ketibaan Maulidur Rasul semakin terasa…meskipun bukanlah hanya ketika tibanya hari keputeraan Rasulullah SAW kita wajib mengingati baginda, tetapi kehadirannya semakin meningkatkan ingatan dan cinta yang sentiasa tersemat di hati…sebuah video yang sering membuatkan hati ini tersentuh setiap kali menghayatinya....
“Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!”
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit”
Kemudian tamu itu memberi salam lagi “Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?”
Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara tamu itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah “Siapakah yang ada di muka pintu itu?”.
Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma”
Rasulullah SAW bersabda “Tahukah kamu siapakah dia?”
Fatimah menjawab “Tidak wahai baginda”
Lalu Rasulullah SAW menjelaskan “Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda " Masuklah, wahai Malaikat Maut...."
No comments:
Post a Comment