Wednesday, June 22, 2011

kepadaNya kita kembali - tok acu

22 jun 2011, jam 12.45 pagi, tok acu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur yang melebihi 90an, selepas 4 hari dimasukkan ke wad ICU di hospital  seremban.

tiada lagi tempat kaum keluarga merujuk kepada yang paling tua. tok acu adalah yang terakhir di dalam adik beradiknya selepas wan  (nenek ku yakni kakak tok acu) meninggal pada november 2007 juga dalam usianya 90an.

tok acu adalah panggilan kami kaum keluarga disebabkan datuk yang paling bongsu. tempat sanak saudara serta seluruh kaum kaum keluarga merujuk dalam hal2 kekeluargaan seperti nikah, kenduri kendara, tanah pusaka, sengketa, adat ect.

suaranya dalam, dalam peramahnya ada tegas...dalam senyumnya ada bengis...dalam lembutnya ada keras.

teringat sebelum aku melanjutkan pelajaranku, rasanya dalam seminggu sebelum berangkat dia bertandang dan bermalam di rumah ku...aku tahu wan yg suruh tok acu datang...pendekatannya lebih kepada berborak, mengingatkan asal usul kami suku acheh, adab hidup di tempat orang,  yang mana hitam dan  yang mana putih...petua serta amal termasuk peringatan yang bersulam pantun...dia banyak memberi penerangan sementara yang aku pula banyak bertanya...ianya berlarutan sampai  ke malam hingga awal pagi sebelum tok acu pulang esoknya...tapi bila dah hujung2 sewaktu berbaring sebelum tidor, dia mula membicarakan tentang syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. aku mula konfius sebab aku tiada asas, tambahan mata yang mengantuk...hingga aku lena semasa dia masih bercakap cakap.

setiap tahun aku mesti singgah beraya rumah tok acu di tanjung ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke kuala pilah.

selepas pengkebumiannya tadi, aku sempat balik ke kampung...cucu along (kakak ku yg paling tua), dania dah mula belajar jalan rupanya...bertatih, aku mengagah2nya supaya ke arah ku...

' jalan dik..hah ! tunjuk kat tok cu dik dah boleh jalan ' kata along ku....another tok cu? (gulp)

yup panggilannya mmg sama sebab aku yg paling bongsu.

cuma tok cu yg ni tidak sehebat arwah tok acu.



                                          al fatihah buat arwah tok acu.



No comments:

Post a Comment