Friday, July 8, 2011

renungan 2

semalam, hari ini dan esok

apakah esok senyum kita masih sama seperti semalam?
apakah esok, marah kita masih sama seperti semalam?

hari ini kita tidak akan dapat merubah apa yang telah berlaku semalam.
akan tetapi,
hari ini kita mampu merubah apa yang akan berlaku esok...

   - 8 Julai 2011 / 6 Syaaban 1432H

renungan 1

Kurang Ajar


Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.


Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.


Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.


Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar


~ Usman Awang

Sunday, July 3, 2011

...untuk dikongsi?

ianya sebuah rumah yg dihuni oleh 3 keluarga yang berlainan keturunan dan agama...tuan rumah dengan baik hatinya memberikan kebenaran untuk 2 keluarga lain tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja dengan syarat tertentu menghormati hak tuan rumah dengan tidak menganggu atau mengunakan kemudahan tingkat atas yang didiami tuan rumah serta keluarganya.

sebagai tuan rumah, tingkat atas memang agak selesa berbanding di tingkat bawah...keputusan yang di rasakan sesuai dengan haknya sebagai tuan rumah...walaubagaimanapun 2 keluarga yang mendiami di tingkat bawah menerima seadanya dan hiduplah mereka dengan rukun dan aman damai tanpa mempersoalkan hak tuan rumah.

masa berganti masa...kehidupan berganti generasi...yang tua telah pergi, yang muda menjadi galang ganti...namun sepanjang kehidupan, kedudukan ekonomi tuan rumah tidaklah sehebat pencapaian 2 keluarga di tingkat bawah...perbandingan harta dan barangan mewah di ruang kediaman masing-masing menjadi bukti.

tuan rumah terikat dengan perjanjian lama yang harus dihormati...memberikan kebenaran untuk 2 keluarga yang tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja cuma hanya perlu menghormati dengan syarat tertentu hak tuan rumah.

kini, ada kalanya penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa ruang tamu tingkat atas yang agak luas hanya untuk tuan rumah dan tidak di kongsikan bersama?

kini, penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa dapur di ruang atas tidak dikongsikan bersama?

tambah mengusutkan keadaan, ada juga di antara segelintir cucu cicit tuan rumah yang berfikiran terbuka turut mempersoalkan kenapa tidak dkongsikan bersama?

cuma setakat ini penghuni tingkat bawah belum lagi mempersoalkan ruang tidur tuan rumah untuk dikongsikan bersama....



Saturday, July 2, 2011

...ayah nak ajar tentang...

Jaga-jaga anak kita,
Jangan sampai jadi hamba,
Jaga-jaga anak kita,
Kita ini orang merdeka...

Panggillah mereka pulang.
Ayah nak ajar tentang kurang ajar,
Jadi mereka takkan sendiri lagi...

Panggillah mereka pulang,
Ayah nak ajar tentang kurang ajar,
Jadi mereka takkan dimomok lagi...


Thursday, June 30, 2011

alone again

having the acoustic at the beginning...

humming it to savor the meaning...

at times, we want to be alone...naturally...as a being.

Wednesday, June 29, 2011

bukan semua di atas.

Sila nyatakan kecenderungan anda ;

i.   Hak kebebasan
ii.  Hak kesamarataan
iii. Hak bangsa pribumi
iv. Hak keagamaan

Sila pilih jawapan anda samada ;
A. i dan ii
B. iii
C. iv
D. Bukan semua di atas.
_______________________________________________________________

dulu2 zezaman amik periksa  soalan objektif stail camni biasa  tengok tak?.... ada la entah mamat genius mana yg sesajer nak mengkonfiuskan orang maka diciptanya  jawapan pilihan  'Bukan semua di atas'....ingatkan dah berlalu...rupanya sampai sekarang pon masih pakai lagi.

masih pakai lagi?

contohnya polemik politik tanahair yang seakan tiada kesudahan  membuatkan masing2 memberi tafsiran, pandangan dan telahan yang pelbagai bukan hanya dari peringkat lapisan kaum dan bangsa, malahan ada yang berbeza pandangan dalam keluarga kita sendiri baik dari pangkat datuk, nenek, ibu, ayah, adik beradik, suami, isteri dan anak2.

9 julai ? ... yang nyata bak kata pepatah melayu ;
                                     'yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang'

moyang, datuk, nenek, ibu, ayah, anak dan cucu telah atau akan melalui kehidupan masing2 dalam keadaan zaman yang berbeza.

samada disebut secara zahir mahupun dalam diam....setiap mereka adalah penyambung warisan.

pandanglah wajah anak kita yang kecil...renungkan kembali apa yang kita telah lakukan...kemudian bisikan ketelinga mereka ' kamu lah penyambung warisan '.

apakah kita tersenyum bangga, ketawa gembira atau kita akan tertunduk malu dengan apa yang telah kita lakukan?

mungkin jawapannya..... 'D. Bukan semua di atas.'


Sunday, June 26, 2011

pickers of my own

visited my eldest sister (along) last wednesday, very thoughtful of her giving me an old pressure lantern she recently found in her store...knowing very well that his youngest brother just luv picking and doin' restoration...previously i took from her our late grandma's brass iron...haha!

the one she gave me was made in germany (brand standard momento), easily 50 years old plus...after doin' sand paper to it, the steel seems like brass ( real nice quality - yupss old is gold! ), so i decided to leave it as it is...just paint the reflector cover white...need to scout for head cover and then to do lil bit of wiring.

here she is... in line with the other 2 pressure lanterns (brand petromax and butterfly)  i had restored.

Saturday, June 25, 2011

maahad tahfiz raudhatul sakinah, banting

visited the place today....alhamdulillah, almost completed.
....awaiting for students.

Wednesday, June 22, 2011

kepadaNya kita kembali - tok acu

22 jun 2011, jam 12.45 pagi, tok acu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur yang melebihi 90an, selepas 4 hari dimasukkan ke wad ICU di hospital  seremban.

tiada lagi tempat kaum keluarga merujuk kepada yang paling tua. tok acu adalah yang terakhir di dalam adik beradiknya selepas wan  (nenek ku yakni kakak tok acu) meninggal pada november 2007 juga dalam usianya 90an.

tok acu adalah panggilan kami kaum keluarga disebabkan datuk yang paling bongsu. tempat sanak saudara serta seluruh kaum kaum keluarga merujuk dalam hal2 kekeluargaan seperti nikah, kenduri kendara, tanah pusaka, sengketa, adat ect.

suaranya dalam, dalam peramahnya ada tegas...dalam senyumnya ada bengis...dalam lembutnya ada keras.

teringat sebelum aku melanjutkan pelajaranku, rasanya dalam seminggu sebelum berangkat dia bertandang dan bermalam di rumah ku...aku tahu wan yg suruh tok acu datang...pendekatannya lebih kepada berborak, mengingatkan asal usul kami suku acheh, adab hidup di tempat orang,  yang mana hitam dan  yang mana putih...petua serta amal termasuk peringatan yang bersulam pantun...dia banyak memberi penerangan sementara yang aku pula banyak bertanya...ianya berlarutan sampai  ke malam hingga awal pagi sebelum tok acu pulang esoknya...tapi bila dah hujung2 sewaktu berbaring sebelum tidor, dia mula membicarakan tentang syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. aku mula konfius sebab aku tiada asas, tambahan mata yang mengantuk...hingga aku lena semasa dia masih bercakap cakap.

setiap tahun aku mesti singgah beraya rumah tok acu di tanjung ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke kuala pilah.

selepas pengkebumiannya tadi, aku sempat balik ke kampung...cucu along (kakak ku yg paling tua), dania dah mula belajar jalan rupanya...bertatih, aku mengagah2nya supaya ke arah ku...

' jalan dik..hah ! tunjuk kat tok cu dik dah boleh jalan ' kata along ku....another tok cu? (gulp)

yup panggilannya mmg sama sebab aku yg paling bongsu.

cuma tok cu yg ni tidak sehebat arwah tok acu.



                                          al fatihah buat arwah tok acu.



Sunday, June 19, 2011

pond cover and dad's veto power

it s sunday...hmmm, need to do something.

ahaa!...put a halt to their playstation time (grrr)...replacing my pond cover with the help of my 2 sons...dad's veto power early sunday morning...yeahh!