i. Hak kebebasan
ii. Hak kesamarataan
iii. Hak bangsa pribumi
iv. Hak keagamaan
Sila pilih jawapan anda samada ;
A. i dan ii
B. iii
C. iv
D. Bukan semua di atas.
_______________________________________________________________
dulu2 zezaman amik periksa soalan objektif stail camni biasa tengok tak?.... ada la entah mamat genius mana yg sesajer nak mengkonfiuskan orang maka diciptanya jawapan pilihan 'Bukan semua di atas'....ingatkan dah berlalu...rupanya sampai sekarang pon masih pakai lagi.
masih pakai lagi?
contohnya polemik politik tanahair yang seakan tiada kesudahan membuatkan masing2 memberi tafsiran, pandangan dan telahan yang pelbagai bukan hanya dari peringkat lapisan kaum dan bangsa, malahan ada yang berbeza pandangan dalam keluarga kita sendiri baik dari pangkat datuk, nenek, ibu, ayah, adik beradik, suami, isteri dan anak2.
9 julai ? ... yang nyata bak kata pepatah melayu ;
'yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang'
moyang, datuk, nenek, ibu, ayah, anak dan cucu telah atau akan melalui kehidupan masing2 dalam keadaan zaman yang berbeza.
samada disebut secara zahir mahupun dalam diam....setiap mereka adalah penyambung warisan.
pandanglah wajah anak kita yang kecil...renungkan kembali apa yang kita telah lakukan...kemudian bisikan ketelinga mereka ' kamu lah penyambung warisan '.
apakah kita tersenyum bangga, ketawa gembira atau kita akan tertunduk malu dengan apa yang telah kita lakukan?
mungkin jawapannya..... 'D. Bukan semua di atas.'
No comments:
Post a Comment