !..KHRIEEKK ! (alarr, tu bunyi masa korang nampak bunga api tu kuar...korang imagine je lar..payah lar nak eja sound effect yg cenggini beb...aharkk!).

whooaaaaa..!!! anak2 aku yg lom tidur teruja tgk bunga api bertebaran di angkasa.

tanglung pula di sana -sini kelihatan naik berbunyut-bunyutan, terawang-awang di udara seolah-olah membentuk latar belakang persembahan yang menambahkan lagi senario dramatik terutamanya  bila jurai api memecut laju ke atas, diikuti dentuman-dentuman  kuat menggegar yang disertai percikan bunga api berwarna -warni bertebar membelah malam.

...ohhhh cantik...!!

memang penempatan komuniti cina padat dibahagian belakang depan rumah ku...ianya seolah olah pesta...dan buat seketika kegelapan langit  malam menjadi terang benderang.

'babah, raya cina ni bestkan diaorang main mercun banyakkkk' kak chik bersuara.

aku cuma senyum, satu sebab penat melayan org yang datang, kedua sebab dah lewat malam power dah abis dan yg ketiga sebab mungkin pada kak chik anak yg berusia enam tahun benda2 yg dizahirkan secara nyata memang buat dia mudah teruja agaknya kata hati ku.

'kita dengan diaorang cara raya tak sama kak chik' nak tak nak akhirnya aku bersuara gak.

dengan harapan kak chik memahami maksud ku...mungkin bukan sekarang akan tetapi bila dia dewasa kelak.

merayakan bersama dengan batasan dan cara yg dituntut agama? merayakan bersama atas dasar kesamarataan dan kebebasan bersuara? merayakan bersama atas dasar logik akal dan perkongsian bersama?

kak chik, dewasa bukan semestinya matang,
kak chik, dewasa bukan semestinya betul semua,
kak chik, dewasa bukan semestinya tahu semua.
teringat aku satu posting oleh 'hishamuddin rais' dalam blognya 'tukar tiub' dengan cara ucapan hari natalnya kepada mereka2 yg beragama kristian baru2 ini... 

just one word, bengong...




_______________________________________________________________






Sabtu, 24 Disember 2011


SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA





SELAMAT BERPESTA SESAMA MANUSIA

















NOTA:
kita selalu mendabik dada
bahawa kita sahaja yang betul
ajaran yang lain semua salah

kalau kita mencampuri mereka
ada juga dikalangan mereka
yang mengatakan kita juga salah

tidak ada sesiapa yang memonopoli kebenaran
kebenaran bukan milik agama
kebenaran wujud tanpa agama
kebenran wujud kerana kebenaran

agama ialah kepercayaan
ada yang percaya
ada yang tidak percaya
inilah keindahan kehidupan
terpencar pencar
dan berbagai bagai

seharusnya kita merayakan kepelbagian
seharuanya kita merayakan perbezaan
seharusnya kita merayakan rencan ratus budaya

dunia akan menjadi bosan
jika semua jalan di penuhi dengan mek dogal
dunia akan menjadi bosan
jika semua kota diselirati oleh 7/11
dunia akan jadi bosan
jika dimana mata memandang ternampak kentuki fried fuck

rayakan kehidupan ini
hidup hanya sekali
hidup ini bukan bikin filem
hidup tidak ada reshoot
hidup ini tidak ada ulang tayang

untuk sambut perayaan maulud dul rasul nabi isa ini
tukar tiub hadiahkan rubaiyat omar khayyam:

DALAM PARSI



terjemahan inggeris
:
Khayam, if you are intoxicated with wine, enjoy!
If you are seated with a lover of thine, enjoy!
In the end, the Void the whole world employ
Imagine thou art not, while waiting in line, enjoy!

terjemahan makna:
In life devote yourself to joy and love
Behold the beauty of the peaceful dove
Those who live, in the end must all perish
Live as if you are already in heavens above.

terjemahan melayu:
khayam jika air anggur itu menyoronokan kamu, nikmatilah
jika kamu bersama kekasih, nikmatilah
akhirnya dunia ini berakhir jua
nikmatilah hidup ini seolah kamu dalam syurga

rubaiyyat dari tukar tiub:
tuangkan ke cangkir itu si anggur merah
gesekan kecapi itu sampai ke pagi
aduh ! hidup ini
betapa indahnya
ianya hanya sekali




SURAT PENCERAHAN DARI PEMBACA


kecoh sangat tentang tarikh lair nabi Isa(dalam bhasa yahudi disebut Yeshua atau Yesha, dlm bahasa bible disebut Yesus). mazhab2 dlam kristian pun berbeza pendapat tentang tarikh lahir Isa. sama macam Islam Syiah berbeza pendapat dgn Islam Sunnah tentang sunnah(perbuatan) nabi muhamad, sama macam Islam mazhab hanafi dan mazhab shafie berbeza pendapat tentang hukum hudud. memang Santa Claus takde dalam Al-quran, dalam Bible pun tak ada.

Santa Claus adalah budaya mat salleh. sama macam amalan memberi duit raya masa hari raya aidilfitri, beri duit raya tak ada dalam Al-Quran. Isa adalah nabi semua agama Samawi (Islam, Kristian, dan yahudi). Maka, kita kena iktiraf. soal tarikh lahir itu remeh temeh. takkan ucap merry krismas pd kristian pun boleh murtad??
By Non-Governmental Individual on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/24/11





Nuffnang Ads

No comments:

Post a Comment