ianya sebuah rumah yg dihuni oleh 3 keluarga yang berlainan keturunan dan agama...tuan rumah dengan baik hatinya memberikan kebenaran untuk 2 keluarga lain tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja dengan syarat tertentu menghormati hak tuan rumah dengan tidak menganggu atau mengunakan kemudahan tingkat atas yang didiami tuan rumah serta keluarganya.
sebagai tuan rumah, tingkat atas memang agak selesa berbanding di tingkat bawah...keputusan yang di rasakan sesuai dengan haknya sebagai tuan rumah...walaubagaimanapun 2 keluarga yang mendiami di tingkat bawah menerima seadanya dan hiduplah mereka dengan rukun dan aman damai tanpa mempersoalkan hak tuan rumah.
masa berganti masa...kehidupan berganti generasi...yang tua telah pergi, yang muda menjadi galang ganti...namun sepanjang kehidupan, kedudukan ekonomi tuan rumah tidaklah sehebat pencapaian 2 keluarga di tingkat bawah...perbandingan harta dan barangan mewah di ruang kediaman masing-masing menjadi bukti.
tuan rumah terikat dengan perjanjian lama yang harus dihormati...memberikan kebenaran untuk 2 keluarga yang tinggal di tingkat bawah bebas melakukan apa saja cuma hanya perlu menghormati dengan syarat tertentu hak tuan rumah.
kini, ada kalanya penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa ruang tamu tingkat atas yang agak luas hanya untuk tuan rumah dan tidak di kongsikan bersama?
kini, penghuni di tingkat bawah mempersoalkan kenapa dapur di ruang atas tidak dikongsikan bersama?
tambah mengusutkan keadaan, ada juga di antara segelintir cucu cicit tuan rumah yang berfikiran terbuka turut mempersoalkan kenapa tidak dkongsikan bersama?
cuma setakat ini penghuni tingkat bawah belum lagi mempersoalkan ruang tidur tuan rumah untuk dikongsikan bersama....
No comments:
Post a Comment