Our New Link http://mykamus.my
English >> Malay
Malay >> English
"bandwagon" return (1) results ;
(1). bandwagon - kereta pembawa pemain muzik
_____________________________________________________________________
kekangan awal dalam tempurung kepala untuk menulis berkaitan politik tanahair sedikit sebanyak roboh, kali ini mencuit pemikiran ‘koboi high chaparral’ ku lantas membuatkan aku tumpas menahan diri dari menulis tentangnya…nak tak nak aku juga tergolong antara mereka-mereka yg dibawa arus yg menghilir dalam mengikuti perkembangan mutakhir mantan timbalan perdana menteri Malaysia, datuk seri anwar Ibrahim (dsai).
seolah-olah tidak melepaskan peluang fenomena semasa, aku turut sama melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ dalam membahaskannya.
erk elerr, mendernyer ‘kereta pembawa pemain muzik’ apa plark ni? entah, bila aku beraous lam internet nak konperm teranselasyen ‘bandwagon’, itu yg kuar…wuitt, salah ker? aku guna teranselasyen english-malay yg diperakui tahap piawaian yg maha tepat lam internet tu beb!
ha ha…
jika disorot kembali perjalanan citer anwar Ibrahim ni adalah umpama wayang yang penuh warna-warni, penuh liku, penuh dengan adengan saspen, aksi dusyum2, terkadang diselit dgn unsur lawak, berbaur elemen sedih dan kemudian diselang seli dengan suasana tegang serta cemas……kalau makanan plark, ianya umpama komplit dengan rasa manis, masam, pahit, kelat, asin-asin sikit bak ‘dishes’ yg disediakan oleh peserta2 master chef malaysia yg bila aku tgk kat skrin tibi nampak sedap tapi bila tang lidah hakim diulasnya dengan cara kemelayuan yg penuh diplomatik seolah-olah sedap padahal dia nak bagi tau tak sedap and ‘vice versa’.
sedar dengan tidak, memperkatakan perihal dsai ini ianya sudah berlanjutan semenjak dari 1998 hingga kini, 2012…apakah tempoh 1998 hingga 2012 itu satu jangka waktu sekejap atau lama? kejap tak kejap lama tak lama, kalau kawin tahun 1998, anak dah masuk form two or kalau kawin 2011, maybe baby at least dah satu.
apapun bagi aku, semua pihak seharusnya akur dan menerima hakikat dan keputusan mahkamah bahwa dsai tidak bersalah…sepertimana kita menerima keputusan penghukuman yang dijatuhkan ke atas dato seri dr. khir toyo dengan berlapang dada.
pastinya dalam tempoh terdekat ini gerombolan pakar teori, politikus, penganalisis polar politik tanahair akan membuak2 datang seperti mana melandanya kepala air yg ganas selepas ujan di jeram tengkek kampungku…dengan tulisan dan hujah mereka yg bertali arus menorobos di dada akhbar, makalah, pentas forum dan belog internet…biaser larr, biler ada isu top masa kini semua tak nak ketinggalan melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ (leemember! teranselasyen piawaian tu beb, bukan aku yg reka) dalam membutirkan serta memperkayakan setiap teori dengan kupasan ide masing2.
ha'ah, termasuk ler aku...
natijah dari keputusan hakim? baek, ni adalah 10 andaian ‘koboi high chaparral’ ku yg termampu dibaca oleh sel-sel pencernaan data dibalik tempurung kepalaku yg memungkinkan kesinambungan andaian lanjutan dari keputusan hakim…waima dari penerimaan negative mahupun positif ;
- yg sebenar sebenarnya dsai 100% tidak bersalah dan ianya memberi satu pengajaran yg maha hebat kepada kaki fitnah lenkali jangan ngengader nak pedajal kat owang…
atau mungkin sebab ;
- tuan hakim cuma memberikan keputusan dengan menolak bukti DNA yg menimbulkan keraguan atas dasar teknikal dan bukan sebab salah laku kalau pon ianya berlaku…
atau mungkin sebab ;
- hero kalah dulu, seken raun kat mahkamah rayuan dsai sure kantoi…
atau mungkin sebab ;
- owang owang kat negara luar dah warning kat dato’ sri najib, gomen ketaq lutut…
atau mungkin sebab ;
- membuktikan bahawa amalan demokrasi dan kedaulatan undang undang masih subur di Malaysia dan tiada siapa yg mengatasi undang2…
atau mungkin sebab ;
- tidak sabit kesalahan dalam kejadian tersebut kerna tiada unsur ugutan mahupun paksaan tetapi dengan penuh kerelaan…
atau mungkin sebab ;
- konspirasi jahat cara yg meloyakan dan memualkan nak mendiskreditkan sesame manusia tidak akan berjaya…
atau mungkin sebab ;
- tu mahkamah dunia…mahkamah Allah ceterai tgk nanti…
atau mungkin sebab ;
- dsai pandai kaber line…
atau mungkin sebab ;
- tetanda nak dapat pm baru…
apapun kita sepatut menerima apa yg telah diputuskan dengan berlapang dada dan bermuhasabah diri…satu pengajaran kepada sumer pihak.
mana tak sakit dada nengok perkembangan terkini, owang mesia pon dah pandai main bom bom masa gathering…agaknya mungkin polis seniri yg saje letak bom nak pedajal owang atau mungkin ni keje org2 dacing yg tak puas ati atau mungkin ni perancangan kuda trojan puak2 pembangkang sendiri nak membangkitkan rasa beci orang ramai nak ngenakan kerajaan atau mungkin ni keje ‘tangan2 hitam’ yg terancang yg dah lama ngidam nak kita hancur.
yg nyata ni namanya keje giler...keje plark dibuat org giler...disebabkan satu penyakit misteri...namanya penyakit giler...penyakit giler tahap pedaner.
mana tak sakit dada nengok perkembangan terkini, owang mesia pon dah pandai main bom bom masa gathering…agaknya mungkin polis seniri yg saje letak bom nak pedajal owang atau mungkin ni keje org2 dacing yg tak puas ati atau mungkin ni perancangan kuda trojan puak2 pembangkang sendiri nak membangkitkan rasa beci orang ramai nak ngenakan kerajaan atau mungkin ni keje ‘tangan2 hitam’ yg terancang yg dah lama ngidam nak kita hancur.
yg nyata ni namanya keje giler...keje plark dibuat org giler...disebabkan satu penyakit misteri...namanya penyakit giler...penyakit giler tahap pedaner.
ya, segaler galernyer berpunca dari penyakit org berebut2 giler nak jadi pedaner menteri… sumer tak nak ketinggalan melompat ke dalam ‘kereta pembawa pemain muzik’ (ulang lagi!!... teranselasyen piawaian tu beb, bukan aku yg reka) dalam menghambat cita-cita nak jadi pedaner menteri !!
No comments:
Post a Comment